Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 20 Mac 2012

Sila bayar hutang kami !

Nota Atas : Ini entri sekadar 'ada'... 

Tok batin yang berusia separuh abad itu aku renung kosong. Dia aku kagumi kerana setiap waktu solat dia pasti ada di surau ini. Ini surau masyarakat orang asli. Kecil tapi padat dengan kipas dan lampu. Bayangkan.. jarak antara satu kipas ke satu kipas yang lain hanya dalam lingkungan 5 kaki sahaja. Begitu jugalah lampunya. Tapi yang anehnya, elektrik masih belum juga disambung sedangkan surau ini sudah siap dibina sejak hujung tahun lepas lagi (2011). Apa masalahnya ? Kutanya pada tok batin, katanya " Tiadak apa itu.. yang penting ada kipasnya.." Oooo.. gitu ye ?

Surau ini menjadi tempat masyarakat orang asli yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Cuma kebelakangan ini, menurut tok batin, jumlah yang datang susut dengan mendadak. Tok batin runsing memikirkan masalah itu.

"Dorang mogok cik.. dorang tak mau sembahyang Jumaat lagi.." Tok batin nampak sedih.

"Ngape dorang tak mau datang sembahyang tok ?"

"Dorang marah sebab hutang bulan lepas belum dibayar cik.."

"Hutang apa pulak tu..?"

"Hutang sembahyang Jumaat lah.."

"Saya tak faham.."

"Setiap kali kami sembahyang Jumaat, kami dibayar 5 ringgit.. Tapi bulan lepas, satu sen pun tak dibayar lagi.. Habis.. macam mana dorang nak sembahyang cik?"

"Errrr... ?????". 

Siapa boleh jawab ? hihihihi.... 

24 ulasan:

ankeljonni berkata...

huhuhu... haaaa... sapa nak jwb...
( sambil garu2 kepala )

huhuhu...

Kakcik Seroja berkata...

Sembahyang kerana upah?

'Upah' dari Allah tidak dapat dilihat dengan mata...

~Sal Ismail~ berkata...

err..bley pulak mcm tu..eheh~

*jgn terus hilang ya~ ^^

Pak Oncu berkata...

maaf mengguna kan bahasa yg KASAR ,, poie jaha6 dgn jakun yg tidak punya keikhlasan ini ,, masuk islam bukan kerana Allah tetapi kerana hengget.. ini JAKIM lah punya kaedah dan cara,, rata rata JAKUN yg masuk islam ni nak kan habuan wang hengget ,,

CintaZulaikha berkata...

Ya Allah, camtulah plak...ni salah tafsiran nih...

miloaiskurangmanis berkata...

adehhhhhhhhh!~ camtu pulak ye...

tak ikhlas lah selama ni.... solat sebab nak duit aje...

penjajah minda berkata...

aku nak diam ja.

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Mat,

lamaaaa Yob tak bersiaran....sihat ke?
Ini masalah buat koje untuk tunjuk result/statistik "haaa ni bulan kami dah islamkan 500 orang asli!" kata kat bos. Walhal deme dibagi duit. Ikut style missionary ke? Orang Asli yg tak bebetoi didakwahkan, memang lah amik duit, orang kasi, amiiik!

Shila berkata...

payah nk jawap ni...


err..

sapa yg bg rm5 tu..???

dill berkata...

em.

bagaimana tu ye.

dill.

insan marhaen berkata...

siapa yang upah?

eita berkata...

ermmmm....
tak tahu nak komen apa..

norhidana berkata...

ni kes sebenar ke nih?
aduhla kalu camtu... mmg naya lah camtu...

Jurnal Murahan berkata...

yaaaaahhhh yeop mat the legend kembali ahahahha


uih? macam tu pun ade yeop, naik jakun pulak aku dekat orang asli ni haha

Deru Ombak berkata...

Ermmm... Ada upah baru nak solat?

Tertanya2 makcik nih.. Sape yang upah?

Unknown berkata...

camno neh

Rain berkata...

moga ada yang memperpebulkan niat dan pandangan mereka.. insYAllah..

Unknown berkata...

Assalamualaikom,

Kalau perlu jangan kita berkira sangat dengan muallaf Orang Asal@Asli.

Kita mungkin sukar membentuk mereka kerana telah mendarah daging@membesar dengan cara kehidupan sedia ada.Lagi pun apalah RM5/ di sisi penguasa.Banyak lagi yang kita dapat dan nikmati tidak diperolehi oleh mereka.

Target kita ialah generasi keturunan mereka.Mereka boleh dibentuk untuk menjadi generasi Muslim yang baik. Mungkin akan lebih baik dari anak cucu kita.

Perlu juga diingat,kalau kita berkira sangat dengan RM5/,akan ada pihak yang sanggup berhabisan lebih dari itu - Ribuan RM,Arak,Wanita dan lain-lain tarikan.Kenyataannya, telah ramai Orang Asal murtad atau menganut agama lain khususnya Kristian.

Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Granny Hani berkata...

Laaa..macam tu rupanya.jadi betul lah cerita2 yg pernah saya dgr..

whitecappuccino berkata...

ada pulak macam tu ..nak duit rupanya.

Tanpa Nama berkata...

Blogwalking sini! ♛ Mr.Ix ♂ komen ║
kalau setakat bagi duit jer tapi takde penerangan mesti diorang ingt yg solat utk dpt duit jer....

Admin berkata...

Jabatan kerajaan hanya berDakwah dan mengIslamkan ramai orang asal,tapi hanya setakan MengIslamkan je,susulan Dakwah tidak ada lanjutan seperti mengajar mengaji,sembahyang dan sebagainya,Jadi Bagai mana mereka tahu pasal Islam

ghost berkata...

tuh lar awal-awal lagi ajar dengan cara macam tuh, macam tuh lah penerimaan dan pemikiran dorang sampai bila-bila.

Encik MamaT berkata...

mula dok ajar gitu... kononnnya nak mengajar.... hehe... anak puasa mengajar bagi duit.. tak bagi duit tak mo la puasa...