Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 23 Ogos 2011

PESAN PADA DIRI..

Kita sebagai umat Islam tidak berhak untuk mencari-cari kesalahan orang lain, lalu menyebarkannya. Apatah lagi berusaha memalukan orang tersebut di depan umum, kononnya dengan menggunakan ilmu/kepandaian kita.

Renungkan sabda Rasulullah SAW : "Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang kejelekan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara" (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563).

Perhatikan pula firman Allah SWT ini: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian daripada purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang" (QS. Al Hujuraat [49] : 12)

Sabda Rasulullah SAW : "Tahukah kalian apa itu ghibah?" Jawab para sahabat : Allah dan rasul-Nya yang lebih mengetahui. Maka Rasullulah SAW bersabda: "Engkau membicarakan saudaramu tentang apa yang tidak disukainya". Lalu para sahabat bertanya: Bagaimana jika pada diri saudara kami itu benar ada hal yang dibicarakan itu? Jawab Rasullulah SAW: "Jika apa yang kamu bicarakan benar-benar ada padanya maka kamu telah mengghibahnya, dan jika apa yang kamu bicarakan tidak ada padanya maka kamu telah membuat kedustaan atasnya."(HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)


Semoga Allah menjauhkan kita dari segala sifat yang tercela.. 


Dipetik dan diubahsuai daripada SUMBER

Nota: Terlupa untuk memaklumkan lebih awal.. 
Atas rasa ingin menyanjung semangat Ramadhan al-Mubarak, saya menghentikan/menangguhkan entri dalam bentuk penceritaan [loghat Perak]. Entri loghat Perak akan muncul kembali selepas Ramadhan.. insyaAllah.

26 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih atas pesanan2 tu.... :)

Granny Hani berkata...

Salam. saya dah sms no akaun tu. InsyaAllah niat baik akan direstui Allah, terima kasih dari saya bagi pihak Haikal.

intan.maisarah berkata...

bersangka baiklah keatas orang lain

:)

yoob,
selamat menikmati sisa ramadhan

Waqheh berkata...

YER..BENAR BELAKA APA YG RASULULLAH SABDA DAN ALLAH SWT BERFIRMAN...

patut ler gua perasan 2,3 entri lu latelt dah tak loghat perak..

Shila berkata...

kite pn xde hak kan nk tentukan orang tu masuk syurga ke neraka...

ckLah @xiiinam berkata...

...maka itu, ckLah akan menjauhi blog-blog yang cenderung menguar-uarkan keburukan orang, dengan menyatakan nama individu itu secara terang-terangan(demi menaikkan rating dan trafik blog). Tak kiralah samada cerita itu benar atau salah. Dosa bersubahat 'mengumpat' hal orang tu, macam mana cara nak minta ampun dengan yang diumpat itu nanti? Takut balasan di sana nanti...

CintaZulaikha berkata...

siapalah kita nk judge org kn...kita nih hamba jer..tp kekadang tak teringat pon, lanaran ttp wat kesilapan..humm

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Memang senang nak cari salah orang kalau itu yang kita cari.

Salah sendiri susah sikit nak nampak, kalau nampak pun tutup mata.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum wmt..
geng, leh bagi address x?
send ke email sy (cilo_wan@yahoo.com)

amirah berkata...

betul...sempenan ramadhan ni elak2kanlah benda2 gini..menyebarkan benda yg tak tentu lagi kebenarannya

Misty Melor berkata...

kite tak da hak nak "menghukum" :) .. tetapi.. sebagai seorang muslim .. muslimat yang sayang saudara semuslim kita.. maka nya jika nampak kesalahan ... atau apa2 kekurangan .. lebih baik kita tegur .. "tegur" tu ada caranya bukan sumpah seranah @ memaki hamun :) ...

actually jiwa saya agak sensitif... tp jika sahabat2 tegur perkara kabaikkan .. masyaAllah betapa seronoknya , kerana mereka sayangkan kita.. :)


antara ghibah dan menegur tu ada bezanya , walaupun bermula dari menampak kesalahan.. lebih balik kita memilih jalan yang terbaik dari ghibah..

Rasulullah s.a.w bersabda:
الدين النصيحة قلنا : لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat. Kami (sahabat) bertanya: Kepada siapa? Berkata Rasulullah: Kepada Allah dan kepada kitabNya serta RasulNya dan juga para pemimpin orang Islam dan semua umat Islam”(Riwayat Muslim)


Rasulullah melihat beberapa sahabat yang berwudhu’ dengan hanya mengusap kaki mereka. Sebaik saja melihat kesalahan itu, Rasulullah menegur tanpa lengah: “Celakalah tumit-tumit (yang bakal terkena) api neraka!” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 58]


hehe .. maaf encik samad.. dah ter twist entry encik samad ni.. dari ghibah.. mencari kesalahan orang lain .. kepada menegur pula

Misty Melor berkata...

Alhamdulillah .. syukran encik samad :) .. syikin sangat2 menekankan budaya menegur .. biarlah kita dimaki.. melihatkan keruntuhan ummat .. subhanAllah.. sedih hati.. menangis jiwa memikirkan ummat ... syukran encik samad banyak berlapang dada dengan syikin yer :)


p/s : hehe .. syikin tergolong dari golongan yang tak minat tgok tv.. rumah pun tak ada tv.. ada tv mobile tecik jer kat hp .. alhamdulilah.. dari situ cuba menengok program2 keagamaan ni.. tp madrasah al hijrah , jumaat hingga ahad .. 7-9 .. mmg bagus.. lepas tu ada rancangan keagamaan lain :).. seronok tengok rancangan ilmu sebegitu :) ..


maaf yer encik samad jika kata2 syikin ada yg terlebih sepanjang kehadiran disini :)

eita berkata...

ermm...
x larat nak komen...baca je lah erk...

eMMe berkata...

baru pas mengumpat, ya Allah ampun kan dosa hambamu ini.......kite manusia kenkadang mudah alpa dan leka...moga Allah terima doa saya ini...

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Yob mad, dalam usia kita begini seeloknya hendaklah kita `lapang dada` menerima teguran. Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya.

Ala yob, kita usoh le berkighe sangat cara deme tegor kite, ape yang pentingnye kebenaran dalam teguran itu. Tetapi teman akui le, cara teguran tu biyo le kene pada tempatnye.Hendaklah seseorang itu berhati2 dan melicinkan pergeraknya. Surah AlKahfi:19 لْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا Hendaklah seseorang itu melicinkan pergerakannya dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Imam Abu al-‘Abbas al-Qurthubi rahimahullah (datuk dan guru kepada pemilik tafsir al-Qurthubi) menjelaskan:

يعني أنه كان يجتنب كلامه بحضرة الناس، ويكلمه إذا خلا به، وهكذا يجب أن يعاتب الكبراء والرؤساء، يعظمون في الملأ، إبقاء لحرمتهم، وينصحون في الخلاء أداء لما يجب من نصحهم

وقوله: "لقد كلمته فيما بيني وبينه" يعني أنه كلمه مشافهة، كلام لطيف؛ لأنه أتقى ما يكون عن المجاهرة بالإنكار والقيام على الأئمة، لعظيم ما يطرأ بسبب ذلك من الفتن والمفاسد

(Dari hadis Usamah tadi) “Maksudnya adalah beliau menghindarkan diri dari memperkatakan kemungkaran seseorang di hadapan orang ramai dan apabila tiada orang barulah dia membuka bicara menegur seseorang tersebut (secara rahsia). Dan menegur kesalahan pemimpin ini adalah kewajiban tetapi hendaklah memuliakan mereka di hadapan umum (dengan cara yang ma’ruf) bagi menghomati mereka. Dan menasihati mereka adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan.
Wallahualam.

ORLANDO AHMAD berkata...

owh, mohon insaf..

Rain berkata...

ya, semoga Allah menjauhkan diri kita dari sifat tercela..

Jurnal Murahan berkata...

yeop mat, haku paling tak gemor orang bawak mulut, menjaja sana sini

jadi virus dalam organisasi

MulutPayau berkata...

Kadang2 kesalahan orang walau pun kecik..tetap nampak..tapi kslahan sndiri, buat tak tau jer..

Semoga Allah mnjauhkan diri kita dari sifat tercela...

terokai seni berkata...

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

ckLah @xiiinam berkata...

Salam Aidil Fitri Mad. Semoga kesihatan baik sepanjang Syawal ni...maafkan segala salah penulisan ckLah kalau ada.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

nadbaptist berkata...

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

selamat hari raya..

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk a samad sekeluarga.

toyolkiut berkata...

peringatan buat diri TK sendiri yang sentiasa alpa dan silap..

salam Syawal buat saudara samad sekeluarga..
ampun maaf dipinta..

Encik MamaT berkata...

terima kasih sifuu.. atas teguran bersama ni.. saling ingat mengingatkan...


rasa lain plak bila tulis mcm biasa... hehehe

Queenie berkata...

bagus entri ni dik...
moga ramai insan yg tinggi ugamanya sedar...