Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 18 Februari 2012

Lat..

Nota Atas : Ada yang bertanya akan kebenaran pada setiap cerita yang saya kongsikan dalam blog ini. Adakah cerita itu benar, atau rekaan semata-mata ?. Jawapannya.. Semua kisah yang dipaparkan adalah berdasar dan berasaskan kisah yang benar-benar berlaku. Cuma, nama watak diubah. Jalan cerita pula digarap secara bebas. Malah ada yang dihasilkan atas permintaan individu yang terbabit. Begitu juga dengan kisah ini...

Lat seorang budak pintar yang membesar tanpa kedua orang tuanya. Dia ditempatkan di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak. Tidak banyak yang aku tahu tentang latar belakang keluarganya. Seperti kebanyakan anak-anak tanpa ibu bapa yang lainnya, Lat agak liar akibat pengaruh rakan di sekeliling. Dalam usia remaja lagi, Lat terjebak ke dalam pengambilan ganja[marijuana]. Namun seperti yang kukatakan pada awal tadi, Lat dikurniakan otak yang cerdas. Dia berjaya menjejakkan kaki ke menara gading di Bangi, Selangor.

Di sana kisah lukanya semakin dalam. Dia dicintai oleh seorang gadis yang pada awalnya memberikan cahaya dalam hidupnya. Barangkali Lat tersilap kerana 'terjatuh' ke pangkuan seorang gadis yang bertuhankan kemewahan dan kebendaan. Memang pada awalnya, demi cinta, si gadis itu sanggup bekerja bermati-matian untuk menampung perbelanjaannya di kampus. Namun cahaya yang dijanjikan ternyata sirna juga akhirnya. Si gadis kesayangan mengambil jalan mudah untuk memperoleh wang yang banyak. Bagaimana? 

Suatu hari si gadis menemui Lat. Dengan sedikit ceria, si gadis menceritakan perancangan gilanya. Si gadis bersetuju untuk menjadi isteri secara kontrak kepada seorang pengurus syarikat, tempat dia bekerja. Si pengurus syarikat itu khabarnya terdesak untuk memenuhi permintaan ibunya yang terlantar nazak di hospital - yang mahu melihat si pengurus syarikat itu menikah sebelum si ibu menutup mata. Pengurus syarikat itu menjanjikan sebuah kereta, sebuah rumah yang serba mewah dan sebidang tanah untuk si gadis. Dalam perjanjian yang disaksi oleh seorang peguam, si pengurus syarikat berjanji tidak akan menyentuh si gadis. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berlakon sebagai suami isteri. Dan si gadis akan dilepaskan setelah ibunya meninggal dunia. Itu sahaja !

Si gadis berjanji untuk kembali. Si gadis berjanji dengan sesungguhnya bahawa hanyalah Lat cinta hatinya. Tapi.. mana mungkin seorang lelaki mampu menerima perancangan segila itu? Meskipun tidak direstui, si gadis bertegas juga. Inilah peluang untuk memperoleh kesenangan yang mudah. Kedegilan itu menghumban Lat ke laut sengsara yang ternyata gagal untuk Lat renangi. Hari demi hari.. Lat semakin terseksa. Beban cinta yang luka tidak daya ditanggung lagi. Lat kembali ke jalan hitam yang dulu ditinggalkan atas dorongan si gadis. Malah lebih hebat lagi. Dadah kini dalam genggaman. Bagi Lat, itulah alat yang akan membantunya untuk meredakan sengsara. Hanya itulah satu-satunya. 

Lat menyuntik dua suntikan pada lengan kirinya. Beberapa detik kemudiannya, Lat terawang-awangan. Lat terasa bagai terbang ke langit. Kemudian, Lat seakan-akan terlihat si gadis sedang bersenda bersama 'suaminya'. Lat menjerit sekuat hatinya. " Hei gadis..! Barangkali suatu masa nanti.. aku juga harus membayar demi mendapatkan cinta !!!..". Lat tersilap. Rupanya, suntikan jarum syaitan itu semakin menguatkan ingatannya pada si gadis. Malah luka semakin perit. Dalam kemabukan yang dahsyat.. Lat keluar dari bilik dan terus menuju ke motosikalnya. Sebaik enjin dihidupkan, minyak dipulas sekuat tenaga. Dan... belum sampai 20 meter, yakni betul-betul di hadapan simpang ke rumah sewanya.. satu dentuman yang kuat bergema ! Lat tiada lagi....  

nota bawah : Ibu pengurus syarikat itu ditakdirkan masih hidup sehingga ke hari ini. Kini, 10 tahun sudah berlalu... Si ibu semakin sihat dan si gadis kekal bersama 'suaminya'. Adakah si gadis itu bahagia ? 


Kamu mendapat kemewahan.. malangnya, kemewahan tidak mampu membeli ketengangan dan kebahagiaan.... 
sekian.

16 ulasan:

Shila berkata...

owh si gadis..

kalau bahagia, bertuah laa dia..

kesian lat..
kesian..

terkorban sebab insan bukan milik dia..

Admin berkata...

Banyak cerita yang boleh diceritakan,saban hari kita menempuh pengalaman berbeza.

Sadara memang penuls yg hebat.Mampu menceritakan kembali di dalam tulisan.Saya hancur...bahasa lintang pukang.maaf.

eita berkata...

sian lat....
tak pasal2 jadi korban...
rasanya kan mak lelaki tu saja je wat2 nazak..dengan alasan nak suh anak dia kawen....
wallahu alam...

atuk berkata...

Assalamualaikum A Samad

kalau saya tak sanggup...

kelisa_samudera berkata...

ape jadi pada gadis tu mad?

Rain berkata...

diuji dengan harta dunia

ada jiwa yang terseksa
ada jiwa yang merana

mencari agama
semua bahagia sejahtera

shameel Iskandar berkata...

Innalillah.. buat Lat.
Dia terkorban dan dia juga berkorban. Moga gagis itu bahagia bersama suami kontraknya(moga mereka benar2 menjadi suami isteri)

dill berkata...

kasihan dengan kamu Lat.

kamu wajar jumpe dengan teman yang lebih baik

dill.

insan marhaen berkata...

hu.. ingatkan kartunis LAT yang pernah bersekolah kat anderson, sekolah IM dulu tu...

Queenie berkata...

macam-macam kisah yg kita tak pernah sangka sanggup dilakukan oleh yang bernama manusia....

kalau sigadis sanggup ikutkan kehendak hatinya, tak mustahil Lat boleh lenyap dari ingatannya sekelip mata...kdg kala cinta mmg boleh dibeli...

amirah berkata...

sebab ko nak mewah sgt kan....ishh

norhidana berkata...

hidup kalu ber tuhankan wang ringgit ini lah yg jd...

POHPALEH BURGER berkata...

kesian lat...

heartbreak berkata...

teman tak dapat nak kata apa-apa cuma kalau boleh teman ingin nak kata (dengan izin) " may be you people never know how was the 'disppointment' taste like, but I do " ... tak semua yang indah itu membahagiakan, dan tak semua yang pahit itu menyiksakan

Jurnal Murahan berkata...

itulah padahnya kalau jiwang sangat


tazkirah utk semua

~Sal Ismail~ berkata...

perkongsian cerita kamu x pernah mengecewakan..~

*oh, maaf jika sebelum ini ada komen sy yg x menyenangkan~