Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 21 Januari 2012

Tak Nak Yang Ini..!!!!

Kereta kuparkir dengan hati-hati. Bimbang menghentam pasu-pasu yang tersusun cantik di laman rumah. Sudah lama aku tidak pulang. Demi daun pintu rumah itu terbuka, terpandang mak menyambutku dengan senyum. Aku bingung. Bagaimana mak boleh ada di sini..? Terlalu lama aku tidak bertemu dengan mak. Aku terlalu rindu. Namun kebingungan gugur bersama hayunan langkah kaki yang laju. Mak kusantuni. Segera pipi tuanya kucium. Mak tetap tersenyum. Tiada sepatah kata dari mak.

Mak hidangkan gulai lemak ikan lampan bercili. Itu kegemaranku. Aku terlalu teruja. Aku rindu pada mak. Nanti malam, tentu mak ajak aku bersembang panjang. Nanti malam, tentu mak sapukan minyak Hijau Afiat di belakangku sambil dia mengurut dengan penuh kasih sayang. Tentu juga mak akan ketawa berdekah-dekah mendengar cerita-cerita anak bongsunya ini. 

Sekelip pun mata ini tidak lepas memandang tingkah mak yang sentiasa sibuk melayaniku. Tapi.. mengapa mak seakan enggan berkata sesuatu padaku ? Mak bukan begitu.. Bukan. 

"Mad.. kutiplah ikan tu !". Kamal mengarah aku yang tercogok di tebing sungai.

Eh !! Ngape pulak ada Kamal ni ?? Ngape aku ada kat tebing sungai ??  Iskkk.. apa ni ??? Aku mimpi !!!... Alaaaaa... Tak nak la mimpi yang ni.. Aku nak mimpi yang ada mak aku tadi... Makkk..!! Makkkkkk..!!!!..

Nota Bawah : Telah belasan tahun mak meninggalkanku. Moga Allah mengampuni dosa-dosa mak. Moga dilimpahi rahmat ke atas roh mak. Moga Allah tempatkan mak dalam kalangan orang-orang soleh. Amin....

25 ulasan:

RHI berkata...

kerinduan sentiasa menerjah di hati kita kan?

Al-Fatihah untuk ibu AS dan juga ibu akak

Shila berkata...

rndu betul cik mad pada mak..
Siap ada mkn2 lg.. Sedap..!
Moga mak ditempatkn dikalangan gol0ngan yg dirahmati Allah..

Slmt bercuti pjg cik mad.. :)

Unknown berkata...

mimpi A.Samad buat sy meronta2 nak balik ke kampung...sgt rindu kat mak dn samalah mendengar sembang mak yg mcm tiada noktah bila bertemu anak perempuan sulung dia ini...sepatutnya sudah dlm perjalanan kala ini namun aada lagi keja2 yg perlu disiapkan maka perjalanan tertangguh sekejap..

Al Fatihah buat arwah mak kamu, mudah2an di tempatkan dikalangan insan2 yg beriman dan dgn doa2 dari anaknya yg soleh insyallah arwah mak A.Samad tenang di sana.Amin.

atuk berkata...

Assalamualaikum A Samad

Al Fatihah untuk Allahyarhamah emak AS
moga kuburnya diteranggi dgn cahaya Syurga

eita berkata...

samalah kita yob..baru ni eita pun mimpi mak ayah...sedihnya..rasa tak nak bangun dari mimpi...huhuhu

Queenie berkata...

tsk! tsk! tingatkan emak jugak...

al-Fatihah buat arwah kedua emak kita kan dik Mad...

Deru Ombak berkata...

Rindu mak ye..

karatz berkata...

Al Fatihah!

Kakcik Seroja berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Unknown berkata...

assalam, buat yg ibunya telah tiada mmg seringkali terkenang saat2 gembira bersama ibu tercinta...

Ayen... berkata...

sbb rindu sgt kat mak kot tu yg smpai mimpi2 tu abg mad.ape2 pun moge mak abg mad tenang disane......amin.

Jahirah berkata...

orang yg kita syg kekal di hati...al-Fatihah...

~Sal Ismail~ berkata...

rindu itu pasti xkan terubat..
& rindu itu pasti akan sentiasa menerjah~
smoga arwah ibu awak tenang di sana~

insan marhaen berkata...

itulah bezanya mak dulu dengan mak sekarang.

mak dulu memasak dan menghidang sendiri makanan untuk anak. mak sekarang minta mamak buatkan. kemudian ketak dimeja dan suruh anak sendiri pergi ambil jika mau makan!

sebab itu anak dulu dan anak sekarang jauh beza sikap mereka terhadap mak!

norhidana berkata...

sebak lah baca ntry nih... mcm betul2 dpt tgk kisah nya dpt mata...
apa pun sedekahkan al fatihah utk arwah mak awak ye...

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Usoh le mike toyak yob Mad. Udoh2 le tu. Ate tagha umo macam kite ni `bughok` ghopenye. Udohle seghogoi ghopenya lepaih bangun tidor macam ayam betine lepaih bertelor. Tu haa lap ayor liyor yg menjeleijeih. Ate kalo terseghampak dgn `makwe` kite siJessica tu, mane nak ditangkop muke kita....

Rain berkata...

itu yang saya takut untuk hadapi... sebolehnya saya mahu disamping ibu dan ayah selalu sementara masih dapat menatap wajah mereka..

buat yang telah kembali kepada Ilahi, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah

penjajah minda berkata...

semoga Allah sentiasa memelihara mak kau.al fatihah.

ghost berkata...

sayu hati bacanya..sampai satu saat kita begitu terlalu rindukannya sehingga apa benda yang mengingatkan kita padanya boleh membuatkan kita menitiskan airmata..

ckLah @xiiinam berkata...

Al Fatihah...

Jurnal Murahan berkata...

memule tu bace tegelak2 jugak, tapi last2 rase sedih la pulak

penulisan enkau berkesan mat,sebab tu aku selalu datang sini

amirah berkata...

semoga rohnya tenang2 di sana..rindu pada mak ler ni kan..

Pembunuh Tanpa Bayang berkata...

ameen...moga yang baik baik saja buat mak kamu di sana...

dill berkata...

doa untuk emak awak :)

dill.

fiqas berkata...

Alfatihah untuk arwah... semoga arwah tenang disana..