Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 25 Februari 2012

Lagenda..

Haruman Body Shop itu menjentik pergi lamunanku yang tadinya asyik membelek-belek novel yang tersusun kemas pada rak gedung buku itu. Haruman itu pernah kutunggu-tunggu. Haruman itu jugalah yang dulu menjadikan aku seorang perindu. Maka, spontan aku menoleh ke belakang. Di situ satu wajah yang cukup kukenal sedang terpaku memandangku...

Terasa bagai denyut jantungku terhenti. Kusebut namanya. Namun ternyata suara itu terapung di benakku. Matanya mengikat ke mataku. Pandangannya mampu melumpuhkan, sedang aku pula persis pahlawan yang tidak punya perisai lagi. Agak lama begitu sehinggakan aku terlupa di mana sedang aku berada. Kemudian kujatuhkan pandangan mata pada anak kecil - ya.. masih sangat kecil - yang lena dalam dukungannya. Di situ aku mendapatkan tongkat untuk terus berdiri. Nafas halus kulepaskan. Senyuman mulai mampu kugaris pada wajahku.

"Apa khabar..?". Kulihat kelopak matanya basah. Sedikit berkaca. Tiada jawapan. Hanya bibirnya seakan bergetar.

"Tentunya ini yang pertama.. kan ? Tahniah.. Comel seperti ibunya..". Aku cuba mesra. Pipi halus anak kecil itu kusentuh dengan belakang jari telunjukku. Dan saat itulah air matanya terjatuh lalu menimpa lenganku. Hangat. Hangat yang membikin dada kuterasa sendat. Hakikat ini mesti kuterima. Wajib !.

"Mana suami..? Dia tak bersama ye..". Aku masih mengawal rasa. Dan dia tetap terus diam. Sengaja aku tidak memandang ke wajahnya. Itu kerana aku tidak sanggup melihat air matanya.

"Maafkan ... maafkan aku,  Arm.. 4 tahun aku mencari dan menunggumu.. Aku..."

"Kamu tidak punya sebarang kesalahan padaku. Akulah yang patut memohon keampunan atas kesilapan aku dulu.. Sudahlah.. Janganlah menangis.. Kita patut malu pada si comel ini.. Usah bimbang akan aku.. Aku lelaki yang kuat kan?.." Aku berikan senyum yang paling manis seperti yang pernah aku berikan padanya dahulu.

Aku harus segera pergi. Dua keping not RM50 kulipat dan kuselit di celah baju anak kecil itu. Aku mohon keizinan untuk beredar atas alasan kerja yang perlu aku beresi. Pada tiga langkah yang pertama aku terhenti...

"Arm.. masihkan kau ingat mesej terakhir yang kuhantar padamu ? Percayalah.. segalanya kekal begitu.."

Lantai konkrit yang kupijak bagaikan bertukar menjadi tanah selut yang dalam. Wajahnya kutatap dengan sepenuh kasihku. Senyumku menjadi lukisan air mataku. Ingin sekali kugenggam tangannya dan mengesat airmatanya yang sedang tumpah kaju. Namun, apalah dayaku.. Di saat mata ini mulai terasa pedih.. perlahan-lahan kuayunkan kaki. Dalam hati bergema.. Biarlah.. biarlah aku tetap begini..  terus bertelanjang, dalam selimut menyalak bulan.. 

27 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Prosa hati - lagenda. :)

eita berkata...

ermmm..
kisah yob ke?

dill berkata...

awak,

syahdu lak rasenye.

dill.

~Sal Ismail~ berkata...

kamu masih suka merendah diri ya wahai sahabat..entry kamu itu sentiasa penuh iktibar & punya cerita yg menyentuh hati..sy mohon kamu jgn 'berhenti'~

p/s: Ya, Dill itu sahabat yg baik..seorang yg sgt prihatin & memahami..InsyaAllaha akan sy sampaikan slm padanya~ =)

~Sal Ismail~ berkata...

p/s: oh, berkenaan permohonan maaf itu..ntah,bila terlalu beria memberi pendapat, kdg2 risau pendapat itu bercanggah dgn apa yg org lain fikirkan & buat org itu terasa dlm diam lalu akhirnya mengundang rasa bersalah pada diri~~~tp terasa lega bila kamu ckp begitu~ =)

Admin berkata...

Ada sambungan ke cerita ni,macam bestlah.Boleh buat buku ni.

Queenie berkata...

eish....ni citer apa ni dik Mad?....

Cikgooden berkata...

bila nak siap novel ni samad?..

Ayen... berkata...

sedih.....kisah benor ke ni bang?huhu..

insan marhaen berkata...

"..terus bertelanjang, dalam selimut menyalak bulan.."

be!... buat apa salak bulan. buang gebar tu dan depani segala kenyataan!

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Mad,

Ni dah dpt izin cetak dari Fuzjee dak?

~Sal Ismail~ berkata...

p/s: terus cuba utk kekal ya~ ^^
smoga ukhwah sesama blogger berpanjangan~ =)

Misty Melor berkata...

Assalamualaikum encik samad ...

masyaAllah.. hebat sungguh bakat..

tapi lately ..sy agak sukar tersentuh tentang kisah romantis manusia.. mungkin jiwa sudah separuh tiada di dunia .. keh keh keh keh...


anyway... perfume bodyshop mengingat kan saya kepada encik muhammad yg membelikan sy perfume itu dulu.. tp kini.. saya lebih suka dengan wangian kasturi .... =)

norhidana berkata...

kalu bt novel nih comfirm saya beli....
sedih baca kisah nih... nk tau apa yg tertulis kt sms terakhir tuh

amirah berkata...

aduh sedihnya.novel bersiri ke ni?.sape pulak nak tolong kesat air mata aku ini yob mad..huhuhu

Sham berkata...

errr kisah benar ke ni...?

Unknown berkata...

apa kah luka yang dia palitkan dulu terlalu dalam??

Unknown berkata...

hati dibasahi titisan hujan



rasa cam dah lama xbaca cerpen cenggini
BEST!!

Unknown berkata...

nak copy eh sahabat
tuk dijadikan simpanan

uncle gedek berkata...

compile, buat ebook!

Unknown berkata...

terkesima!
itu saja yg mampu akak luahkan dalam hati...bahasa yg cukup indah....yang selayaknya dilahirkan oleh seorg penulis tersohor...sebuah kisah cinta yang tidak kesampaian...pasti ada hikmahnya.

Begitulah..bila katahati dizahirkan berbentuk tulisan ia menjadi cukup indah...

Rina Rahamat berkata...

ayat yg last tu sy kurang faham..kenapa bertelanjang dalam selimut menyalak bulan..

Mario berkata...

sms tu...nak tau jugak...hehe

CintaZulaikha berkata...

macam ada maksud sesuatu ja...2 kali kot baca nih..huhu

ghost berkata...

aduhai... siapa yang berkata bahwa hati lelaki itu keras, ini bukti betapa kerasnya hati lelaki.

Deru Ombak berkata...

Nak jugak 2 keping 50 hengget... Hehe..

penjajah minda berkata...

macam mana aku boleh terlepas cerita nie.syahdu.sungguh.