![]() |
| Hujan Ikan di Australia |
Dalam perjalanan pulang dari kerja aku terdengar lagu 'Ikan Todak' dendangan A. Romzi and The Hook - jika tidak silap aku. Ini lagu lama. Lagu yang popular waktu aku belum lagi menjengah ke dunia ini. Entah mengapa, aku berminat pula untuk mencari kesahihan cerita todak yang kononnya menyerang Singapura itu. Apakah ia benar atau dongeng semata-mata ? Sebelum aku berikan pandangan, biar aku ceritakan secara ringkas kisah 'Singapura dilanggar todak' itu.
Menurut cerita, negeri Temasik(kini Singapura) pernah diperintah oleh seorang raja yang sangat kejam dan zalim( dan dungu) bernama Paduka Seri Maharaja. Hanya kerana cemburu buta, raja itu tergamak menghukum mati seorang ulama yang juga sebagai pedagang dari Pasai bernama Tun Jana Khatib. Hakikatnya, ulama itu tidak bersalah. Beliau sebenarnya secara tidak sengaja berpandangan mata dengan permasuri raja. Raja yang melihat kejadian itu menjadi murka lalu tanpa usul periksa, terus sahaja menjatuhkan hukuman itu.
Namun, sebelum hukuman mati itu dilaksanakan, ulama itu berpesan kepada penduduk Temasik. "Wahai kalian penduduk Temasik! Ketahuilah! Aku rela dengan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tak akan lepas begitu saja. Dia akan membayar harga atas kezaliman itu...Dan percayalah di negeri ini akan terjadi huru-hara! Negeri ini akan ditimpa malapetaka yang sangat dahsyat....!!!". Selesai menyampaikan pesan, ulama pun dihukum mati. Pada saat jenazah ulama itu dibawa ke pemakaman, tiba-tiba mayatnya menghilang. Kemudian, tiba-tiba petir menyambar dan menggemparkan negeri Temasik, lalu disusuli pula oleh dentuman suara yang keras dan menakutkan. Suasana Temasik semakin gempar setelah penduduk menemukan bekas darah ulama di tempat kejadian itu berubah menjadi batu.
Peristiwa yang aneh itu adalah pertanda akan datangnya malapetaka dahsyat di negeri Temasik. Pada suatu hari, tiba-tiba Temasik telah diserang beribu-ribu ikan Todak. Gerombolan ikan yang berparuh panjang, runcing, dan tajam itu menyerang penduduk sampai ke pelosok desa di sekitar pantai. Penduduk berlarian menghindari serangan ikan itu. Namun, musibah tidak mampu dielakkan. Mayat penduduk bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan. Peristiwa ini pun sampai ke telinga raja. Sesampai di pantai, apabila raja yang dungu itu menyaksikan mayat-mayat bergelimpangan, pantas sahaja memerintahkan pengawal istana dan penduduk agar membuat pagar betis. Idea yang 'hebat' itu ternyata membuahkan hasil. Hari demi hari, penduduk yang mati dan luka-luka diserang ikan Todak semakin bertambah..... (sambungan cerite boleh dibaca dalam buku 'Salalatus Salatin - Tun Seri Lanang)
Berdasarkan cerita itu, timbul kemusykilan di fikiran yang benak ini. Terdapat persoalan yang perlu difikirkan. Antaranya :
1. Benarkah todak mampu melompat sebegitu jauh ? Bodoh sangatkah orang zaman itu sehingga membiarkan diri ditikam si todak. Untuk apa mereka berada di pantai yang berbahaya ? Dalam petikan cerita di atas, ada dinyatakan bahawa todak menyerang di seluruh pelosok desa... Wah ! Adakah desa yang dimaksudkan berada di gigi air/ di sepanjang pantai ?. Jarak yang relevan untuk membina rumah ialah sekurang-kurangnya 100 meter dari pantai !.
2.Todak menyerang menggunakan tombak ? Daripada pembacaan aku, todak menyerang mangsa dengan cara memukul-mukul menggunakan tombaknya. Todak tidak menikam mangsanya.
3.Gerombolan todak yang menyerang manusia ? Mengikut kajian, todak tidak bergerak dalam kumpulan. Todak menjarakkan diri dengan spesiesnya dalam jarak tidak kurang daripada 10 meter. Maknanya, todak jenis bergerak secara 'solo'.
4.Raja menitahkan rakyatnya berkubukan betis ? Rajanya hilang akal ? Mengapa tidak disuruh berkubukan tubuh sahaja... bukankah lebih baik, malah apa bezanya ? Melainkan hanya betis yang berada di pantai, manakala tubuhnya menunggu di rumah !
Maka, atas segala persoalan itu aku cuba mencari jawapan yang lebih rasional. Aku lebih yakin bahawa cerite ini adalah dongeng semata. Ini peristiwa besar. Jika peristiwa ini benar, pastilah Singapura waktu ini meng'gazet'kannya dalam sejarah penting bagi negaranya. Tetapi hal ini tidak berlaku. Katakanlah ia benar-benar berlaku. Bagi aku, peristiwa ini bukan satu 'serangan si todak'. Bukan. Pernah dengar hujan ikan dan katak ? Barangkali inilah yang berlaku sebenarnya.
Angin sebagai mala petaka dan bala Allah ke atas manusia memang ada disebut dalam Al-Quran. Kaum Nabi Hud a.s. dihancurkan oleh sejenis pusaran angin(puting beliung) yang amat kuat yang menyebabkan segala ternakan mereka diterbangkan entah ke mana. Angin yang berterusan selama 7 hari 7 malam itu juga menghapuskan kaum Hud seluruhnya. Beza peristiwa di Singapura ini ialah, mereka itu barangkali di serang oleh pusaran angin yang amat kuat yang menyedut/ menolak ikan-ikan itu ke daratan. Ikan-ikan itu berterbangan lalu menimpa dan menikam rakyat Singapura. Mengapa todak ? Perairan Johor dan Singapura pernah merupakan kawasan pembiakan ikan spesies todak suatu masa lalu. Demi masa yang berlalu, spesies todak semakin berkurangan. Mungkinkah begitu ??? Ini hanyalah pandangan peribadi aku... Jika kalian ada pandangan lain, silakan berkongsi di sini.
Fakta tambahan :
* Secara purata, seluruh Eropah merekodkan 16 kali peristiwa hujan ikan. Kejadian terbanyak berlaku di England dengan rekod 17 kejadian.
* 15 Mei 1900 di Rhode Island, hujan lebat turun bersama ikan-ikan dan katak sehingga masyarakat mengumpul ikan-ikan itu berbakul-bakul banyaknya.
*North Carolina juga ada merekodkan hujan yang turun bersama ikan-ikan yang tersangat banyak.
*Jun 2009, berlaku hujan ikan di Negara Jepun.
*Lajamanu, Australia, hujan turun dengan disertai ratusan ikan pada Mac 2010.
* Ada video fenomena hujan ikan kat bawah tu...
*( Errr.. Isteri aku mendakwa bahawa zaman kecilnya dia pernah menyaksikan hujan ikan di Sabah. Yang ini aku tak tahu... tanye la die hihihi...)