Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 14 Mei 2012

"Matai oku no potoi diti, Samad.."

6 tahun yang lalu... di perkampungan suku kaum Dusun, Sabah.

Dua minggu yang lalu, aku bawakan mesin gunting rambut, sebilah gunting tumpul dan sikat ke rumah Uncle William. Aku melayaninya dengan mesra demi membalas kebaikan dia pada aku. Siap rambutnya kugunting, aku unjukkan cermin saiz 6x12 inci itu kepada Uncle William. Dia ketawa kecil sambil menepuk lembut bahuku.

"Matai oku no boh potoi diti, Samad.."
"Nak mati dah aku ni, Samad.."

Aku hanya senyum. Memang sejak kecil aku suka melayan orang-orang yang seusia dengan Uncle William - tanpa mengira bangsa. Atas alasan apa, aku pun tidak tahu. Hanya suka. Itu saja. 

Uncle William menderita penyakit Parkinson sejak setahun yang lalu. Nampak sihat tapi hakikatnya dia sakit. Pergerakannya amat lambat, terketar-ketar dan sejak sebulan yang lalu dia sudah tidak mampu bangun tanpa dibantu oleh orang lain. Anak-anak pun sudah berubah sikap.  Barangkali sudah jemu menjaganya. Aku jarang menjenguk Uncle William di rumahnya walau jarak rumah aku dengan rumah dia hanya sepelaung- dipisah oleh sawah terbiar seluas 2 ekar. Bukan tidak prihatin, cuma aku kurang sabar dengan ulah anak lelakinya yang satu itu. Joseph namanya. Uncle William adalah 'sampah' di matanya. Maki hamun sudah jadi kebiasaan apabila berdepan dengan ayahnya, Uncle William.

Pernah suatu petang, sewaktu aku melewati rumah Uncle William, aku terdengar dia sedang  menangis. Kuat. Segera aku hampir ke arah suaranya. Dia di dalam bilik air...

"Nakuro tu ingkaah ko joki..?? huhuhu..."."Pataiyon oku nopo boh..!!"
"Mengapa kamu buat aku macam ini..?? huhuhu.."."Bunuh saja aku ni..!!"

Suara Uncle William meninggi. Tahulah aku dengan siapa dia berkata. Jantung aku berdegup kencang. Aku bingung. Apa yang harus aku perbuat?. Tiba-tiba pintu terbuka. Anak sulungnya, Joseph muncul dengan wajah mencuka.

"Eh.. Samad. Ada apa...?", tegurnya sedikit ramah.
"Kebetulan saya lalu di sini.. errr.. Aki(atuk) tu ngape ?".
"Ahh.. Anjing ! Menyusahkan orang je..".

Terasa darah menyentak ke ubun-ubunku. Mengapa tergamak dia memanggil ayah kandungnya sebagai anjing?. Aku melangkah ke pintu rumah dan mengintai ke bilik air yang ternganga pintunya. Uncle William kukira baru selesai dimandikan. Dia bertelanjang bulat. Hati terasa hiba... Joseph menjemput aku masuk tapi aku lebih selesa di muka pintu. Tanpa mempedulikan aku, Joseph mendekati Uncle William dan cuba memegang pergelangan tangan ayahnya. Tanpa diduga, Uncle William menepis tangannya. Dan secepat kilat pula, Joseph membalas dengan menyepak pinggang ayahnya itu. Uncle William menjerit kesakitan. Aku terpempan ! Dan ketika itulah Uncle William baru tersedar yang aku ada di situ...


"Samad.. tulungo' oku po.. Samad... huhuhu.."
"Samad.. tolong atuk.. Samad... huhuhu.."

Dengan sedikit paksaan, Joseph kemudiannya berjaya memegang pergelangan tangan kanan Uncle William. Tangan ayahnya kemudian disentap. Uncle William diheret keluar dari bilik air dalam keadaan bogel dan kebasahan. Uncle William menjerit kesakitan lagi. Joseph pula mempamerkan rasa benci dengan menolak-nolak kepala ayahnya dengan kasar. Ternyata Uncle William diperlakukan seumpama haiwan. Aku tidak mampu melihatnya...

Bersambung...

Rabu, 2 Mei 2012

Kronik ![Loghat Perak]

Nota Atas : Baru-baru ini blog saya tidak dapat dibuka akibat gangguan spam.. Entah ye entah kan tidak, saya pun tak pasti. Saya dinasihatkan supaya memadam beberapa komen yang ada dalam entri saya. Walaupun saya sangat keberatan tapi keputusan mesti diambil. Tidak disangka, 30 komen sahabat-sahabat blog ini terpadam. Ruang sembang pun turut hilang. Itu amat menyedihkan saya. Percayalah.. Mohon maaf kepada mereka yang terlibat. Namun, saya harap sahabat-sahabat dapat memahami keterpaksaan saya. Terima kasih..

Berdasarkan cerita kawan..

Tanoh pusake mok ta mesti aku kene juei[jual].. Buat ape nok simpan, bukan aku duduk di sane pun.. Idok mungkin aku balik ke sane. Idok. Ate, baik la dijuei. Aku takde adik beghadik. Tunggei[tunggal] aku ni. Daghi jadi tempat jin betendang, baik la dijuei..

Ghase-ghase aku, rm180 ghibu tentu laku. Banyok juge tu yak ?. Busuk-busuk pun..rm160 ghibu dalam tangan. Pahtu.. aku beli tanoh di sini. Bulih kot dapat setengoh keping. Beli cash. Pahtu.. aku sandor tanoh tu ke bank. Beli tanoh lain pulok. Beli cash. Pahtu.. aku sandor tanoh tu ke bank. Dapat duit, beli tanoh lain lagi.. Beli cash. Kene beli yang udoh ade sawit. Sawit mahei.. bulih kabe utang ke bank. Iskk.. silap-silap bulih dapat bakinye lagi. Hihihihi.. best ! 

Mun kalo nampok macam bulih kabe[cover] utang bank ta.. aku sandor lagi tanoh tu.. Dapat duit beli tanoh lagi. Pakei name bini la pulok. Ingat.. beli yang sawit udoh bulih dijebok[tuai]. Pahtu sandor lagi ke bank.. Konpem aku bulih idup senang .. Konpem !. 

Iskkk.. peghut meghagam la pulok. Ghase nok keluor angin... Tekan sikit.. Angin menendang.. bunyinye sayuuuu.. 

Hahhhh..!!! Ya Allah.. Aku tengoh semayang la..!