Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 30 November 2010

Mad...Aku Nok Jumpe Kamu..

Din : Aku nok dibuang keghoje Mad..


Aku: Ngape..?? Kaco tu.. Bini kamu ni nok beghanok sangat ni aku tengok..


Din : Aku ilangkan duit kompeni aku semalam... Tokeih nyughuh aku antor duit ta ke bank. Tengoh jalan..aku singgoh kejap meli ghokok. Pintu lori aku idok kunci..ate..injinnye pun aku idok matikan.. Kejap yaamat aku singgoh pun.. balik ke lori, tengok-tengok beg pinggang aku udoh leboh.. Ghase nok nyeghit aku Mad uii..


Aku : Laaaa.. Ate, banyok ke Din ?


Din : 3 ghibu.. tokeih sughuh juge aku ganti.. Aku mane le ade duit Mad.. Ni yang aku jumpe kamu ni.. Aku mintok sangat kamu nolong aku. Aku idok tawu nok ngadu ke sape doh ni.. Bulih ke ?


Adeih.. menung juge aku dibuatnye. 3 ghibu bukan sikit tu kome.. Ni udoh ujung bulan.. Silap-silap, aku pulok kene ikat peghut nanti. Tapi aku betui-betui kesian kawan sekampung aku ni. Tamboh pulok aku tengok peghut bini die yang membuyot nok beghanok tu.. Aku idok sampei ati ngabokan yang aku idok mampu... Lagi la sedih kalo die betui-betui dibuang keghoje. Aku ke dapo jumpe oghang ghumoh.. aku tanye pendapat die. Mase tu die belajo lagi.. Memang tak beduit la dienye. Aku cakap kat die, kawan aku tu daghi jauh datang menghaghapkan aku menolong die. Sebagei kawan, aku akan tekilan kalo aku idok mampu menolong kawan. Oghang ghumoh aku paham peghangei aku... Aku memang beniat nok nolong. Tapi 3 ghibu agok beso jumlahnye... Aku idok ade duit sebanyok tu..


Aku congak-congak duit aku ade takat seghibu lebih je... Puah aku mikio nok caghi mane duit nok cukup kan 3 ghibu. Aku mintok izin kat kawan aku tu untuk ke bank, keluo la mane yang ade.. Aku tengok baki cume ade 1300 lebih sikit.. Sekali lagi aku menung kat kaki lime bank. Macam mane aku nok tolong kawan aku nih.. Aku teghingat soghang kawan yang keghoje kat Bando Banghu Bangi... setat keghete..pecut ke sane. Die sanggup pinjamkan aku 300 lagi.. Aku buang ghase malu..dalam kepale otak aku, aku cume pikir nok tolong kawan aku tu.. Aku call lagi due tige kawan.. aku mintok tolong deme. .. Lah-lah cukup 2000.. Ahhh.. Cukup la.. Baki seghibu bio la die caghi sendighi pulok.. Sekughang-kughangnye.. bio die ade ghase tanggung jawab sikit...!


Sampei ghumoh aku tengok die tengoh ngelewo kat laman ghumoh aku.. Lame die tunggu aku.. Aku teghuih bagi duit tu kat die. Aku kate itulah yang laghat aku tolong.. Seghibu lagi mintok die usahe sendighi..mun idok pun, mintok la tokeihnye tangguh dulu. Huii...Sampei ke telinge senyom die.. Aku pulok ghase cukup puah ati sebab dapat nolong die.. Aku idok sanggup tengok kawan aku susoh.. Sungguh !!. 


2 minggu kendian aku balik ke kampung. Satu haghi, mase aku jalan-jalan keliling kampung.. aku bejembung ngan abang si Din. Dia kabo kat aku yang Din udoh dibuang keghoje. Terkejut la aku. Ngape..? Kate di abang si Din, Din tu sekaghang tengoh gile 'main kude'..jackpot ke ape ntoh namenye... Die gune duit kompeni die. Sampei habih duit kompeninye dipekei di Din. Die ade juge dengo yang adiknye tu ade minjam duit kat soghang kawan die. "Kamu tawu ke sape kawannye tu Mad ?". "Errr..idok pulok aku tawu..", kate aku. Dalam perjalanan ngale ke ghumoh aboh aku.. aku menahan ghase sedih dan tekilan yaamat-amat.. Dalam hati bebisik.. Sampei ati kamu kecewakan aku Din....


.....betawun udoh berlalu.. utang kekei utang.. Die idok mungkin membayo balik. Maka aku mengambik keputusan untuk halalkan saje.. Idok la pulok aku tegamok keghane duit 2 ghibu.. di akhirat nanti Din menanggung seksa.. Moge sekaghang die udoh betobat...

Ahad, 28 November 2010

SEbagai renungan ...

Kisah Benar Yang Menginsafkan-pasangan bercouple dibelit ular ketika berzina...MUST READ !!!


KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan.............. 

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. 

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumahBegitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka. 

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

******************

PERINGATAN DARI ADMIN: Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
source:http://pardians.multiply.com/journal/item/181               

Sabtu, 27 November 2010

Manusia Adalah Seperti...

PRINSIP JANGAN SEPERTI LALANG !!!
Kebanyakannya adalah seperti kereta tolak 
 tidak akan bergerak kecuali apabila ditolak
Sesetengahnya seperti sampan 
 terpaksa menggunakan pengayuh untuk menggerakkannya
Ada pula yang seperti layang-layang 
 jika talinya dilepaskan  ia akan terbang hilang entah ke mana
Tidak kurang ada yang seperti kucing
 cepat benar merasa puas apabila dipupuk
Sesetengahnya pula seperti bola
 tidak siapa tahu ke arah mana ia akan melantun
Seperti belon pun banyak..
 penuh dengan angin dan sedia untuk melepaskannya pada bila-bila masa
Yang sedihnya, ada yang seperti trailer 
 bergerak hanya apabila ditarik
Ada yang seperti lampu
 tidak henti-henti dipasang dan dipadam oleh orang lain
Dan yang paling banyak ialah yang selalu mengharapkan nasib menyebelahi mereka tanpa melakukan sebarang usaha..
hmmmm.. entahlah..

Mad.. Kesei Betui Aku..

Sepeti yang diceghitekan sendighi oleh soghang sahabat aku yang bename LI.... 

Mase asor tu.. Seman ade nelipon aku Mad.. Katenye nok pinjam duit kat aku. Noknye sampei beghibu.. mane aku ceghokoh duit banyok tu.. Aku sendighi pun popaih yak.. Aku ade tanye die, die nok buat mende ngan duit sampei banyok gitu.. mun takat seghibu ade le.. Tak ndok dienye.. idok cukup katenye. Heghan aku to Mad.. Die nok buat mende..??

Lepaih isak tu.. abangnye pulok datang ke ghumoh aku. Pucat yaamat mukenye. Idok sempat beghi salam.. teghuih neghokam masok ghumoh aku. Ngape ?, tanye aku.." Gini Li uii.. Seman..Se.. Se.. Seman.. errr..".  Aduih.. banyoknye Seman !! Ngape ??? aku tanye lagi.. Idok die nok belabun. Peloh die meghocik kat da-i die aku tengok. Lepaih ngelusei bebeghape menit, die kate, " Gini lah Li.. Moh ikut aku.." Die pesan nyughuh aku bawok selait sekali. (Tawu ke kome ape menatang selait tu ?? Torch light le kome.. torchlight hihihi..) Mujor la selait yang selalu aku bawok ngail tu elok lagi.. Yang tu la yang aku bawok..

Keme sampei ke tepi pantei/laut tu lebih kughang pukui 9 lebih. Tempat tu lebih kughang dalam 300 mete daghi ghumoh deme. Soh je tempat tu.. Sekor pun maknusie idok aku nampok. Abang si Seman idok le becakap daghi tadi.. sekejap-sekejap aku dengo macam die teghoyok.. Lantok la.. aku kate.. dalam ati je la, Mad.. Ate jenuh nanye idok ndok becakap.. Hurmm.. Lantok. Die bejalan laju yaamat kat depan aku.. Ngempo aku ngejonye.. Sampei pade satu kawasan yg banyok pokok tu.. disughuhnye aku nyuluh ke atah pokok yang palin beso kat situ.. palin beso pun cume baye pemelok aku ni je Mad..

Sebenonye, belum aku suluh pun aku ade nampok macam ade bende putih bebuei-buei kat pokok tu.. Ate, bulan teghang.. angin laut pun kuat Mad. Segham juge akunye.. Mau dok mau aku angkat selait.. ppuk aku suluh ke mende tu.. Ya Allah.. Melompat aku Mad.. Lemoh lutot aku.. Pahtu aku memang teduduk.. Yang begayut tu ghopenye oghang..!! Oghang tu pakei t-shirt putih berseluo jin.. Badan die beghayun-ghayun je ditiup angin laut. Aku tawu, tentu oghang tu udoh mati.. Tengkoknye macam tekulei sikit sebab dijeghut tali yang diikat kat dahan pokok .  Die gune tali yang selalu oghang gune ngikat lembu tu la Mad.. Aku toleh ke abang Seman.. ghopenye die tengoh meghaung.. Aku tanye die, sape tu.. yang bergayut tu..?? Sambei teghoyok die kate.. " Itu la Seman...!!".  Sekali lagi aku teduduk... 

^^^^^^^^^$$$$@@@$$$$^^^^^^^^
Catatan :
Seman terpikat dengan satu skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda oleh Syarikat #$%$#@ yang berpusat tidak jauh dari rumahnya. Dia bekerja sebagai peraih buah kelapa sawit. Pada peringkat awal, memang dia mendapat pulangan demi pulangan. Kerana terlalu ghairah, dia menggunakan kesemua duit yang sepatutnya diserahkan kepada pekebun-pekebun sawit untuk menambah pelaburannya itu. Malangnya, seminggu selepas itu, syarikat tersebut diharamkan oleh kerajaan. Syarikat itu telah diserbu pihak Bank Negara.  Operasi syarikat digantung. Wang pelaburan Seman yang jumlahnya mencecah 100 ribu hangus..!! Pekebun mulai mencari si Seman. Puas Seman mencari tempat untuk dia berhutang bagi menyelesaikan wang yang dituntut oleh pekebun, tetapi gagal.. Jalan terakhir yang dipilihnya.. BUNUH DIRI. Moga kisah benar yang berlaku agak hampir dengan tempat tinggal aku ini menjadi iktibar bagi kita semua...
Sekian...  

Khamis, 25 November 2010

Merancang Jantina..Nok Anak Jantan ke Pempuan..?

Emmm.. Aku tawu la.. kome banyoknye idok la kisoh pun.. dapat anok jantan ke pempuan. Yang pentingnye dapat yak.. Bagi yang anok doh bejujuih tu, kene syuko la kome.. Jage deme betui-betui.. deme tu amanoh. Bagi yang belum ade rejeki tu, sabo..pelan-pelan.. insyaAllah ade la nanti tu. Kekadang to.. aku simpati ngan deme yang belum dibagi anok.. Deme sanggup beghabih duit dan tenage untuk mendapatkan anok. Ade juge yang mengalami tekanan. Kesian deme. Aku ade kawan pempuan yang udoh due tige kali ngadu ke aku tentang masaeloh ni.. siap teghoyok kome ! Betui.. Aku pun macam nok teghoyok same.. teghoyok sesikit la.. 

Tapi sekaghang ni aku bukan nok belabun hei nok buat anok kome.. Caghe buatnye same la kan.. Tinggei lagi, jadi ke idok je la.. OOpppss..! Aku nok kongsi ngan kome tentang kaedah sains dalam meghancang jantina anok.. Nok jantan ke pempuan kome ? Bile melibatkan fakta ni.. aku idok gheti belabun peghok.. Kene bahase buku.. hihihi.. Bagi yang beminat, moh bace...

Antara kaedah sains perubatan dalam merancang jantina anak :

1. Kaedah bayi tabung uji - Pasangan boleh memilih benih mana yang hendak diaktifkan untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Kaedah ini ramai yang kurang berminat kan ? Lagi..

2. Kaedah pemisahan benih - Ketika proses pemilihan benih, doktor akan memilih Kromosom X(benih) dari lelaki, sekiranya pasangan inginkan anak perempuan ataupun mengambil kromosom Y dari lelaki untuk mendapatkan anak lelaki. Benih itu kemudiannya disuntik ke dalam rahim perempuan.

3. Kaedah pemakanan - Sekiranya pasangan inginkan anak lelaki, dalam tempoh dua atau tiga bulan sebelum hamil, pasangan dinasihatkan supaya banyak memakan makanan yang beralkali seperti kerang, sotong, udang dan ketam. Makanan ini mengaktifkan Kromosom Y yang membentuk janin lelaki. Manakala untuk mendapatkan anak perempuan, pasangan perlu memakan lebih makanan yang berasid seperti buah-buahan yang masam. Kromosom X untuk janin perempuan sangat aktif dalam keadaan berasid.

4. Kaedah hubungan kelamin yang terancang - Sekiranya lelaki cepat mencapai ejakulasi atau waktu itu benih perempuan sedang mengalir, maka besar kemungkinan janin yang bakal terbentuk adalah lelaki.

5. Kaedah mengesan tahap kesuburan - Kesuburan dikesan melalui air kencing menggunakan ovulation test. Sekiranya garis penunjuk dalam alat itu berada sama dengan bacaan bertulis control, maknanya positif. Pasangan akan dinasihatkan supaya melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas ujian itu bagi mendapatkan anak lelaki.

Ape macam kome ??? Nok terey ke idok ? Apa-apa pun... kita cume bulih ghancang.. yang menentukan tuhan. DibagiNya anok pun udoh cukup syuko yak.. Kome anggap la ape yang aku labunkan ni sekado suke-suke je to.. Mun kalo nok terey bulih je.. Err.. kalo mane-mane kaedoh tu menjadi, bagi tawu aku yak.. hihihihi.. 
BABAI.. BABAIIII KOMEEE...!!!

Isnin, 22 November 2010

Mad.. Ayoh Aku Ilang..!!

Sepol call aku ngabokan yang ayohnye ilang. Ghiso beno ghope bunyi labunnye. Aku pulok jadi libang libu. Mane gayenye aku nok nolong si Sepol ni ??. Ayoh Sepol kighe udoh tue juge la.. tobien tak tobien.. udoh 80 doh la umonye kome. Tapi die belum nyanyuk. Sehat yaamat mun dinilei daghi umonye tu. Ngelewo ghate kampung ngan motu kapcainye. Kuat lagi. Tetiap waktu ke semejid dienye. Tapi.. tu laa.. Malam tu idok die balik-balik ke ghumoh sejak isak. Mane pulok menyongkiet oghang tue ta.. 

Meghate Sabak Bernam oghang mencaghi, idok juge jumpe. Kabo di oghang semejid, die balik teghuih lepaih semayang. Idok pulok die ade ngabo yang die nok bertandang ke mane-mane. Lagipun, die bukan gemo menyinggoh idok tentu hale. Idok peghonok dibuatnye kome. Jenuh menunggu dan nyaghi sampei ke pukui 2 pagi.. lah-lah deme buat keputusan.. repot ke polih. Polih pun merawoun menghate juge. Idok juge deme jumpe. Nampoknye kome.. soh la Pak Mail ayoh si Sepol ilang. Huii..ghato betui oghang tue nih. 

Esoknye pun Pak Mail idok balik. Esoknye lagi pun seghope. Deme udoh mole mace Yassin. Ghamei-ghamei semayang ajat. Mintok betui-betui kat tuhan.. yo la oghang tue ni dapat jumpe balik. Mun idup yo la sehat dienye. mun udoh  'tak ade' yo la jumpe mayatnye. Anok beghanok, sedaghe maghe sume udoh teghoyok kome. Memang deme nampoknye udoh putuih ase.. Oghang lain pun udoh mati akei belake.. Mane pulok Pak Mail ni..??? 

Malam ketige... datang sebuoh 4x4 Storm warne kuning ke ghumoh Pak Mail. Deme tengok belakang Storm tu ade motu Pak Mail. Pahtu, Pak Mail keluo. Monyukkk je ghopenye. Nampok jelepeik juge die. Huiiihh... deme adik beghadik lagi kuat teghoyoknye kome. Tapi gilor ni deme teghoyok sebab syukor la.. bukan sebab sedih ayoh deme tu balik..  hihihi.. Apa yang jadi sebenor ??? Pak Mail.. ooo.. Pak Mail...ape  ceghite..?


Labun Pak Mail..
Ate.. macam biase le kome. Lepaih je aku semayang isak.. cekoh motu.. balik la akunye. Tapi ape baatannye ntoh la kome.. idok aku jumpe simpang ke ghumoh. Aku pun heghan juge.. ape pasei lambat beno nok sampei ke ghumoh ni.. Lameee.. aku jalan ngan motu tu.. Aku peghasan juge.. aku macam nampok pekan.. Tapi aku nonong je.. idok tepikio nok beghenti... Sedor-sedor udoh ngikut jalan beso. Aku nok musing ke belakang tapi macam mane ntoh... isskk.. idok gheti aku ngabo ke kome ahh.. Aku negok je.. Letih badan usoh labun la.. Badan ghase makin lame makin sejok. Aku tawu.. memang udoh nok ke pagi. Sampei satu tempat.. motu aku mati sendighi.. Ngusung motu la akunye. Ade oghang lalu.. ditanyenye aku.. apa pasei ngan motu.. die la cek motu tu. Ghopenye habih minyok. Ate.. baguih pulok oghang tu.. disughuhnye aku tunggu. Die nok tolong belikan minyok katenye. Mase die ngisik minyok tu aku tanye.. ni kat mane ni ncik.. Kapor katenye.. Terkejut aku.. Ape pasei lepaih ke sini aku ni ???


Idok pulok ditanyenye aku nok ke mane. Die nok cepat ke semejid semayang suboh katenye. Aku setat motu.. jalan lagi la akunye.. Aku pelik.. macam mane aku bulih jalan macam itu punye jauh.. Sabak Bernam ke Kapar.. jauhhh... Aku idok makan sekumit pun. Sampei mane-mane semejid aku singgoh. Aku minum je ayo paip.. aku tido dalam semejid. Aku idok tawu kan haghi pun. Yang aku tawu.. ilang letih.. setat motu.. jalannn.. Doh nok senje tu.. aku lalu kat satu simpang.. idok sempat beret.. aku tutuh tepi keghete tu laa (Storm kuning). Nyeghangkang aku masuk masok paghit kome.. Kelam kabut oghang dalam keghete tu nolong aku. Mujor aku idok ape-ape yak.. Derebar keghete tu tanye.. ghumoh aku kat mane.. aku kabo laa.. kat Sabak Bernam.. Tekejut yaamat-amat die.. katenye.. jauh beno pakcik jalan.. ni kat Klang ni pakcik !!! Aku diam je.. Mane aku tawu.. Diangkatnye motu aku ke belakang keghetenye.. Yo saye anto pakcik balik ye, katenye.. Tu yang dapat balik ke ghumoh ni.. hiiiii.. heghan aku kome....


OOOoo.. gituuu.. Ini ceghite betui kome. Sumpah !. Jadinye pertengohan tawun ni la.. Cukup misteri. Macam mane Pak Mail yang beghumo 80-an tu bulih bemotu sejauh itu. Mujor juge die belanggo ngan Storm tu.. mun idok.. mau lepaih ke Mekah oghang tue tu yak. ..hiiihii.. Ghopenye, kalo nok sesat...idok payoh nunggu meghayo dalam utan yak.. Tapi.. sejok haghi itu la.. Pak Mail ternyate mendapat penyakit baghu.. PELUPE..!!! Mungkin haghi tu la permulaan bagi sakit lupenye itu.. wallahhu'alam..

Ahad, 21 November 2010

Catatan Seorang Sahabat.. terima kasih !!!


Mengikut tarikh yang tertera pada blog sahabat aku ini, cerite di bawah ditulis pada Sabtu, 2009 Januari 31...lame dah tu.. Blog aku ni pulak baru lebih kurang 4 bulan beroperasi. Aku copy -paste sebagai koleksi peribadi dalam blog aku ini.. juga sebagai tanda menghargai apa yang dinukilkan.. Tiada sebarang perubahan yang aku buat... Buat Anjang.. terima kasih.. aku sangat menghargainya...

Aku dan Sahabat

Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3

Aku nak cerita tentang seorang sahabat baik aku. Mula-mula aku jumpa dia aku tak berapa suka kat dia ni termasuk ngan geng-gengnya. Makin lama aku makin baik ngan dia ni. Mungkin sebab aku ngan dia ada minat yang sama Muzik. Tambahan pula masa kat Hostel di UKM bilik aku ngan dia berhadapan. Kadang-kadang masa zaman kering duit jenuh cari duit syiling celah katil bawah tilam. Dapat duit pergi kat shell bandar baru bangi beli maggi. Kadang-kadang pukul satu pagi.kadang-kadang pukul 3 pagi.

Kat Hostel memang selalu buat kolokium (nyembang sampai pagi). Kadang-kadang ramai yang join. Dari situ kami selalu main gitar bersama. Suara dia memang sedap. Nyanyi la lagu apa pun penghayatan dia cukup sempurna.Pernah hasil galakkan dia aku dapat tempat kedua dalam pertandingan karoake. Memang Happening zaman tu. Kalau bab main gitar bagi kat maun lagu apa pun boleh main. Memang skillfull.

Pernah sekali aku ngan sahabat aku ni ke Petaling Street dalam hujan lebat. Sebenornya tak de plan pun. Tiba-tiba je entah macam mana boleh Sampai ke Petaling street. Bukan ada apa-apa pun saja jalan-jalan. Satu perkara yang aku suka tentang sahabat aku ni dia ni sangat berani dalam banyak tindakan dan keputusan. Aku sangat percaya satu hari nanti dia boleh berjaya. Itulah Sahabat aku Abdul Samad bin Jaafar. Tengok gambar-gambar kenangan aku ngan Samad.

Gambar 1 : Samad (yang tengah nyanyi) dan Awie masa pertandingan kesenian inter blok (eerrr.. mane gambonye ?..tanye le kat sahabat aku sendighi hihihi..)
Gambar 2 : Persembahan sempena lawatan pelajar universiti songkhla
Gambar 3: Sama seperti gambar 2

Jumaat, 19 November 2010

Mad.. Moh ke Kayo...

Seingat aku, inilah entri aku yang paling 'pekat' loghat Perak-Kuale Kangsarnya.. Tiada niat untuk menyusahkan pembaca... Aku cume teringin memaparkan loghat yang kini hanya digunapakai oleh golongan tua di kampung aku... Jika sudi membacanya.. ketahuilah bahawa aku amat menghargainya..


Macam biase la kome.. mun dapat aku balik ke kampung aku tu, ngelewo la aku kelilin kampung. Kunun-kununnye nok menjejok kenangan la yak... Ade tempat-tempat yang lame aku tengok. Ade yang sambei lalu je.. Jaman aku bebudok nangoi dulu..ce kome kabo..beloh mane yang kaki aku ni idok jeghu.. ace kabo.. Kayo.. tebin jamban.. laman ghumoh oghang.. ghimbe.. ? Kabo je.. Sume aku jeghu.. ye aih ! Ate.. bebudok buaih la katakan.. Bukan ghope budok le ni kome... jaman itu keme idok ghamei yang ade tibi. Mun ade tibi pun, setat lengoh yaamat... Pukui lime baghu mole... Udoh la tu bukannye banyok katon-katon macam sekaghang. Jadi, keme banyok abihkan mase kat luo ghumoh la kome.. Sekaghang ni bebudok ngadap tiiiibi je keghojenye... Gamoknye itu la pasei bebudok sekaghang idok ghamei yang tagah-tagah macam bebudok jaman aku dulu. Ni aku.. aku nok ngabo mengkome.. ape yang keme buat kat kayo-tebin jamban mase dedulu... Nengor ni aku nok belabun.. Nengor la hat mane yang kome laghat yak hihihi..

Kayo/sungei ne umpame jantung idup oghang kampung aku jaman dulu. Pili ayo meghacun idok mandang. Satu-satunye pili ayo yang ade cume kat Kuale Kaghei di tepi jalan... ikut jalan dalam. Itu pili keghejaan yang sediekan. Aku idok la tawu sejak bile pili tu ade. Beso yaamat pilinye kome.. mau dekat-dekat bebaye lengan bebudok. Aku tawu pun bile aku belajo darejoh 6 di sekolah Kaghei. Kampung keme sekolah nye takat darejoh 5 je.. Ate.. jenuh la ngayoh besika ke Kaghei... Biasanye, keme akan singgoh kat pili tu untuk melepaih dahage... eerrr... sambei-sambei seghonok nengok ghope pili tu pun ye juge hihihi...

Dedulu ayo sungei nin...kan macam sekaghang ni.. udoh  ghope teh susu je aku tengok. Ikan beghenang ngan batu-batu di dasornye bulih keme tengok ngan jelaih daghi tebin jamban. Sungei dulu ade panteinye.. cantik yaamat-amat. Di sungei tu la keme ambik ayo untuk minum... mandi..masoh kain baju.. nangkap ikan..dan..err..meghebah ! Kalo mase nok pegi sekolah, sesubuh sepe'i lagi keme mongkah ke kayo. Kayo tempat mandi ni oghang dulu panggei jamban. Agoknye sebab itu la bile udoh dibuat tandah di ghumoh, deme tetap panggei tandah tu 'jamban' yak..Keme mandi ghamei-ghamei.. Sume mandi bolien kome.. Idok le tawunye keme malu.. Bulaattt je sumenye.. Lapeih mandi memasing ngambik baledi..pegi tengoh sungei... kat situ keme isik ayo. Kat tengoh ayo kununnye ayonye palin nin.. Yang palin nin itu la yang keme panggei ayo 'malin'. Ayo malin ni khas untuk keme minum.  

Kat sungei tu banyok batu kelidi. Beso-beso kome. Di situ la tempat kene melepok jaman dedulu. Kekadang keme bawok 'cup' untuk memanoh ikan ngan udang. Cup tu keme buat daghi besi pagor yang luguih. Keme potong besi tu dalam panjang sekaki lebih sikit, pahtu sebelah keme asoh bagi tajam dan sebelah lagi keme ambik getoh lestit dan ikat kuat-kuat. Itu la alat memanoh ikan paling banyok keme gune. Bekati-kati juge ikan yang bulih keme dapat. Dulu ikan banyok. Pendek kate... nok tangkap pakei tangan pun bulih.. Ntoh la.. yang aku ingat, ikan dedulu macam jinok to.. Senang beno nok menangkapnye.. Keme juge nangkap ikan dengan caghe menangguk. Keme biasenye gune kain kelambu yang bughuk. Nangguk la keme di tepi sungei yang ade semak-semak berjuntei ke ayo. Tapi nangguk cume bulih dapat ikan ngan udang sampoh je.. kecik-kecik.. Nangguk sesuei untuk bebudok je.. ( caghe nangkap ikan palin hebat gune pukat yang keme buat daghi daun kosong/daun pisang yang keghin. Kesohnye aku udoh tulih dulu... tajuknye ' Kami Anak Kampung'...)

Aku palin seghonok kalo dapat main ghakit buloh. Mase tu keme belawan-belawan buat ghakit yang palin beso. Jenuh la pulok keme nebang buloh, pahtu angkut ke tebin jamban. Di tebin jamban tu la buloh-buloh keme ikat satu persatu gune tali ghotan. Makin lebo ghakitnye makin baguih...  Udoh siap keme hegheit ke kayo. Mase ni la keme tunjuk songo.. bebudok yang idok nolong mase keme buat ghakit tu, keme idok bagi can langsung nyeghu ataih ghakit. Deme ngindien  la macam mane pun idok keme hajab.. lantok la ...buat nyadien je... huiih.. tungkei betui ati keme yak..hihihi.. 


Ngan ghakit itu la keme kulu keilo ikut sungei. Keme main lumbe la.. keme mengail la.. keme bekeloh ghamei-ghamei ataihnye la... Kekadang keme main keipong ataih ghakit tu.. Kighe macam sukan sumo tu la.. Sape yang jatuh daghi ghakit dikighe kaloh la.. Badan luke-luke kene ghagah di buloh idok keme hajab.. yang keme tawu.. keme ingke bebeno bile bemain ataih ghakit..Biasenye, keme cume beghenti main ghakit bile ade antaghe keme yang tekene demam panah sebab keghap beno bejemor. Kene la beghenti kome.. mun degiel juge.. togheik la mok bapok keme ngampot keme... Iskkk.. Mun dikenang-kenang jaman bebudok dulu.. lampor la indohnye.. Macam yang aku selalu cakap.." Kenangan Bisa Sahaja Mdembuat Aku Menangis...". 
Sekian....

Selasa, 16 November 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

Selamat Hari Raya Aidil Adha....
kepada semua rakan-rakan blog dan bukan rakan blog...
(iskk.. macam laeih je nih.. lantoknye laaa..) 
nampoknye aku bcuti  ghaye ni kome...
 uihh ghindu juge ngan kome nanti nih... 
Bagi yang aku belum nyempat ziaghoh ke blog mengkome..
 pah ghaye la aku datang yak.. 
sambei beghaye sambei mengomen memane yg patut...  

Sabtu, 13 November 2010

Entri ke -102

Entri yang sekali ini aku bercadang untuk menggabungkan loghat Kuala Kangsar-Perak dengan bahasa 'biasa'. Entah menjadi entahkan tidak... aku cuba...
Engkohnye ni entri yang ke-102 kome...Uiiihh..!!. Tak perasan sudah melepasi angka 100. Biasa bagi kome, luar biase  pade aku to. Ye aihh !. Ate... mane idoknye kome...Waktu aku mula menulis dulu...jangke aku, aku bulih pegi hat 50 entri je...tapi tanpa sengaja.. 100 doh kome. Aku tengah senyum sesoghang ni... Hati menyanyi.. yeaa...yeaaah... yeeaa... yeaahh... uhuk.. uhukk...uhhhukkk..!!! 


Aku mulakan blog ini dengan rasa rendah diri yang terlalu. Sekaghang pun ghase ghendoh dighi tu idok la maunye ilang kome. Yelah... siapalah aku yak. Kekadang tu to, aku macam seghoyo je nok teghebitkan enteghi to.. Bimbang hanya memalukan diri sendiri. Beno kome... tapi ghase tu aku kutey pelan-pelan. Kataku pada diri.. "Lantoknye la... Kalo pikio banyok sangat idok begeghok la belog aku nih.. ". Biasanya aku menulis secara 'on the spot'. Jaghang aku main pelen-pelen ni. Mungkin satu kelebihan aku, aku bulih ngaghang bebile mase. Buka saja lap top, boleh terus mengarang.. Cuma, bergantung sama ada aku mahu atau tidak. Tapi aku memang cube ngelok daghi muat enteghi banyok dalam saghi. Bimbang orang jemu... Aku yakin yaamat kome jemu !


Di kesempatan ini..aku nok ghakamkan jutan..iskk ! Saloh tekan la pulok.. ulang soghe.. aku nok ucapkan jutaan penghargaan kepada polowe memole aku bebelog dulu. Deme menyuntik dorongan untuk aku teghuih dalam duniye bebelog ni. Antaranya.. TinuJ, Anjang, Mamamat, Kelisa Samudera, Sharouk... Pahtu datang pulak D_08, eMMe, Kakyong dan... Kalian rakan yang mesra !! Aku idok lupe kan kome... cume kekadang sebok be..be.. belogwokin ke ape namenye ntoh...Mereka ini tentu sahaja dapat melihat perubahan demi perubahan pada penampilan wajah blog aku ini. Meghaban tebien juge aku nok beghegeik jadi macam ni kome... Ini pun bukan main megoh aku ni kome..hihihi.. 


Aku masih terlalu 'hijau' dalam berblog. Bermula pada penghujung Julai 2010 dan kekal aktif sampai hari ini. Idok la aku nyangke.. ghopenye bebelog membantu aku mendapat banyok ceghite. Kekadang lagut dan ghalit aku ngadap kompute to.. Harapan aku... biarlah aku lama di sini. "Kapal sedang belayar janganlah dilabuhkan sauh...". Mahu menjadi rakan kepada kalian yang sudi menerima aku. Dan aku sebenonye to.. aku ade juge menyimpan haghap.. Moga suatu masa nanti aku akan dapat ketemu secara 'live' rakan-rakan blog yang kuberi nama 'atasnamaaku' ini.  Saje nok kenei... hihihi... Saloh ke ???
SALAM KASIH SAYANG DAN PENUH KEMESRAAN 
KHAS BAGI FOLLOWER
 'atasnamaaku'..





Khamis, 11 November 2010

Benarkah Singapura Dilanggar Todak - Suatu Pandangan Peribadi

Hujan Ikan di Australia
Catatan ini sekadar pandangan peribadi . Barangkali pembaca yang sudi dan berminat boleh berkongsi pandangan/pendapat dengan aku.
Dalam perjalanan pulang dari kerja aku terdengar lagu 'Ikan Todak' dendangan A. Romzi and The Hook - jika tidak silap aku. Ini lagu lama. Lagu yang popular waktu aku belum lagi menjengah ke dunia ini. Entah mengapa, aku berminat pula untuk mencari kesahihan cerita todak yang kononnya menyerang Singapura itu. Apakah ia benar atau dongeng semata-mata ? Sebelum aku berikan pandangan, biar aku ceritakan secara ringkas kisah 'Singapura dilanggar todak' itu.

Menurut cerita, negeri Temasik(kini Singapura)  pernah diperintah   oleh seorang raja yang  sangat kejam dan zalim( dan dungu)  bernama   Paduka Seri Maharaja. Hanya  kerana cemburu buta, raja itu tergamak menghukum mati seorang ulama yang juga sebagai pedagang dari Pasai bernama Tun Jana Khatib. Hakikatnya, ulama itu  tidak   bersalah. Beliau sebenarnya  secara  tidak sengaja berpandangan mata dengan permasuri raja.  Raja yang melihat  kejadian  itu  menjadi murka lalu tanpa usul periksa, terus sahaja menjatuhkan hukuman  itu. 

Namun, sebelum hukuman mati itu dilaksanakan, ulama itu berpesan kepada penduduk Temasik. "Wahai kalian penduduk Temasik! Ketahuilah! Aku rela dengan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tak akan lepas begitu saja. Dia akan membayar harga atas kezaliman itu...Dan percayalah di negeri ini akan terjadi huru-hara! Negeri ini akan ditimpa malapetaka yang sangat dahsyat....!!!". Selesai menyampaikan pesan,  ulama pun dihukum mati. Pada saat jenazah  ulama itu dibawa ke pemakaman, tiba-tiba mayatnya menghilang. Kemudian, tiba-tiba petir menyambar dan menggemparkan negeri Temasik, lalu disusuli pula oleh dentuman suara yang keras dan menakutkan. Suasana Temasik semakin gempar setelah penduduk menemukan bekas darah  ulama di tempat kejadian itu berubah menjadi batu.


Peristiwa  yang aneh itu adalah pertanda   akan  datangnya   malapetaka   dahsyat di negeri Temasik. Pada suatu hari, tiba-tiba Temasik  telah diserang beribu-ribu ikan Todak. Gerombolan  ikan yang  berparuh  panjang,  runcing, dan  tajam itu menyerang penduduk sampai ke pelosok desa di sekitar pantai. Penduduk berlarian  menghindari  serangan ikan itu. Namun, musibah tidak mampu dielakkan. Mayat penduduk   bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan. Peristiwa ini pun sampai  ke telinga  raja. Sesampai  di pantai, apabila raja yang dungu itu menyaksikan mayat-mayat  bergelimpangan, pantas sahaja memerintahkan pengawal  istana  dan penduduk  agar membuat  pagar betis. Idea yang 'hebat' itu ternyata  membuahkan hasil. Hari demi hari, penduduk yang mati dan luka-luka diserang  ikan Todak  semakin  bertambah..... (sambungan cerite boleh dibaca dalam buku 'Salalatus Salatin - Tun Seri Lanang) 


Berdasarkan cerita itu, timbul kemusykilan di fikiran yang benak ini. Terdapat persoalan yang perlu difikirkan. Antaranya :
1. Benarkah todak mampu melompat sebegitu jauh ? Bodoh sangatkah orang zaman itu sehingga membiarkan diri ditikam si todak. Untuk apa mereka berada di pantai yang berbahaya ? Dalam petikan cerita di atas, ada dinyatakan bahawa todak menyerang di seluruh pelosok desa... Wah ! Adakah desa yang dimaksudkan berada di gigi air/ di sepanjang pantai ?. Jarak yang relevan untuk membina rumah ialah sekurang-kurangnya 100 meter dari pantai !.
2.Todak menyerang menggunakan tombak ? Daripada pembacaan aku, todak menyerang mangsa dengan cara memukul-mukul  menggunakan tombaknya. Todak tidak menikam mangsanya.
3.Gerombolan todak yang menyerang manusia ? Mengikut kajian, todak tidak bergerak dalam kumpulan. Todak menjarakkan diri dengan spesiesnya dalam jarak tidak kurang daripada 10 meter. Maknanya, todak jenis bergerak secara 'solo'. 
4.Raja menitahkan rakyatnya berkubukan betis ? Rajanya hilang akal ? Mengapa tidak disuruh berkubukan tubuh sahaja... bukankah lebih baik, malah apa bezanya ? Melainkan hanya betis yang berada di pantai, manakala tubuhnya menunggu di rumah ! 


Maka, atas segala persoalan itu aku cuba mencari jawapan yang lebih rasional. Aku lebih yakin bahawa cerite ini adalah dongeng semata. Ini peristiwa besar. Jika peristiwa ini benar, pastilah Singapura waktu ini meng'gazet'kannya dalam sejarah penting bagi negaranya. Tetapi hal ini tidak berlaku. Katakanlah ia benar-benar berlaku. Bagi aku, peristiwa ini bukan satu 'serangan si todak'. Bukan. Pernah dengar hujan ikan dan katak ? Barangkali inilah yang berlaku sebenarnya.


Angin sebagai mala petaka dan bala Allah ke atas manusia memang ada disebut dalam Al-Quran. Kaum Nabi Hud a.s. dihancurkan oleh sejenis pusaran angin(puting beliung) yang amat kuat yang menyebabkan segala ternakan mereka diterbangkan entah ke mana. Angin yang berterusan selama 7 hari 7 malam itu juga menghapuskan kaum Hud seluruhnya. Beza peristiwa di Singapura ini ialah, mereka  itu barangkali di serang oleh pusaran angin yang amat kuat yang menyedut/ menolak ikan-ikan itu ke daratan. Ikan-ikan itu berterbangan lalu menimpa dan menikam rakyat Singapura. Mengapa todak ? Perairan Johor dan Singapura  pernah merupakan kawasan pembiakan ikan spesies todak  suatu masa lalu. Demi masa yang berlalu, spesies todak semakin berkurangan. Mungkinkah begitu ??? Ini hanyalah pandangan peribadi aku... Jika kalian ada pandangan lain, silakan berkongsi di sini.


Fakta tambahan :
* Secara purata, seluruh Eropah merekodkan 16 kali peristiwa hujan ikan. Kejadian terbanyak berlaku di England dengan rekod 17 kejadian.
* 15 Mei 1900 di Rhode Island, hujan lebat turun bersama ikan-ikan dan katak sehingga masyarakat mengumpul ikan-ikan itu berbakul-bakul banyaknya.
*North Carolina juga ada merekodkan hujan yang turun bersama ikan-ikan yang tersangat banyak.
*Jun 2009, berlaku hujan ikan di Negara Jepun.
*Lajamanu, Australia, hujan turun dengan disertai ratusan ikan pada Mac 2010.
* Ada video fenomena hujan ikan kat bawah tu...
*( Errr.. Isteri aku mendakwa bahawa zaman kecilnya dia pernah menyaksikan hujan ikan di Sabah. Yang ini aku tak tahu... tanye la die hihihi...)


Moh Kite Menjage Kesihatan Komee...

Entri kali ni tak ade terjemahan. Maaf kerana pasti menyulitkan kalian membacanya...


"Hoi Mad.. ace dengor aku nok belabun niii... Kamu jangan buat nohin je ni..".
"Ye la..ye laa.. aku nengor la ni.. Ape mendenye ? ".
"Tu.. kawan kita si Zuhir tu udoh lantoknye kene sakit jantung Mad uii..".
"Atee...?".
"Kamu tu la.. gemo beno nyakat die. Becakap main peghogoh je... Esok mun lantoknye die tesempooo... mau jegang situ je esok..".
"Eh.. bile mase pulok aku peghogoh die.. Aku mun belabun ngan die, lembut gigi daghi gigi to.. "


Gitu la lebih kughang sembang aku ngan kawan petang tadi. Kawan keme si Zuhir tu udoh disohkan kene jantung pulok kome. Ghopenye die yang benyok-nyok buncit tu sebab jantung... Uiskk ... Idok la aku tawu kome.. Ate, meghokok ditampei semacam jugak... Lagi la heghan aku kome.. Maknenye, lepaih ni aku kene le labun bebeno ngan die yak... Beghi salam selunak buloh yang pecoh.. Pah tu.. ulo tangan.. baghu la bulih mule belabun.. Jangan haghuih ditengkin-tengkin... Bahaye yak.. Macam kate kawan aku tadi la.. Mun lantoknye die tesempo.. jegang kome...!!!


Tawun ni kighe aku ne alhamdulillah la kome.. Kighe sehat la.. Pitam kejap-kejap tu biasa la.. Seseme sikit tu adat la yak.. Aku pun sebenonye idok sabo nunggu abih tawun 2010 ni kome... Aku nok abihkan tawun ni ngan "Sifar MC"... insyaallah bulih ni kome... Rekod beghesih lagi nih... Bukan tak ade demam ke... sakit sesikit ke..Ade.. Tapi aku lebih suke keghoje daghi melepok macam oghang dalam pantang beghanok kat ghumoh. Kekadang tu oghang ghumoh aku pulok negor aku sebab keghoje juge walo pun malamnye aku pengsan sampei setengoh jam.. Tapi gitu la aku.. Aku lebih suke bekeghoje... Bukannye aku ghajin kome... uiiihh..jangan saloh sangke.. Aku cume idok suke jadi macam bodo kat ghumoh...itu je..


Macam biase la aku ni... Mun ade isu kat tempat keghoje... aku mule la nyaghi bahan yang bulih aku bace tentang isu tadi. Balik aku singgoh kedei buku dulu... caghi-caghi mun ade yang bulih bagi maklumat.. Sampei ghumoh bukok internet la pulok.. Aku caghi kesoh jantung dulu.. Punce sakit jantung... Caghe mencegoh.. Kaedoh meghawat... Emmm.. Esok bulih belabun lagi ngan deme.. Belabun tanpa tawu baghang sekomit pun tentang mende yang nok dilabunkan.. mane siok kan... hihihi..


Tapi kome... kat sini aku pilih untuk kongsi ngan kome tentang caghe untuk mencegoh penyakit la yak... Kan ke mencegoh lebih baik daghi meghawat..?  Errr... Kome bace le kalo kome nok tawu.. ( Bab seghiuih kene gune bahase buku la yak kome hihihi..)


Islam ada mengajar kita tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan seperti melakukan dan mengamalkan yang berikut:- 

1. Mandi Pagi seeloknya dilakukan sebelum waktu subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dipercayai boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh saksikan bahawa orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah terkena sakit). 

3. Waktu sembahyang subuh kita disunatkan bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak kita dari sakit pening atau migrian.  Para saintis telah membuat kajian tentang kenapa dalam sehari perlu kita bersujud. Hasil daripada kajian itu, mereka telah menemui beberapa milimeter ruang udara di dalam saluran darah di kepala kita yang tidak dipenuhi oleh darah. Maka dengan bersujudlah yang membolehkan darah itu  mengalir ke ruang berkenaan. 

4. Dalam kitab juga ada menyebut bahawa  kita dilarang untuk makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Rasullullah sendiri pernah menegah kita makan ikan bersama dengan susu. Amalan ini dikhuatiri akan menyebabkan kita cepat mendapat penyakit. Kajian sanitis mendapati, di dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan pula mengandungi ion (-). Jadi,  jika dalam satu suapan terdapat daging ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindak balas biokimia yang akhirnya boleh merosakkan usus kita. 



5. Nabi juga mengajar kita supaya makan dengan tangan dan apabila habis makan, kita hendaklah menjilat jari itu.  Saintis telah mengesahkan bahawa terdapat banyak enzime  yang terkandung di celahan jari kita, iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada enzim yang terdapat dalam air liur (enzime ialah sejenis alat percerna makanan yang tanpanya makanan tidak akan hadam).


Macam mane kome... ? Moh le kita ameikan sesame yak... Aku nok makan ni kome.. Babai...babaiii....


Rabu, 10 November 2010

Kesetiaan...



Seorang teman meletakkan video ini pada FB miliknya.  
Aku yang berminat untuk mengambil tahu.. 
terus sahaja membukanya... 
Ya Allah... Aku terpegun. 
Tanpa sedar air mata mengalir perlahan. 
Termalu dengan usikan isteri... 
aku mencabar untuk dia pula menonton video ini..
Dan dia juga menangis...
 Kadang-kadang haiwan pula yang mengajari manusia erti kesetiaan... 
Cubalah tonton dan hayati kisah benar yg difilemkan ini...
 Kesudahan kisah dan kebenarannya ada dalam you tube... 
carilah sendiri jika mahu. 

Isnin, 8 November 2010

Anakku...Ini Tentang Air Mata Ayahmu..

Anakku..Nana-Dhiya-Zaki
Ayah terlupa entah berapa kali ayah mencuba untuk menulis tentang saat2 akhir 'pergi'nya insan yang paling ayah sayang, yakni Opahmu. Benar2 ayah terlupa. Tentu sahaja segala kepedihan-kesayuan-keharuanlah yang seringkali membakar kata2 yang cuba ayah susun. Dan kali ini rasa itu masih juga merona di jiwa. Air mata menjadi murah. Ada getar di dada. Jemari pula terasa gigilnya. Sesungguhnya, bercerita tentang 'kehilangan' itu di luar kemampuan ayah. Dan pastinya catatan ini nanti akan kelihatan 'kaku' namun cukuplah sebagai melepaskan niat ayah untuk 'berkongsi' denganmu..


Anakku..
Opahmu sihat pada hari itu. Hari sebelum itu pun Opah sihat. Opah jarang sakit. Tapi menjelang maghrib itu, lain pula jadinya. Waktu Opah membongkok untuk berwuduk, tidak semena2 darah tersembur dengan banyak sekali dari mulutnya. Opahmu terperanjat. Separuh menjerit Opah panggil Mak Chomu. Opah panggil Atuk. (Di sini ayah kehilangan kata2 untuk menggambarkan ketakutan Opah yang menggeletar tatkala dia melihat limpahan darah-darah hidup di depan matanya dan turut membasahi kain bajunya). Darah melata di setiap inci bilik air itu. Opah bertanya2 kepada Mak Cho. Opah bertanya2 kepada Atuk. Mengapa dengan dia ? Dalam tertanya2 itulah 'serangan' berikutnya berlaku. Opah muntah dengan kuat dan bertalu2. Yang terhambur hanya darah yang hitam dan merah pekat. Darah juga keluar daripada punggung Opah. Dari situ darahnya amat busuk dan kehitaman. Berhelai2 kain batik belum cukup untuk diguna mengelap limpahan darah itu. Tentu sahaja Opahmu tidak sedarkan diri. Opah terkulai. Namun darah2 hidup mengalir terus daripada celah bibirnya.( Ayah tidak pandai untuk menggambarkan keharuan itu..sungguh ayah tidak mampu..! Apa yang berlaku sebenarnya jauh lebih dahsyat daripada yang cuba ayah gambarkan) .


Dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar, Opah tetap memuntahkan darah-darah hidup. Opah masih 'membuang' darah-darah kehitaman yang busuk dari punggungnya. Alangkah azabnya Opahmu saat itu...alangkah. Tapi Opah hanya sebentar di Kuala Kangsar kerana kesnya perlu segera dirujuk ke Hospital Besar Ipoh. Ayah dan umi berkejar ke sana. Dan kamu yang masih bayi ketika kami bawa bersama.


Anakku..
Opah disahkan menghadapi penyakit hati yang rosak teruk. Maknanya, hati Opah tidak lagi mampu berfungsi. Kata doktor, darah yang mengalir melalui saraf yang menuju ke hati untuk diproses terhalang/terhenti. Terhenti kerana organ hati Opah sudah gagal menerimanya. Akibat daripada itu, saraf akan mengembang dan terus mengembang sehingga pada suatu tahap saraf itu gagal bertahan lalu meletup. Hasil letupan itulah yang terhambur dari mulut Opah dan terpancut dari punggung Opah. Darah dimasukkan ke tubuh Opah sebagai usaha menggantikan darah yang terbuang. Pakar2 cuba memulihkan saraf2 yang rosak dan pecah. Proses ini berlaku berkali-kali. Namun organ hati tiada teknologi yang mampu merawatnya..


Hari ketiga, Opah kelihatan sihat. Opah tersenyum melihat orang ramai yang mengunjungi. Bukankah Opahmu seorang yang terlalu baik orangnya ? Opah sempat bergurau dengan kami. Bergurau dengan rakan-rakannya yang hadir. Opah mengeluh kerana terpaksa meninggalkan solatnya. Opah juga mengadu tentang rasa malunya kerana dipakaikan lampin . Opah juga tidak mahu berak kencing di atas katil. Opah mahu ke tandas. Atas desakan Opah kami cuba bangunkan dia. Tujuan kami adalah untuk memimpinnya ke tandas. Umimu cuba membantu dengan cara memaut dari arah depan Opah. Belum pun separuh tubuh Opah didudukkan, sekali lagi darah memancut keluar dari mulut Opah. Berhamburan melenjuni baju umimu. Kami tergamam. Opah terkulai dan kaku. Opah terus dikejarkan lagi ke bilik pembedahan...


Anakku...
Pada hari yang kelima, Opahmu dipindahkan dari bilik wad ICU ke wad biasa. Setelah empat hari air mata tidak berhenti mengalir tapi hari ini ada sinar yang membawa harapan. Opahmu terlalu gembira. Wajah Opah berseri-seri. Ayah pula sudah berkira-kira untuk pulang dan menjalankan tugas kerja yang ditinggalkan begitu sahaja. Cuti melebihi tiga hari secara berturut-turut sebenarnya dilarang tapi ayah menerima risiko itu. Biarlah ayah kehilangan kerja daripada meninggalkan Opahmu yang sedang bertarung dengan maut itu. Ayah perlu nyatakan hasrat ayah untuk pulang kepada Opahmu meskipun dengan hati yang amat berat. Apa yang ayah jangka berlaku benar-benar berlaku. Belum pun sempat ayah nyatakan hasrat untuk pulang, Opahmu lebih dahulu merayu supaya ayah jangan tinggalkan dia. Opahmu dengan yakin dan tenang mengingatkan ayah bahawa 'saat berpisah sangat dekat'. Ayah hanya tersenyum dan berikan semangat kepada Opahmu. Ayah pula agak yakin Opahmu akan sembuh. Ayah genggam tangannya. Ayah kucup dahinya dengan sepenuh rasa kasih dan sayang.... " Mak mesti kena kuat mak. Mak mesti lawan sakit mak. Tolonglah mak.. kalau mak tiada, pada siapalah Mad nak bermanja". Kata-kata ini pasti akan ayah ingat sampai bila-bila. Air mata ayah membasahi belakang tangan Opahmu. Dia merenung jauh ke dalam mata ayah dengan satu pandangan yang terlalu luar biasa sayunya. Tapi ayah harus kembali bekerja. Ayah nyatakan lagi dengan kata-kata yang penuh berhati-hati. Belum pun habis ayah meminta izin, Opahmu memusingkan tubuh dan memalingkan mukanya ke luar tingkap yang terbuka. Ayah tidak dipedulikannya lagi. Dapatkah kamu bayangkan kesedihan yang ayah tanggung saat itu ? Tapi ayah harus kembali bekerja..


Ayah tetap dengan keputusan untuk pulang. Namun hanya baru beberapa langkah ayah keluar dari wad itu, Pak Cik Pianmu berlari mendapatkan ayah. Dia kata Opahmu nazak ! Ayah segera berlari ke katil Opahmu dan melihat dirinya yang .... (tak sanggup ayah mengucapkannya). Saat itu ayah berasa.., ayah bagaikan sedang berdiri di atas lumpur yang dalam. Ayah berlari ke sana ke mari merayu supaya Opahmu dibantu segera. Sekali lagi Opah dibawa segera ke bilik pembedahan...


Hari ketujuh, keadaan Opahmu kembali stabil setelah sekurang-kurangnya empat kali melalui keadaan yang nazak. Opahmu mengingatkan ayah tentang tugas yang begitu lama ayah tinggalkan. Dia membenarkan ayah pulang tanpa perlu ayah minta. Memang pun pada hari ketujuh itu dia kelihatan benar-benar sihat berbanding hari-hari sebelumnya. Sepanjang perjalanan pulang ke Sabak Bernam, satu demi satu kenangan bersama Opahmu bermain di fikiran ayah. Air mata yang hampir kekeringan tetap jua berlinang. Sampai di rumah sempat juga ayah melelapkan mata sejam dua sebelum bangun untuk bersiap pergi bekerja. Dalam perjalanan ke tempat kerja, handphone berdering...
" Mad...mak.........", suara Pak Tehmu bergetar...
Seluruh isi alam hilang tiba-tiba....


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMAH BONDA YANG SANGAT TERCINTA..


HAJJAH ANJANG MISLAMAH BT PANDAK IBRAHIM