Aku ada kawan. Pelik ke?. Lelaki. Malangnya sebab dia lelaki hihihihi... Dia gemuk. Comel jugak sesikit. Tak padan dengan janggut yang lebat macam berus gigi. Sebabnya.. dia manja sangat orangnya. Sungguh.
Kalau sehari tak telefon aku, barangkali dia boleh demam. Purata dia hubungi aku dalam sehari mungkin tidak kurang dari 4 kali. Sekejap-sekejap tanya, "Wooii..ko kat mana?".. Sekejap-sekejap tanya, "Dah makan ke belum ?".. Nanti telefon lagi..lagi dan lagi.. Kadang-kadang terasa lucu jugak. Tapi biarlah.. Kreditnya banyak...
Suatu pagi.. lebih kurang jam 1.20
Mata baru nak terlelap. Dia telefon aku. Mahu tak mahu, aku bangun juga untuk menjawab panggilannya. Bimbang kalau-kalau ada kecemasan. Tentulah ada hal yang penting...
"Hello Mad.. Assalamualaikum.. Ko dah tidur ?"
"Waalaikum salam.. Belum... Ada apa call pagi-pagi ni?"
"Eh.. Tadi masa kita minum, ko ada gigit di nyamuk tak?"
"Tak.. Ngape ?"
"Aku kena gigit di nyamuk la Mad.. Gatal betul la.. Errr.. ko tak kena gigit ye.."
"Tak.. Ngape ye..?"
"Saja la.. Betul ko tak kena gigit ye..?"
"Tak.. Ate ngape ??"..
"Tak pe la.. Saja aku nak tanya je.. Sebab gatal jugak nih.. Ok la.. Assalamualaikum.. Jumpa esok !"
Talian terputus. Aku betul-betul kebingungan...!
Nota Bawah : Jauh di sudut hati, aku mengakui bahawa dia adalah antara sahabat yang terbaik yang aku miliki..
Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...
BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..
Selasa, 31 Januari 2012
Sabtu, 28 Januari 2012
Bijak Seorang Isteri.. [Loghat Perak]
Nota Atas : Terima kasih buat brader S.A.B.. Lu bikin gua tersenyum panjang petang itu hihihi..
Ghadang[meradang] bebenor bini Jamil ngan lakinye tu. Ate, Jamil pun satu.. asei melawok ngan bini.. mesti ceghiter nok kawin lagi.. Asei melawok ngan bini, idok la tawu nok lawok lain.. Ceghiter poligaaaami je dienye. Lelame getek[meluat] la bini nengornye yak.. Cer la cegiter kesoh arnab yang baik ke.. caghe buat tempe ke.. penemuan planet baghu ke.. Ini idok.. Sensitip tu woo..
Malam tu.. bini Jamil meghajuk. Nok balik ke ghumoh mok, kate dibininye. Hah ! Nyemah[mujur] idok lucut kain Jamil nengornye. Tawu pulok die ngelaboh beghuk[gelabah beruk].. Jenuh la Jamil memujuk. Buat-buat muke sedih kununnn.. Niat die nok melawok je.. tak kan itu pun sampei nok balik ghumoh mok, kate Jamil. Tapi ati bini Jamil idok temakan ngan pujuk-pujuk. Sikit pun tak ngobein[berganjak]. Jamil nyanyi lagu Jalur Gemilang pun, tak jalan.. [errr.. yang ni aku tamboh...]
Bini Jamil keluorkan beg beso daghi bawoh katil. Bukok lemari baju.. keluor baju-baju yang tersangkut - capei tudung-tudung yang belipat - kaut spenda pat lime lei[helai] dalam laci.. kendian humban dalam beg. Pahtu, bini Jamil masuk bilik anok deme. Macam tadi juge. Campok baju-baju anok dalam beg yang same. Idok muat.. ambik pulok beg pelastit kat dapor, isik baju anak-anak lagi. Jamil menung ! Ayo mate Jamil udoh mole meleleh. Idok la die nyangke sampei gitu sekali maghohnye bini die. Jamil udoh habih iktior[ikhtiar] doh. Ayo mate makin laju. Daghi teghesok-ghesok[terisak-isak].. sekaghang udoh meghaung[meraung] kome.. ! hihihi..
"Jangan Ima buat abang macam ni.. Sian la kat abang.. huhuhuhu.. Abang mintok ampun ni.. Imaaa !!.."
Bininye buat nohin[tak kisah] je.
"Ima.. jangan la Imaaa.. Ampunkan abang Imaa.. huhuhu..". Jamil siap melutut woo..
Bini Jamil gaghu-gaghu kepale. Die duduk tepi katil..
"Abang ni ngape ?. Ima tak kate pun yang Ima nak balik sorang ke rumah mak.. Nah baju abang ni.. Cepat sikit bersiapnya.. Kan kita dah lama tak balik kampung..? Hmmm...". Bini Jamil selambe. Macam tak ade ape-ape pun yang jadi... Jamil ??
Muke Jamil meghoh[merah] menyale macam kene tampor di Jepun. Malu . Kendian Jamil laju-laju masuk bilik ayo.. Di dalam bilik ayo, Jamil tengok muke kat ceghomin.. Diam-diam Jamil bebisik.. "Cisss..! Padan muke aku !..."
Sekianlah adenye...
Khamis, 26 Januari 2012
Terima kasih Mak.. Abah..
Tengah hari itu, aku singgah membeli sedikit keperluan di sebuah mini market yang terletak di bawah bangunan Tabung Haji, Kuala Kangsar. Bangunan empat tingkat itu tersergam kukuh di tengah-tengah bandar. Usai membeli, aku berdiri di ruang letak kereta di hadapannya. Aku dongakkan kepala untuk melihat tingkat yang paling atas. Agak lama aku di situ. Tiba-tiba sahaja hati ini terusik. Aku terkenangkan arwah mak. Aku pernah menemani arwah mak ke bangunan itu suatu masa dulu. Kata mak, bangunan itu sangat cantik dan dia bangga kerana anaknya adalah pengurus cawangan Tabung Haji itu. Aku hanya diam.
Tengah hari itu aku berseorangan... Andainya mak masih ada, aku teringin sekali mendengar apa kata mak, jika dia tahu bahawa bangunan yang pernah dipujinya dahulu kini sudah pun menjadi milik yang sah kepada salah seorang anaknya. Aku dapat membayangkan senyum manisnya. Aku juga dapat membayangkan betapa bangganya hati mak. Tentunya pula, aku perlu menyakinkan dia.. "Mak, benar.. bangunan ini adalah milik anak mak !". Tapi.. mak sudah tiada..
Terkadang terasa betapa kejayaan kami pada hari ini begitu 'kosong'. Insan yang paling menderita untuk membesarkan kami tidak sempat melihat hasil daripada keperitan dan penderitaannya dulu. Aku masih ingat, waktu aku berjaya membeli sebidang tanah yang mak inginkan sangat waktu hidupnya dulu.. aku menangis di tengah-tengah dusun itu. Berkali-kali nama mak kusebut... "Mak.. ini untuk mak.. Mad tidak memerlukan tanah ini.. Hanya untuk mak..!". Dan air mata sengaja aku biarkan mengalir laju...
Dahulu kami adalah antara keluarga yang paling miskin di kampung. Kegigihan mak dan abah menyekolahkan kami pernah menjadi bahan sindiran. Mak dan abah dianggap tidak sedar diri... hidup melarat tapi tetap juga mahu sekolahkan anak-anak. Mak dan abah bekerja tanpa henti. Kata mak, baju abah tak pernah kering dengan peluhnya. Pagi... mak dan abah menoreh getah. Tengah hari... abah mengambil upah memanjat kelapa atau menebas kebun orang. Petangnya pula... mak dan abah membanting tulang di bendang. Semuanya dilakukan untuk memastikan persekolahan anak-anaknya tidak terganggu.. Mengenangkan kesusahan mak dan abah itu.. manakan dapat kutahan air mata ini.. Mana mungkin..
Mujurlah Allah panjangkan usia abah. Malah abah dikurniakan rezeki badan yang sihat. Setidak-tidaknya, dialah kini tempat aku berkongsi rasa. Namun jauh di sudut hati.. aku teramat menyedari bahawa suatu masa nanti, tentu perpisahan itu akan terjadi. Aku pasti akan menangis lagi..
Mak... Abah... Terima kasih.. Terima kasih... Biarlah kusebut selalu. Jasa dan kasihmu akan kukenang sehingga nafasku ini terhenti...
Sabtu, 21 Januari 2012
Tak Nak Yang Ini..!!!!
Kereta kuparkir dengan hati-hati. Bimbang menghentam pasu-pasu yang tersusun cantik di laman rumah. Sudah lama aku tidak pulang. Demi daun pintu rumah itu terbuka, terpandang mak menyambutku dengan senyum. Aku bingung. Bagaimana mak boleh ada di sini..? Terlalu lama aku tidak bertemu dengan mak. Aku terlalu rindu. Namun kebingungan gugur bersama hayunan langkah kaki yang laju. Mak kusantuni. Segera pipi tuanya kucium. Mak tetap tersenyum. Tiada sepatah kata dari mak.
Mak hidangkan gulai lemak ikan lampan bercili. Itu kegemaranku. Aku terlalu teruja. Aku rindu pada mak. Nanti malam, tentu mak ajak aku bersembang panjang. Nanti malam, tentu mak sapukan minyak Hijau Afiat di belakangku sambil dia mengurut dengan penuh kasih sayang. Tentu juga mak akan ketawa berdekah-dekah mendengar cerita-cerita anak bongsunya ini.
Sekelip pun mata ini tidak lepas memandang tingkah mak yang sentiasa sibuk melayaniku. Tapi.. mengapa mak seakan enggan berkata sesuatu padaku ? Mak bukan begitu.. Bukan.
"Mad.. kutiplah ikan tu !". Kamal mengarah aku yang tercogok di tebing sungai.
Eh !! Ngape pulak ada Kamal ni ?? Ngape aku ada kat tebing sungai ?? Iskkk.. apa ni ??? Aku mimpi !!!... Alaaaaa... Tak nak la mimpi yang ni.. Aku nak mimpi yang ada mak aku tadi... Makkk..!! Makkkkkk..!!!!..
Nota Bawah : Telah belasan tahun mak meninggalkanku. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mak. Moga dilimpahi rahmat ke atas roh mak. Moga Allah tempatkan mak dalam kalangan orang-orang soleh. Amin....
Rabu, 18 Januari 2012
Kate di Deme Laa..[Loghat Perak]
Kate di deme, makan deghoyan.. nanti badan panaih.. yang daghoh tinggi bulih tumbang, pitam-pengsan. Kate di deme, makan mutan[rambutan].. nanti batuk.. jenuh la ke kelinik, togok setempayan ubat batuk pun idoknye mau baik. Kate di deme lagi, makan langsat.. nanti dikaconye[diganggu] peghut.. badan jadi beghat, tebeghok-beghok sampei luka lubang bontot..
Bile dipikio-pikiokan kate deme tu, betui juge yak. Heghan laa.. ngape buoh-buoh yang banyok kat kampong aku tu mawok penyakit sume.. Sudohnye, deghoyan idok laku.. betabor bawoh pokok. Mutan daghi meghoh jadi itam.. busok gitu je. Langsat dibio lughuh[gugur] ke tanoh. Bughung ngan tupei pun udoh buat-buat tak nampok kat segale deghoyan, mutan dan langsat tu..
Gitu la jaman beghuboh. Dedulu, mase aku ghenik[kecil] lagi, bile musim buoh je.. oghang kampong seghonok kemain. Senyum sampei ke telinge. Deghoyan mahei, mutan mahei, langsat pun bulih buat duit. Ghamei la yang beli motu baghu. Ghumoh memasin ditamboh jadi beso. Mase itu la juge jantan pempuan sibuk nok kawen. Ate, duit tengoh banyok la katakan.
Dedulu bile dengor deghoyan lughuh je.. keme kejor. Beghebut keme adik-beghadik. Sape dapat die yang punye. Ghege[harga] deghoyan bulih cecoh sampei 10 ghenggit sebijik. Sebab maheinye ghege deghoyan, ate.. ghamei la pulok yang jadi pencughi deghoyan. Lepe[lalai] je sikit, leboh[hilang] la deghoyan di bawoh pokok.
Tapi itu dulu.. Haghi ini, sume udoh tebalik. Memasin menolak kalo nok dibagi deghoyan. Deghoyan di bawoh pokok, ambik je la.. idok sape melaghang. Silap-silap tuan kebun tolong kutip pulok untuk bagi kat kome. Lagipun.. ghamei yang idok beghani nok meghocike[makan] deghoyan bebanyok.. Memasin udoh ngidap daghoh tinggi.. kencin manih.. Nak tumpor[mati], makan la !
Langgan:
Catatan (Atom)