Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Ahad, 8 April 2012

Kasih Seorang Abah..

Sebaik sahaja abah mendapat tahu aku jatuh sakit, dia menjadi tidak keruan. Juga turut menjadi sedikit pemarah. Berkali-kali abah keluar masuk rumah tanpa tujuan. Abah ke hulu ke hilir kampung dengan motornya. Abah mencari-cari kalau-kalau terserempak dengan kawan-kawan aku di kampung. Setiap yang dia jumpa, abah akan bertanya,  "Ada Samad telefon..? Dia sakit..". 

Aku yang serba salah lalu mengambil keputusan untuk pulang menjenguk abah. Aku harap nanti apabila aku berada di depan matanya, dia akan tenang. Memang aku masih sakit. Sangat sakit. Aku sukar untuk bangun, apatah lagi untuk bergerak. Tapi aku lebih bimbangkan Abah. Aku kuatkan semangat. Dua pil penahan sakit aku telan. Kurang menampakkan kesan.. kutambah dua biji lagi. Sakit hilang. Segera aku capai beberapa helai pakaian, sumbat ke dalam beg sandang. Mesti bersegera selagi kesan pil penahan sakit masih ada. Harap-harap aku sempat sampai ke kampung...


********************

Melihat aku yang keluar dari kereta.. Abah seakan terpempan. Langkah Abah laju mendapatkan aku.

"Bukan ke Mad sakit ? Ni boleh pandu kereta pulak ni.. "

"Sikit... Sikit je sakitnya.. Abah sihat ?"

"Kamu yang sakit.. bukan Abah..". 

Aku senyum. Kami masih di laman rumah. Aku dapat rasakan bahawa pil yang kutelan semakin 'letih' membantu menahan kesakitanku. Kakak yang sedari tadi asyik memandang dapat menghidu kesakitan yang aku simpan. Dia mengarahkan aku segera masuk ke rumah. Aku minta sehelai kain untuk kupakai. Abah membuka almari pakaiannya..

"Ini kain baru..", aku pandang ke wajah tua Abah.

"Abah meraikan kamu, Mad..", Abah seakan bersenda.

Aku semakin gagal untuk bertahan. Seluruh tubuhku bagai dijalar racun terbisa. Aku tongkatkan tangan  pada meja di sisi dinding, kemudian tangan beralih ke bucu meja. Aku genggam dengan kuat. Aku hadapkan muka ke dinding bagi mengelakkan Abah terpandang kerut mukaku yang menahan sakit..

"Mad.. kenapa..??". Abah bersuara bimbang. Aku cuba menjawab tapi kesakitan itu menghalang suaraku.

"Mad.. kamu sakit ke ??..".

"Tak pe.. sikit je ni...". Aku cuba berdalih. Aku perlukan tempat untuk berbaring. Aku... Tetiba suasana menjadi gelap..

Ya Allah..! Mad..!!!!.. 

Dalam separuh sedar aku mendengar suara abah menangis.. Tangan kasarnya membelai lembut rambutku.. Tadi aku terdengar Abah membisik..

"Mad.. Janganlah susahkan hati Abah.. Kamulah harapan Abah.. Kamulah penghibur hati Abah.. Kamulah anak yang paling Abah sayang...". Perlahan-lahan air dingin mengalir di sudut mataku...

****setahun lebih menanggung sakit.. alhamdulillah, kini aku pulih sepenuhnya..

11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Sungguh! Kakcik sebak! :(

dill berkata...

awak, takmo sakit2. nnt saye pun nanges :(

dill.

Admin berkata...

Sakit adalah ujian yang di timpakan keatas kita.

lama sy tak kesini,semoga sihat selalu.amin.

CintaZulaikha berkata...

kisah betul ke nih...sedeylahh..

shameel Iskandar berkata...

Salam.
Sahabat sakit apa sebenarnya. Tiba2 sy jadi perindu. Rindukan arwah ayah yang pergi dua minggu lepas(25.Mac). arwah ayah yg selama ini sanggup bersusah kerana kesusahan saya.

Paling terharu dalam dompetnya, tersimpan gambar anak2nya. Bukan gambar terbaru tapi gambar ketika membuat IC, dan terdapat juga nota lusuh yg tercatat tarikh lahir anak2nya dlm bulan masehi dan hijriah. Saya baru tahu semua ni setelah membuka dompet arwah ayah. Sebelum ni saya tak tahu begitu hebatnya kasih sayang ayah kepada anak-anaknya.

Deru Ombak berkata...

Hurmm..
Sekarang ni betul dah pulih sepenuhnya?
Kalau sakit ckp..bleh bawak gi klinik..

Mode : melankolik

Shila berkata...

alhamdulillah.. =)

cik mad mmg terbaik la..

demi perasaan ayah..sanggup kan..
moga hidup di berkati..

Unknown berkata...

kamu baik2 saja yer

nk emel mad boleh?

mario berkata...

syukurlah ko dah sihat....

intan.maisarah berkata...

jaga kesihatan tau

~Sal Ismail~ berkata...

setahun lebih..satu jangkamasa yg agak lama..kamu sgt tabah orgnya..& cukup beruntung punya abah yg sgt2 menyayangimu~~