"Hari-hari kamu mengantuk.. Langsung tak bersemangat kamu.. Jawab soalan saya tadi Ragesh..!".
"Soalan apa cigu..?"
"Tengokk.. soalan pun kamu tak dengar..".
"Sori la cigu.. lori lalu.. banyak bising jugak..".
Memang bangunan sekolah kami hampir benar dengan jalan besar. Kenderaan banyak. Muka hitam berminyak Ragesh nampak kudus. Cikgu praktikal yang kecil molek itu nampak sengaja keraskan suaranya. Kami tahu dia cuba-cuba berlagak garang. Muka cikgu bulat, bibirnya mungil. Tiap kali cikgu mengajar di kelas kami, aku berikan tumpuan sepenuhnya.. err.. tumpuan pada mukanya yang bulat bibirnya yang mungil itulah..
"Kamu bangun sekarang Ragesh !..". Ragesh tak mampu menjawab soalan yang cikgu ulang tanya tadi. Soalan tu susah sangat pun.. Cikgu tak adil.. kesian Ragesh, bisik hati aku. Soalannya : Apakah nama lagu kebangsaan kita? Isskkk.. susah tu !
"Berdiri atas bangku.. Ragesh !". Ragesh garu-garu kepala. Perlahan-lahan memanjat bangku kayu itu. Cikgu memulakan kembali proses pengajaran. Kelas senyap. "Agaknya cikgu gaduh dengan pakwe dia kot", bisik kawan aku. Aku tersenyum. Aku cuba fokus.. errr.. pada muka yang bulat dan bibir cikgu yang mungil itu jugaklah..
Sedang kami asyik menyalin nota yang terpapar di papan putih.. tiba-tiba kami terdengar Ragesh melompat dari bangkunya. Ragseh meluru keluar melalui pintu belakang kelas kami. Lagaknya seperti dikejar hantu. Kami tercengang. Cikgu terpempan. Kami lihat Ragesh susup-sasap berlari ikut pagar. Kemudian dia menghala ke belakang makmal komputer yang terletak betul-betul di tepi pagar. Sah ! kami yakin tentu Ragesh melompat keluar ikut pagar di belakang makmal itu. Cikgu terus menelefon guru displin. Dia melaporkan kejadian yang tak disangka-sangka itu.
Habislah Ragesh. Tentu esok Ragesh akan dipanggil waktu perhimpunan pagi. Tentu Ragesh akan dihukum berdiri di hadapan semua pelajar. Rotan baya kelengkeng pasti hinggap dipunggung tonggek Ragesh. Makin hitamlah kulit muka Ragesh kerana menahan malu. Macam-macam kami fikirkan. Cikgu pula duduk kebingungan di meja guru...
Tiba-tiba Ragesh muncul di muka pintu depan kelas. Sekali lagi kami tercengang. Sekali lagi cikgu terpempan. Cikgu terus bangun dan berjalan laju ke arah Ragesh. Ragesh hanya tersenyum. Mukanya berpeluh dan berkilat. Sebahagian baju terjulur keluar melalui pinggang seluarnya.
"Ke mana kamu..?"
"Biawak cigu.. besar..!"
"Apa pulak lepas ke biawak kamu ni..?"
"Betul cigu.. Tadi masa berdiri atas bangku saya nampak besar punya biawak.. sana tipi pagar cigu.."
"Kamu kejar biawak..??"
"Misti la cigu.. Saya punya amma banyak suka cigu.. Bikin sup la cigu.. Itu biawak arr.. saya sudah ikat, sangkut sana pagar cigu.."
"Huhhh..! Berdiri atas meja sekarang..!".
Seluruh kelas ketawa. Cikgu gagal bertahan. Cikgu menutup mukanya dengan buku. Tubuh cikgu bergegar. Dia turut ketawa...
16 ulasan:
aiyaaakkk..
unik gila ragesh..
baru tau ada biawak masak sup..selama ni terbayang goreng halia je..
hahhahhahha...iuuuuuuuu, biawak kut..boley pulak buat makan..
Teringat kat kampung dulu2... ramai juga spesis Ragesh yang bawa guni cari 'bejawok'...
marah benor dia ngn biawak yer...rezki dia la tu dpt biawak salai...
india makan biawak jugak ke cha ? haha lawak
orang india dengan biawak memang tak dapat di pisah kan....
apa lah rasa sup tu...eeeiiiiii
bebaru ni biawak melintas depan kereta IM di lebuhraya. IM bagitau ibu_suri bahawa biawak ini adalah spesis tinggalan zaman dinasour...
baghu semalam ade biawak besor belakang ghomoh aku. aku halau masuk paghit. kalo la ragesh ade...
haha. biawak jadi mangsa. siap duk kejar biawak tu si ragesh ni. hehe.
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
sian ragesh
sian ragesh
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
gaya gitu dah expert.. ye tak cikgu samad.. hahaha.. lama tak ziarah..
Kongsi Apa Saja
lamanyer yob tido...
salam.....
hahhaahaa...
baiknya dia kan... teringat lagi kat mak dia suka biawak tu...
Catat Ulasan