Waktu aku sekolah menengah rendah dulu, subjek yang paling aku lemah ialah Bahasa Inggeris. Bodoh betul dengan subjek yang satu ni. Tapi, subjek ini jugak antara subjek yang aku minat selain matematik. Mungkin sebab aku budak kampung, maka bahasa ini agak asing bagi aku.
Dalam kelas aku tu ada seorang kawan yang mungkin paling pandai dalam Bahasa Inggeris. Sudin namanya. Suatu hari, Cikgu Habibah, guru Bahasa Inggeris kami masuk mengajar lagi... Suatu ketika cikgu menulis perkataan Classmate pada papan hijau.. Classmate - Classmates..
Cikgu : Apa perbezaan antara classmate dengan classmates..
Kami diam. Budak-budak dulu ramai yang pemalu tau.. Tiada jawapan. Lalu Cikgu Habibah menerangkan konsep Singular dan Plural.. Waktu bila diletakkan 'S'.. waktu bila pula 'S' digugurkan. Kami semua angguk laju-laju. Faham sangatlah kami. Pandai Cikgu mengajar. Kemudian cikgu tanya lagi..
Cikgu : Siapa yang tahu maksud 'Classmate'..? Angkat tangan..
Diam seketika. Tiba-tiba Sudin bangun dengan bangga. Aku cemburu !
Sudin : Saya tahu makna Classmate.. Maknanya kelas[class] matematik[mate] cikgu..
Aku betul-betul kagum. Sah... Sudin la yang pakar dalam Bahasa Inggeris. Aku tunduk menahan cemburu.. Tapi.. kenapa pulak cikgu menutup mukanya dengan buku ?? Dan aku nampak perut cikgu bergegar laju ! Cikgu ketawa.. Pelik la !
19 ulasan:
haha, lawak la...
incek mad..
perut kite pn tgh bergegar laju...
pelik tak..??
Salam Adikku...
Sudin berfikir 'di luar kotak' tu... ;-)
Cikgu Bibah tu yang duduk menyewa di rumah Ustaz Amran dulu tu ke?
iye ke sudin yg angkat tgn tu? kompom bukan orang laen? hehe
kesian kn si sudin... dia rasa dh paham sgt la tu...
huhui
Hihihi. Kelakar .. sbb Sudin terlalu bijak. mengalahkan cikgu!!
kalau ita jadi cikgu pun ita dah bergolek kat situ dah...
tapi baguslah sudin....
Pandai Sudin! hehehe
Heheheh... Kelakar..
Saya sekolah melayu jek dulu, bila English period jek.. Saya bersungguh2. Mmg muka tak malu. Belasah ckp betul tak betul tolak tepi.. Bila Cikgu Ooi Dan satu kelas gelakan.. Saya pun gelak sama dgn dorang.
teringat.
sama.
gelak jugak.
dill.
bijaknyehai si sudin tu..haha~
p/s:rasanya mengharapkan suasana mengikut mahu kita itu sekadar keiginan kita sbg manusia yg x sempurna..ia akan menjadi satu kesilapan bila seseorang itu hanya tahu merungut & x mau terima cabaran, ia betul2 satu kerugian..namun jika sesuatu itu berlaku x seperti apa yg kita harapkan & kita sahut ia sbg satu cabaran & meneruskan kerja dgn tenang tanpa rungutan,maka ia satu peluang keemasan utk kita bersiap siaga menghadapi cabaran yg lebih besar pada masa2 akan dtg dlm apa jua bidang~ =)
pastinya kamu sendiri antara individu yg hebat itu~ sy selalu percaya kamu sememangnya begitu~ =)
gua yg baca blog lu ni pun sampai bergegar pc ngn meja2 sekali....kim salam kt sudin...
salam, baru ada kesempatan singgah sini..
haha lawaklah
jgn kata cekgu, yg tgh baca nih pon nak gelak giler dah..hahhha
ahaks ! len kali bawak laa kamus pi kelas okay :P
kahkahkahkah.....celakak betul.ni mcm cite p ramlee yg blajor kat skolah pondok ngan pak abu laa ni kan,haha...
kelakarrrr.......... bab "perot cikgu bergegar laju" hahahaha~
saya lah cikgu tu! tahan gelak sekarang ni. tapi terburai gak ketawa
KAHKAHKAH!
Catat Ulasan