Waktu aku sampai, orang-orang dewasa itu duduk berkelompok-kelompok. Mereka duduk santai sambil bergurau tentang Minah yang kehilangan laki. Lari entah ke mana. Tentang cantiknya Minah. Tentang susuk tubuh Minah. Mereka mencarut-carut bercerita lucah. Langsung mengundang derai ketawa yang panjang..
Sekumpulan lagi bercerita tentang harga sawit yang melambung tinggi. Kecurian di mana-mana. Sibuk bertanya kebun siapa yang mahu digadai.. Pendapatan yang ada tidak pernah cukup. Rokok bersambung puntung. Kopi 'O' pekat dicelup biskut kering jadi pembasah tekak.
Aku berdiri di tepi kemboja sambil merenung batu-batu putih yang leper dan bulat yang berceracak menunjuk ke langit petang...
Aku berdiri di tepi kemboja sambil merenung batu-batu putih yang leper dan bulat yang berceracak menunjuk ke langit petang...
Suasana cukup ceria. Kanan kiri yang kudengar hanyalah ketawa. Dalam galaknya hilai tawa..
"Woii.. mayat dah sampai . Cepat sambut !..".
Kelompok-kelompok tadi terpecah...
Kelompok-kelompok tadi terpecah...
Ah ! Kita sepatutnya sentiasa tahu merasai makna kematian..
17 ulasan:
assalamualaikum yob...
haiiiii...tunggu mayat pun leh bersenda gurau lagi ke?...
assalam, fenomena biase bila hadiri rumah orang meninggal dunia....macam kedai kopi je.
Kita sepatutnya sentiasa tahu merasai makna kematian..
Betul tu...
Keadaan bias.. org yang berduka kena keluaq belanja berkenduri & upah semua.. Orang lain tak rasa apa2 bergurau senda macam biasa.
Ada kawan cerita, jirannya orang sikh, masa kematian, tetamu ramai datang tetapi sunyi sepi, cakap pun berbisik.. tak dak makan minum sembang2 macam kita..
Assalamualaikum wbt
Dalam keadaan sekarang, bukannya senang nak minta orang buat kebajikan. Deme datang nak menolong gheghamei tu pun dah kighe cukup punye baguih. Buatnye tak mandang orang, kan ke haghu namanye! Ate bukannya mike idok tau, orang Melayu dah sinnonim kalo dah ghamei berceghatuk tentu buat kenduri, kalo sikit2 mengumpat, kalo sensorang mengholoh namanya.
bila dunia depan mata
#payung dh rosak.belikan satu =(
saudaraku tajnur..
budaye oghang kite ni sepatutnye kene uboh la yak.. ate, mike teman ghase bulih negur sikit sebanyok..dok gitu?
salam cik blogger..
t kasih krb sudi berkunjung..
assalamualaikum orang kaya..haha..sihat ke?
budaya yang dah terbiasa kalau ditegur dikatakan pesong..ermm..
Khatib sdg membaca khutbah Jumaat pun ada yg bersembang, ini kan lagi di tempat2 ramai org berkumpul spt itu...
kadang2 bila kita seorang diam dalam keriuhan membawa makna teguran paling sinis dan dalam, itu lebih baik daripada mengeluarkan kata2 dicelah2 mereka yg sedang rancak berkata2...
biar mereka yang tahu berfikir akan memikir...mungkin amik masa namun lebih terasa...
hidup akhir zmn katakan
mmg besalah kalau bual2 sambil wat keje nih. sedangkan, time cenggitu harusnya masa utk kita menginsafi akan sesuatu perkara..tapi, hampehh
hahaha....mcm2 manusia skrg ni kan
byk manusia byklah ragamnye...
kadang2 deme bergurau je yob. boring nunggu mayat. hehehe. tapi betui le, kurang adab kalo citer lucah2 kat kubo.
bawak la istigfar...salam yob lama gua tak jenguk lu...nasib mayat tu bukan lu hahaa
Catat Ulasan