Sejak diberitahu akan mengambil tugas sebagai imam solat sunat Aidil Fitri pada hari raya nanti, Imam Mad gelisah tidak menentu. Ini adalah yang pertama kali. Tahun ini adalah tahun pertama dia sebagai imam di kampung. Tentulah gelisah mencakar-cakar hati tuanya. Begitu pun imam Mad mengambil tanggung jawab itu sebagai satu cabaran buatnya. Imam Mad Boleh ! Bisik Imam Mad mencabar dirinya...
Imam Mad hanyalah imam kampung. Dia bukan lulusan agama dari mana-mana pun. Dilantik atas komitmennya yang istiqamah mendatangi masjid setiap kali azan bergema. Perwatakannya juga warak. Begitu jugalah imam yang lain. Yang muda-muda, yang pandai ilmu agama, pandai hukum-hakam tiada yang berminat menunggu kampung. Yang tua-tua inilah yang ada. Tiada rotan, akar-akar tua pun jadi..
Namun Imam Mad komited. Dia akan buktikan pada jemaah nanti - yang tentunya turut diikuti oleh perantau-perantau yang pulang ke kampung - bahawa Imam Mad boleh. Imam Mad hebat. Imam Mad mahu bikin gempak !.. Ya.. Lalu Imam Mad melakukan sedikit 'home work'. Dia memilih untuk membaca surah yang panjang. Dia menghafal doa yang panjang. Barangkali, yang panjang-panjang itulah piawai kehebatan seorang imam.
Pagi Syawal datang dengan rahmat-Nya..
Imam Mad bersedia. Dia memang sedikit gementar. Namun Imam Mad sudah pasakkan semangat "Yakin Boleh" dalam diri. Qamat bergema. Imam Mad berdiri di hadapan dengan jubah hitam yang dibeli oleh anaknya..
"Allah.. huakbarr !".. Suasana tenang. Imam Mad membaca doa al-Iftitah dengan tertib. Doa al-Iftitah habis dibaca.
"Bismillah hirahmanirrohim... Alhamdulillah..."
"Subhanallah.. ". Dua suara di belakang lantang menegur. Imam Mad terdiam. "Apa salah aku ni..??", bisik hati Imam Mad. Diulang membaca. Kali ini lebih tertib.
"Bismillah hirahmanirrohimm.. Alhamdulillah hirobbil a'lamin..."
"Subhanallah...". Bertambah lagi suara yang menegur di belakang. Sekali lagi Imam Mad terdiam. Dia mula gelabah. "Apa salah aku ni..!!!", jerit hatinya. Diulang lagi. Kali ini lebih-lebih lagi tertibnya.
"Bismillah hirahmanirrohimm.. Alhamdulillah hirobbil a'lamin..."
"Subhanallahhh..." Lagi !. Imam Mad berpeluh. Imam Mad kebingungan. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya mengadap makmum.
"Ehem..ehemmm.. errr.. tuan-tuan jemaah sekalian... saya rasa, kita batalkanlah sembahyang raya kita ni.. Sekian.. ". Imam Mad terus berjalan menuju ke pintu keluar masjid. Makmum ???? Sendiri agak laa.. huhuhuhu...
Soalan mudah : Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Imam Mad ?
Nota : Kisah ini agak lucu tetapi benar-benar berlaku di sebuah masjid dalam sebuah kampung yang terletak di Hilir Perak.