Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Ahad, 26 Disember 2010

Berikan Kami Doa

Salam Kasih Sayang Kepada Semua..

Aku kini sedang 'berehat' sementara waktu kerana aku perlu memberikan tumpuan yang lebih sedikit terhadap usaha merawat penyakit cancer (stage 4) yang sedang ditanggung oleh ibu mertua aku.. Dia baru sahaja selamat menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 

Berulang-alik 2 kali sehari ke sana agak memenatkan.. mungkin memang memenatkan ! Buktinya, aku sendiri jatuh pengsan dan terpaksa duduk semalamam di dalam wad kecemasan hospital akibat kepenatan. Namun aku bersyukur kerana aku diberi peluang oleh Allah bagi menjaga dan sentiasa bersamanya dalam melawan penyakitnya itu. Janjiku.. aku sanggup lakukan apa jua.. berusaha selagi terdaya.. 

Kepada rakan/sahabat blog.. aku mohon kemaafan kerana tidak sempat menjenguk kalian. Dan peluang yang singkat ini aku pergunakan untuk memberikan sedikit penjelasan tentang 'kehilangan' aku kebelakangan ini. Terima kasih kepada yang sudi menjenguk ke blog picisan ini dan memberikan komen-komen yang amat bermakna . InsyaAllah, aku akan tetap datang untuk 'menyapa' kalian nanti. Sebentar lagi aku perlu ke Ipoh lagi... Berikan kami sepotong doa...

12 ulasan:

fiqas berkata...

salam...sy kirim doa dari jauh..moga mad tabah n cekal hadapi dugaan..jaga kesihatan..dan semoga ibu mertua mad segera sembuh..amin..

Suara Kalbu berkata...

SK doakan semuanya akan bertambah baik.

Insya Allah, saudara juga perlu menjaga kesihatan sendiri supaya dapat menjaga ibu yang sedang melawan sakit. Pengorbanan bukan mudah tapi ganjarannya sangatlah besar di sisi Allah.

Semoga Allah permudahkan segalanya untuk saudara sekeluarga. Insya Allah, sepotong doa dari kami tidaklah sesusah mana untuk diberi walaupun tidak mengenali tetapi tetap saudara seagama.Doa kami semua untuk saudara sekeluarga.

Bertabahlah.

wahida berkata...

mudah2an selamat semuanya..tabahkan hati dan bykkan doa...Insyaallah, Allah ada bersama org2 yg sabar..amin...

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Samad dan Fuzjee, Akak doakan dipermudahkan urusan Bonda Mertua. Bawa bersabar dan terus berdoa. Ini satu ujian pd Samad dan Fuzjee berdua. Semoga semua selamat! Salam dr Istanbul!

Tanpa Nama berkata...

salam geng..
patutlah sunyi sepi belog ni..
saya doakan semoga Allah ringankan penderitaan beliau
semoga selamat semuanya..

Ahmad Hamzah berkata...

Salam abg samad, ye, moga segalanya akan pulih seperti selalu, memang terasa sunyi kat sini, hari ni baru tau, Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh Tuhan untuk berbakti dengan cara begitu. Besar ganjaran untuk abg Samad tu. Semoga tabah dan sabar selalu ye.

eMMe berkata...

Salam Yop, me pun mcm blogger2 lain2 gak, mE doakan mak mertua yop cepat sembuh...patotla yop lame hilang...ape2 pun kesihatan sendiri pun kene jaga kay....salam sayang dari Putrajaya~

fyna ahmad berkata...

smoge cepat sembuh....




jom singgah n follow belog sy...
http://inibelogfyna.blogspot.com/

tgsaqura berkata...

salam..lama x bersua di blog
lia doakan semoga diperkuatkan hati tuk ujian dariNya..insyaALLAH,setiap perkara ada hikmahnya..

toyolkiut berkata...

moga tabah hadapi dugaan..

Ummi Hanie berkata...

salam yop samad,

teman tumpang simpati dgr berita ni ..moga2 miracle berlaku...tak mustahil boleh sembuh kan?amin !

Tanpa Nama berkata...

salam...


saya doakan semoga ibu mertua tuan cepat sembuh..

amin..