Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 4 Julai 2011

Setahun Sudah pun Berlalu..




Iskk.. teringin menulis dengan bahasa buku pulak..


Julai datang lagi. Bulan yang sama namun tentulah hanya pada nama. Hakikatnya, segala telah pun berubah. Fikirku.. aku masih yang dulu, namun manakan mungkin begitu. Seperti juga alam yang menginjak tua.. itulah aku..

Julai mengingatkan aku tentang kelahiran blog ini. Tanpa kusangka.. setahun sudahpun berlalu. Pengisiannya kekal sebagai catatan pengalaman dan perjalanan hidupku.  Tempat untuk aku mengenang kembali tentang suka dan air mata. Adakalanya aku menulis dengan lelehan air mata dan adakalanya pula aku tersenyum bersulam rindu. Rindu akan kenangan lalu… kepada arwah ibu, rakan-rakan yang semakin jauh dariku juga kampung halaman yang kini selalu kusebut sebagai daerah ‘berhantu’.

Dunia blog turut mengajari aku makna persahabatan. Tentang ‘pertemuan’ dan ‘kehilangan’. Di sini aku kenal mereka yang mesra, bijak dan menyenangkan. Meski hampir kesemua teman blogku ini tidak kukenal di alam nyata, tetapi entah apa ‘kuasanya’ hingga aku berasa mereka terlalu dekat. Sungguh-sungguh pula lahir penghargaan buat mereka. Dan pabila mereka menghilang, gundah pula yang bertandang. Aneh amat dunia blog ini…

Buat teman-teman blog yang setia.. kalian telah ada di hatiku.. dan kalian tetap kekal di situ.. Bagi mereka yang baru menyemai mesra.. benarkan aku menyambutnya dengan rasa yang terbuka.. Terima kasih buat semua.. Namun suatu masa.. suatu ketika.. semua ini pastilah menjadi kenangan jua..

Nota bawah: 


Kadang-kadang aku terasa malu dan terlalu kerdil apabila  bertandang ke blog rakan-rakan.. Kalian terlalu HEBAT !!!


Di bawah ini pulak komen daripada seorang teman blogger yang aku hormati dan dia cukup hebat. Komen ini membuat aku selalu terfikir.. jika blogger sehebat dia(pernah tersenarai sebagai blogger paling berpengaruh) mengeluarkan kata-kata seperti itu.. Bagaimana pula dengan aku yang ternyata  begitu jauh di belakangnya ??.. Adeih...
saudara samad,
itu entry lama yg XX publish smula,
sbb tu ia jd lagu tu, x kuar dlm bloglist..
entry antu yg last XX tulis, dan XX x kn tulis entry baru lg.. cukup la..
XX malu, sbb XX tulis mcm orang x skola, xde isi..
hehe..

36 ulasan:

Encik MamaT berkata...

mcm tau je tu komen sape.. hehe...

rasa lain plak bile tulis mcm ni... heheh.. selalunya dengan loghat perak yang pekat.. walaupun sesetengah ayat tak berapa nak paham.. tapi apa yang nak disampaikan tu insyaAllah.. boleh difahami... heheh

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Adikku Samad...

itulah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Tanpa pernah bersua, kita boleh menjalin rasa mesra.

Terima kasih kerana sudi jadi adik kakcik, walaupun tiada apa yang dapat kakcik sajikan buat santapan minda di blog kakcik ...

eMMe berkata...

yop, jgn lupe Julai adalah hari kelahiran saya...saya dah nak masuk 3 siries, huhuu..tua dah awok ni yop...

pst: lame tak bersua yak? rindu kat mike...

toyolkiut berkata...

hidup ini ada pmulaan dan pnghujung nya..
bgitu jg dunia blog.
tp catatan kenangan saudara sentiasa melekat d hati.
teruskn mnulis..

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Yob Mat,
Hidup yg Allah SWT beri kat kita ni yob, hanyalah singkat saja. Sebaik saja kita dilahirkan, janji Allah SWT memberi kita bekalan hidup dan tempohmasa yg tertentu. Surah AlBaqarah:36وَلَكُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مُسۡتَقَرٌّ۬ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِينٍ۬ Dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati) yg ditentukan.
Bukan itu saja, malah Allah SWT menjanjikan, bahawa petunjuk telah pun sampai kepada kita. Surah AlBaqarah:38فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ Maka adapun ia datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Ate, tugaih kite le kene caghi petunjuk. Ate munkalo beghuang putih ghase nakkan petunjuk kene le keluwor dari kutub! Apatah lagi kita, kalo nak caghikan petunjuk kene le hijrah ceghok ghanto. Surah Fussilat:53سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar`
Sebenarnya kebenaran tu ada dlm diri kita utk terima petunjuk. Bukan ke `internet` merupakan sebahagian cara utk kita meninjau segenap penjuru dunia? Bukankah ia juga cara kita dapat mengenali kebenaran Allah SWT? Wallahualam

Jurnal Murahan berkata...

che mat kite sampai nangis2 tulis entry ahaha cayalah!

Cik SHiNJU berkata...

Mcm x best jek baca n3 bahasa baku..hehehe... loghat Kuale Kangsor ade persamaan sikit dgn Pekan,Pahang n Muor,Johor... Mgkin sbb pertalian saudara antara ketiga2 keluarga diRaja dr ketiga2 bandar diRaja tu kot...

Slmt Ulangtahun blog 'atasnamaaku' :)

Admin berkata...

Kekadang kita menulis hasil dari luahan hati yang tulus ikhlas,itu yang menjadikan blog teman kita

fiqas berkata...

salam yoeb..
tahniah..dah setahun .. cepat masa berlalu,.


Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya, walau hanya dialam maya.. :)

eita berkata...

assalamualaikum.....
ceroh sikit mata..hehehehe.....
setahun.....ingat lah jugak kan...
eita langsung tak ingat bila eita start berblog.....
berblog sebab suka menulis....

a.samad jaafar berkata...

EN MAMAT..
aku gembira punya sahabat blog spt kamu.. t kasih woo.. hihihi

a.samad jaafar berkata...

kakakku kakcik..

kakcik sungguh menyenangkan.. saya percaya, suatu hari terjumpa juga..

a.samad jaafar berkata...

sahabat ku eMMe yang best hihihi..

lama woo tak 'jumpa'.. eMMe pengikut awal blog saya.. dan terus setia.. terharu saya ni.. hihihi.

a.samad jaafar berkata...

Kiut yang dihormati..
Kiut juga pengikut blog saya sejak dulu.. terlupa bagaimana kita 'berjumpa'.. tp saya bangga punyai teman blog spt Kiut.. jangan tinggal-tinggalkan daku.. hahaha..

a.samad jaafar berkata...

Diana yg mesra..

Adeihhh... tak boleh ye..?? Sekali sekala je.. pas ni pening balik dgn loghat perak saya hihihi..

a.samad jaafar berkata...

Tajnur yg dihormati..
selamat kembali ke sini.. terus terang.. saya berasa terlalu lama menanti kemunculan tajnur dalam ruang komen ini.. komen saudara cukup mantap !

a.samad jaafar berkata...

JurnalMurahan yang best hahaha..

rasa aku nak luku kepala enkau !!! malu wooo... hahahah..

a.samad jaafar berkata...

Cik Shinju..

errr...errr.. tak best ke ??? ye la..ye la.. nanti guna loghat perak balik laaa... hihihi...

a.samad jaafar berkata...

sahabatku joyiman..

saya bangga menjadi sahabat blog saudara..t kasih kerana sudi dan setia berkunjung ke blog saya..saya menghargai saudara..

a.samad jaafar berkata...

Sahabtku Fiqas..
alangkah baiknya jika suatu masa nanti dapat berjumpa teman2 blog termasuk Fiqas..barangkali, banyak cerita dapat dikongsi bersama.. saya dah lama menganggap Fiqas sbg seorang sahabt...

a.samad jaafar berkata...

adik eita.. yang tu namanya.. hilang ingatan.. hihihi..jgn marah ye.. gurau..

Granny Hani berkata...

dah setahun yer....tahniah..

kelisa_samudera berkata...

sahabatku samad,

tahniah kerana usia blogmu yang pertama. semoga tulisanmu sentiasa kekal, kerana pembacanya juga sentiasa ada. gembira kerana dapat berkenalan denganmu.

Shila berkata...

weeewit..

da setahun laa blog cikmat..

:)

kekalkn tau blog ni..

ZORA berkata...

tahniah la..da sthun da pon...:P

Tanpa Nama berkata...

salam geng terdiva :)

selamat ulangtahun blog..
takde makan2 ke??? :D

amirah berkata...

tu diaaa bila yob samad dah guna bahasa tinggi buku ni..huhu..teruskan dgn entri2 menarik sebab saya x mampu nk hasilkan entri sebegitu..huhu

ckLah @xiiinam berkata...

Tahniah dah setahun....


Kalaulah dalam setahun itu ada komen ckLah atau entri ckLah yang menyinggung hati Samad, minta maaf banyak-banyak ya! Bimbang juga, adakah apa-apa salah cklah sehingga tuan blog ini menahan diri dari ke sana lagi....

a.samad jaafar berkata...

hani@debumelukut..
terima kasih ye..saya tak pasti tarikh luput blog picisan ini..

a.samad jaafar berkata...

sahabatku kelisa samudera..

rindu dgn saudara..rindu dgn coretan hebat saudara yg dulu..mengapa menyepi ??

a.samad jaafar berkata...

MissSenget..
saudari teman baru yg menyenangkan..

tiada yg kekal...

a.samad jaafar berkata...

Zora..
t kasih..juga t kasih krn sudi singgah ke sini..blog saudara cukup hebat !

a.samad jaafar berkata...

temanku makdara terdiva..

saya menghargai sgt2 kehadiran geng ke blog saya..dan saya tetap setia berkunjung ke blog MDT..n3 geng simple tapi cukup menarik.. puas saya cuba menghasilkan n3 begitu..tp GAGAL.. nanti nak tuition ngan geng boleh?

a.samad jaafar berkata...

saudara saya, amirah..

saya masih bertatih..kemunculan amirah yg juga ada talian persaudaraan dgn saya, cukup menggembirakan..tp bila nak kenal ni? hahaha..

a.samad jaafar berkata...

ckLah cikgu yg saya hormati..
Ya Allah.. maafkan saya.. akan segera saya 'menemui' cikgu..

ckLah @xiiinam berkata...

Mad...mintak maaf sekali lagi ya Mad. Macam pentingkan dighi pulak le teman ni, kan kome! Moga kesihatan Mad kembali pulih. Begitu juga dengan bonda Mad. Berkuat dan bertabah ya Mad ya...