Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 18 Oktober 2011

Petua Agung Kebahagiaan Perkahwinan

Gayah Murai merebahkan tubuhnya ke sofa. Matanya melirik ke arah Bibah yang baru bernikah dua minggu kelmarin. Tanpa diminta pandangannya, Gayah Murai tiba-tiba bersuara..

“Mahukah aku tawarkan satu petua agung demi kebahagiaan perkahwinan kalian?”. Semua mata menerkam mendapatkan wajahnya. Gayah Murai tersenyum menampakkan ego..

“Mudah. Pastikan suami sentiasa menjadi tikus basah di hadapan kalian.. dan kalian pasti akan menjadi suri terbahagia antara yang bahagia..”.

Tiada sebarang refleksi daripada kata-katanya. Tiada yang angguk,  tiada yang geleng. Hanya ada sedikit senyum di bibir pucat Bibah.

Entah jadah apa.. aku berasa seakan-akan dicabar !.. 

24 ulasan:

Unknown berkata...

dalam rumahtangga jangan sesekali berniat untuk berkuasa..
masing2 berniat untuk menunduk kan pihak yang satu lagi..
perkahwinan bukan satu peperangan...:)

ghost berkata...

tikus basah?

cemana tuh..kena siram suami dengan airlah jawabnya.peh!petua yg penuh makna.

Shila berkata...

tak paham..!

Unknown berkata...

salam, itu dah kes dera suami...

Unknown berkata...

dan kalian harus menjadi kucing yg berbulu kering

tak gitu???

~Sal Ismail~ berkata...

Oh..petua jadah apekah itu~

Unknown berkata...

ada betul jgak.. =)

Kakcik Seroja berkata...

Tak nak lah suami yang macam tikus basah! ;-)

Jurnal Murahan berkata...

punah rumahtangga gitu yeop ahhaha kawan aku tu ade sampai geran kete pun nama bini, mampos

penjajah minda berkata...

bahagia la sangat..hahaha

amirah berkata...

ni sesat yg menyesatkan ni namanya...

eita berkata...

ermmmm...dalam makna tu...tapi tak tahu nak angguk ke..nak geleng ke..nak senyum ke...sebab tak faham...
huhuhu...

eMMe berkata...

jap gi nak siram sebaldi air kat suami, hahahahhhaa...takde la, gurau ja, heeee~ mesti kite sebagai seorang isteri kene taat kat suami kita kan....

terokai seni berkata...

nanti geli geleman pulak

Waqheh berkata...

tikus basah camatu tu bro? burung basah gua tahu ler...burung basah dia sejuk akan jadi tak tentu arah..

teha berkata...

okey , xpham... hahhaa !

shameel Iskandar berkata...

salam sahabat.
saya rasa formula utk menjadi isteri yg berkuasa ni kena tanya wanita pertama Malaysia, Datin Sri Rasmah Mansor.

orlando ahmad berkata...

mantap

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum sahabat.
Ttg Guangzhuo tu saya belum sampai lagi. Teringin juga nak pergi tapi belum ada rezeki. seingat saya Guangzhuo tu dulunya dikenali sbgai Canton, antara kota terawal yg menerima kedatangan islam dan ia terbukti menerusi penemuan makam sahabat Nabi SAW, Saad bin Abu Waqqas kat sana.

Ttg china, setakat ni saya hanya baru sampai Beijing dan Tianjin sahaja. Pernah saya tulis ttg tu dlm entry sy yg lepas.

http://www.bicaradariaku.com/2011/01/jalan-jalan-ke-china-beijing-tianjin.html

Dan

umat islam di china.

http://www.bicaradariaku.com/2011/03/umat-islam-di-china.html

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob,

sejuk tu tikuih basah...kecut satnika mende!

Rain berkata...

kenapa rain membayangkan ini cerpen yang bersiri,..adui. saya lambat pickup la..

insan marhaen berkata...

rumahtangga begitu tak ada keberkatan.

atau 'tikus basah' itu mempunyai maksud lain yang tersirat?

toyolkiut berkata...

dalam makna nya..
nasib baik x jadi tikus panggang.

usah tercabar la sedara samad..
hehehe..

shahrilhakime berkata...

errr.... cho...
udah salah niat nye tu chor..... kalo ghope tu...baikle jadi penternak binatang..... binatang pun takot....