Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 11 November 2010

Benarkah Singapura Dilanggar Todak - Suatu Pandangan Peribadi

Hujan Ikan di Australia
Catatan ini sekadar pandangan peribadi . Barangkali pembaca yang sudi dan berminat boleh berkongsi pandangan/pendapat dengan aku.
Dalam perjalanan pulang dari kerja aku terdengar lagu 'Ikan Todak' dendangan A. Romzi and The Hook - jika tidak silap aku. Ini lagu lama. Lagu yang popular waktu aku belum lagi menjengah ke dunia ini. Entah mengapa, aku berminat pula untuk mencari kesahihan cerita todak yang kononnya menyerang Singapura itu. Apakah ia benar atau dongeng semata-mata ? Sebelum aku berikan pandangan, biar aku ceritakan secara ringkas kisah 'Singapura dilanggar todak' itu.

Menurut cerita, negeri Temasik(kini Singapura)  pernah diperintah   oleh seorang raja yang  sangat kejam dan zalim( dan dungu)  bernama   Paduka Seri Maharaja. Hanya  kerana cemburu buta, raja itu tergamak menghukum mati seorang ulama yang juga sebagai pedagang dari Pasai bernama Tun Jana Khatib. Hakikatnya, ulama itu  tidak   bersalah. Beliau sebenarnya  secara  tidak sengaja berpandangan mata dengan permasuri raja.  Raja yang melihat  kejadian  itu  menjadi murka lalu tanpa usul periksa, terus sahaja menjatuhkan hukuman  itu. 

Namun, sebelum hukuman mati itu dilaksanakan, ulama itu berpesan kepada penduduk Temasik. "Wahai kalian penduduk Temasik! Ketahuilah! Aku rela dengan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tak akan lepas begitu saja. Dia akan membayar harga atas kezaliman itu...Dan percayalah di negeri ini akan terjadi huru-hara! Negeri ini akan ditimpa malapetaka yang sangat dahsyat....!!!". Selesai menyampaikan pesan,  ulama pun dihukum mati. Pada saat jenazah  ulama itu dibawa ke pemakaman, tiba-tiba mayatnya menghilang. Kemudian, tiba-tiba petir menyambar dan menggemparkan negeri Temasik, lalu disusuli pula oleh dentuman suara yang keras dan menakutkan. Suasana Temasik semakin gempar setelah penduduk menemukan bekas darah  ulama di tempat kejadian itu berubah menjadi batu.


Peristiwa  yang aneh itu adalah pertanda   akan  datangnya   malapetaka   dahsyat di negeri Temasik. Pada suatu hari, tiba-tiba Temasik  telah diserang beribu-ribu ikan Todak. Gerombolan  ikan yang  berparuh  panjang,  runcing, dan  tajam itu menyerang penduduk sampai ke pelosok desa di sekitar pantai. Penduduk berlarian  menghindari  serangan ikan itu. Namun, musibah tidak mampu dielakkan. Mayat penduduk   bergelimpangan dalam keadaan yang mengerikan. Peristiwa ini pun sampai  ke telinga  raja. Sesampai  di pantai, apabila raja yang dungu itu menyaksikan mayat-mayat  bergelimpangan, pantas sahaja memerintahkan pengawal  istana  dan penduduk  agar membuat  pagar betis. Idea yang 'hebat' itu ternyata  membuahkan hasil. Hari demi hari, penduduk yang mati dan luka-luka diserang  ikan Todak  semakin  bertambah..... (sambungan cerite boleh dibaca dalam buku 'Salalatus Salatin - Tun Seri Lanang) 


Berdasarkan cerita itu, timbul kemusykilan di fikiran yang benak ini. Terdapat persoalan yang perlu difikirkan. Antaranya :
1. Benarkah todak mampu melompat sebegitu jauh ? Bodoh sangatkah orang zaman itu sehingga membiarkan diri ditikam si todak. Untuk apa mereka berada di pantai yang berbahaya ? Dalam petikan cerita di atas, ada dinyatakan bahawa todak menyerang di seluruh pelosok desa... Wah ! Adakah desa yang dimaksudkan berada di gigi air/ di sepanjang pantai ?. Jarak yang relevan untuk membina rumah ialah sekurang-kurangnya 100 meter dari pantai !.
2.Todak menyerang menggunakan tombak ? Daripada pembacaan aku, todak menyerang mangsa dengan cara memukul-mukul  menggunakan tombaknya. Todak tidak menikam mangsanya.
3.Gerombolan todak yang menyerang manusia ? Mengikut kajian, todak tidak bergerak dalam kumpulan. Todak menjarakkan diri dengan spesiesnya dalam jarak tidak kurang daripada 10 meter. Maknanya, todak jenis bergerak secara 'solo'. 
4.Raja menitahkan rakyatnya berkubukan betis ? Rajanya hilang akal ? Mengapa tidak disuruh berkubukan tubuh sahaja... bukankah lebih baik, malah apa bezanya ? Melainkan hanya betis yang berada di pantai, manakala tubuhnya menunggu di rumah ! 


Maka, atas segala persoalan itu aku cuba mencari jawapan yang lebih rasional. Aku lebih yakin bahawa cerite ini adalah dongeng semata. Ini peristiwa besar. Jika peristiwa ini benar, pastilah Singapura waktu ini meng'gazet'kannya dalam sejarah penting bagi negaranya. Tetapi hal ini tidak berlaku. Katakanlah ia benar-benar berlaku. Bagi aku, peristiwa ini bukan satu 'serangan si todak'. Bukan. Pernah dengar hujan ikan dan katak ? Barangkali inilah yang berlaku sebenarnya.


Angin sebagai mala petaka dan bala Allah ke atas manusia memang ada disebut dalam Al-Quran. Kaum Nabi Hud a.s. dihancurkan oleh sejenis pusaran angin(puting beliung) yang amat kuat yang menyebabkan segala ternakan mereka diterbangkan entah ke mana. Angin yang berterusan selama 7 hari 7 malam itu juga menghapuskan kaum Hud seluruhnya. Beza peristiwa di Singapura ini ialah, mereka  itu barangkali di serang oleh pusaran angin yang amat kuat yang menyedut/ menolak ikan-ikan itu ke daratan. Ikan-ikan itu berterbangan lalu menimpa dan menikam rakyat Singapura. Mengapa todak ? Perairan Johor dan Singapura  pernah merupakan kawasan pembiakan ikan spesies todak  suatu masa lalu. Demi masa yang berlalu, spesies todak semakin berkurangan. Mungkinkah begitu ??? Ini hanyalah pandangan peribadi aku... Jika kalian ada pandangan lain, silakan berkongsi di sini.


Fakta tambahan :
* Secara purata, seluruh Eropah merekodkan 16 kali peristiwa hujan ikan. Kejadian terbanyak berlaku di England dengan rekod 17 kejadian.
* 15 Mei 1900 di Rhode Island, hujan lebat turun bersama ikan-ikan dan katak sehingga masyarakat mengumpul ikan-ikan itu berbakul-bakul banyaknya.
*North Carolina juga ada merekodkan hujan yang turun bersama ikan-ikan yang tersangat banyak.
*Jun 2009, berlaku hujan ikan di Negara Jepun.
*Lajamanu, Australia, hujan turun dengan disertai ratusan ikan pada Mac 2010.
* Ada video fenomena hujan ikan kat bawah tu...
*( Errr.. Isteri aku mendakwa bahawa zaman kecilnya dia pernah menyaksikan hujan ikan di Sabah. Yang ini aku tak tahu... tanye la die hihihi...)


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penulisan pada zaman dahulu masih terpengaruh dengan cerita mitos dan juga lagenda yang bermotif menyatakan keagungan seseorg raja, tempat, kerajaan dan sebagainya tanpa bersandarkan pada bukti yang kukuh.... kurang kajian ilmiah pada zaman ini menyebabkan masyarakat kita masih hidup dengan cerita Singapura dilanggar Todak....

eMMe berkata...

tak yah turun ke laut tangkap ikan...tadah je dgn jaring...sdap tu wat ikan goreng sambal, hehehe...

one2paii berkata...

gua pun x rasa confident..benarkah?cume yg gua tahu kalo ianya terjadi pun atas kekuasaan allah..wallahualam

Ahmad Hamzah berkata...

bagus artikel ni, saya sokong, dulu pun masa baca buku salalatus tu, rasa macam baca buku hikayat yang penuh dengan mitos je

kelisa_samudera berkata...

bagus hujah kamu tu. baru beberapa point kamu bagi, udah goyang dah citer pasal todak ni.

mario berkata...

rasanya citer todak tu ada simbolik disebalik cerita...citer2 dulukan byk yg tak berlandaskan pd logik akal tp lbh kpd nak memberi pengajaran... rasanya lah...

tgsaqura berkata...

hujan ikan??erm..boleh diterima..goreng pon sodap..tapi..hujan katak???!!!..rela berhibernasi dalam bilik..kunci semua pintu(takut katak masuk dalam umah)..eeee..geliii!!!!

amalhaj berkata...

ooooo ikan todak....
ooooo ikan todak....
gitu gayenyer a. romzi ngalunkan lagu...

tinuj berkata...

salam Mad,
Ikan todak yek, kalo beno le hei itu membayangkan betape tenginnye oghang kite bawak daghi dulu kini hingge selame-lamenye.
Pasei ikan teghojun kat Sabahtu ngape tak bebisik bebeno ngan oghang betine miketu..kan senang.

Amir Izzat berkata...

entah la.. ceritanya pun belum habis khatam lg.mungkin sekadar cerita untuk nasihat..memberi pedoman... kena tnya yang arif..hehe

a.samad jaafar berkata...

Amir : Memang betul kate awak..ceerita yg mengkritik sikap raja secara halus..

a.samad jaafar berkata...

eMMe.. pikio nok makannnn je mike ni yak.. err..masok sambei mmg sedap hihihi

a.samad jaafar berkata...

Tinuj..doh bisik doh..tebisik ke lain pulok sudohnye hihihi

a.samad jaafar berkata...

amalhaj: sedop ooo lagu tuh.. patut la xpdc rakam balik..

a.samad jaafar berkata...

MyZone...saya dah jawab kat cbox kan...hihihi mungkin setiap ulasan lebih baik dibalas dengan kunjungan ke blog..sekurangnya boleh menambah jumlah traffic dan klik2 kan..

a.samad jaafar berkata...

Jank.. saya tibe2 je terfikir biar dengar lagu A Romzi tu..saya main hentam je tu..hihihi

a.samad jaafar berkata...

Kelisa : gemo beno mike memuji..motivasi..motivasi.. bio la teman teghime ngan positip.. dan semakin merendah diri..

a.samad jaafar berkata...

one2paii...bala Allah dalam bentuk yg kadang2 diluar logik manusia

a.samad jaafar berkata...

Mario : mase aku belajar sekolah rendah dulu..cikgu selalu cerita kisah ni..aku punya la percaya.. dah tua gini baru pikir balik kebenarannya..

Unknown berkata...

dulu masa bujang suka juga melayan baca buku sulatas sulatin tu.. lebih2 lagi time nak tidor.. rasa x leh tidur, baca buku tu.. mau cepat jer lena... ;)

Naskah Percuma berkata...


ini cerita simbolik bai. bukan sejarah. para akademik pun x menganggap 'sejarah melayu' sebagi sejarah sebaliknya naskah sastera. Memanglah x ada ikan boleh melompat sampai ke pokok kelapa dan ke tengah kampung. Tapi tentu ada malapetaka yg melanda singapura masa itu. apakah yg terjadi sebenarnya? itu yg kena siasat betul2 dan tak pernah dibuat lagi. kalau rajin buatlah thesis hahaha

Unknown berkata...

Mungkin ada benar berlaku.. Penempatan dahulu kala majority di sepanjang pantai, muara dan sungai2 dek kerana pengangkutan utama adalah melalui air..
Dan oleh krn mpenulisan melayu dahulu kala tidak sistematik sprt prnulisan inggeris tidak bermakna ianya hnya karangan dongengan..jgn sempitkan minda hnya krn kita telah lama dijajah oleh barat.

Unknown berkata...

Mungkin benar

Tanpa Nama berkata...

Wallahualam.. Arwah atuk aku pnah crita.. Masa dia kcik pnah nmpak Yang kawan atuk dia pnah pikul batang kelapa yg panjang utk buat titi di sungai ..org dulu2 punya ilmu.. Dari satu daerah ke daerah lain naik rimau.. Kamu pcaya kah..aku pcya.. Hahaha lari topik laaa akuu..nihh

koji berkata...

Singapura dilanggar todak
Singapura= tanah melayu, todak= tentera siam sbb topi askar siam muncung tajam. Betis sebagai benteng= berperang menggunakan kudrat askar melayu, batang pisang sebagi benteng= gunakan anak gadis sebagai habuan.
Begini ceritanya, zaman dahulu tanah melayu diserang oleh tentera siam, kemudian raja memerintahkan askar melayu berperang melawan askar siam. Akibatnya ramai askar melayu yg mati dan cedera, setelah itu ada seorang pembesar ni mencadangkan raja menggunakan anak gadis sebagai balasan kepada siam utk elakkan serangan sebagai pemuas nafsu. Maka, disebabkan idea tersebut, maka pembesar tersebut di hukum bunuh dikhuatiri sanggup gadai maruah bangsa untuk mencapai tujuan dan terlalu licik.