Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Ahad, 16 Disember 2012

Siah Gebu

Jadi heboh yaamat-amat. Sume jadi mulut jelabah[celupar]. Sume tetibe jadi ali nujom. Memasing belabun. Ngate itu ngate ini. Aku idok ingat beghape umo[umur] aku mase tu. Ghasenye udoh beso juge kot. Tang itu aku patot puji mok. Mok banyok diam. Mok lebih pade kesian. Bile oghang belabun hei[hal] itu, aku tengok mok diam.

Tapi gitu la.. oghang kite mun kalo dapat ngate oghang.. huiii.. hebat !!. Siah Gebu bunting tak bebapak, kate deme. Idok keme[kami] sangke, Siah Gebu yang baik tu bulih pulok bunting. Laki tak ade.. boipren pun idok peghonoh[pernah] keme nampok. Tut-tut bunting. Bile mase Siah Gebu 'anu'nye ??. Idok bunting ape mun kalo ditengok ke peghut[perut] Siah Gebu. Makin haghi makin beso.. makin haghi makin beso.. Mok Siah Gebu udoh idok tau nok nyakapkan[diceritakan]. Siang malam teghoyoknye[menangis]. Bapaknye pulok makin ilang sabo. Ikut kan labun[cakap] bapaknye tu.. mau dicincangnye si Siah gebu.. Tapi.. sape laki lawan 'anu' Siah Gebu ?..

Pagi tu mok pegi menjenguk ke ghumoh Siah Gebu. Bile balik, aku dengor mok belabun ngan aboh kat dapor. Mok kate Siah Gebu bekughung[berkurung] dalam bilik siang malam. Idok makan idok minum. Udoh masuk 2 haghi. Bile mok pujuk-pujuk, Siah Gebu bukok bilik. Bile mok masuk.. Siah Gebu peluk mok. Siah Gebu teghoyok kekuat. Siah Gebu kabo[beritahu] ke mok.. die idok peghonoh[pernah] 'anu' ngan sesape. Siah Gebu angkat tangan besumpoh.. Siah Gebu ade ngadu peghut die udoh mule sakit. Kengkadang amat-amat sakit. Mok tengok peghut Siah Gebu. Buncit baye bola. Mok pening. Dalam hati mok.. mok tertanye-tanye.. bunting ke idok Sian Gebu tu.. Lain macam buncitnye.. Aku tengok ayo mate mok meleleh.. Mok kesiankan Siah Gebu..

Akhirnye, sabo bapak si Siah Gebu sampei juge ke puncoknye. Die udoh tak tahan nanggung malu. Oghang kampung jahat mulut. Petang itu, sebelum megerib[maghrib].. bapak Siah Gebu mengamuk.  Pintu bilik Siah Gebu diteghajang. Bapak Siah Gebu pakse anoknye tu kabo sape jantan yang buat die jadi bunting. Siah Gebu teghoyok je. Bapak Siah Gebu sentap ghambut Siah Gebu. Idok cukup lagi.. Siah Gebu dipukui betubi-tubi. Siah Gebu meghaung[meraung]. Oghang kampung seko pun idok beghani campor. Memasing takut. Bapak Siah Gebu tendang mane-mane bende yang ade kat dalam ghumoh deme. Bapaknye datang lagi ke Siah Gebu.. penumbuk jantan hinggap ke muke Siah Gebu. Peghutnye ditendang. Siah Gebu pengsan.

Keadaan jadi kelam kabut. Bapak Siah Gebu pun terpempan. Die tetibe meghaung[meraung] manggil name Siah Gebu. Siah Gebu cepat-cepat diangkut ke hospital Kuala Kangsar. Di sane, Siah Gebu dimasuk ke wad kecemasan. Kejap je.. Kendian ambulan bawok pulok die ke Taiping. Di Taiping, Siah Gebu teghuih dibedoh. Daghoh[darah] banyok keluor ikut punggung Siah Gebu. Bile dibedah.. doktor keluorkan ketumbuhan yang beso daghi dalam peghut Siah Gebu. Kate deme yang nengok, ketumbuhan tu kecik sikit daghi buoh betik mude. Dan.. maknenye, Siah Gebu idok bunting !..

"janganlah kamu berburuk sangka.. sesungguhnya, kebanyakan buruk sangka itu adalah dusta dan berdosa.."
Sekian..

Khamis, 6 Disember 2012

Aku.. Mak.. Abah..

Satu haghi.. musim deghoyan.. lepaih asor..
Aku ngan mok duduk juntei kaki kat muke pintu dapor. Mok bancoh kopi pekat dalam gelah[gelas] beso. Keme belabun. Mok potong kuku pakei batu reza[razor blade] tumpui yang mok ambik daghi piso[pisau] cukor aboh. Mok idok gheti[tahu] makei ketik kuku. Susoh.. kate mok. Memang gitu la mok potong kuku sejok mok kecik. 

Aboh tengoh ngelewor[merayau] bawoh pokok deghoyan. Tadi aboh dengor ade deghoyan yang gugup[jatuh]. Aboh pakei kain pelikat kotok-kotok. Aboh ikat kekuat. Aboh gulong sampei pangkei lutut. Aboh pakei baju perok[singlet pagoda]. Die jaghang idok bebaju macam aku.

Mok tengok aboh. Aku tengok aboh. Kate mok, aboh baik. Cume kengkadang mok ghadang[marah] juge ngan aboh. Ate.. aboh pun satu.. selalu juge bengken[garang] idok memasei. Mok kabo ke aku, aboh udoh puaih]puas] idup susoh nok besorkan aku ngan abang-abang. Dulu mok ngan aboh selalu sindior di oghang kampong. Deme getek[menyampah] bile aboh ngan mok tetap juge nok sekolahkan anok-anok.. idok sedor dighi, kate dideme. Idup kaih pagi makan pagi.. nokkkk juge nyekolahkan neanok[anak-anakla tuh..].. Tapi sekaghang nampok la susoh payoh mok aboh bebaloi. Mok aboh udoh bulih bangge ngan anok-anoknye..

Mok tengok aboh lagi. Aku pun tengok aboh lagi. Tetibe keme dengor bunyi ghanting[ranting] patoh. Daun kene timpe. Itu tande deghoyan lughuh[luruh]. Aboh di bawoh pokok..!! 

"Bukk..!!.."

Deghoyan timpe tepat ke bahu aboh. Mok bangkit. Aku melompat bedighi[berdiri]. Muke mok pucat. Keme tengok aboh jatuh telentang. Cepat-cepat aku lompat ke laman. Belum sampei 3 langkoh... aku tengok aboh udoh tegok bedighi. Tangan kanan aboh jinjit deghoyan baye buah nyior. Aboh kibah-kibah[mengibas] bahu die ngan tangan. Aboh jalan lagi. Aboh ceghoye[mencari] deghoyan lagi.. Aku tengok ke mok. Mok nyongin[senyum] pahtu ngekek[ketawa berdekah] suke. Aku garu kepale. Sudohnye, aku pun ngekek same.

"Itu la pulok lebihnye aboh kamu.. Yang tak ade pade kamu..". Mok pun melangkoh ke dapur.. Aku tengok aboh lagi. Due-due beloh tangan aboh ade deghoyan. Dalam ati.. ade kagum aku pade aboh..

ai lab biu la aboh !!! hihihi...

Isnin, 3 Disember 2012

Fred.. Bahagian 2

Fred.. Bahagian 1

5 tahun berlalu ( Januari 2012) :
Ditakdirkan Allah.. aku menjejakkan kaki ke daerah kelahiran Fred. Hendak aku mencarinya aku tidak punya sebarang panduan untuk itu. Dalam hati aku berdoa.. Allah menakdirkan aku ke sini, maka hendaknya biarlah Allah menakdirkan kami kembali bertemu. Aku sebak kerana sentiasa mengingatinya. Bagaimanalah agaknya dia sekarang ?. 

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. Sebuah motosikal buruk parkir betul-betul di hadapan aku. Penunggangnya berdiri kaku memandang ke wajahku. Pabila helmet dibuka.. Fred !. Sukar digambarkan perasaan aku ketika itu. Ada gembira ada sayu. Dia tidak seperti yang aku lepaskan dulu. Pakaiannya amat lusuh. Raut mukanya menggambarkan keperitan hidupnya. Tubuhnya kurus. Kulitnya gelap. Aku simpankan rasa sedih dalam-dalam di hati. Pertemuan itu pun  terlalu singkat. Kami berjanji untuk bertemu lagi malam itu. "Aku belanja kamu..".

Malam itu aku menunggu Fred. Aku berniat untuk memberikan sedikit sumbangan untuknya. Malah aku bercadang untuk mempelawa Fred kembali ke semenanjung. Aku pasti akan membantunya. Ya.. untuk kali ke-2. Dan kali ini aku akan lebih membantu. Tapi Fred tidak muncul. Aku bingung. Fred tidak punya telefon bimbit. Jadi.. bagaimana ?. Aku terus menunggu. Menunggu hingga ke lewat malam. Berbagai-bagai perkara aku fikirkan. Aku cuba bersangka baik. Namun kecewa tetap mendominasi. Esok sebelum tengah hari aku terpaksa pulang.

Pada esok paginya, aku masih menunggu. Aku terlalu mengharap. Sangat mengharap. Aku bimbang  aku tidak berpeluang untuk bertemu Fred lagi. Aku kecewa Fred mungkir janji. Adakah dia sudah tidak punya rasa kasih seorang adik juga sahabat pada aku. Atau, keluarganya menghalang kerana bimbang Fred dipengaruhi untuk menganuti Islam (seperti yang aku tahu - alasan yang menyebabkan Fred kembali 5 tahun yang lalu)?. Kesilapan aku, aku tidak pun bertanya tentang tempat tinggalnya kelmarin. Fred menoreh getah di bukit belakang rumahnya, itu aku tahu. Tapi di mana rumah Fred ?. 

Tepat jam 10 pagi, teksi datang menjemput aku ke air port. Sepanjang jalan aku tercari-cari kelibat Fred. Aku mengharap terus. Seribu kekesalan dan persoalan menghantui. Di mana kamu Fred ?!!...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>:

April 2012 :
Sekali lagi aku ke sini - di daerah Fred. Aku nekad untuk mencarinya. Panduannya ialah kilang papan tempat Fred bekerja 7 tahun dahulu. Tempat di mana aku dan Fred berjumpa untuk pertama kali. Apabila masa terluang, aku terus menuju ke kilang itu dengan kereta yang kusewa. Kilang papan itu tetap begitu. Tiada sebarang perubahan. Aku cuba mencari siapa-siapa yang mungkin mengenali Fred. Syukur. Ramai yang mengenalinya. Kebetulan juga, adik Fred yang berusia 17 tahun turut bekerja di situ. Tanpa berbasa-basi aku bertanyakan Fred.

"Abang.. Ituk(panggil untuk Fred) tak dapat jumpa abang malam tu..". Kemudian, dia diam agak lama sebelum menyambung kata. "Ituk terpaksa hantar abang ipar kami ke Tuaran. Memang dia marah sebab bimbang tak sempat jumpa abang. Hujan lebat malam tu. Kami percaya Ituk bawa motor terlalu laju. Dia ada kata, dia tak mahu abang tertunggu-tunggu.. Ituk.. Ituk kemalangan, bang".

"Ya Allah.. Dia bagaimana ?".

"Dia parah. Keesokan harinya, pagi.. Ituk meninggal". Adik Fred mengalirkan air matanya. Aku pula kaget dan berasa begitu sukar menerima berita itu. Sedayanya aku cuba menahan air mata. Aku memeluk erat tubuh adik Fred. Kenyataan ini terlalu pedih..

"Abang.. Ituk terlalu gembira dapat jumpa abang hari tu. Ituk tak putus-putus sebut nama abang. Kata Ituk, abang adalah satu-satunya manusia yang paling baik yang pernah dia ada..". 

Aku kehilangan suara. Sebaik tubuh kuhenyak ke dalam kereta.. aku menangis semahunya.. FRED, AKU SAYANG KAMU..! MAAFKANLAH AKU....

Ahad, 2 Disember 2012

Fred.. bahagian 1

CATATAN PERIBADI YANG TERTANGGUH SEKIAN LAMA..

Yakin aku bahawa Fred[Fredeley] adalah satu-satunya kawan bukan Melayu bukan Islam yang paling rapat dengan aku. Usia Fred baru 18 tahun. Aku lebih tua. Dipanggilnya aku ini 'abang'. Atas dasar simpati kerana kesusahan hidupnya, aku bawa dia tinggal bersama aku. Di sini aku berazam untuk memberi kehidupan baru buatnya. Aku carikan dia kerja yang sepadan dengan kelulusannya yang setakat tingkatan 4 itu. Agak bertuah kerana dia berjaya mendapat kerja yang upahnya agak lumayan.

Untuk bulan-bulan yang pertama, aku sara makan minumnya. Aku belikan 3 helai baju dan sehelai jeans. Aku mengubah penampilannya. Mujur dia terlalu mendengar kata. Aku baiki motor yang begitu lama tersadai. Aku tidak sanggup melihat dia berbasikal ke tempat kerja. Aku siramkan motivasi agar dia kuat dan gigih merubah hidup. Dalam waktu yang sama aku perkenalkan cara hidup Islam kepadanya. Dia begitu tertarik, namun hidayah itu hak Allah. Waktu hari lahirnya, aku hadiahi Fred sebuah gitar yang menjadi kegemarannya. Juga sebuah telefon bimbit. Aku sediakan kek besar untuknya. Malam itu aku melihat air matanya mengalir. Spontan dia memeluk aku. "Abang.. terima kasih.. Ini kali pertama hari lahir saya disambut..".

Hari demi hari kami semakin rapat. Aku menganggapnya seperti adikku sendiri. Kebetulan juga aku tidak punya adik dalam hidup aku. Fred seorang yang tahu menghargai dan menghormati. Tidak pernah membantah. Tidak pernah berasa hati dengan teguran demi teguran yang terkadang agak kasar aku lemparkan. Barangkali Fred faham. Faham bahawa aku ikhlas terhadap dia.

Selepas 2 tahun, suatu hari dia memberitahu aku bahawa dia perlu pulang ke Sabah. Ibu bapanya sangat mendesak. Dan yang paling mengejutkan, dia mungkin tidak kembali lagi ke sini. Aku terdiam. Aku tidak punya hak untuk menghalang. Lalu, dengan hati yang berat aku terpaksa mengizinkannya. Waktu dia berangkat pulang ke Sabah, dia hanya diam. Aku tahu dia kesedihan..

Bersambung..

Jumaat, 23 November 2012

Ragesh..

"Hari-hari kamu mengantuk.. Langsung tak bersemangat kamu.. Jawab soalan saya tadi Ragesh..!".
"Soalan apa cigu..?"
"Tengokk.. soalan pun kamu tak dengar..".
"Sori la cigu.. lori lalu.. banyak bising jugak..".

Memang bangunan sekolah kami hampir benar dengan jalan besar. Kenderaan banyak. Muka hitam berminyak Ragesh nampak kudus. Cikgu praktikal yang kecil molek itu nampak sengaja keraskan suaranya. Kami tahu dia cuba-cuba berlagak garang. Muka cikgu bulat, bibirnya mungil. Tiap kali cikgu mengajar di kelas kami, aku berikan tumpuan sepenuhnya.. err.. tumpuan pada mukanya yang bulat bibirnya yang mungil itulah..

"Kamu bangun sekarang Ragesh !..". Ragesh tak mampu menjawab soalan yang cikgu ulang tanya tadi. Soalan tu susah sangat pun.. Cikgu tak adil.. kesian Ragesh, bisik hati aku. Soalannya : Apakah nama lagu kebangsaan kita? Isskkk.. susah tu !

"Berdiri atas bangku.. Ragesh !". Ragesh garu-garu kepala. Perlahan-lahan memanjat bangku kayu itu. Cikgu memulakan kembali proses pengajaran. Kelas senyap. "Agaknya cikgu gaduh dengan pakwe dia kot", bisik kawan aku. Aku tersenyum. Aku cuba fokus.. errr.. pada muka yang bulat dan bibir cikgu yang mungil itu jugaklah..

Sedang kami asyik menyalin nota yang terpapar di papan putih.. tiba-tiba kami terdengar Ragesh melompat dari bangkunya. Ragseh meluru keluar melalui pintu belakang kelas kami. Lagaknya seperti dikejar hantu. Kami tercengang. Cikgu terpempan. Kami lihat Ragesh susup-sasap berlari ikut pagar. Kemudian dia menghala ke belakang makmal komputer yang terletak betul-betul di tepi pagar. Sah ! kami yakin tentu Ragesh  melompat keluar ikut pagar di belakang makmal itu. Cikgu terus menelefon guru displin. Dia melaporkan kejadian yang tak disangka-sangka itu.

Habislah Ragesh. Tentu esok Ragesh akan dipanggil waktu perhimpunan pagi. Tentu Ragesh akan dihukum berdiri di hadapan semua pelajar. Rotan baya kelengkeng pasti hinggap dipunggung tonggek Ragesh. Makin hitamlah kulit muka Ragesh kerana menahan malu. Macam-macam kami fikirkan. Cikgu pula duduk kebingungan di meja guru...

Tiba-tiba Ragesh muncul di muka pintu depan kelas. Sekali lagi kami tercengang. Sekali lagi cikgu terpempan. Cikgu terus bangun dan berjalan laju ke arah Ragesh. Ragesh hanya tersenyum. Mukanya berpeluh dan berkilat. Sebahagian baju terjulur keluar melalui pinggang seluarnya. 

"Ke mana kamu..?"
"Biawak cigu.. besar..!"
"Apa pulak lepas ke biawak kamu ni..?"
"Betul cigu.. Tadi masa berdiri atas bangku saya nampak besar punya biawak.. sana tipi pagar cigu.."
"Kamu kejar biawak..??"
"Misti la cigu.. Saya punya amma banyak suka cigu.. Bikin sup la cigu.. Itu biawak arr.. saya sudah ikat, sangkut sana pagar cigu.."
"Huhhh..! Berdiri atas meja sekarang..!".

Seluruh kelas ketawa. Cikgu gagal bertahan. Cikgu menutup mukanya dengan buku. Tubuh cikgu bergegar. Dia turut ketawa...

Selasa, 20 November 2012

Rokok Daun Nipah.. Ranting.. Rotan..

Pah(nenek) macam ghamei[ramai] oghang pempuan dedulu juge. Deme gemo[suka] ngisap ghokok. Ape paseinye deme dedulu tu ghamei yang meghokok idok la aku tau. Yang aku taunye, dedulu deme idok gheti[reti/tahu] hukum meghokok. Meghokok idok jadi saloh pade deme. Patut la mase abang-abang aku masok jawi dulu.. lepaih je anu deme kene potong, oghang yang tue-tue ulo[hulur] ghokok mun sebatang due. Kununnye ghokok buat tahan sakit. Mane deme belajo.. kome tanye la deme.. 

Aku selalu tengok Pah isap ghokok. Biasenye Pah isap ghokok daun nipah. Pah lughut-lughut[melurut] daun tu jadi lembut. Bile cukup lembut, Pah buke daun yang tadinye begulung. Pah masukkan tembako sejemput. Kendian, Pah gulung balik.. jadi la ghokok. Pah gune koceh[mancis] api Cap Cili. Bile ghokok disiut[dinyalakan], tembako sambo[menyambar] api. Pah sedut kuat-kuat. Kembang-kempih pipi kedut Pah. Kembang-kempih lubang idung Pah yang mancung. Tapi ghenyang[rimas] isap ghokok daun tu.. nyemedang[selalu] je nok padam apinye. Tu pasei Pah sedut bertubi-tubi.. baghu la lame nyale api kat tembako tu..

Bile aku beso sesikit.. aku pulok tetibe teghingin nok nerey[try/mencuba] ngisap ghokok daun tu. Bile Pah gulung ghokok nipah.. aku pun gulung juge. Pah detok[letak] tembako.. aku idok. Aku isap nipah kosong je. Aku ade terey buboh tembako.. huiiishh.. ghase nok tumpo[mati] aku batuk. Inguih[hingus] meleleh.. telinge ghase macam dipulah. Jadi, isap yang gitu-gitu je la.. Eksen je aku.. Mok idok maghoh[marah].. Aboh idok kesoh.. Kan ghokok nipah je tuh ? Kekadang kalu aku jumpe ghanting kayu yang ade lubang-lubang, aku potong panjang-panjang ghokok. Siut[nyalakan] api.. isap juge macam ghokok. Jumpe batang ghotan yang kecik.. aku balun juge ! Pendek kata, asei jumpe je yang ighap-ighap[iras-iras] ghokok je.. aku balun. Ganaih dok aku ?

Kawan aku lagi handei[pandai].. Die pandei buat paip. Diambiknye buoh pinang, pahtu ataih buoh tu dikorek buat lubang. Lubang tu tempat buboh tembako. Tepi buoh tu pulok dibuat lubang lagi. Lubang tu pulok tempat yang nok disambung ngan buloh kecik. Kan jadi paip tuh ! Beghabih[habis] la keme satu kampong bebudok bebaye[sebaya] keme ngisap paip. Dan seingat aku.. oghang-oghang tue seko[seorang] pun idok melaghang[melarang]... Gamoknye deme menghargai kekeretipan[kekreatifan] keme kot.. hihihi..

Satu haghi.. aku pegi ke ghumoh kawan aku, Padey di kampong Loh/Kuala Karai. Padey duduk ngan Pah die(Allahyarhamah Yang Maimunah bt Mat Arroff). Waktu tu musim buoh tengoh galok[menjadi]. Padey ngajok aku ke dango[pondok] deghoyan die. Elok je lepaih makan deghoyan sebijik due.. Padey pun ngajok aku masok dalam dango. Pelik juge aku.. ape baatan[jadah]nye duduk dalam dango.. di luor kan lebih selese. Idokkk.. didesoknye juge aku masok. Dalam dango, keme duduk besile ngadap sesame keme. Padey ghabe-ghabe[raba] kat dalam bajunye(baju dimasuk dalam seluor). Padey senyum. Padey keluokan sebatang ghokok. Ghokok yang betui-betui. "Winston.. pak sedaghe aku punye.. hihihi..", kate Padey. 

Aku pun tumpang senyum. Senyum jahat aku gamok.. Padey selok poket seluo pulok. Die keluokan 2 batang koceh[mancis] api ngan caghik[cebisan kotak mancis] beleghang daghi kotak kocek api. Ghokok pun menyale. Padey isap pelan-pelan.. Padey telan asap tu.. pahtu keluo ikut kedue lubang idungnye.. Wahh.. aku kagum ! Padey isap lagi.. Isap lagi.. sampei tinggei sepaghuh. " Huii.. Syok..!!", kate Padey sambei ngoyin[tersengih] yang idok putuih-putuih. Aku pun tumpang syiok dok memasei. Padey ulo[hulur] ghokok ke aku. Aku seghobe saloh. Aku idok peghonoh ngisap ghokok yang betui-betui. Padey sue lagi.. aku pun sambor.. Aku sedut sikit.. Pait[Pahit]. Isap lagi sikit.. lagi sikit.. Kepala ghase penin.. Mate kelemanyo[kabur].. Baghu aku nok nyando ke dinding dango..

"Baammmm..!!!"
"Betuoh punye budok.. Kome meghokok engkohnye yak..!! ".

Pah Padey ghemban[baling] keme ngan kayu. Nasib kene dinding dango. Mun kene ke kepale.. Pitam woo.. Aku meloncat[melompat] ikut tingkap, teghuih laghi masok dalam semok. Punye la takut tuhan je la yang tau. Padey pun laghi juge.. ke mane.. aku pun tak tau. Dan sejok haghi tu la.. aku langsung idok beghani ke ghumoh Padey.. Ya.. sampei ke haghi ini !..

SEKIAN

Ahad, 18 November 2012

Jumpe kawan lame..

Entri panjang khas buat sahabat-sahabat yang dikasihi : Padey Zamri, Megat Aniruddin, Hafizi dan Zulkapli

Mandi lame-lame. Sabun ke ujung kaki.. Gosok gigi sampei sakit gusi.. Sempo[shampoo] ghambut 2 kali.. Bukan nok ke mane-mane pun..cume, haghi ni nok jumpe kawan-kawan lame. Habih mandi, dighi[berdiri] depan ceghomin beso.. tepuk peghut tige pat kali.. Huh !! Macam bunting 2 bulan.. Aku doa dalam ati.. mintok-mintok kawan-kawan aku pun buncit ghope aku juge.. Kalo idok menanoh telinge ke sindior[sindir]..

Janji jumpe jam 10 pagi.. Sekaghang udoh jam 10 la.. Kakok pulok nyughuh[suruh] aku kukor[parut] nyor 6 bijik. Jangan dehake.. kukor nyor tu dulu.. 10.30 pagi keghoje kukor mengukor siap. Tuko baju yang palin lawa.. Nok jumpe kawan lame mane bulih pakei koman-koman.. kene la tunjuk sikit.. aku macam kome juge.. Ade kemajuan !!..[Uuweekk..!!]. Jam 10.40 aku udoh setat injin keghete. Hmm.. janji pukui 10.. beghansor[bertolak] daghi ghumoh 10.40.. memang aku bepegang pade janji !!.. Tunggu kome.. aku pecut sekaghang...

10.50 sampei Pekan Kaghei. Padey(Zamri), kawan yang palin lame idok aku jumpe ghentung[rentung] nunggu aku di situ. Sekali pandang je die udoh cam kan aku. Gamoknye muke aku masih ghope dulu.. Aku tughun keghete lelaju.. angkat tangan tinggi-tinggi.. mintok maap betubi-tubi ataih tepatnye 'janji Melayu' aku. Peluk Padey sekali. Padey gelok je.. Ghase macam keme idok peghonoh bepisoh pun.. Mesghe[mesra] dan ghamoh macam dedulu. Kughang hajo keme pun same !!.. Belum nyempat nok jemput, Padey udoh tecogok dalam keghete aku.. Idok bertangguh keme ke Kuale Kangso pulak. Yang lain nunggu keme di sane..

Keme kumpui di Restoran Syed. Megat Aniruddin yang cadang ke situ. Ah ! Mane satu pulok la kedei tu.. jenuh ngelewor[merayau] satu kuale idok jumpe. Lah-lah Megat ambik keme. Nampok sangat Kuale udoh asing bagi aku. Ati aku ghase ade bunge-bunge. Seghonok yaamat-amat dapat jumpe kawan mase sekoloh menengoh dulu. Megat makei kopiah putih tinggi. Tajam di puncok. Sekali pandang macam ghoti tisu mamak aku tengok. Badan Megat bulat comey sebijik mase bebudok dulu. Die oghang baik. Aku yakin beno yang itu. Tapi Megat sakit. Sakit buoh pinggang. Tengok bengkok benkei kat lengan Megat, aku sedih..

Padey lagut[asyik] belabun. Tokeh ayam memang gitu gamoknye yak. Hapizi muke comeynye juge macam dulu. Muke baik. Udoh pangkat beso dalam MDSB.. errr.. betui ke tu..?? Zulkapli udoh ghope M Nasir aku tengok. Die ade kilang perabut. Megat cekgu.. Dengor kabonye pandei nangkap gambo.. Aku pulok tukang dengo.. Deme sembang hei mengaei[memancing] ikan.. aku soh[diam]. Deme belabun tentang sipat 20.. aku soh. Deme belabun pulok tentang kamera.. aku soh. Iskk.. ghase aku tengin[bodoh] bebeno bile dengo deme belabun.. Sumenye aku idok beghani nok campor.. Pengetahuan aku zero.. 

Keme kenang-kenangkan balik jaman sekoloh dulu. Aku ghalat sebab banyok sangat yang aku lupe. Keme ceghiter juge tentang kawan-kawan yang lain. Engkohnye ada bebeghape oghang yang udoh meninggei. Yang udoh masuk Tanjung Ghambutan pun ade.. Haisshh.. ! Si polan beceghei.. Si polan kawen lain.. Memacam. Keme banyok ketawe. Selogho keme macam selogho jaman bebudok dulu. Mase tu keme lupe kejap beghape umo keme. Aku dapat rasakan bahawa inilah makna persahabatan yang unggul. Dan, sewaktu memandu pulang aku berkata pada diri bahawa.. "Persahabatan yang terikat oleh keikhlasan.. Cahayanya tak kan terpadam..






Sabtu, 20 Oktober 2012

aneh

Waktu aku sampai, orang-orang dewasa itu duduk berkelompok-kelompok. Mereka duduk santai sambil bergurau tentang Minah yang kehilangan laki. Lari entah ke mana. Tentang cantiknya Minah. Tentang susuk tubuh Minah. Mereka mencarut-carut bercerita lucah. Langsung mengundang derai ketawa yang panjang..

Sekumpulan lagi bercerita tentang harga sawit yang melambung tinggi. Kecurian di mana-mana. Sibuk bertanya kebun siapa yang mahu digadai.. Pendapatan yang ada tidak pernah cukup. Rokok bersambung puntung. Kopi 'O' pekat dicelup biskut kering jadi pembasah tekak. 

Aku berdiri di tepi kemboja sambil merenung batu-batu putih yang leper dan bulat yang berceracak menunjuk ke langit petang...

Suasana cukup ceria. Kanan kiri yang kudengar hanyalah ketawa. Dalam galaknya hilai tawa..

"Woii.. mayat dah sampai . Cepat sambut !..". 

Kelompok-kelompok tadi terpecah... 

Ah ! Kita sepatutnya sentiasa tahu merasai makna kematian..

Isnin, 15 Oktober 2012

Mad.. kete aku rosak!

"Mad.. woii.. helo..Mad.. assalamualaikum.. woii.. keghete aku ghosak woii.."
"Ate.. ngape?"
"Kamu kabo ke deme, aku lambat datang keghoje haghi ni.."
"Idok ke kamu terey tolak keghete tuh ?"
"Ape idoknye.. tekengkang-kengkang mak bapak aku nolaknye.. Memang idok mau idup injinnye.. Haram jadoh punye keghete.."
"Takpe.. jap lagi aku datang yak..".

Setengoh jam kendian, aku datang ke ghumoh kawan aku tu dengan soghang cina bengkel keghete. Bonet depan keghetenye siap tengange. Kawan aku bedighi cekok pinggang kat situ. Aku tengok muke die macam lepaih kene penampor. Monyok semacam. Bile die nampok aku, die lambei tangan laju-laju ngale[ke arah] ke aku. 

Cina bengkel idok bertangguh.. teghuih cek injin keghete tu. Daghi ataih bawok ke bawoh keghete, habih sume diceknye. Die idok tau punce. Katenye, die pelik.. sume macam ok je. Kawan aku cebik muke. Idok puah ati la kunun. Cine bengkel talipon pulok kawannye. Nunggu la keme di situ macam oghang bodo. Lebih kughang sejam kendian, sampei la kawan Cina tu. Eksen kemain aku tengok. Die pun macam Cina yang tadi juge. Bukok sane bukok sini. Idok juge tau punce. 

"Mad.. Cina bodo mane kamu bawok nih..? Pomen ape mun kalo itu pun tak tau nok caghi punce ?". Aku pun seghobe[serba] saloh la juge. Ate.. matehaghi[matahari] udoh tepacok ataih kepale.. nok dibaiki keghete tu, idok tau punce. Tut-tut, datang tokeh Cine dua oghang tu. Die tanye lebih-lebih kughang ke kawan aku. Die gaghu kepale tige pat kali. Pelik.. kate die. Die cube setat injin kete. Tak idup. Ditereynye lagi.. tak idup juge.. Kali ketige, die diam sekejap. Pahtu die tanye, " Ini keleta ade minyak tak kawan?". Laju je kawan aku menjawab. " Eh ! Kamu ingat aku sengkek benor ke ape ?". Sombong..! Tapi tokeh Cine tu tak puah ati, disughuh[disuruh] kulinye tu belikan minyak rm5. 

Minyok rm5 udoh masuk ke tangki. Tokeh Cina biorkan dulu dalam 5 minit. Die tekan-tekan pedel minyok keghete. Kendian baghu la kunci dipulah[pulas].. 

Vroomm..! 
Vroooommmm !!!.. 
Vrooooommmm.. !!. 

Injin keghete mengaum. Tokeh Cina ketawa beso. Muke kawan aku berpeluh. Tersengih-sengih lagok[lagak] oghang idok bersaloh. Dan aku.. tibe-tibe je ghase nok teghajang seseoghang pada tengoh haghi itu..! Hmmm...


Sabtu, 13 Oktober 2012

pemanas rasa..

hari ini aku kembali ke blog ini. aku membaca kembali catatan-catatan yang lalu. ada yang membuatkan aku tersenyum. ada juga yang mengundang sebak. sesekali hati berbisik.. ternyata inilah aku.

hari ini secara tiba-tiba aku terasa ingin menulis. agak lama merenung skrin laptop ini. kemudian aku tutup. tak lama. laptop bernyala semula. seperti tadi, skrin ini kurenung lama. entahlah.. aku seperti tidak pernah tahu untuk menulis. 

hari ini aku bagaikan ada satu keinginan. blog ini harus terus aku hidupkan. biarlah tidak secergas dulu, tapi menghidupkannya barangkali dapat menghangatkan 'malamku'...

Isnin, 13 Ogos 2012

Imam Mad mahu bikin gempak..

Sejak diberitahu akan mengambil tugas sebagai imam solat sunat Aidil Fitri pada hari raya nanti, Imam Mad gelisah tidak menentu. Ini adalah yang pertama kali. Tahun ini adalah tahun pertama dia sebagai imam di kampung. Tentulah gelisah mencakar-cakar hati tuanya. Begitu pun imam Mad mengambil tanggung jawab itu sebagai satu cabaran buatnya. Imam Mad Boleh ! Bisik Imam Mad mencabar dirinya...

Imam Mad hanyalah imam kampung. Dia bukan lulusan agama dari mana-mana pun. Dilantik atas komitmennya yang istiqamah mendatangi masjid setiap kali azan bergema. Perwatakannya juga warak. Begitu jugalah imam yang lain. Yang muda-muda, yang pandai ilmu agama, pandai hukum-hakam tiada yang berminat menunggu kampung. Yang tua-tua inilah yang ada. Tiada rotan, akar-akar tua pun jadi..

Namun Imam Mad komited. Dia akan buktikan pada jemaah nanti - yang tentunya turut diikuti oleh perantau-perantau yang pulang ke kampung - bahawa Imam Mad boleh. Imam Mad hebat. Imam Mad mahu bikin gempak !.. Ya.. Lalu Imam Mad melakukan sedikit 'home work'. Dia memilih untuk membaca surah yang panjang. Dia menghafal doa yang panjang. Barangkali, yang panjang-panjang itulah piawai kehebatan seorang imam.

Pagi Syawal datang dengan rahmat-Nya..

Imam Mad bersedia. Dia memang sedikit gementar. Namun Imam Mad sudah pasakkan semangat "Yakin Boleh"  dalam diri. Qamat bergema. Imam Mad berdiri di hadapan dengan jubah hitam yang dibeli oleh anaknya..

"Allah.. huakbarr !".. Suasana tenang. Imam Mad membaca doa al-Iftitah dengan tertib. Doa al-Iftitah habis dibaca.

"Bismillah hirahmanirrohim... Alhamdulillah..."

"Subhanallah.. ". Dua suara di belakang lantang menegur. Imam Mad terdiam. "Apa salah aku ni..??", bisik hati Imam Mad. Diulang membaca. Kali ini lebih tertib.

"Bismillah hirahmanirrohimm.. Alhamdulillah hirobbil a'lamin..."

"Subhanallah...". Bertambah lagi suara yang menegur di belakang. Sekali lagi Imam Mad terdiam. Dia mula gelabah. "Apa salah aku ni..!!!", jerit hatinya. Diulang lagi. Kali ini lebih-lebih lagi tertibnya.

"Bismillah hirahmanirrohimm.. Alhamdulillah hirobbil a'lamin..."

"Subhanallahhh..." Lagi !. Imam Mad berpeluh. Imam Mad kebingungan. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya mengadap makmum.

"Ehem..ehemmm.. errr.. tuan-tuan jemaah sekalian... saya rasa, kita batalkanlah sembahyang raya kita ni.. Sekian.. ". Imam Mad terus berjalan menuju ke pintu keluar masjid. Makmum ???? Sendiri agak laa.. huhuhuhu...

Soalan mudah : Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Imam Mad ?

Nota : Kisah ini agak lucu tetapi benar-benar berlaku di sebuah masjid dalam sebuah kampung yang terletak di Hilir Perak.

Selasa, 7 Ogos 2012

saje aku pose esok haghi...( 5 )

Takat ini aku pose penoh. Mok kate, peghut aku udoh kempih. Mane idok kempih.. aku idok seleghe melantok[makan] mase sahor. Mase bebukok pun banyok minum je.. Bergantang-gantang ayo aku telan. Memalam pulok sebuk main ngan kengkawan. Beghambat[berlari] sane beghambat sini, idok tawu diam. Ate banyok la mentelon[seluar] aku yang udoh longgor. Nok bagi kemaih, aku selalu ambik tali rapia buat tali pinggang. Ikat kemaih-kemaih.. mun kalo idok diikat, alamat lucut sampei ke lutut la jawabnye.

Kate mok, ghaye udoh dekat. Mok udoh mole muat kui[kuih]. Kui pertame mok buat tetiap tawun, tentu la kui putu kacang ijo tu.. Kacang ijo mok tumbuk sepagi suntuk dengan lesong pijok kat bawoh ghumoh. Udoh ditumbuk, mok ayok[ayak] bagi haluih[halus].. Nanti mok ajok keme anok beghanok tolong die acukan kacang ijo tu. Kadang-kadang mok silap adun tepung, gule ngan kacang tu.. kui jadi keghah macam batu. Mok buang.. Mok tumbuk kacang lain.. Mok buat yang baghu. Mok tak nok jamu oghang kui putu kacang yang keghah[keras] macam batu. Mok malu...

Mok buat kui goyang. Kui goyang mok memang sedap. Mok buat juge kui tigham[tiram]- bahulu- kui bakor[bangkit]- semperit ngan lengkong[agar-agar].. Dedulu mane ade kui mazola-cokelat cip-biskut salju-elmon landon- beluberi tat bagai.. Kui main 'tunjuk-tunjuk' kannye ade lagi. Eh.. kui 'tunjuk-tunjuk' ni bile aseinya hah ?

2 haghi sebelum ghaye mok kabo die nok buat dodoi.. Getek[menyampah] bebeno aku nengornye. Buat dodoi kome tawu je la yak.. teghuk yaamat-amat. Ngaco dodoi bukannye mau sejam due.. beghejam-jam ! Sedapnye idok.. Huhh..! Aku yang bebudok pun kene nolong ngaco dodoi tu.. Udoh la pose, panaih[panas] pulok tuh.. Sudohnye.. haghi tu aku mandi idok kurang daghi empat kali, termasuk beghendam[berendam] di sungei Peghok lebih kughang sejam... Sian aku...

Nota: 
> Catatan secara bersiri ini akan aku tutup pada entri seterusnya.. kisah cara aku beraya masa kecil-kecil dulu..
> Cerita pada malam hari pada bulan Ramadan tidak aku sertakan dalam catatan bersiri ini kerana aku pernah menulis secara panjang lebar tentangnya pada Ramadan tahun lepas. Cerita yang amat panjang.. tapi kalau berminat untuk membacanya, sila baca di sini.

Rabu, 25 Julai 2012

Monolog seorang anak..

setiap kali datangnya ramadhan, belum pernah sekalipun aku gagal untuk mengenangkan arwah mak. belum. malah aku memang mahu ia kekal begitu. biar hati terasa pedih merindu.. biar kesepian singgah bersama kenangan itu.. biar.. aku berasa selesa terbelenggu oleh rantai-rantai itu..

mak pernah menghidupkan aku dengan nirmala kasih yang tidak terperi.. mak menyenangkan aku di sebalik kesusahan dan keperitan hidup kami sekeluarga.. mak adalah kekasih sejati..

pada malam-malam ramadhan yang berkat ini.. aku panjatkan segunung doa buat mak.. tenanglah mak di sana.. moga Allah gantikan pengorbanan dan keluhuran mak dahulu dengan sebesar-besar ganjaran.. aku merayu.. janganlah sekali-kali Kau 'menyakiti' kekasihku itu, ya Allah..

saat ini aku terbayang akan senyuman terakhir yang mak berikan pada aku.. sebelum mak pergi buat selama-lamanya... 

nota : catatan 'saje aku pose esok haghi..' adalah manifestasi kerinduan seoarang anak pada ibunya...

Isnin, 23 Julai 2012

saje aku pose esok haghi...( 4 )

Aku besiap nok ke sekoloh. Takde bekei(bekal) nasi sejuk ngan telor kicap macam biase. Pose. Belanje pun takde. Bukan banyok pun.. 2 kupang je. Itu pun takde. Pose. Mok kate, mok kumpui beghape belanje aku sepanjang pose ni.. nanti ghaye(raya) mok bagi.. itu la duit ghaye aku. Hmmm.. banyok juge tu.. boleh beli pistol ayo ngan dam ulor kat ke kedei Pak Husin..

Entoh ape la jadohnye.. pagi tu, ayo lior aku ghase macam banyok bebenor. Sekejap-sekejap 'tuihhh..' sekejap-sekejap 'tuihh..'.. nok meludoh je keghojenye. Nok telan ghiso(risau).. nanti pose batei ! 'Tuihhh..!!!'... 'tuihhh..'.. Nok nyampei(sampai) ke sekoloh, mau sebaldi ayo ludoh aku.. Nyemah(mujur) la Ustaz Amran kabo.. telan ayo lior idok la batei pose.. Telan la sekolah ayo lior pun.. idoknye ngape.. Lege le keme nengornya(mendengarnya)..

Waktu sekoloh habih. Keme balik awei mase bulan pose. Cikgu-cikgu nok masok(masak) untuk bukok pose gamaknye. Lapor idok, dahage pun idok. Badan je ghase lesu sesikit. Kate kawan aku, aku untung.. peghut(perut) aku buncit.. memang susoh nok lapor.. Ye ke gitu ? Tapi nok ngayuh besika 2 batu lebih balik ke kampong, memang bulih buat aku letih. Cuace panaih yaamat-amat. Aku kayuh pelan-pelan.. Simpan kedeghat(tenaga) la kununnye..

Ghopenye, pose idok la teghuk(teruk/susah) mane pun.. Sampei juge aku ke kampong. Aku hantor beg ke ghumoh, pastu ikut kawan-kawan pegi ke sungei. Aku nok mandi lame-lame.. bior segor badan aku. Tapi Leman kate, mandi lelame bulih batei pose. Ahhh.. susoh ! Leman kabo lagi kat aku.. nok nyelam kene pekup telinge.. jangan bagi ayo masuk. Batei pose juge. Jangan kentut dalam ayo.. itu pun bulih batei pose juge.. Tadi aku tengok die kentut dalam ayo bukan main beso lagi gelembung buih yang timbui.. ngape bulih pulok..? Selambe je die jawab..

"Aku kentut tak ape.. Idok batei .. Aku bukan pose pun..hihihihi.. ". Ptuihhhh..!!!! Labun je lebih... 

Sabtu, 21 Julai 2012

saje aku pose esok haghi...( 3 )

"Sekaghang ni panaih(panas) yaamat mok.. Tadi Mad nyemah(mujur) idok pengsan nahan dahage..". "Bukan senang nok gi sekoloh.. Kaghei(Pekan Karai) tuu.. 2 batu lebih tuuu.. Besika kannye laju..".

Mok senyum je. Mok paham.. tu alasan tak nok pose la tuh ! 

"Manje mok pose dulu. Kalo Mad idok tahan sangat, nanti mok gogheng(goreng) telo dador bagi Mad makan, yak ?
"Time kasih mok.. Janji yak..?". Mok gosok-gosok kepale aku. Aku tawu.. mok idok pandei nipu. Sume oghang tawu.. mok jujor oghangnye. Macam aku (erkk !!)..

Esok paginye...Sahor.

"Manje mok.. Intan payung mok.. Mangkit(bangun) ahh.. Moh makan sahor.. Esok nok pose yak?". Mok ughut-ughut belakang aku. Mate ghase kelemayor(kabur) sesikit. Aku angguk laju-laju. Aku duduk bersile. Mok cium pipi aku. Sekali. 

"Jap lagi Mad tughun(turun).. mok ceduk nasik Mad dulu.. Jap lagi Mad makan..". Aku janji ke mok. Mok bangkit, teghuih(terus) ngale(menghala) ke dapor. Ahh.. ghase ade mase lagi.. Pelan-pelan aku ghebahkan badan aku ke tilam. Pelan-pelan taghik selimut..

"Woiii.. bangkitt..!! Jangan banyok akei yak ! Tak nok pose la tu yak.. Saje je buat-buat tido.. Udoh tobien(tua) kamu tu.. Bangkit !! Sahor cepat. Oghang sume udoh makan.. Cepat..!". Abang aku, Tid, berdighi cekok pinggang. Die buke sume lampu. Disentapnye selimut aku. Bolien(bogel) teghuih aku. Aku melompat. Betui-betui aku takut ngan abang aku yang satu ni. Tangan die mesghe(mesra) penampo. 

Cepat-cepat masuk bilik ayo.. Aku tenggung(bertinggung). Kencin la dulu.. Sebeloh tangan paut kolah. Tapi.. mate jahat. Pejam mate kejap. Lelap. 

"Woii.. kamu kencin ke ape dalam bilik ayo tu..???". "Aku kighe sampei 3.. idok keluor juge, memang makan penampor kamu kali ni..". " Satuuuu... dueeee... tiiiiii... ". Aku udoh siap bersile ngadap nasi belauk ayam ghendang.. secawan kopi pekat, ade asap lagi. Cisss.. aku dengor mok gelak mengekek-ngekek.. Peghentoh(perintah) Jepun doh nih..

Tid tunjei(tunjal) bahu aku dengan jaghi tunjuk. "Ingatt.. esok pose !". Aku angguk laju-laju.. Di mate, ayo mate meleleh sikit... hingus tetibe je nyumbat lobang idung kembang aku... Ye.. Esok aku pose !

Khamis, 19 Julai 2012

saje aku pose esok haghi...( 2 )

Tengoh haghi tu, mok masok lauk lebih sikit daghi biase. Mok masok ayam ghendang. Mengit(semerbak) satu ghumoh baunye. Mok masok banyok sebab mok yakin esok mole pose. Esok pepagi sepi'e.. keme kene bangkit. Sahor, kate mok. Memang mok nampok seghonok bebenor nyambut pose. Aku tetap pelik !

Megerib malam tu, aku awei-awei lagi bersile depan tibi. Mok aboh pegi mesejid. Pesan mok, usoh lupe nengok tibi..nanti ade oghang kabo, pose ke idok esok. Pahtu, aku kene beghambat(berlari) ke mesejid.. kabo pulok ke deme, jadi ke idok. Mun kalo jadi posenye, deme bolih la setat semayang teghawih.  Aku tak semeyang. Aku sebuk. Memalam aku kene jadi kepale main nganto.. main nyoghok-nyoghok.. main polih senteri.. nyakat bebudok pempuan. Memang tak dan nok semeyang..

Baghu ghase nok lugu(jemu) menunggu.. tetibe muncui la oghang tuwe songkok senget kat dalam tibi. Muke oghang ni idok peghonoh aku tengok die senyum. Eh.. nok kabo pose ke idok, memang kene buat muke toye macam tu ke ? Badannye idok nguit(bergerak) sepeceng pun. Tangan gengam tangan kat celah kangkang. Molut die je yang nguit. Mesti hebat oghang songkok senget ni !

Bile dikabo esok mole pose.. dan-dan itu juge aku numbuk lantei. Ceh..! Ingatkan dapat la saghi lagi makan siang. Sedih bebeno la akunye.. Aku capei baju.. pahtu, aku teghuih melompat ke bawoh ghumoh. Deme di mesejid kene dikabo... Esok pose !

Selasa, 17 Julai 2012

saje aku pose esok haghi...( bersiri..)

Mok duduk juntei(juntai) kaki di tangge. Aboh sebuk nyusun kayu-kayu getoh keghing(kering) yang baghu dibeloh di bawoh pokok mutan. Aboh susun kekemaih. Mok nyongin (senyum-senyum). Peghangei(perangai) oghang tuwe2 kengkadang payoh nok bace...

Mok ughut(urut) pelan-pelan belakang aku. Aku bukan sakit ape pun.. Mok memang gemor gitu. Mok juahkan(manjakan) aku. Mok kate, mok ghase seghonok yaamat-amat.. minggu depan udoh mole pose. Mok kate lagi, mok nok aku pose penuh tawun tu.. mun kalo udoh masuk jawi.. kene le pose penuh.. Mok janji.. kalo aku bolih pose penuh, mok bagi duit ghaye(raya) banyok-banyok kali ni. Aku..? Buat nohinnnn(tak peduli) je...

Mase tu aku pelik.. ape yang seghonok sangat pose tu ?. Seghonok menatang ape mun kalo idok bolih makan-idok bolih minum-idok bolih koghek(korek) idung koghek telinge ?. Yang seghonoknye, mase malam je.. Nanti keme main ngato-nganto.. main polih sentri.. main galoh panjang.. main nyoghok-nyoghok.. Haaa.. yang tu seghonok ! Tapi kalo idok bolih makan-idok bolih minum-idok bolih koghek idung koghek telinge..? Cissss... tumpo(mati) aku !

Tetibe je aku ghase nyesei(menyesal) sebab masuk jawi awei-awei..(errr.. masuk jawi mase abih darejoh 5 tu awei ke kome ??). Sebab udoh masuk jawi la aku kene pose penuh. Cer kalo aku tunggu lame sikit.. Tunggu aku sampei tingkatan 3 ke.. mase tu aku doh beso.. bolih la pose penuh , yak ? Aku intei mende kat dalam seluo.. Huh ! Kene pose juge le nampok gayenye....

Isnin, 14 Mei 2012

"Matai oku no potoi diti, Samad.."

6 tahun yang lalu... di perkampungan suku kaum Dusun, Sabah.

Dua minggu yang lalu, aku bawakan mesin gunting rambut, sebilah gunting tumpul dan sikat ke rumah Uncle William. Aku melayaninya dengan mesra demi membalas kebaikan dia pada aku. Siap rambutnya kugunting, aku unjukkan cermin saiz 6x12 inci itu kepada Uncle William. Dia ketawa kecil sambil menepuk lembut bahuku.

"Matai oku no boh potoi diti, Samad.."
"Nak mati dah aku ni, Samad.."

Aku hanya senyum. Memang sejak kecil aku suka melayan orang-orang yang seusia dengan Uncle William - tanpa mengira bangsa. Atas alasan apa, aku pun tidak tahu. Hanya suka. Itu saja. 

Uncle William menderita penyakit Parkinson sejak setahun yang lalu. Nampak sihat tapi hakikatnya dia sakit. Pergerakannya amat lambat, terketar-ketar dan sejak sebulan yang lalu dia sudah tidak mampu bangun tanpa dibantu oleh orang lain. Anak-anak pun sudah berubah sikap.  Barangkali sudah jemu menjaganya. Aku jarang menjenguk Uncle William di rumahnya walau jarak rumah aku dengan rumah dia hanya sepelaung- dipisah oleh sawah terbiar seluas 2 ekar. Bukan tidak prihatin, cuma aku kurang sabar dengan ulah anak lelakinya yang satu itu. Joseph namanya. Uncle William adalah 'sampah' di matanya. Maki hamun sudah jadi kebiasaan apabila berdepan dengan ayahnya, Uncle William.

Pernah suatu petang, sewaktu aku melewati rumah Uncle William, aku terdengar dia sedang  menangis. Kuat. Segera aku hampir ke arah suaranya. Dia di dalam bilik air...

"Nakuro tu ingkaah ko joki..?? huhuhu..."."Pataiyon oku nopo boh..!!"
"Mengapa kamu buat aku macam ini..?? huhuhu.."."Bunuh saja aku ni..!!"

Suara Uncle William meninggi. Tahulah aku dengan siapa dia berkata. Jantung aku berdegup kencang. Aku bingung. Apa yang harus aku perbuat?. Tiba-tiba pintu terbuka. Anak sulungnya, Joseph muncul dengan wajah mencuka.

"Eh.. Samad. Ada apa...?", tegurnya sedikit ramah.
"Kebetulan saya lalu di sini.. errr.. Aki(atuk) tu ngape ?".
"Ahh.. Anjing ! Menyusahkan orang je..".

Terasa darah menyentak ke ubun-ubunku. Mengapa tergamak dia memanggil ayah kandungnya sebagai anjing?. Aku melangkah ke pintu rumah dan mengintai ke bilik air yang ternganga pintunya. Uncle William kukira baru selesai dimandikan. Dia bertelanjang bulat. Hati terasa hiba... Joseph menjemput aku masuk tapi aku lebih selesa di muka pintu. Tanpa mempedulikan aku, Joseph mendekati Uncle William dan cuba memegang pergelangan tangan ayahnya. Tanpa diduga, Uncle William menepis tangannya. Dan secepat kilat pula, Joseph membalas dengan menyepak pinggang ayahnya itu. Uncle William menjerit kesakitan. Aku terpempan ! Dan ketika itulah Uncle William baru tersedar yang aku ada di situ...


"Samad.. tulungo' oku po.. Samad... huhuhu.."
"Samad.. tolong atuk.. Samad... huhuhu.."

Dengan sedikit paksaan, Joseph kemudiannya berjaya memegang pergelangan tangan kanan Uncle William. Tangan ayahnya kemudian disentap. Uncle William diheret keluar dari bilik air dalam keadaan bogel dan kebasahan. Uncle William menjerit kesakitan lagi. Joseph pula mempamerkan rasa benci dengan menolak-nolak kepala ayahnya dengan kasar. Ternyata Uncle William diperlakukan seumpama haiwan. Aku tidak mampu melihatnya...

Bersambung...

Rabu, 2 Mei 2012

Kronik ![Loghat Perak]

Nota Atas : Baru-baru ini blog saya tidak dapat dibuka akibat gangguan spam.. Entah ye entah kan tidak, saya pun tak pasti. Saya dinasihatkan supaya memadam beberapa komen yang ada dalam entri saya. Walaupun saya sangat keberatan tapi keputusan mesti diambil. Tidak disangka, 30 komen sahabat-sahabat blog ini terpadam. Ruang sembang pun turut hilang. Itu amat menyedihkan saya. Percayalah.. Mohon maaf kepada mereka yang terlibat. Namun, saya harap sahabat-sahabat dapat memahami keterpaksaan saya. Terima kasih..

Berdasarkan cerita kawan..

Tanoh pusake mok ta mesti aku kene juei[jual].. Buat ape nok simpan, bukan aku duduk di sane pun.. Idok mungkin aku balik ke sane. Idok. Ate, baik la dijuei. Aku takde adik beghadik. Tunggei[tunggal] aku ni. Daghi jadi tempat jin betendang, baik la dijuei..

Ghase-ghase aku, rm180 ghibu tentu laku. Banyok juge tu yak ?. Busuk-busuk pun..rm160 ghibu dalam tangan. Pahtu.. aku beli tanoh di sini. Bulih kot dapat setengoh keping. Beli cash. Pahtu.. aku sandor tanoh tu ke bank. Beli tanoh lain pulok. Beli cash. Pahtu.. aku sandor tanoh tu ke bank. Dapat duit, beli tanoh lain lagi.. Beli cash. Kene beli yang udoh ade sawit. Sawit mahei.. bulih kabe utang ke bank. Iskk.. silap-silap bulih dapat bakinye lagi. Hihihihi.. best ! 

Mun kalo nampok macam bulih kabe[cover] utang bank ta.. aku sandor lagi tanoh tu.. Dapat duit beli tanoh lagi. Pakei name bini la pulok. Ingat.. beli yang sawit udoh bulih dijebok[tuai]. Pahtu sandor lagi ke bank.. Konpem aku bulih idup senang .. Konpem !. 

Iskkk.. peghut meghagam la pulok. Ghase nok keluor angin... Tekan sikit.. Angin menendang.. bunyinye sayuuuu.. 

Hahhhh..!!! Ya Allah.. Aku tengoh semayang la..!

Ahad, 15 April 2012

Dolah..[Loghat Perak]

Klepak..!
Klepak..!

"Nok nyongket[berjalan] ke mane pulok Paknye..?", tanye bini Dolah.
"Aku nok ke kedei.. Ghokok[rokok] aku putuih..".

Klepak..!
Klepak..!

Dolah gigih nyetat motu[motor] bughuknye. Udoh bekali-kali die ngentak[hentak] penyetat. Motunye mete[diam] gitu la.. Dolah cek minyok... ade kodaknye[bakinya] lagi. Cukup la tu.. Dolah terey setat lagi. Injin motu degil idok maunye idup. Dolah cek pulok plug kat injin. Digosok-gosok..ditenyeh-tenyeh kat kain bughuk sampei bekilat kepale plug. Dolah hembuih juge sesikit.. mane tau kot-kot ade habuk lagi.. Pasang balik.

Klepak..!
Klepak..!

Dolah mole[mula] naik angin. Beguni-guni dimaki hamunnye motu bughuknye tu. Dolah cekak pinggang. Pusing kelilin motu tiga pat kali. Dolah relek dulu.. Ketagih candu ghokok udoh mole ngaco hati peghut Dolah. Dolah mesti cepat ke kedei.. Ni udoh nok lehor[zohor].. Tokeh kedei tutup kedei.. Nok semayang nok makan nok mandi nok beghok[berak] nok kecin.. Pukui 3 kaghang baghu bukok kedeinye balik. Ishhh.. kaco ni ! Nok jalan kaki jauh.. Tak pe.. Dolah terey setat motunye lagi. Kali ni Dolah setat lelaju.. Dolah setat sekuat ati.. Dolah naik angin !

Klepak...!
Klepak..!!!!
Klepak..!
"Aduihhhh... !!! Haram bejadoh punye motu.." 
Bukk..!

Dolah teghajang motunye. Kaki Dolah bedaghoh[berdarah]. Tadi kakinye tegelincor[tergelincir] mase nendang penyetat. Ujung penyetat ghagah[mengguris] ke tulang ketin Dolah. Uihhh.. memang sakit. Kendian, Dolah jalan laju-laju pegi ke belakang ghumoh. Dolah datang balik dengan tangan kanan pegang kapok.. tangan kighi megang keghotah[kertas] soghat[surat] kabo lame. Idok betangguh.. Dolah ayun kapoknye ke motu.. Dolah ayun betubi-tubi.. Dolah kapok tangki minyok.. Minyok memancut. Dolah gulung soghat kabo jadi bulat. Dolah ghabe poket.. keluokan koceh api[mancis].. cucuh api ke soghat kabo.. Dolah bagi api nyale kuat sikit. Pahtu...

Bommm..!!!

Kome tentu tawu ape yang jadi lepaih itu yak ? Gitu la Dolah yang aku kenei...

Ahad, 8 April 2012

Kasih Seorang Abah..

Sebaik sahaja abah mendapat tahu aku jatuh sakit, dia menjadi tidak keruan. Juga turut menjadi sedikit pemarah. Berkali-kali abah keluar masuk rumah tanpa tujuan. Abah ke hulu ke hilir kampung dengan motornya. Abah mencari-cari kalau-kalau terserempak dengan kawan-kawan aku di kampung. Setiap yang dia jumpa, abah akan bertanya,  "Ada Samad telefon..? Dia sakit..". 

Aku yang serba salah lalu mengambil keputusan untuk pulang menjenguk abah. Aku harap nanti apabila aku berada di depan matanya, dia akan tenang. Memang aku masih sakit. Sangat sakit. Aku sukar untuk bangun, apatah lagi untuk bergerak. Tapi aku lebih bimbangkan Abah. Aku kuatkan semangat. Dua pil penahan sakit aku telan. Kurang menampakkan kesan.. kutambah dua biji lagi. Sakit hilang. Segera aku capai beberapa helai pakaian, sumbat ke dalam beg sandang. Mesti bersegera selagi kesan pil penahan sakit masih ada. Harap-harap aku sempat sampai ke kampung...


********************

Melihat aku yang keluar dari kereta.. Abah seakan terpempan. Langkah Abah laju mendapatkan aku.

"Bukan ke Mad sakit ? Ni boleh pandu kereta pulak ni.. "

"Sikit... Sikit je sakitnya.. Abah sihat ?"

"Kamu yang sakit.. bukan Abah..". 

Aku senyum. Kami masih di laman rumah. Aku dapat rasakan bahawa pil yang kutelan semakin 'letih' membantu menahan kesakitanku. Kakak yang sedari tadi asyik memandang dapat menghidu kesakitan yang aku simpan. Dia mengarahkan aku segera masuk ke rumah. Aku minta sehelai kain untuk kupakai. Abah membuka almari pakaiannya..

"Ini kain baru..", aku pandang ke wajah tua Abah.

"Abah meraikan kamu, Mad..", Abah seakan bersenda.

Aku semakin gagal untuk bertahan. Seluruh tubuhku bagai dijalar racun terbisa. Aku tongkatkan tangan  pada meja di sisi dinding, kemudian tangan beralih ke bucu meja. Aku genggam dengan kuat. Aku hadapkan muka ke dinding bagi mengelakkan Abah terpandang kerut mukaku yang menahan sakit..

"Mad.. kenapa..??". Abah bersuara bimbang. Aku cuba menjawab tapi kesakitan itu menghalang suaraku.

"Mad.. kamu sakit ke ??..".

"Tak pe.. sikit je ni...". Aku cuba berdalih. Aku perlukan tempat untuk berbaring. Aku... Tetiba suasana menjadi gelap..

Ya Allah..! Mad..!!!!.. 

Dalam separuh sedar aku mendengar suara abah menangis.. Tangan kasarnya membelai lembut rambutku.. Tadi aku terdengar Abah membisik..

"Mad.. Janganlah susahkan hati Abah.. Kamulah harapan Abah.. Kamulah penghibur hati Abah.. Kamulah anak yang paling Abah sayang...". Perlahan-lahan air dingin mengalir di sudut mataku...

****setahun lebih menanggung sakit.. alhamdulillah, kini aku pulih sepenuhnya..

Khamis, 29 Mac 2012

...........???

pensilku patah..
diasah-asah kembali patah
mahu menulis menjadi payah..

jiwa ini resah..
kubawa bernyanyi menambah resah
hanya diam dalam gelisah..


untuk sementara waktu, blog ini akan terbiar sunyi.. 
kepada yang sudi, bolehlah menjenguk saya di blog 'Kudoprogon'...

Ahad, 25 Mac 2012

Tebuan..[Loghat Perak]

Nota Atas : Buat teman-teman sepermainanku yang aku sebut nama kalian di bawah ini.. Kalian sentiasa ada dalam kenanganku.. Terima kasih atas pengalaman lampau yang indah..


Pepagi yaamat lagi aku, Antan Du[Azani], Antan Piah[Kamarudin], Kama ngan Intan[Faizal] tebongkok-bongkok di tanoh wakap kampung. Keme begeghok[bergerak] daghi satu kubor ke satu kubor. Keme ngutip batu-batu ghenik kat ataih kubor tu. Keme pilih yang bulat-bulat. Antan Du kate, batu ataih kubor tu deko[bertuah/berkesan] mun dibuat pelughu lestit[lastik]. Asei tuju je kene.. tuju je kene.. labun  di Antan Du laa.. Tu yang keme pakat ngutip batu-batu tu bebanyok. Penuh la poket seluo keme kighi-kanan. Keme ade misi 'menyelamat' haghi tu..

Habih keghoje ngutip batu, keme pun begeghok ngale ke kebun Pak Syed. Kebun Pak Syed sebeloh ngan sekolah agame rakyat kampung keme. Di tengoh-tengoh kebunnya ade jalan beso yang selalu bebudok baye-baye keme lalu -lalang kat situ. Tapi.. sekaghang ni, jalan tu bahaye ! Yaamat-amat bahaye. Ate, mane idok bahayenye.. kat dahan pokok getah yang melentang ke jalan tu ade saghang tebuan. Beso pulok tuh... Keme membayangkan mun kalo tetibe saghang yang dekat-dekat baye pemeluk keme tu jatuh.. pahtu timpe ke oghang.. uihhh.. tumpo[mati] kome.. tumpo...! Ate, ataih ghase ghiso[risau] keme itu la, keme musti bertindok. Saghang tebuan tu musti keme hancorkan !

Keme langut ke ataih nengok saghang tebuan tu. Bebeghape ekor tebuan nampok keluo masuk ke saghang. Gamoknye banyok yang tido lagi kot. Betui la kate Intan, pepagi deme tido.. mase tu la kite seghang deme. Ohhh.. bijok yaamat kawan aku yang satu nih ! Tetibe je aku kagum ke die.. Antan Piah ajok keme duduk jauh sikit dari pokok getoh yang ade saghang tebuan. Bahaya melestit daghi dekat. Kene jauh sikit. Kene nyoghok[menyorok/sembunyi].. jangan bagi tebuan nampok keme nanti. Keme jumpe pokok deghoyan yang beso. Itu tempat yang sesuei untuk keme melancorkan seghangan. Siap la kamu saghang tebuan.. batu yang keme kutip daghi ataih kubor tentu dapat hancorkan kamu !

Keme lestit saghang tebuan tu betubi-tubi. Antan Du ngan Intan la yang palin pakar melestit. Selalu je batu lestit deme kene pade saghang tu. Aku ? Haghapkan muke je ganaih. Mungkin aku kene pakei batu kubor seghotan[sultan] kot.. Udoh banyok batu yang kene ke saghang tapi saghangnye macam itu juge. Idoknye mau pecoh. Banyok batu yang tebenam ke saghang. Saghang tebuan tu betui-betui kuat. Keme tengok tebuan makin banyok keluo. Deme kulu-kewo[berkeliaran/berterbangan] di kelilin saghang. Keme pulok nyoghok betui-betui. Keme idok bercakap sepatoh pun. Bahaye. Mun kalo nampok ke.. didengor ke di tebuan.. habih la keme.

Makin lame makin banyok tebuan yang keluo. Mase itu la tetibe keme nampok Makcik Lijah berjalan ngale ke bawoh saghang tebuan. Die nok ke kedai. Teghuih[terus] keme jadi libang libu. Antan Piah cepat-cepat sughuh keme sembunyi. Keme jadi takut. Dalam ati keme doa sungguh-sungguh.. Tolong la jangan sampei Makcik Lijah diseghang di tebuan tu.. Tolong la Ya Allah…! Tapi… belum pun habih keme bedoa.. tetibe keme dengor Makcik Lijah menjeghit. Keme nampok Makcik Lijah laghi lintang pukang. Tepekik telolong die mintok tolong. Kain yang dipakeinye lucut idok dipeduli. Sian betui keme kat die. Keme idok tawu ke mane sudohnye Makcik Lijah laghi selamatkan dighi die. Keme pulok laghi balik ke ghumoh dan idok keluo-keluo sampei la keesok haghinye.

Pagi tu aku ngan Antan Du pegi ke ghumoh Makcik Lijah. Semalam die ke hospital bawok dianoknye. Muke ngan lengan Makcik Lijah kembong. Sedih aku tengok. Keme buat-buat muke idok besaloh. Laki Makcik Lijah nampok betui-betui maghoh[marah].

“Kalau aku dapat oghang yang melestit saghang tebuan tu..mampuih aku keghoje kan.. Buat mende bodoh !”, kate lakinye dengan ghadang[geram].

Antan Du cepat-cepat menjawap..

“Betui tu Pakcik..  Celaka betui. Itu memang keghoje bebudok tengin[bodoh].. Mun kalo pakcik jumpe bebudok tu.. hempok[pukul dengan teruk] bebetui !!”.

Muke Antan Du yang nampok series tu buat aku jadi bengong…

Selasa, 20 Mac 2012

Sila bayar hutang kami !

Nota Atas : Ini entri sekadar 'ada'... 

Tok batin yang berusia separuh abad itu aku renung kosong. Dia aku kagumi kerana setiap waktu solat dia pasti ada di surau ini. Ini surau masyarakat orang asli. Kecil tapi padat dengan kipas dan lampu. Bayangkan.. jarak antara satu kipas ke satu kipas yang lain hanya dalam lingkungan 5 kaki sahaja. Begitu jugalah lampunya. Tapi yang anehnya, elektrik masih belum juga disambung sedangkan surau ini sudah siap dibina sejak hujung tahun lepas lagi (2011). Apa masalahnya ? Kutanya pada tok batin, katanya " Tiadak apa itu.. yang penting ada kipasnya.." Oooo.. gitu ye ?

Surau ini menjadi tempat masyarakat orang asli yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Cuma kebelakangan ini, menurut tok batin, jumlah yang datang susut dengan mendadak. Tok batin runsing memikirkan masalah itu.

"Dorang mogok cik.. dorang tak mau sembahyang Jumaat lagi.." Tok batin nampak sedih.

"Ngape dorang tak mau datang sembahyang tok ?"

"Dorang marah sebab hutang bulan lepas belum dibayar cik.."

"Hutang apa pulak tu..?"

"Hutang sembahyang Jumaat lah.."

"Saya tak faham.."

"Setiap kali kami sembahyang Jumaat, kami dibayar 5 ringgit.. Tapi bulan lepas, satu sen pun tak dibayar lagi.. Habis.. macam mana dorang nak sembahyang cik?"

"Errrr... ?????". 

Siapa boleh jawab ? hihihihi.... 

Ahad, 4 Mac 2012

Imam..[Loghat Perak]

Nota Atas  : Sepatutnya cerita Lagenda adalah 'buah tangan' terakhir daripada 'atasnamaaku.'. Namun ternyata rindu membawa aku kembali ke sini..


Allah.. huakhbar..!

Aku cube kusyuk. Macam nok bulih je.. Imam tuwe[tua] yang jadi imam magerib malam ni. Bacenye pelan-pelan. Beghantun[tertib] beno die nyebut ayat-ayat Quran. Aku ghase tenang. Jemaah pun idok beghape ghamei. Di luor ujan ghenyei[renyai].

Masok raka'at kedue... Aku tepeghasan imam diam sekejap. Pahtu, imam bace idok sepelan tadi. Makin laju. Ayat lazim pun ambik yang palin pendek. Imam rokuk laju. Neghokam pulok ke sujud. Aku ghase pelik. Teghuih teghang cakap.. aku ghase macam main 'race' ngan tok imam. Tahiyyat awei pun secepat kilat. Mane gaye nok ngikutnye ni tok imam woo..!~

Raka'at ketige makin laju. Uiihh.. tuma'ninah pun macam idok beghape nok dan. Dalam 'race' ini.. aku kaloh. Lantok le .. Aku tetinggei 1 ke 2 rukun di belakang imam. Brabo tok ! Bulih kate, semue makmum kaloh di tangan tok.. !

Assalamualaikum warahmatullah... kanan.. Laju !

Assalamualaikum warahmatullah.. kighi pulok.. Pun laju !

Imam idok angkat tangan berdoa. Die teghuih bangkit. Idok mandang kighi kanan lagi. Imam jalan lelaju ngale ke pintu. Sambei jalan.. tok imam sempat juge menembok keme dengan 'pelughu M-16'nye.. Oooo.. sakit peghut engkohnya[rupanya] yak.. Nyemah[mujur] 3 raka'at je.. mun kalo tamboh satu raka'at lagi.. Yang belakang tu kene ingat-ingat la !..

Sabtu, 25 Februari 2012

Lagenda..

Haruman Body Shop itu menjentik pergi lamunanku yang tadinya asyik membelek-belek novel yang tersusun kemas pada rak gedung buku itu. Haruman itu pernah kutunggu-tunggu. Haruman itu jugalah yang dulu menjadikan aku seorang perindu. Maka, spontan aku menoleh ke belakang. Di situ satu wajah yang cukup kukenal sedang terpaku memandangku...

Terasa bagai denyut jantungku terhenti. Kusebut namanya. Namun ternyata suara itu terapung di benakku. Matanya mengikat ke mataku. Pandangannya mampu melumpuhkan, sedang aku pula persis pahlawan yang tidak punya perisai lagi. Agak lama begitu sehinggakan aku terlupa di mana sedang aku berada. Kemudian kujatuhkan pandangan mata pada anak kecil - ya.. masih sangat kecil - yang lena dalam dukungannya. Di situ aku mendapatkan tongkat untuk terus berdiri. Nafas halus kulepaskan. Senyuman mulai mampu kugaris pada wajahku.

"Apa khabar..?". Kulihat kelopak matanya basah. Sedikit berkaca. Tiada jawapan. Hanya bibirnya seakan bergetar.

"Tentunya ini yang pertama.. kan ? Tahniah.. Comel seperti ibunya..". Aku cuba mesra. Pipi halus anak kecil itu kusentuh dengan belakang jari telunjukku. Dan saat itulah air matanya terjatuh lalu menimpa lenganku. Hangat. Hangat yang membikin dada kuterasa sendat. Hakikat ini mesti kuterima. Wajib !.

"Mana suami..? Dia tak bersama ye..". Aku masih mengawal rasa. Dan dia tetap terus diam. Sengaja aku tidak memandang ke wajahnya. Itu kerana aku tidak sanggup melihat air matanya.

"Maafkan ... maafkan aku,  Arm.. 4 tahun aku mencari dan menunggumu.. Aku..."

"Kamu tidak punya sebarang kesalahan padaku. Akulah yang patut memohon keampunan atas kesilapan aku dulu.. Sudahlah.. Janganlah menangis.. Kita patut malu pada si comel ini.. Usah bimbang akan aku.. Aku lelaki yang kuat kan?.." Aku berikan senyum yang paling manis seperti yang pernah aku berikan padanya dahulu.

Aku harus segera pergi. Dua keping not RM50 kulipat dan kuselit di celah baju anak kecil itu. Aku mohon keizinan untuk beredar atas alasan kerja yang perlu aku beresi. Pada tiga langkah yang pertama aku terhenti...

"Arm.. masihkan kau ingat mesej terakhir yang kuhantar padamu ? Percayalah.. segalanya kekal begitu.."

Lantai konkrit yang kupijak bagaikan bertukar menjadi tanah selut yang dalam. Wajahnya kutatap dengan sepenuh kasihku. Senyumku menjadi lukisan air mataku. Ingin sekali kugenggam tangannya dan mengesat airmatanya yang sedang tumpah kaju. Namun, apalah dayaku.. Di saat mata ini mulai terasa pedih.. perlahan-lahan kuayunkan kaki. Dalam hati bergema.. Biarlah.. biarlah aku tetap begini..  terus bertelanjang, dalam selimut menyalak bulan.. 

Selasa, 21 Februari 2012

Janji..[Loghat Perak]

Kalo bejanji.. Sida yang tonggek tu memang baguih. Die memegang prinsip.. Janji musti ditunei.. Idok bulih memain. Kalo janji nok jumpe.. musti kene jumpe. Jangannn.. sian pade yang behaghap tuh.. Tapi kalo tanye ke Kalid, boipren Sida... secepat kilat die meludoh ke tanoh.. Aku la tempat Kalid mengadu..

Kate di Kalid.. memang betui Sida akan datang kalo janji nok jumpe. Idok le die peghonoh mungkior mun sekali pun. Tapi yang jadi ghebenye[masalah].. pukui beghape datangnye Sida tu. Janji jumpe pukui 8 pagi.. nanti Sida datang paling cepat pun jam 9.. Pendek kate, selagi idok besawang 3 kali lelaboh kat kaki Kalid.. usoh dihaghap la nok nampok batang idung kembang si Sida tu.. Kengkadang, Kalid udoh nok balik.. baghu Sida datang melenggok-lenggok. Nohin[selamba] je muke die.

"Tadi Sida dah siap dah.. dah cepat dah tadi.. tapi baru nak sarung kasut.. perut meragam pulak.."

"Mak suruh pegi beli barang sikit kat kedai.. Sida singgah la kejap.. Errr.. lama ke tunggu..??"

"Kalid tahu.. tadi Sida jumpa Mona.. dia dah kurus tau.. Kalid tak marah kan?"

Alasan-alasan Sida memang Kalid teghime. Idok la tawu nok meghengak[merungut] sepatoh pun. Baik beno Kalid tu. Mungkin juge  sebab sayang. Boleh ke gitu? Kalid tetap tunggu sebab, bile Kalid tepon.. Sida akan kate die 'on the way'.. Peghonoh juge waktu Kalid tepon, Sida kate die 'on the way'..tapi ade bunyi gema.. Kalid tawu itu bunyi dalam bilik ayo.. baghu nok mandi ! 

Semalam Kalid nok pekene Sida pulok. Kunun-kunun nok bagi Sida ghase macam mane seksenye menunggu lelame. Bukan balaih dendam.. tapi nok ngajor, kate di Kalid. Semalam deme janji nok jumpe pukui 3 petang..  Kalid nekad nok datang lewat sejam lebih.. Yo[biarlah] Sida nunggu die pulok. Pukui 3 tu..Kalid masih layan Fb kat ghumoh. Masok jam 4.. Kalid baghu nok mandi. Jam 4.15 ..Kalid baghu nok makei baju. Tapi Kalid pelik.. Ngape Sida idok tepon die.. Tak kan Sida belum sampei lagi. Mustahil. Dekat-dekat jam 5.. Kalid baghu sampei kat tempat yang deme nok jumpe. Mane Sida ?. Udoh balik ke.. Meghajuk ke..? Tapi ngape idok tepon die..?

Kalid mule ghase besaloh. Nyesei[menyesal] pun ade.. Cepat-cepat die tepon Sida. Musti kene mintok maap.. Nanti gadoh-gadoh tak best.. Lambat tepon dijawab.. Dade Kalid mule bedebor..

"Helo.. Sida.. Kalid...err.."

"Eh.. Kalid.. tunggu Sida ye.. Ada accident la kat sini.. Uihh.. ngeri tau.. Sida singgah kejap je ni.. Tunggu tau.. bye.."

Kalid tediam. Sekerin tepon ditengoknye lelame.. Sabo la Kalid.. Nih.. nih... aku tengoh tabik kat kamu !! hihihihi...

Sabtu, 18 Februari 2012

Lat..

Nota Atas : Ada yang bertanya akan kebenaran pada setiap cerita yang saya kongsikan dalam blog ini. Adakah cerita itu benar, atau rekaan semata-mata ?. Jawapannya.. Semua kisah yang dipaparkan adalah berdasar dan berasaskan kisah yang benar-benar berlaku. Cuma, nama watak diubah. Jalan cerita pula digarap secara bebas. Malah ada yang dihasilkan atas permintaan individu yang terbabit. Begitu juga dengan kisah ini...

Lat seorang budak pintar yang membesar tanpa kedua orang tuanya. Dia ditempatkan di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak. Tidak banyak yang aku tahu tentang latar belakang keluarganya. Seperti kebanyakan anak-anak tanpa ibu bapa yang lainnya, Lat agak liar akibat pengaruh rakan di sekeliling. Dalam usia remaja lagi, Lat terjebak ke dalam pengambilan ganja[marijuana]. Namun seperti yang kukatakan pada awal tadi, Lat dikurniakan otak yang cerdas. Dia berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di Bangi, Selangor.

Di sana kisah lukanya semakin dalam. Dia dicintai oleh seorang gadis yang pada awalnya memberikan cahaya dalam hidupnya. Barangkali Lat tersilap kerana 'terjatuh' ke pangkuan seorang gadis yang bertuhankan kemewahan dan kebendaan. Memang pada awalnya, demi cinta, si gadis itu sanggup bekerja bermati-matian untuk menampung perbelanjaannya di kampus. Namun cahaya yang dijanjikan ternyata sirna juga akhirnya. Si gadis kesayangan mengambil jalan mudah untuk memperoleh wang yang banyak. Bagaimana? 

Suatu hari si gadis menemui Lat. Dengan sedikit ceria, si gadis menceritakan perancangan gilanya. Si gadis bersetuju untuk menjadi isteri secara kontrak kepada seorang pengurus syarikat, tempat dia bekerja. Si pengurus syarikat itu khabarnya terdesak untuk memenuhi permintaan ibunya yang terlantar nazak di hospital - yang mahu melihat si pengurus syarikat itu menikah sebelum si ibu menutup mata. Pengurus syarikat itu menjanjikan sebuah kereta, sebuah rumah yang serba mewah dan sebidang tanah untuk si gadis. Dalam perjanjian yang disaksi oleh seorang peguam, si pengurus syarikat berjanji tidak akan menyentuh si gadis. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berlakon sebagai suami isteri. Dan si gadis akan dilepaskan setelah ibunya meninggal dunia. Itu sahaja !

Si gadis berjanji untuk kembali. Si gadis berjanji dengan sesungguhnya bahawa hanyalah Lat cinta hatinya. Tapi.. mana mungkin seorang lelaki mampu menerima perancangan segila itu? Meskipun tidak direstui, si gadis bertegas juga. Inilah peluang untuk memperoleh kesenangan yang mudah. Kedegilan itu menghumban Lat ke laut sengsara yang ternyata gagal untuk Lat renangi. Hari demi hari.. Lat semakin terseksa. Beban cinta yang luka tidak daya ditanggung lagi. Lat kembali ke jalan hitam yang dulu ditinggalkan atas dorongan si gadis. Malah lebih hebat lagi. Dadah kini dalam genggaman. Bagi Lat, itulah alat yang akan membantunya untuk meredakan sengsara. Hanya itulah satu-satunya. 

Lat menyuntik dua suntikan pada lengan kirinya. Beberapa detik kemudiannya, Lat terawang-awangan. Lat terasa bagai terbang ke langit. Kemudian, Lat seakan-akan terlihat si gadis sedang bersenda bersama 'suaminya'. Lat menjerit sekuat hatinya. " Hei gadis..! Barangkali suatu masa nanti.. aku juga harus membayar demi mendapatkan cinta !!!..". Lat tersilap. Rupanya, suntikan jarum syaitan itu semakin menguatkan ingatannya pada si gadis. Malah luka semakin perit. Dalam kemabukan yang dahsyat.. Lat keluar dari bilik dan terus menuju ke motosikalnya. Sebaik enjin dihidupkan, minyak dipulas sekuat tenaga. Dan... belum sampai 20 meter, yakni betul-betul di hadapan simpang ke rumah sewanya.. satu dentuman yang kuat bergema ! Lat tiada lagi....  

nota bawah : Ibu pengurus syarikat itu ditakdirkan masih hidup sehingga ke hari ini. Kini, 10 tahun sudah berlalu... Si ibu semakin sihat dan si gadis kekal bersama 'suaminya'. Adakah si gadis itu bahagia ? 


Kamu mendapat kemewahan.. malangnya, kemewahan tidak mampu membeli ketengangan dan kebahagiaan.... 
sekian.

Rabu, 15 Februari 2012

Visual..[Loghat Perak]

Kiman kawin ngan Aisyah udoh lame. 15 tawun tu lame la yak.. Anok pun 3. Tapi ade yang pelik dengan deme ni. Eh ! Bukan deme.. Kiman je yang pelik.. Kot !

Kate Kiman, sejok deme kawin .. belum pun cukup 10 kali die 'ehem-ehem' ngan Aisyah. Memang  deme ade anok 3.. tapi itu pun sebab Aisyah dengan ganaih telah memperkose Kiman ituh !.. Errr.. Kiman kate la.. Pelik juge aku.. Aisyah tu lawa ! Bodi Aisyah pun.. adeih ! Susoh nok labun aih.. bini oghang tuh.. Alang-alang oghang jantan.. cayo !

Satu haghi Kiman bukok ceghiter.. Engkohnye[rupanya] Kiman ni ngidap 'kecelaruan seks' . Kiman idok minat buat hubungan badan. Die macam genyi[geli] sesikit. Kiman beghahi[berahi] dengan visual. Bagi Kiman, cukuplah kalo dapat tengok je.. Maksudnye.. Kiman nanti akan tengok Aisyah ataih-bawoh.. teguk ayo lior pat lime kali.. haaa.. puaih la sudoh.. Kan pelik tuh ? Kiman legekan keinginan die dengan nengok gambo betine-betine telanjang bolien. Kiman suke layan video lucoh.. Nanti Kiman tengok sejam due.. Kiman pun.. hihihihi.. Hishhh.. Teghuk la kamu bang Kiman..!

Patut la satu mase dulu Aisyah peghonoh belabun ngan aku, katenye, bulih dikate tetiap haghi die mikior nok mintok ceghei pade Kiman. Udoh idok tahan ghasenye Mad uii.. kate die. Idok pulok dikabo tentang peliknye lakinye tu. Jadi, aku nasihat le die lebih kughang.. kene sabo.. idup laki bini memang ghope itu.. Isk.. Getek[meluat] pulok aku nengokkan muncungnye yang tajam mase nengor nasihat aku tu. Kate Aisyah lagi, satu je sebab die kekei ngan Kiman.. Aisyah ghiso[bimbang/risau] kalo laki baghunye nanti idok sekaye Kiman. Lagipun, ade lagi tanah keluarge Kiman yang belum pindoh name ke name Aisyah. Rugi tuh !

Aku yang tukang dengo kesoh deme laki bini tu kengkadang penin kepale. Pade aku, bukan Kiman je pelik oghangnye.. Aisyah pun same. Elok beno la deme disatu di tuhan jadi laki bini. Kite yang menengok.. ambik la sume tu sebagei iktibor. Yang bughuk jadi sempadan, yang baik jadi teladan. Kan gitu ?... Err.. ade iktibor ke ?