Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 14 Mei 2012

"Matai oku no potoi diti, Samad.."

6 tahun yang lalu... di perkampungan suku kaum Dusun, Sabah.

Dua minggu yang lalu, aku bawakan mesin gunting rambut, sebilah gunting tumpul dan sikat ke rumah Uncle William. Aku melayaninya dengan mesra demi membalas kebaikan dia pada aku. Siap rambutnya kugunting, aku unjukkan cermin saiz 6x12 inci itu kepada Uncle William. Dia ketawa kecil sambil menepuk lembut bahuku.

"Matai oku no boh potoi diti, Samad.."
"Nak mati dah aku ni, Samad.."

Aku hanya senyum. Memang sejak kecil aku suka melayan orang-orang yang seusia dengan Uncle William - tanpa mengira bangsa. Atas alasan apa, aku pun tidak tahu. Hanya suka. Itu saja. 

Uncle William menderita penyakit Parkinson sejak setahun yang lalu. Nampak sihat tapi hakikatnya dia sakit. Pergerakannya amat lambat, terketar-ketar dan sejak sebulan yang lalu dia sudah tidak mampu bangun tanpa dibantu oleh orang lain. Anak-anak pun sudah berubah sikap.  Barangkali sudah jemu menjaganya. Aku jarang menjenguk Uncle William di rumahnya walau jarak rumah aku dengan rumah dia hanya sepelaung- dipisah oleh sawah terbiar seluas 2 ekar. Bukan tidak prihatin, cuma aku kurang sabar dengan ulah anak lelakinya yang satu itu. Joseph namanya. Uncle William adalah 'sampah' di matanya. Maki hamun sudah jadi kebiasaan apabila berdepan dengan ayahnya, Uncle William.

Pernah suatu petang, sewaktu aku melewati rumah Uncle William, aku terdengar dia sedang  menangis. Kuat. Segera aku hampir ke arah suaranya. Dia di dalam bilik air...

"Nakuro tu ingkaah ko joki..?? huhuhu..."."Pataiyon oku nopo boh..!!"
"Mengapa kamu buat aku macam ini..?? huhuhu.."."Bunuh saja aku ni..!!"

Suara Uncle William meninggi. Tahulah aku dengan siapa dia berkata. Jantung aku berdegup kencang. Aku bingung. Apa yang harus aku perbuat?. Tiba-tiba pintu terbuka. Anak sulungnya, Joseph muncul dengan wajah mencuka.

"Eh.. Samad. Ada apa...?", tegurnya sedikit ramah.
"Kebetulan saya lalu di sini.. errr.. Aki(atuk) tu ngape ?".
"Ahh.. Anjing ! Menyusahkan orang je..".

Terasa darah menyentak ke ubun-ubunku. Mengapa tergamak dia memanggil ayah kandungnya sebagai anjing?. Aku melangkah ke pintu rumah dan mengintai ke bilik air yang ternganga pintunya. Uncle William kukira baru selesai dimandikan. Dia bertelanjang bulat. Hati terasa hiba... Joseph menjemput aku masuk tapi aku lebih selesa di muka pintu. Tanpa mempedulikan aku, Joseph mendekati Uncle William dan cuba memegang pergelangan tangan ayahnya. Tanpa diduga, Uncle William menepis tangannya. Dan secepat kilat pula, Joseph membalas dengan menyepak pinggang ayahnya itu. Uncle William menjerit kesakitan. Aku terpempan ! Dan ketika itulah Uncle William baru tersedar yang aku ada di situ...


"Samad.. tulungo' oku po.. Samad... huhuhu.."
"Samad.. tolong atuk.. Samad... huhuhu.."

Dengan sedikit paksaan, Joseph kemudiannya berjaya memegang pergelangan tangan kanan Uncle William. Tangan ayahnya kemudian disentap. Uncle William diheret keluar dari bilik air dalam keadaan bogel dan kebasahan. Uncle William menjerit kesakitan lagi. Joseph pula mempamerkan rasa benci dengan menolak-nolak kepala ayahnya dengan kasar. Ternyata Uncle William diperlakukan seumpama haiwan. Aku tidak mampu melihatnya...

Bersambung...

21 ulasan:

eMMe berkata...

Yop, pekabo?sihat? awok sihat2 aja, Alhamdulillah..baby baby pun sihat...harapnya begitu la...

yop, sedih cite ni yop, ape tindakan yop sterusnya,?tkakan nengok nye org tu tu disepok2...geram ni yop! sabar je la.... ape penghabisan cite nye yop, sambung la lagik..huhuhu...

Unknown berkata...

aku benci org cam Joseph

ankeljonni berkata...

hmmmmm... teruknya...

insan marhaen berkata...

tulisan buatkan IM teringat mak d kampung.

miloaiskurangmanis berkata...

kejamnya anak...

Unknown berkata...

apa dendam dia dengan ayah nya sebenarnya ni??kesian orang tua tu..
anak ramai pun tak menjamin kebahagian tu..kan??

amirah berkata...

assalamualaikum yob mad, orang kampung teman...ni citer benar ke yob? mmng byk beno pengalaman yob ye..

ayah chu berkata...

teman paling marah dan tak dapat terima sesiapa saja yang menyakiti orang tua lebih-lebih lagi ibu bapa sendiri... walaupun teman spesis degil dan nakal tapi teman cukup takut ngan ayah dan mak teman terutamanya mak teman (manusia paling garang yang diciptakan allah kepada teman) tapi bila dah jadi yatim piatu ni dan dah beransor umur ni teman rindu benor kat ayah ngan mak teman ... sedih bila dapat tahu orang tua diperlakukan seperti itu ...

eita berkata...

assalamualaikum yob...
lama tak dengar kabor yob...
sihat ke?...


ita paling benci orang macam joseph..
tak menghargai orang tua...

norhidana berkata...

ni kisah benar yek en samad? ada sambungan lak yek.... tak sbar lak nk tunggu apa jd

makchaq berkata...

Salam perkenalan

Realiti kehidupan, sedih.. kadang2 kita tak sangka perkara macam ni boleh terjadi dalam kehidupan sebenar.

makchaq berkata...

Salam perkenalan

Kadang-kadang kita tak sangka kejadian-kejadian begini boleh berlaku dalam kehidupan sebenar. Tapi itulah realitinya.. sedih...

Tahniah kerana dapat buatkan Uncle William gembira. Bantu lah apa yang dapat dibantu.

Unknown berkata...

Menyayat. Seperti kata makchaq kiranya mengalami perkara yang sama,bantulah apa yang dapat dibantu.

intan.maisarah berkata...

alaa. bersambung

dill berkata...

Ya Allah...sebak baca entri ni, awak

dill.

Mamamat berkata...

Salam Mad .. cepatle sambungnye

Jurnal Murahan berkata...

salam

cepat la sambung yeop, sentap gile cite ni

fiqas berkata...

salam yob...

apakah jenis manusia joseph tu.. sanggup dia buat begitu..

~Sal Ismail~ berkata...

sungguh robek hati dgn kelakuan anak sebegitu~

Shila berkata...

abah...

terfikirkan abah.. abah suka buat ayat sedih2..

abah skrg dah mula ckp psl mati..mati..


sedih..!

apple hijau berkata...

Salam En. Mad...apa khabar?
selalu berdoa janganlah saya dan anak2 jadi begitu..ye la kita ni manusia tak tahu apa yg akan terjadi esok lusa.

p/s:bila nak sambong ni? hehe..