Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 6 November 2010

Pokok-pokok Pelik

Salam sume... Aku tengah mikio mende ape pulok yg aku nok kongsi ngan kome haghi ni... Mentaghe tu.. kome cuci-cuci mate dulu dengan gambo-gambo pokok yang kat bawoh ni yak...(kighe mcm iklan la kome hihihi...)



10. Pokok Lone Cypress di CaliforniaPohon kecil Lone Cypress ini terdapat di Pantai Pebble, Semenanjung Monterey, California. Walaupun berukuran kecil,namun, dengan status ikonik sebagai pohon luar biasa cantik dihiasi oleh latar belakang indah dari Lautan Pasifik.



9. Pokok Circus
Asalnya sebagai hobi, seorang petani Axel Erlandson ,telah memangkas, membentuk dan mencantum pohon menjadi bentuk yang hebat dan dipanggil "Pohon Circus." Selepas bertahun-tahun, hasilnya ialah pokok-pokok yang berbentuk unik sekali seperti pintu gerbang dan berbagai bentuk lagi.
Contohnya, untuk membuat "Pohon Bakul" beliau menanam enam pokok sycamore dalam lingkaran dan kemudian dicantum bersama untuk membentuk pola berlian yang menyerupai bakul..

8. Pokok Sequoias Raksasa
Pokok Sequoias raksasa hanya tumbuh di Sierra Nevada, California, adalah pohon terbesar di dunia (dari segi saiz). Pokok yang terbesar ialah General Sherman terdapat di Taman Nasional Sequoia - salah satu pohon raksasa dengan ketinggian 275 kaki (83,8 m), dan beratnya lebih dari 6000 tan.


Pokok General Sherman berusia sekitar 2.200 tahun - dan setiap tahun, kayu pohon ini membesar dan pertambahan itu cukup untuk menghasilkan sebatang pokok yang setinggi 60-kaki.











7. Pokok Coast Redwood: Pokok Drive-Thru
Ada sejenis lagi pokok Sequoia yang cukup luar biasa iaitu dipanggil Coast Redwood merupakan pokok-pokok yang tertinggi dan terbesar di dunia.
Pokok yang paling tinggi adalah pokok yang dipanggil Hyperion di Redwood National Park, dikenalpasti pada tahun 2006 dengan ukuran ketinggian 379 kaki (115 m). Batang pokok itu ditebuk dan kereta boleh melalui lubang pada pokok itu!


6. Pokok Chapel-Oak

Pokok Chapel-Oak dari Bellefosseis Allouville - pohon yang paling terkenal di Perancis. Sebenarnya, ia bukan sekadar sebatang pokok, malah lebih dari itu. Pokok itu juga merupakan bangunan dan tempat untuk acara keagamaan- all in one!

Pada tahun 1669, dua orang padri memutuskan untuk membina sebuah gereja kecil (chapel) 500 tahun. Kebetulan, pokok itu telah berlubang akibat panahan petir lalu padri telah membina sebuah mezbah kecil untuk patung Virgin Mary.. Kemudian, dibuat lagi sebuah gereja (chapel) yang kedua dan ditambah tangga.
Sekarang, bahagian-bahagian dari pohon yang mati terus menjadi lebih kecil dan lebih kecil setiap tahun, Ada bahagian kulit pokok, yang terjatuh kerana usia tua,



5. Pokok Pando (The trembling Giant)
Pando atau The Trembling Giant di Utah sebenarnya adalah satu kawasan yang terdapat pokok pando ini.. Semua pokok di kawasan inii secara genetik adalah sama (bermakna, mereka klon yang tepat antara satu sama lain). Semua pokok ini hidup dengan sistem akar bawah tanah yang sangat besar.
Pando, yang merupakan bahasa Latin untuk "Aku Sebar," terdiri daripada 47.000 batang yang tersebar di 107 hektar tanah. 



4.Pokok Tule
Pokok Tule terdapat berhampiran bandar Oaxaca, Mexico. Pokok ini mempunyai lingkar batang terbesar iaitu 190 kaki (58 m) dan diameter batang pada 37 kaki (11.3 m). Pada tahun 1994, pohon kebanggaan Mexico ini berada dalam bahaya: daunnya menjadi kuning dan banyak dahan-dahannya mati.Bila "doktor" pokok dipanggil, hasil diagnosis didapati pokok ini mengalami masalah mati kehausan. Apakah ubatnya? "Doktor" menyatakan – berikan air. Benar, pokok itu pulih sepenuhnya selepas diberi air secukupnya.



3. Pohon Banyan Sri: Maha Bodhi Tree
Pohon Banyan ini dinamakan "banians" atau peniaga Hindu yang menjalankan usaha mereka di bawah pokok. . Bentuk pohon raksasa ini jelas: menyerupai kanopi megah dengan akar nya seperti ular menjalar di tanah..

Di Ankor Wat , Kemboja, anda boleh melihat dengan jelas akar pokok itu seperti ular menjalar sereta bumbung Angkor Wat.

Salah satu spesies yang paling terkenal dari Banyan, dipanggil Pokok Bo iaitu  Pkoko Sri Maha Bodhi  di Anuradhapura, Sri Lanka. Dikatakan bahawa pokok itu tumbuh dari pemotongan  pokok asli di mana Buddha berada pada abad ke-6 SM.







2. Bristlecone Pine:  Pohon Tertua di Dunia.
Pohon hidup yang tertua di dunia ialah bristlecones pinus yang terdapat di White Muontains, California. . Pokok ini ditemui pada 11.000 meter di atas permukaan laut, berumur 4.838 tahun - bukan hanya pohon tertua tetapi juga organisma bukan-klon tertua yang hidup di dunia.



Kisah penemuan pokok ini lebih menarik: Pada tahun 1964, Donald R. Currey mahasiswa pascasarjana, mengambil sampel teras dari sebatang pohon bernama Prometheus. Untuk mengambil sampel kayu, dia menggunakan alat boring dan alat itu patah di dalam batang pokok.Dia meminta kebenaran dari Pejabat Perhutanan Amerika Syarikat untuk menebang itu dan memeriksa keratan rentas pokok iti.. Anehnya Pejabat Perhutanan bersetuju! Ketika mereka memeriksa pokok itu, ternyata pokok itu berumur sekitar 5.000 tahun, yang akan membuatnya menjadi pohon tertua di dunia dan dalam masa yang sama saintis tanpa sedar telah membunuh pokok itu!




1. Baobab
Pokok  Baobab boleh tumbuh membesar setinggi 100 kaki (30 m) dan lebar  35 kaki (11 m) : Batangnya yang bengkak  sebenarnya tempat simpanan air - pokok Baobab boleh menyimpan sebagai sebanyak 120,00 liter air untuk bertahan dalam keadaan yang sangat kering.






Batang pokok ini boleh ditebuk dan dijadikan tandas awam.

Khamis, 4 November 2010

Keghane Maghoh ( Kerana Marah) ...

Ceghite kali ni ntoh betui ke idok ... ntoh le kome...sebab mende jadi ni jaman aku kecik lagi. Mane la aku bulih ingat. Ceghite ni jadi di kampung aku la... Kampung errr... Deme la yang ceghite kat aku. Kate deme betui... Ate, aku pun kene kate betui juge ke haa ? Name yang telibat aku tuko yak... Ape-ape pun.. kome jadikan la ceghite ni sebagei iktibor... Gini kesohnye...

Ghumoh Pak Umo memang jauh daghi ghumoh oghang lain di kampung aku. Pak Umo ni ade anok tige oghang. Jantan due... pempuan soghang. Bini Pak Umo udoh ninggei(meninggal dunia) lame doh. Ate, Pak Umo la yang mesokan(besarkan) anoknye tu. Uisskk... sayang bebeno Pak Umo kan anoknye kome. Dengor ceghite oghang... ape mende pun yang anoknye nok.. dibaginye sesaje. Sebab anok juge le.. Pak Umo idok sio(mahu/ingin)nye kawein lagi.

Satu haghi Pak Umo pegi kendughi(kenduri) kawein di mane ntoh... Ditinggeinye la anoknye di ghumoh. Pak Umo ghase, anok pempuan nye tu bulih jage adik-adiknye . Ate... adat bebudok kan.. bile bapok tak ade..eerrmm... ingke(naik tocang) la deme yak... Keme mase bebudok dedulu gemo main dango kome... Keme main masok-masok la.. main bejuei beli la.. main kawein-kawein la ( tang ni aku gemo kome ...hohoho)... main mok-mok la.. memacam. Tapi due anok jantan Pak Umo ni ditampeinye cube test main masok jawi kome... Masok jawiii...alaa..bersunat la..besunat.. tawu kan ?

Ate..macam oghang masok jawi betui-betui... si abang sughuh la adiknye mandi kat sungei. Mandi lame-lame yak..sampei kecut 'mende' tu.. kate si abang. Mentaghe(sementara) tunggu adiknye mandi, si abang ke kedei meli piso(pisau) reza(razor). Udoh beli.. die balik ke sungei.  Die panggei adiknye naik ke tebing... cek.. udoh kecut ke belum. Belum lagi. Adik teghojun(terjun) lagi ke sungei. Adik mandi lagi.. Patuh betui pulok adik die ni.. Agok lame sikit die sughuh adiknye balik ke dango(pondok mainan) yang deme buat idok jauh daghi ghumoh deme. Piso udoh siap. Kain balut pun standby... Abang kabo kat adik.. usoh takut... macam kene gigit semut je.. Adik patuh .. ate bebudok yak... 

Abang sughuh adik duduk... kobok(buka) kangkang luah-luah(luas-luas)...Abang sughuh(suruh) adik pejam mate... Abang taghik muncung 'mende' tu kuat-kuat. Abang ambik piso...cek lagi.. picit-picit takut tekeghat(terpotong) yang tak patut dikeghat.. semue ok.. abang yakin. Abang cekoh(ambil) piso dan teghuih(terus) keghat muncung 'mende' tu... sekali tekan teghuih putuih(putus). Adik melompat sakit.. Adik tengok daghoh(darah) keluo kat 'mende' tu.. adik mole nyeghit(menjerit)... adik ngobok(menangis) kuat-kuat... Abang pujuk adik tapi idok dihajab(dipeduli) di adiknye. Abang jadi takut. Mase tengoh kelang kelibut(kelam kabut) itu la Pak Umo balik. Adik beghambat dapatkan Pak Umo. Pak Umo tekejut tengok kangkang adik megheco(meleleh dengan banyak) daghoh. Adik udoh kene sunat ???? Adik cakap abang yang buat. Pak Umo nyelap(marah tanpa kawalan) !! Pak Umo capei ghantin(ranting) kayu baye ibu jaghi... neghokam(menerpa) ke abang. Abang dipukui bekali-kali... Abang ngelupo..abang nyeghit mintok tolong... Pak Umo betui-betui nyelap... Abang mintok ampun tapi Pak Umo idok peduli. Tibe-tibe Pak Umo tolak abang sekuat ati. Abang melayang ngale ke batu tiang ghumoh deme... Kepala abang teghempah(terhempas) kuat. Abang teghuih kaku... Abang meninggei !!! Pak Umo tengok abang.... Pak Umo pengsan...

   

Selasa, 2 November 2010

Panduan Memilih Pasangan ..???

Ghasenye, udoh due haghi aku idok keluo ceghite baghu yak... Busy ke ape kome kate tu... Betui la kot..sebok ! Ate.. bile ade keghoje, kene le siapkan keghoje dulu kan.. Idok la tegamok aku nok tinggeikan keghoje  sebabkan blog ni kome.. yang dulu didulukan.. yang kendian bulih le dikendian kendian kan yak.. Aku kan ape kome.. aku tak ndok la bile keghoje idok bulih siap.. blog pun nok dimaghoh.. siannnn blog kan.. Aku sayang blog ni kome.. tu yang aku tak ndok maghoh-maghohkan die... Lagi satu pekaghe.. aku tepeghasan.. bebeghape enteri aku sebelum ne pakei loghat Peghok sesaje.. Ate, kali ni yo le aku pakei bahase 'biase' pulak la komee..yak ! ermm...Bahase satandad la kot...
                             ************************
Baru-baru ini aku terbaca sebuah artikel tentang hasil kajian seorang pakar psikologi dari University of Michigan, iaitu Dr. Robert Zajonc. Konon ceritanya, beliau telah mengesahkan bahawa kepercayaan lama orang-orang tua yang mengatakan bahawa pasangan suami isteri yang memliliki wajah serupa atau hampir-hampir seiras bakal mempunyai jodoh yang panjang dan bahagia itu adalah benar. Hasil kajiannya juga menunjukkan, pasangan yang menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama juga dilihat semakin mirip antara satu sama lain dari semasa ke semasa. Menurut Dr. Robert Zajonc, kemungkinan penyebab kepada perubahan wajah ini adalah akibat perkongsian diet yang sama, faktor georafi atau  persekitaran dan empati atau kepercayaan menyelami dan memahami perasaan pasangan masing-masing. 


Persoalannya, bagaimana pula dengan pasangan suami isteri yang dilihat tidak memiliki persamaan wajah, apakah mereka ini boleh dibuktikan sebagai tidak bahagia dan tidak punya jodoh yang panjang ?. Barangkali bagi mempertahankan kajian Dr. Robet Zajonz, seorang pakar psikiatri iaitu Dr. Adeoye Oyewole mengatakan bahawa maksud mirip itu bukan hanya pada paras rupa. Mirip juga dimaksudkan dari segi psikologi dan personaliti pasangan terbabit. Pulak...!!!


Menurut pandangan Dr. Samad pula, faktor kebahagiaan dan keutuhan sesebuah perkahwinan itu errrr... errrr.... gini.. errr.. apa tuh ? ...errr... KOME TOLONG JAWABKAN LA YAK... aku nok laghi ni.. hohohohohoho..... babaiiii.....


KOSONG

bangun pagi - gosok gigi - mandi - solat - duduk-duduk - bersiap untuk ke tempat kerja - sampai tempat kerja - kerja-kerja-kerja - sembang-sembang-sembang - kerja-kerja-kerja - sembang-sembang-sembang - balik kerja - duduk-duduk - tunggu malam - buka lap top - layan blog - buka-tutup-buka-tutup - ngantuk - tidur - bangun pagi - gosok gigi - mandi - solat - duduk-duduk - bersiap untuk ke tempat kerja - sampai tempat kerja - kerja-kerja-kerja - sembang-sembang-sembang - kerja-kerja-kerja - sembang-sembang-sembang - balik kerja - duduk-duduk - tunggu malam - buka lap top - layan blog - buka-tutup-buka-tutup - ngantuk - tidur - bangun pagi - gosok gigi - mandi - solat - duduk-duduk - bersiap untuk ke tempat kerja - sampai tempat kerja - kerja-kerja-kerja - sembang-sembang-sembang - kerja-kerja-kerja - sembang-sembang-sembang - balik kerja - duduk-duduk - tunggu malam - buka lap top - layan blog - buka-tutup-buka-tutup - ngantuk - tidur -blablabla...blablabla...blablabla....

merenung ke hadapan.... memandang ke belakang.... toleh kiri... toleh kanan... yang aku temui.. KOSONG.. !!!! 
Di lompong-lompong hati ada suara bergema.. Semua ini bisa sahaja membuat aku menangis....

Sempadan Negara

Terima kasih kepada pemilik KondaKondi.com yang sentiasa memenuhkan peti email saya dengan entri-entri yang baharu. Di bawah adalah satu lagi bahan yang menjadi koleksi saya...
Sumber : KondaKondi.com


Sempadan negara amat penting kerana ia melambang kekuasaan sebuah negara. Tapi tahukah anda bagaimana sebuah negara itu menandakan sempadannya dengan negara yang lain? Kadangkala tanda atau simbol sempadan ini sangat unik dan ada yang sangat indah bila mata memandang. Berikut adalah gambar sempadan negara setiap dunia.

Holland dan Belgium

Sepanyol dan Portugal

England dan Scotland

Algeria dan Morocco

German dan Czech

Spain dan Perancis

India dan Pakistan
knlkjg

USA dan Mexico

Kanada dan USA

Paraguay, Argentina dan Brazil

Europe da Asia

Bosnia dan Croatia

China and Pakistan

USA dan Cuba

Itali dan France

Malaysia dan Indonesia

Korea Selatan dan Korea Utara

India dan Nepal

Uzbekistan dan Turkimenistan

Arab Saudi dan Yaman

Sweeden dan Norway
Turki dan Greece
Turki dan Greece