teman..
kelmarin aku berdiri lama di luar pintu
aku terlihat kamu menangis
kubiarkan kamu habisi tangismu
mungkin begitu lebih baik buatmu
waktu aku melangkah masuk
sengaja aku berpura-pura tidak bena
gagal mengendus laramu
yang kamu simpan sejak dulu
teman..
seperti yang pernah aku katakan
bahawa hidup ini adalah lautan
pastinya banyak gelora daripada tenang
namun, tetaplah kamu bermohon kepada tuhan
moga senantiasa diberikan kekuatan
yang bernama sabar dan redha...
32 ulasan:
hidup takkan bahagia selamanya, takkan kecewa selamanya.
Bahasa yang indah dan mengasyikkan...andai saja aku mampu melahirkan sebuah puisi nan indah
Aku suka amat entri ini~
"hidup ini adalah lautan
pastinya banyak gelora daripada tenang"
Bila hatiku perit..aku menangis sepuas hati..& terus bangun kembali..bermohon pada Tuhan diberi keteguhan iman dlm meniti hari~
Assalamu'alaikum Adikku Samad...
Hanya Allah tempat pergantungan kita.
teman,
aku menangis kerana melihat semalam
wajahnya hitam...
insan marhaen..
hahaha... tak bleh blah !
delarocha..
betul. dan jgn mengharap kebahagiaan itu sentiasa ada..
The Missed Calls..
tentunya TMC lebih mampu drp saya.. dan kalau mahu membaca kata2 yg hebat, jgn lupa follow blog bro GhostWriter.. dia sgt hebat di mata saya..
The Missed Calls..
tentunya TMC lebih mampu drp saya.. dan kalau mahu membaca kata2 yg hebat, jgn lupa follow blog bro GhostWriter.. dia sgt hebat di mata saya..
~Sal IjOu~
menangislah..krn kita ini manusia..
kakaku kakcik..
Allahlah tempat kita bergantung..
assalamualaikum
terima kasih atas coretan ini
walaupun kamu tujukan pada yang lain
tapi tetap beri sedikit kesan pada aku saat aku membaca bait bait nya
terima kasih :)
intan maisarah..
waalaikumsalam.. ini juga buat kamu..jgn selalu bersedih yak..
seperti hidup itu adalah lautan,maka kita menjadi sebahagian dari lautan.tidak pernah gentar dan terkalah pada suatu yang bergelora.
pergh teman..
kalau baca sambil dengo lagu brothers lagi layan ahaha
jangan bersedih....
Assalamualaikum Yob,
Ater idok ke Yob pujuk dan belai? Atau adakah dia lebih rela melayan lara dia sorang2? Kekadang manusia ni bila lara dia menyorok, pastu kata dia kesorangan, tapi dia yg sorok kesedihan. Tak tau camner nak handle.
tak reti nak mengulas sajak ni tapi saya sukakannya :)
Cuma hujan akan berhenti dan matahari akan kembali bersinar
eita dah lupa bila kali terakhir menangis......sbab eita dah jenuh menangis...
menangislah kerana Allah
teman ketika duka payah nk cari..T__T
salam, sentiasa memohon perlindungan dan petunjuk dari-NYA
diana..
Allah lah sebaik2 tempat mengadu..
ghostwriter..
komen lu cukup menarik !
JurnalMurahan..
hahahaha.. no komen!!
roha..
t kasih sudi singgah ye..
kak halima..
geli ah nok membelei oghang jantan..
sufia mahzan..
rasanya ini belum layak dipanggil sajak.. sbb, mmg saya tak pandai bersajak hihihi.. apa2 pun, t kasih sudi ke blog saya..
eita..
aeikk...minah rempit pun cengeng ke???
titisan hujan..
tapi lebih ramai yg menangis krn manusia...pelik kan?
cik kartun..
andainya kita punya sahabat..alangkah..
abhamz..
semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah hendaknya..
Catat Ulasan