setiap kali tiba waktu menyampaikan tazkirah.. aku mencari-cari kelibat imam tua itu.. aku ingin sekali mendengar suaranya.. lembut dan penuh keikhlasan.. pernah juga air mata ini menitis menghayati bicaranya .. namun, sebaik aku melangkah ke pintu masjid.. air mata itu tertinggal di ujung sejadah...
ya Allah.. dalam usia begini tiada lain yang kucari..
hanya keredhaan dan keampunan-Mu..
maka, pandanglah aku..
hanya keredhaan dan keampunan-Mu..
maka, pandanglah aku..
23 ulasan:
Bila berada di penghujung usia maka akan berada di penghujung rindu.
amin...
Allah tak pernah terlepas pandang setiap hambanya, tapi hambanya yg sengaja lupakanNya..
Apakah lebihnya kita sebagai hamba andai tiada kasih dan redha dariNya.
p/s : terima kasih kerana menjawab pertanyaan kakcik tentang Sham. Kakcik pun ingat2 lupa tentang dia - hanya sama sekolah masa di sekolah rendah dulu.
setiap detik mendekatkan kita kepada maut... ya Allah ampuni kami dan redhailah kami
adakah imam tua itu sudah pergi?
Terima kasih sahabat krn entry ini bermakna buat saya. Mohon kekuatan dari Allah sentiasa dan moga ramadhan yang berbaiki ini kita berpeluang membaiki diri. Bersama untaian tasbih dan sejadah kita akan menjadi semakin 'gagah' utk menapak menuju redha-Nya,
Yang tua selalu dirindui .... yang muda selalu di kagumi <3 ... indah nya jiawa bila dekat dengan Nya
kadang2 tu kita sendiri yang lupa....
allah tak pernah lupa pada kita...
semoga ingatan kita kepada Dia tidak pernah luput... :D
Assalamualaikum wbt
Yob Mad, perkara asas keperluan dlm kehidupan manusia adalah minuman, makanan dan pakaian, tempat tinggal (rumah dan tanah) serta pekerjaan. Tetapi ramai yang tidak sedari `mencari kebenaran` juga merupakan asas dlm penghidupan kerana dlm dirinya sudah ada tanda2 kekuasaan Allah SWT. Jadi tidak hairanlah, ada seketika manusia ni terbuka pintu hatinya utk menerima kebenaran. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.
Malah pada suatu masa nanti, ia akan menyaksikan sendiri kebenaran tersebut jika diizinkan Allah SWT. Adapun pada seseorang imam dan perseorangan hanyalah sebahagian wasilah utk dipertemukan saja. Surah Al`Aadiyat:7 وَإِنَّهُ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌ Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.
Wallahualam
tiada yang lebih nikmat dengan air mata tangisan mengenangkan tuhan
t kasih kpd semua yg memberikan komen yg cukup bermakna di sini.. sesungguhnya saya kehilangan kata-kata untuk membalas balik komen di atas.. apabila mengeluarkan n3 sebegini, saya cukup berhati2 dlm berkata..tidak punya keberanian untuk membalas balik..saya bimbang pada penyakit hati.. t kasih semua.. moga kita sentiasa diberkati hendaknya..
Assalamualaikum a. samad,
Tiba-tiba terasa sayu hati ni membaca N3 yang penuh bermakna ni.
Walaupun pendek tapi menikam ke jantung hati. Insaf.....
suka part "sebaik melangkah ke pintu masjid, air mata tertinggal di ujung sejadah"..
hurmm...
tetiba aku sebak baca n3 ni...
cantiknya tajuk tu....
bijak memilihnya
menangis kerana Allah....T_t
ya Allah, pandanglah kami
entry yang pendek tapi penuh dengan makna.... tak seperti entry2 yang selalunya... semoga ramadhan kali ini dapat mendidik kita mencapai maksud ramadhan.. supaya kita menjadi orang yang bertakwa...
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2:183)
setiap kali nama naik untuk giliran membaca tazkirah,selalu jadi gemuruh.hihi
Assalamualaikum Yob, tazkirah yg pendek tp padat dan berisi. Allah sentiasa memandang kita, kita lupa ...selalu lupa tentang Dia.
amin...
semoga kita dalam lindunganNYa selalu..
Catat Ulasan