Masa terlalu cepat berlalu.. Terasa seperti baru semalam kami berbincang tentang Ramadhan .. Hanya tentang persoalan-persoalan lazim.. Ya, baru semalam.. Tetapi hakikatnya, hari ini hari yang ke-21 ! Menurut Imam Shafie.. jika ingin mencari lailatul qadar, andai kata Ramadhan bermula pada hari Isnin, maka carilah ia pada malam yang ke-21.. Memang bukan semestinya begitu.. tetapi panduan yang diberi tidak pula salah jika diambil kira.. Nampaknya, ia sudah berlalu kan? Sabar dulu.. seperti aku katakan tadi, bukan semestinya begitu.. Maknanya, pencarian [bagi yang mahu] akan berlangsung terus sehingga penghujung Ramadhan ini.. Segalanya di tangan Allah.. kita ini hanyalah hamba.
Ligatnya roda masa memunculkan gementar.. Gementar yang teramat dalam jiwaku. Masih segar ingatan tentang zaman kecilku yang miskin harta, namun kaya sekali dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Juga zaman remaja yang penuh kenakalan, malah sering pula menjurus pada kelalaian.. Kini aku dewasa. Dan aku terfikir.. suatu masa nanti saat aku terlantar menanti ajal, pastilah aku akan berasa.."Ohh.. masa terlalu cepat berlalu...".
24 ulasan:
Salam Mad...
Semoga kita sentiasa mendapat hidayahNya.
Selamat meneruskan 10 hari terakhir...
Hanya Allah yg maha mengatauhi,
melihat tanda2nya seperti pagi matahari memancarkan warna keputihan,hari tidak panas,macah berlaku pada sabtu.
Ya betul tu Yop, biar miskin harta, tapi kaya dengan kasih sayang serta kebahagiaan....biar la sentiasa rendah diri....jgn bangga diri....baru la kita disyangi oleh semua orang, tapi tak ramai org boleh buat cam tu...sombong dan susahnya nak berikan senyuman......moga dikurniakan kesihatan yg baik buat Yop Sekeluarga...
semoga pencarian mendapat berkatNya yob mad.....
betul, kejap sungguh masa berlalu
keberkatan masa yg di cabut dari kita semua yg banyak berdosa..
rahsia itu luar biasa, yg luar biasa itu yang paling enaakkk
semalam malam 21..
hujan..
entah kenapa..
rasa macam benar panduan itu..
selalu dengar orang cakap, malam itu tenang, dan hujan turun...
wallahua'lam..
Assalamu'alaikum Adikku Samad...
terbayang2 kemeriahan beraya di kampung dulu-dulu. Kini segalanya tiada lagi! :(
Selamat berpuasa di hari-hari terakhir Ramadhan, adikku.
skang ni pun gua dah terasa bangat yg masa terlalu cepat berlalu beb...beza zaman belasan tahun dulu..
salam geng,
cepat masa berlalu..
sedar..sedar tak lama lagi ramadhan mubarak akan perlahan2 meninggalkan kita..
dan kita pasti merindukannya
kerana tak pasti berpeluangkah lagi kita utk bertemu dgn nya..
masa semakin pantas
ajal juga semakin dekat
cepat benar masa berlalu. sampai terlupa apa yang berlaku sepanjang ramadhan ni.
Semoga kita beroleh lailatul qadar insyaAllah.. moh berjuang 10 malam terakhir
waa hehe gempak theme baru blog ni bro...
tak terkejar kita dengan waktu.....
ya Allah...ketemukan kami dgn malam lailatul qadar itu...
Assalamualaikum
Walaupun sudah 21 hari puasa berlalu, namun ukurannya sejauh manakah kita mencapai ketaqwaan. Hanya ketaqwaan sajalah, segala amalan, qurban dan keikhlasan kita diterima oleh Allah SWT. Surah AlHajj:37 لَن يَنَالَ اللَّـهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚDaging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.
Begitu jugalah dgn amalan puasa dan pertemuan `lailatul qadar` bagi mereka yang terpilih dan terima atas dasar ketaqwaan. Taqwa ini jugalah kita menjaga aqidah, solat, puasa, zakat dan amalan haji dimana hubungan saling berkait-rapat. Sedor tak sedor Yob, yang dikeliling kita ni gamok kawan2 yang bukan sezaman kita. Dimana mereka, agaknya sorang2 deme dah ninggeikan kita, cume giliran kite je payoh benor nak terime kenyatan. Wallahualam
malam yang kita semua impikan, nantikan tapi sejauh mana kita berusaha untuk bertemu malam yang penuh rahmat..hanya Dia yang maha mengetahui...
masa yang cepat berlalu.. tak pernah menunggu... tapi semua kenangan masih tetap segar dalam ingatan..
Assalamualaikum a. samad,
Sama-samalah kita berusaha mencari lailatulqadar.
sedih..ramadhan kian meninggalkan kita
ckLah cikgu y disenangi..
Ya..semoga kita sentiasa mendapat hidayah-Nya
saudara Joyiman..
nampaknya kita berkongsi rasa yg sama
sahabatku eMMe..
arwah mak saya sentiasa mengingatkan saya supaya jgn sesekali ada rasa bangga pada diri.. saya hanya budak kampung..
eita..
semoga ieta juga mendapat keberkatan-Nya
JurnalMurahan..
komen enkau menyentuh hati aku..
orlando ahmad..
yg luar biasa itu semestinya penuh nikmat..
Cikya..
Imam Shafie berkata atas pengalamannya.. tentu pandangannya bukan sebarangan..
kakakku kakcik..
kenangan berhari raya dulu-dulu penuh dgn keindahan.. saya sentiasa terkenang2..
Waqheh..
segalanya terlalu pantas berlalu..
makdara terDiva..
saya malu dgn MTD.. geng ternyata begitu menghormati ramadhan.. ngape blog tak boleh saya akses..???
intan maisarah..
saya selalu ingat pada kematian..ntahlah ngape..kadang2 jadi takut..
kelisa samudera sahabatku..
terlupa kerana ternyata hidup ini 'kosong' sifatnya..
zaujah en mamat..
insyaallah.. sama2 la kita..
pohpaleh burger..
biasa je jika dibanding rakan2 kita yg lain..
amirah..
semakin tua, semakin laju ia..
wahida..
aminnn.. moga termakbul hendak-Nya
Tajnur yang dihormati..
t kasih.. kerana komen saudara sentiasa menjadi 'makanan' saya.. rajin2 ke sini..
sahbatku fiqas..
kita dan kenangan terlalu akrab..dan kenangan menjadikan kita kuat..
kak diana..
ccepat habis bermakna ajal makin hampir..
kakak kunang-kunang..
t kasih.. moga Allah perkenankan harapan kita..
titisan hujan..
kesedihan itu lambang keimanan..insyaallah..
Assalamualaikum sahabat.
lailatul qadar kita cari dan kita nanti. Cari dgn ibadat dan nanti dengan penuh pengharapan. KIta akan terus mencari dan menanti hingga ramadhan melabuhkan tirainya.
larian waktu mmg begitu pantas. mcm aliran sungai yg deras. alam kanak-kanak masih ternampak2 dan alam remaja masih terbayang2. Semuanya terasa bagaikan semalam.
Catat Ulasan