Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 30 November 2010

Mad...Aku Nok Jumpe Kamu..

Din : Aku nok dibuang keghoje Mad..


Aku: Ngape..?? Kaco tu.. Bini kamu ni nok beghanok sangat ni aku tengok..


Din : Aku ilangkan duit kompeni aku semalam... Tokeih nyughuh aku antor duit ta ke bank. Tengoh jalan..aku singgoh kejap meli ghokok. Pintu lori aku idok kunci..ate..injinnye pun aku idok matikan.. Kejap yaamat aku singgoh pun.. balik ke lori, tengok-tengok beg pinggang aku udoh leboh.. Ghase nok nyeghit aku Mad uii..


Aku : Laaaa.. Ate, banyok ke Din ?


Din : 3 ghibu.. tokeih sughuh juge aku ganti.. Aku mane le ade duit Mad.. Ni yang aku jumpe kamu ni.. Aku mintok sangat kamu nolong aku. Aku idok tawu nok ngadu ke sape doh ni.. Bulih ke ?


Adeih.. menung juge aku dibuatnye. 3 ghibu bukan sikit tu kome.. Ni udoh ujung bulan.. Silap-silap, aku pulok kene ikat peghut nanti. Tapi aku betui-betui kesian kawan sekampung aku ni. Tamboh pulok aku tengok peghut bini die yang membuyot nok beghanok tu.. Aku idok sampei ati ngabokan yang aku idok mampu... Lagi la sedih kalo die betui-betui dibuang keghoje. Aku ke dapo jumpe oghang ghumoh.. aku tanye pendapat die. Mase tu die belajo lagi.. Memang tak beduit la dienye. Aku cakap kat die, kawan aku tu daghi jauh datang menghaghapkan aku menolong die. Sebagei kawan, aku akan tekilan kalo aku idok mampu menolong kawan. Oghang ghumoh aku paham peghangei aku... Aku memang beniat nok nolong. Tapi 3 ghibu agok beso jumlahnye... Aku idok ade duit sebanyok tu..


Aku congak-congak duit aku ade takat seghibu lebih je... Puah aku mikio nok caghi mane duit nok cukup kan 3 ghibu. Aku mintok izin kat kawan aku tu untuk ke bank, keluo la mane yang ade.. Aku tengok baki cume ade 1300 lebih sikit.. Sekali lagi aku menung kat kaki lime bank. Macam mane aku nok tolong kawan aku nih.. Aku teghingat soghang kawan yang keghoje kat Bando Banghu Bangi... setat keghete..pecut ke sane. Die sanggup pinjamkan aku 300 lagi.. Aku buang ghase malu..dalam kepale otak aku, aku cume pikir nok tolong kawan aku tu.. Aku call lagi due tige kawan.. aku mintok tolong deme. .. Lah-lah cukup 2000.. Ahhh.. Cukup la.. Baki seghibu bio la die caghi sendighi pulok.. Sekughang-kughangnye.. bio die ade ghase tanggung jawab sikit...!


Sampei ghumoh aku tengok die tengoh ngelewo kat laman ghumoh aku.. Lame die tunggu aku.. Aku teghuih bagi duit tu kat die. Aku kate itulah yang laghat aku tolong.. Seghibu lagi mintok die usahe sendighi..mun idok pun, mintok la tokeihnye tangguh dulu. Huii...Sampei ke telinge senyom die.. Aku pulok ghase cukup puah ati sebab dapat nolong die.. Aku idok sanggup tengok kawan aku susoh.. Sungguh !!. 


2 minggu kendian aku balik ke kampung. Satu haghi, mase aku jalan-jalan keliling kampung.. aku bejembung ngan abang si Din. Dia kabo kat aku yang Din udoh dibuang keghoje. Terkejut la aku. Ngape..? Kate di abang si Din, Din tu sekaghang tengoh gile 'main kude'..jackpot ke ape ntoh namenye... Die gune duit kompeni die. Sampei habih duit kompeninye dipekei di Din. Die ade juge dengo yang adiknye tu ade minjam duit kat soghang kawan die. "Kamu tawu ke sape kawannye tu Mad ?". "Errr..idok pulok aku tawu..", kate aku. Dalam perjalanan ngale ke ghumoh aboh aku.. aku menahan ghase sedih dan tekilan yaamat-amat.. Dalam hati bebisik.. Sampei ati kamu kecewakan aku Din....


.....betawun udoh berlalu.. utang kekei utang.. Die idok mungkin membayo balik. Maka aku mengambik keputusan untuk halalkan saje.. Idok la pulok aku tegamok keghane duit 2 ghibu.. di akhirat nanti Din menanggung seksa.. Moge sekaghang die udoh betobat...

Ahad, 28 November 2010

SEbagai renungan ...

Kisah Benar Yang Menginsafkan-pasangan bercouple dibelit ular ketika berzina...MUST READ !!!


KEPADA MEREKA YANG SUKA BERCOUPLE BERDUA-DUAAN SAMBIL BERASMARA UTK MENAGIH CINTA SAMAADA DI TAMAN ATAU DI TEMPAT2 YG SUNYI...BERINGATLAH...!!!!! "Ambillah iktibar dari kisah benar ini...dipetik dari sebuah blog...

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan.............. 

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya. "Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal. 

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumahBegitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. "Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.

Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.

Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.

Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. "Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.

Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut. "Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk. Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.

Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka. 

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."

******************

PERINGATAN DARI ADMIN: Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka, na'uzubillah..

brought to you by : jom tutup aurat dan jaga akhlak (facebook)
source:http://pardians.multiply.com/journal/item/181               

Sabtu, 27 November 2010

Manusia Adalah Seperti...

PRINSIP JANGAN SEPERTI LALANG !!!
Kebanyakannya adalah seperti kereta tolak 
 tidak akan bergerak kecuali apabila ditolak
Sesetengahnya seperti sampan 
 terpaksa menggunakan pengayuh untuk menggerakkannya
Ada pula yang seperti layang-layang 
 jika talinya dilepaskan  ia akan terbang hilang entah ke mana
Tidak kurang ada yang seperti kucing
 cepat benar merasa puas apabila dipupuk
Sesetengahnya pula seperti bola
 tidak siapa tahu ke arah mana ia akan melantun
Seperti belon pun banyak..
 penuh dengan angin dan sedia untuk melepaskannya pada bila-bila masa
Yang sedihnya, ada yang seperti trailer 
 bergerak hanya apabila ditarik
Ada yang seperti lampu
 tidak henti-henti dipasang dan dipadam oleh orang lain
Dan yang paling banyak ialah yang selalu mengharapkan nasib menyebelahi mereka tanpa melakukan sebarang usaha..
hmmmm.. entahlah..

Mad.. Kesei Betui Aku..

Sepeti yang diceghitekan sendighi oleh soghang sahabat aku yang bename LI.... 

Mase asor tu.. Seman ade nelipon aku Mad.. Katenye nok pinjam duit kat aku. Noknye sampei beghibu.. mane aku ceghokoh duit banyok tu.. Aku sendighi pun popaih yak.. Aku ade tanye die, die nok buat mende ngan duit sampei banyok gitu.. mun takat seghibu ade le.. Tak ndok dienye.. idok cukup katenye. Heghan aku to Mad.. Die nok buat mende..??

Lepaih isak tu.. abangnye pulok datang ke ghumoh aku. Pucat yaamat mukenye. Idok sempat beghi salam.. teghuih neghokam masok ghumoh aku. Ngape ?, tanye aku.." Gini Li uii.. Seman..Se.. Se.. Seman.. errr..".  Aduih.. banyoknye Seman !! Ngape ??? aku tanye lagi.. Idok die nok belabun. Peloh die meghocik kat da-i die aku tengok. Lepaih ngelusei bebeghape menit, die kate, " Gini lah Li.. Moh ikut aku.." Die pesan nyughuh aku bawok selait sekali. (Tawu ke kome ape menatang selait tu ?? Torch light le kome.. torchlight hihihi..) Mujor la selait yang selalu aku bawok ngail tu elok lagi.. Yang tu la yang aku bawok..

Keme sampei ke tepi pantei/laut tu lebih kughang pukui 9 lebih. Tempat tu lebih kughang dalam 300 mete daghi ghumoh deme. Soh je tempat tu.. Sekor pun maknusie idok aku nampok. Abang si Seman idok le becakap daghi tadi.. sekejap-sekejap aku dengo macam die teghoyok.. Lantok la.. aku kate.. dalam ati je la, Mad.. Ate jenuh nanye idok ndok becakap.. Hurmm.. Lantok. Die bejalan laju yaamat kat depan aku.. Ngempo aku ngejonye.. Sampei pade satu kawasan yg banyok pokok tu.. disughuhnye aku nyuluh ke atah pokok yang palin beso kat situ.. palin beso pun cume baye pemelok aku ni je Mad..

Sebenonye, belum aku suluh pun aku ade nampok macam ade bende putih bebuei-buei kat pokok tu.. Ate, bulan teghang.. angin laut pun kuat Mad. Segham juge akunye.. Mau dok mau aku angkat selait.. ppuk aku suluh ke mende tu.. Ya Allah.. Melompat aku Mad.. Lemoh lutot aku.. Pahtu aku memang teduduk.. Yang begayut tu ghopenye oghang..!! Oghang tu pakei t-shirt putih berseluo jin.. Badan die beghayun-ghayun je ditiup angin laut. Aku tawu, tentu oghang tu udoh mati.. Tengkoknye macam tekulei sikit sebab dijeghut tali yang diikat kat dahan pokok .  Die gune tali yang selalu oghang gune ngikat lembu tu la Mad.. Aku toleh ke abang Seman.. ghopenye die tengoh meghaung.. Aku tanye die, sape tu.. yang bergayut tu..?? Sambei teghoyok die kate.. " Itu la Seman...!!".  Sekali lagi aku teduduk... 

^^^^^^^^^$$$$@@@$$$$^^^^^^^^
Catatan :
Seman terpikat dengan satu skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda oleh Syarikat #$%$#@ yang berpusat tidak jauh dari rumahnya. Dia bekerja sebagai peraih buah kelapa sawit. Pada peringkat awal, memang dia mendapat pulangan demi pulangan. Kerana terlalu ghairah, dia menggunakan kesemua duit yang sepatutnya diserahkan kepada pekebun-pekebun sawit untuk menambah pelaburannya itu. Malangnya, seminggu selepas itu, syarikat tersebut diharamkan oleh kerajaan. Syarikat itu telah diserbu pihak Bank Negara.  Operasi syarikat digantung. Wang pelaburan Seman yang jumlahnya mencecah 100 ribu hangus..!! Pekebun mulai mencari si Seman. Puas Seman mencari tempat untuk dia berhutang bagi menyelesaikan wang yang dituntut oleh pekebun, tetapi gagal.. Jalan terakhir yang dipilihnya.. BUNUH DIRI. Moga kisah benar yang berlaku agak hampir dengan tempat tinggal aku ini menjadi iktibar bagi kita semua...
Sekian...  

Khamis, 25 November 2010

Merancang Jantina..Nok Anak Jantan ke Pempuan..?

Emmm.. Aku tawu la.. kome banyoknye idok la kisoh pun.. dapat anok jantan ke pempuan. Yang pentingnye dapat yak.. Bagi yang anok doh bejujuih tu, kene syuko la kome.. Jage deme betui-betui.. deme tu amanoh. Bagi yang belum ade rejeki tu, sabo..pelan-pelan.. insyaAllah ade la nanti tu. Kekadang to.. aku simpati ngan deme yang belum dibagi anok.. Deme sanggup beghabih duit dan tenage untuk mendapatkan anok. Ade juge yang mengalami tekanan. Kesian deme. Aku ade kawan pempuan yang udoh due tige kali ngadu ke aku tentang masaeloh ni.. siap teghoyok kome ! Betui.. Aku pun macam nok teghoyok same.. teghoyok sesikit la.. 

Tapi sekaghang ni aku bukan nok belabun hei nok buat anok kome.. Caghe buatnye same la kan.. Tinggei lagi, jadi ke idok je la.. OOpppss..! Aku nok kongsi ngan kome tentang kaedah sains dalam meghancang jantina anok.. Nok jantan ke pempuan kome ? Bile melibatkan fakta ni.. aku idok gheti belabun peghok.. Kene bahase buku.. hihihi.. Bagi yang beminat, moh bace...

Antara kaedah sains perubatan dalam merancang jantina anak :

1. Kaedah bayi tabung uji - Pasangan boleh memilih benih mana yang hendak diaktifkan untuk mendapatkan jantina yang dikehendaki. Kaedah ini ramai yang kurang berminat kan ? Lagi..

2. Kaedah pemisahan benih - Ketika proses pemilihan benih, doktor akan memilih Kromosom X(benih) dari lelaki, sekiranya pasangan inginkan anak perempuan ataupun mengambil kromosom Y dari lelaki untuk mendapatkan anak lelaki. Benih itu kemudiannya disuntik ke dalam rahim perempuan.

3. Kaedah pemakanan - Sekiranya pasangan inginkan anak lelaki, dalam tempoh dua atau tiga bulan sebelum hamil, pasangan dinasihatkan supaya banyak memakan makanan yang beralkali seperti kerang, sotong, udang dan ketam. Makanan ini mengaktifkan Kromosom Y yang membentuk janin lelaki. Manakala untuk mendapatkan anak perempuan, pasangan perlu memakan lebih makanan yang berasid seperti buah-buahan yang masam. Kromosom X untuk janin perempuan sangat aktif dalam keadaan berasid.

4. Kaedah hubungan kelamin yang terancang - Sekiranya lelaki cepat mencapai ejakulasi atau waktu itu benih perempuan sedang mengalir, maka besar kemungkinan janin yang bakal terbentuk adalah lelaki.

5. Kaedah mengesan tahap kesuburan - Kesuburan dikesan melalui air kencing menggunakan ovulation test. Sekiranya garis penunjuk dalam alat itu berada sama dengan bacaan bertulis control, maknanya positif. Pasangan akan dinasihatkan supaya melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 hingga 48 jam selepas ujian itu bagi mendapatkan anak lelaki.

Ape macam kome ??? Nok terey ke idok ? Apa-apa pun... kita cume bulih ghancang.. yang menentukan tuhan. DibagiNya anok pun udoh cukup syuko yak.. Kome anggap la ape yang aku labunkan ni sekado suke-suke je to.. Mun kalo nok terey bulih je.. Err.. kalo mane-mane kaedoh tu menjadi, bagi tawu aku yak.. hihihihi.. 
BABAI.. BABAIIII KOMEEE...!!!