Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Jumaat, 11 Mac 2011

Mad..Kamulah Sahabat..

"Mad.. kamulah sahabat aku, dunia dan akhirat. Kalau kamu atau aku berpindah.. aku takkan mencari sahabat yang baru. Biarlah aku 'bersuluk'..". Cukup serius wajah sahabat kesayangan aku ini. Aku tak pasti, entah berape puluh kali dia mengungkapkan ayat itu. Ironinya, aku berasa malu dan berasa terhina. Puncanya, sahabat aku ini terlalu indah sikap dan peribadinya. Begitu berlawanan dengan sikap aku... terlalu berlawanan ! Namun aku sedari bahawa Allah menganugerahkan seorang sahabat yang terlalu baik buat diriku. Namanya tidak perlu aku sebut kerana aku pasti, sahabat aku ini sentiasa 'bersembunyi' untuk menonjolkan dirinya. Aku juga pasti, jika aku sebutkan namanya di sini.. dia tidak menyenanginya.

Aku kongsikan kisah ini sebagai cermin untuk melihat wajah diri, juga buat sesiapa yang mahu berkongsi.. Adakah kita mampu menjadi sahabat sehebat insan yang aku sanjung ini... 

Peristiwa 1
Suatu hari, aku lebih banyak berdiam.. tidak seperti biasa. Aku cuba mengasingkan diri buat seketika. Aku berkurung di 'pejabat'ku tanpa dia ketahui. Dari dalam 'pejabat' itu aku terdengar dia mengadu kepada seorang kawan aku, dia terlalu sedih melihat keadaan aku. Dia berasa sunyi... dia benar-benar ingin tahu apa yang mengganggu fikiran aku. Aku yang mendengar menjadi serba salah. Kemudian, tidak lama selepas itu aku berjumpa dengan dia dan memberitahu, sebenarnya aku mengalami sakit kepala yang agak kuat. Muka dia terus berubah. Terus dia meletak fail yang dipegang, lalu memicit-micit kepala aku dengan bersungguh-sungguh. Aku terdengar esakan halus darinya. Dia menangis ! Pabila aku tanya, dia mengatakan yang dia kasihankan aku. Laaa....???

Peristiwa 2
Dia mahu menjual handphone Nokianya kepada aku. Dia mahu aku membayarnya rm200 sahaja, padahal harga asal handphone itu mencecah rm2000.. Bila aku tanyakan mengapa, katanya, dia bosan dengan handphone itu dan mahu membeli yang baharu. Aku bersetuju. Esoknya dia menunjukkan handphone baharunya.. Betul-betul sama dengan yang dijualnya pada aku ! Alasannya, dia mahu aku menggunakan handphone yang lebih canggih.. Laaa...??? Malangnya, handphone itu sudah aku serahkan kepada isteri aku... Rasanya, handphone milik aku ini sudah terlalu  canggih untukku..

Peristiwa 3
Sahabat aku ini mahu aku mendapatkan pemeriksaan doktor yang terbaik untuk aku. "Kamu selalu je tak sihat ", katanya. Aku berterus terang, aku tak mampu untuk mendapatkan khidmat doktor yang dimaksudkannya. Lagipun, aku rasa aku tidak perlu untuk itu. Dia terus juga mendesak. Akhirnya aku beralah. Ternyata, aku seorang yang sangat sihat... seperti kata doktor itu. Sewaktu aku mahu membayar, rupanya kos sebanyak rm400 itu sudahpun dilangsaikan. Dan bila aku ingin membayar balik duitnya, apa katanya ? " Kalau kamu nak bayar jugak, kamu bukanlah sabahat aku !". Mukanya mencuka. Hmmm...

Itu hanya sebahagian kecil tentang kebaikan sahabatku ini. Bagaimana sikap/peribadinya dengan masyarakat ?

Sahabat aku ini adalah seorang  yang sangat komited pada kerja dan sangat suka bersedekah. Datanglah sesiapa juga yang meminta/memohon derma dan sumbangan, pasti tidak akan kecewa. Malah, dia sanggup meninggalkan baki yang paling minima di dalam dompetnya. Kebanyakannya dia dermakan tanpa bertanya itu ini, walau sepotong ayat. Dia juga sangat baik dalam menyantuni orang sekeliling, kerana itu, dia sangat dikenali di tempat kami. Dua malam lepas, dia mengajak aku ke kuliah maghrib yang disampaikan oleh Tuan Guru Prof. Dr Haron Din. Sewaktu kuliah berlangsung, tin derma diedarkan. Setiap kali tin derma sampai di depannya, dia menyumbatkan not-not merah ke dalamnya. Dan aku membilang, sekurang-kurangnya 3 kali tin derma sampai ke depannya. Jumlah yang dimasukkan ke dalam tin derma itu aku pasti, semakin besar pula jumlahnya !

Jauh di sudut hati, aku mengakui bahawa dia adalah yang terbaik antara beberapa orang sahabat aku yang tidak kurang juga hebatnya. Seperti kata arwah ibu, aku terlalu bertuah kerana terdapat beberapa orang kawan yang sangat layak dipanggil sahabat. Benar.. aku bersyukur pada-Mu ya Allah.. Sahabatku ini pula pernah berkata, " Jika Rasulullah punyai Umar, Abu Bakar, Usman dan Ali.. Aku ada kamu..".. Namun, apakah aku telah pun menjadi 'sahabat' buat dia dan sahabat-sahabatku yang lain. Aku terlalu malu dan berasa kerdil.. Cukup jelas... aku sedar akan kehodohan dan kelemahan peribadiku berbanding mereka. 

Buat anak-anakku.. 
Kalian tahu dan kenal sahabat-sahabat ayahmu. Maka, andai ayah 'pergi' sebelum mereka.. carilah .. santuni  dan hargailah mereka kerana mereka adalah 'kekasih-kekasih' ayahmu..

8 ulasan:

Admin berkata...

Saudara sangat bertuah mempunyai sahabat,sedangkan saya hanya mempunyai kawan.

Kawan yang hanya ingin ketawa,tetapi tidak mau menangis.

Pak Oncu berkata...

salam,,, memang hebat sahabat tuan itu,,, semoga TUHAN merahmati nya

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Adikku Samad...

semoga berbahagialah sahabatmu itu di dunia dan akhirat. Melimpah ruahlah rahmat dan kasih Illahi buatnya. Amin.

fiqas berkata...

salam yob, alangkah untungnya punye sahabat seperi dia..
rasanya yob jugak telah menjadi sahabat yang baik kpeda sahabat2 yob itu...

Tanpa Nama berkata...

salam yop,
terharu saya membacanya..tiba2 airmata bagai nak menitik..tsk!

bertuahnya dapat sahabat mcmtu..

semoga kasih sayang dan persahabatan kalian sentiasa dirahmati Allah..

toyolkiut berkata...

sungguh terharu Tk membacanya..
alangkah bertuahnya sedara punya sahabat seperti itu..

a.samad jaafar berkata...

salam buat semua..
kakakku kakcik..Pak Oncu..MDT..Fiqas..Joyiman dan Kiut..

T kasih atas komen..saya tak tahu nak balas komen kalian utk n3 ini..

Bunga berkata...

Alhamdulillah..

DIA telah mengurniakan seorang sahabat yang begitu baik..:)