NOTA ATAS : Nak menulis cerita dalam loghat Perak.. tiada bahan. Tulis sajalah apa-apa yang terlintas !
Aku jatuh sakit pada 5 Ramadhan terakhir 2008.. Aku bukan lumpuh tetapi aku amat sukar untuk bergerak. Mengangkat tangan pun mampu mengalirkan air mata aku.. terlalu sakit. Mengalihkan kedudukan badan juga terlalu payah lantaran kesakitan yang luar biasa. Otot pada bahagian belakang seumpama papan.. kejang dan tegang.
Aku jatuh sakit pada 5 Ramadhan terakhir 2008.. Aku bukan lumpuh tetapi aku amat sukar untuk bergerak. Mengangkat tangan pun mampu mengalirkan air mata aku.. terlalu sakit. Mengalihkan kedudukan badan juga terlalu payah lantaran kesakitan yang luar biasa. Otot pada bahagian belakang seumpama papan.. kejang dan tegang.
Rawatan 3 pakar mengesahkan aku berada pada tahap kesihatan yang terbaik. Malah, dianggap terbaik yang jarang mereka temu dalam kalangan klien mereka. Malangnya.. aku sakit dan mereka tahu itu ! Aneh ? Entah.. aku tidak berasakan begitu. Mungkin aku benar-benar sakit, cuma tidak ketahuan punca. Namun selepas aku mulai pulih, yakni hampir 2 tahun berikutnya.. ada sesuatu yang mungkin aneh berlaku dalam hidupku.. Cuba nilai akan beberapa peristiwa yang aku lalui ini..
Peristiwa 1
Abang mengajak aku ke Lata Bunian di suatu kawasan berbukit di Hulu Grik. Dalam perjalanan berkereta, apabila hampir dengan tempat yang dituju, aku seolah-olah melihat ramai yang berdiri di sepanjang jalan. Waktu turun dari kereta, spontan aku mengucapkan salam 'Assalamualaikum'.. Abang aku bertanya kepada siapa salam itu kuberi.. Sungguh ! Ketika itu aku berasa kami disambut. Tapi aku hanya senyum. Tentu dia tidak akan percaya. Waktu menjejakkan kaki ke Lata Bunian... aku seolah-olah melihat bayangan dua wanita sedang mencuci kain sambil anak-anak kecil bermain air... Aku lemparkan senyum kepada mereka...
Peristiwa 2
Kambing ayah terlepas tali. Aku mencari sehingga sampai ke dusun orang kampungku. Di situ ada parit yang merentangi. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi riuh yang menggambarkan kemeriahan. Aku seperti berada di tengah-tengah majlis perkahwinan. Sungguh ! Aku mendengar pinggan mangkuk berlaga seperti sedang dibasuh. Aku mendengar lagu-lagu riang yang didendang dengan ceria. Malangnya, aku tidak jelas akan sebutan dan iramanya. Tapi agak mengasyikkan. Aku dengar kanak-kanak bermain berkejaran. Ibu pula memarahi anaknya yang nakal. Cukup jelas tapi hanya suara dan bunyi-bunyian. Aku berdiri kaku sambil larut dalam kemeriahan itu.
Peristiwa 3[terbaru]
Seorang kawan meminta aku menemani dia untuk ke pejabatnya. Hampir jam 11 malam. Dia mendapat call dari security yang mengatakan lampu dan kipas biliknya terpasang. Jadi, dia harus menutupnya. Hujan rintik-rintik dan terkadang melebat. Sewaktu melangkah naik ke pejabatnya di tingkat dua bangunan, aku terpandang 'seseorang' yang sedang memerhatikan kami. Barangkali 'dia' lelaki berjubah dan agak tinggi. Kutanya pada kawan aku...
" Nazri.. siapa tu..?". Aku berikan isyarat mata.
" Mana..??", dia memicingkan mata.
" Bilik yang ke-3.. hampir dengan longkang tu..". Aku yakin dengan apa yang kulihat.
" Ceh ! Sengaja nak menakutkan aku ye.. hihihi.."
Aku tiada pilihan selain diam dan cuba untuk turut ketawa. Tapi sewaktu menuruni tangga untuk balik, tiba-tiba dia berbisik, " Mad.. aku berasa sejuk.. bulu roma aku berdiri.. Lajukan sikit langkah tu.. ". Memang 'orang' itu masih ada di situ. Aku gagal untuk melihat wajahnya. Aku tundukkan kepala tanda hormat dan terus berlalu...
*************************
Cukup sekadar 3 peristiwa. Aku yakin.. itu pun cukup sukar untuk kalian percaya. Mungkinkah aku suka berkhayal dan bermimpi ?. Namun aku tetap yakin dengan apa yang kulihat dan kudengar. Pernah aku mengadu kepada ayahku.. Dia hanya diam dan tersenyum.. " Datuk kamu juga dulu begitu..". Itu saja.. ??
23 ulasan:
meremang jugak bulu roma waktu baca..
tp incek mad nmpk yang cntik2 kan..
yg huduh2 takde kan..?
salam, satu anugerah yang istimewa dari hadrat Ilahi....
Salam.
Pernah tengok cerita 'Kasyaf Amani'?
uishhh seram sejuk kut bila baca...betol ke jadi nih..??
sangat ghaib.lu ade power nak tgk jodoh tak?kalau ada bagitau gua.
apepon,
Allah itu Maha Berkuasa diatas segalanya.didunia nyata mahupun di alam lain.dan,kita percaya kpd rukun iman yang 6!
huhuhu itu normal, bagi gua la huhu
kau macam menakutkan aku. dan malam ni sejuk sgt.
bertuah mike sebab dapat alami scene seperti itu. teman tak pegonoh lagi dan tak mintak dijauhkan pun...
meremang...
tidak boleh kata tidak,tidak boleh kata ya.tapi kau kira bertuah jika punya kelebihan itu (dapat melihat)
aku hanya sekadar dapat merasai dan melihat kelibat sambil lalu.dan ianya tidak pernah jelas.
mungkin kau boleh rujuk kepada mereka yang lebih arif.
Maha suci Allah..org kata..ada sesetengah org mmg dibukakan hijabnya..~
Assalamualaikum wbt
Sebagai khalifah di muka bumi ini, Allah SWT telah memberi kuasa pada org mukmin mentadbir (authorise kata leghah kpg teman).
Surah AlBaqarah:30 وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Surah AlAnbiya`:105 وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
Kuasa inilah yang menyebabkan makhluk yang mendiami bumi ini tunduk dan akur termasuklah jin, manusia, haiwan dan daabah (makhluk melata)tidak boleh mendakwa mengatasi kuasa manusia sesenang hati. Andaikata jika mereka mengganggu atau meghacho manusia, itu adalah disebabkan manusia berpaling dari peringatan Allah SWT. Surah Toha:124 وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.
Apalagi peringatan Allah SWT selain dari AlQuran dan Hadis Rasulullah saw. Malah Allah SWT sebagai Pencipta makhluk mengajar pada jin dan syaitan (selaku hamba) supaya kerahkan angkatan tentera berkuda atau berjalan kaki dgn menggunakan pelbagai cara menyesatkan manusia. Surah AlIsra`:64 وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُم بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِم بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚ وَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
Itu belum lagi nak menceritakan bahawa dlm hayat manusia terdapat 73 jenis gangguan terutamanya ketka hampir penghujung nyawa dimana 72 nya adalah dlm bentuk kesesatan! Walaupun mrk mendakwa mengambil zikir2 tertentu dari AlQuran, tetapi jika mengambil dgn tidak menepati kehendak Rasulullah saw, pun bermasalah juga krn Allah SWT genggamkannya berserta jin2.
Surah AlHijr:90-91 كَمَا أَنزَلْنَا عَلَى الْمُقْتَسِمِينَ الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ (Kami berikan kepadamu Al-Faatihah dan Al-Quran) samalah seperti Kami menurunkan (Kitab-kitab) kepada orang-orang yang membahagi-bahagi.(Iaitu) mereka yang menjadikan Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain).
Malah Allah SWT sertakan bagi mereka `qarin` iaitu jin/syaitan yang tidak bercerai-tanggal. Qarin dlm diri kita inilah yang menghubungkan dgn jin2 yang lain! urah AzZukhruf:36 وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
InsyaAllah, bagi orang2 beriman tidak ada apa2 gangguan pada diri mrk, kalau adapun semanya dibawah lindungan Allah SWT. Tidak ada apa yang hendak ditakuti krn alam dunia yang berbeza! Wallahualam.
pancaindera ke 6 yang mungkin jarang ada orang yang biasa?..
tulisan yang membuai rasa sampai yang membaca rasa apa yang bro rasa. rain percaya benda sebegini.
terima kasih buat tajnur. perkongsian ilmu
seronok baca komen atas ni
Tajnur..
t kasih yob.. komen mike selalu teman tunggu..
t kasih juga buat semua yg sudi membaca dan memberikan komen.. hanya komen tajnur yg saya balas kerana TAJNUR blognya 'kosong'.. hahaha..
kunjungan balas pasti saya lakukan insyaallah..
lu dah masuk alam bunian ni beb..misteri2..sungguh misteri..
habis tu camne awok boleh sembuh.. brubat moden ke cara altenatif..
bertuah yob dapat tengok alam lain...
orang tak lalui mesti diorang tak rasa kan...
kat umah eita pun ada jugak yob...
selalu je tegur eita ngaji tapi haram tak nampak orang....
anugerah Allah pada orang2 tertentu..
dik Mad...akak pun pernah alami hal yg hampir sama...
tp...baca ni malam2 gini..seramlah pulak!
lariiiii........
anugerah allah yang tak ada pada orang lain.. ada hikmah disebalik setiap sesuatu...
tak tau nak komen.. insan terpilih :)
MasyaAllah, Allah bukak hijab CikMad...
takpa lah. sapa tak percaya, bior ler ke depa. sebab benda macam tu memang wujud..
CikMad patut jadi hero filem Hijab ni, takpom pelakon Pembantu Pierre Andre dalam filem tu..
hee~ :D
Catat Ulasan