Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 6 November 2010

Pokok-pokok Pelik

Salam sume... Aku tengah mikio mende ape pulok yg aku nok kongsi ngan kome haghi ni... Mentaghe tu.. kome cuci-cuci mate dulu dengan gambo-gambo pokok yang kat bawoh ni yak...(kighe mcm iklan la kome hihihi...)



10. Pokok Lone Cypress di CaliforniaPohon kecil Lone Cypress ini terdapat di Pantai Pebble, Semenanjung Monterey, California. Walaupun berukuran kecil,namun, dengan status ikonik sebagai pohon luar biasa cantik dihiasi oleh latar belakang indah dari Lautan Pasifik.



9. Pokok Circus
Asalnya sebagai hobi, seorang petani Axel Erlandson ,telah memangkas, membentuk dan mencantum pohon menjadi bentuk yang hebat dan dipanggil "Pohon Circus." Selepas bertahun-tahun, hasilnya ialah pokok-pokok yang berbentuk unik sekali seperti pintu gerbang dan berbagai bentuk lagi.
Contohnya, untuk membuat "Pohon Bakul" beliau menanam enam pokok sycamore dalam lingkaran dan kemudian dicantum bersama untuk membentuk pola berlian yang menyerupai bakul..

8. Pokok Sequoias Raksasa
Pokok Sequoias raksasa hanya tumbuh di Sierra Nevada, California, adalah pohon terbesar di dunia (dari segi saiz). Pokok yang terbesar ialah General Sherman terdapat di Taman Nasional Sequoia - salah satu pohon raksasa dengan ketinggian 275 kaki (83,8 m), dan beratnya lebih dari 6000 tan.


Pokok General Sherman berusia sekitar 2.200 tahun - dan setiap tahun, kayu pohon ini membesar dan pertambahan itu cukup untuk menghasilkan sebatang pokok yang setinggi 60-kaki.











7. Pokok Coast Redwood: Pokok Drive-Thru
Ada sejenis lagi pokok Sequoia yang cukup luar biasa iaitu dipanggil Coast Redwood merupakan pokok-pokok yang tertinggi dan terbesar di dunia.
Pokok yang paling tinggi adalah pokok yang dipanggil Hyperion di Redwood National Park, dikenalpasti pada tahun 2006 dengan ukuran ketinggian 379 kaki (115 m). Batang pokok itu ditebuk dan kereta boleh melalui lubang pada pokok itu!


6. Pokok Chapel-Oak

Pokok Chapel-Oak dari Bellefosseis Allouville - pohon yang paling terkenal di Perancis. Sebenarnya, ia bukan sekadar sebatang pokok, malah lebih dari itu. Pokok itu juga merupakan bangunan dan tempat untuk acara keagamaan- all in one!

Pada tahun 1669, dua orang padri memutuskan untuk membina sebuah gereja kecil (chapel) 500 tahun. Kebetulan, pokok itu telah berlubang akibat panahan petir lalu padri telah membina sebuah mezbah kecil untuk patung Virgin Mary.. Kemudian, dibuat lagi sebuah gereja (chapel) yang kedua dan ditambah tangga.
Sekarang, bahagian-bahagian dari pohon yang mati terus menjadi lebih kecil dan lebih kecil setiap tahun, Ada bahagian kulit pokok, yang terjatuh kerana usia tua,



5. Pokok Pando (The trembling Giant)
Pando atau The Trembling Giant di Utah sebenarnya adalah satu kawasan yang terdapat pokok pando ini.. Semua pokok di kawasan inii secara genetik adalah sama (bermakna, mereka klon yang tepat antara satu sama lain). Semua pokok ini hidup dengan sistem akar bawah tanah yang sangat besar.
Pando, yang merupakan bahasa Latin untuk "Aku Sebar," terdiri daripada 47.000 batang yang tersebar di 107 hektar tanah. 



4.Pokok Tule
Pokok Tule terdapat berhampiran bandar Oaxaca, Mexico. Pokok ini mempunyai lingkar batang terbesar iaitu 190 kaki (58 m) dan diameter batang pada 37 kaki (11.3 m). Pada tahun 1994, pohon kebanggaan Mexico ini berada dalam bahaya: daunnya menjadi kuning dan banyak dahan-dahannya mati.Bila "doktor" pokok dipanggil, hasil diagnosis didapati pokok ini mengalami masalah mati kehausan. Apakah ubatnya? "Doktor" menyatakan – berikan air. Benar, pokok itu pulih sepenuhnya selepas diberi air secukupnya.



3. Pohon Banyan Sri: Maha Bodhi Tree
Pohon Banyan ini dinamakan "banians" atau peniaga Hindu yang menjalankan usaha mereka di bawah pokok. . Bentuk pohon raksasa ini jelas: menyerupai kanopi megah dengan akar nya seperti ular menjalar di tanah..

Di Ankor Wat , Kemboja, anda boleh melihat dengan jelas akar pokok itu seperti ular menjalar sereta bumbung Angkor Wat.

Salah satu spesies yang paling terkenal dari Banyan, dipanggil Pokok Bo iaitu  Pkoko Sri Maha Bodhi  di Anuradhapura, Sri Lanka. Dikatakan bahawa pokok itu tumbuh dari pemotongan  pokok asli di mana Buddha berada pada abad ke-6 SM.







2. Bristlecone Pine:  Pohon Tertua di Dunia.
Pohon hidup yang tertua di dunia ialah bristlecones pinus yang terdapat di White Muontains, California. . Pokok ini ditemui pada 11.000 meter di atas permukaan laut, berumur 4.838 tahun - bukan hanya pohon tertua tetapi juga organisma bukan-klon tertua yang hidup di dunia.



Kisah penemuan pokok ini lebih menarik: Pada tahun 1964, Donald R. Currey mahasiswa pascasarjana, mengambil sampel teras dari sebatang pohon bernama Prometheus. Untuk mengambil sampel kayu, dia menggunakan alat boring dan alat itu patah di dalam batang pokok.Dia meminta kebenaran dari Pejabat Perhutanan Amerika Syarikat untuk menebang itu dan memeriksa keratan rentas pokok iti.. Anehnya Pejabat Perhutanan bersetuju! Ketika mereka memeriksa pokok itu, ternyata pokok itu berumur sekitar 5.000 tahun, yang akan membuatnya menjadi pohon tertua di dunia dan dalam masa yang sama saintis tanpa sedar telah membunuh pokok itu!




1. Baobab
Pokok  Baobab boleh tumbuh membesar setinggi 100 kaki (30 m) dan lebar  35 kaki (11 m) : Batangnya yang bengkak  sebenarnya tempat simpanan air - pokok Baobab boleh menyimpan sebagai sebanyak 120,00 liter air untuk bertahan dalam keadaan yang sangat kering.






Batang pokok ini boleh ditebuk dan dijadikan tandas awam.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info yg menarik..
plg suka pokok baobab tu..leh main nyorok2 dlm btg pokok..haha!

ankeljonni berkata...

berapa tahun nak tunggu pokok bakul tu jadi besar mcm tu... huhuhu...

Solihin Zubir berkata...

Subhanallah... Ciptaan Allah yg sgt unik!

kelisa_samudera berkata...

awok ade terbaca satu pokok namanya pokok setan. dahan2 pokok ni macam akar. lagendanya sebab setan maghah benor, dia terbalikkan pokok tu, dahan2 semua masuk dalam bumi, akar2 semua naik ateh. tak tau le betui ke idok. tapi awok cari dalam tenet tak jumpe plak pokok setan ni.