Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 12 Disember 2011

Filter

Nota Atas : Saya sedang cuba mempraktik pelbagai teknik/bentuk penulisan.. Sekadar mencuba.. Bagi yang biasa ke blog ini.. barangkali dapat melihat kepelbagaian itu.. Jika jawapannya 'TIDAK'.. maka, bermakna saya gagal !

Kawan aku ligat bersembang.. aku pulak sibuk mengira..
satu...dua.. tiga... ermmm.. hebat kawan aku ni..
kira yang sebelah pulak...
satu.. dua.. ermmm.. boleh tahan..

Kawan aku terus bersembang.. aku juga tetap terus sibuk mengira..
satu.. dua.. tiga... ermmm.. maintain !
yang sebelah pulak..
satu... eh ! menyorok ye..

Kawan aku diam..
"Woii Mad.. yang kamu senyum-senyum tengok muka aku tu ngape?"
"Errr.. aku kira filter hidung kamu tu.. elok la kamu servis hahaha..."
kemudian.. aku sibuk pula menepis kakinya yang menyepak kaki aku di bawah meja..

Sabtu, 10 Disember 2011

Catatan Peribadi.. Misteri Yang Menyelubungi.

NOTA ATAS : Nak menulis cerita dalam loghat Perak.. tiada bahan. Tulis sajalah apa-apa yang terlintas !


Aku jatuh sakit pada 5 Ramadhan terakhir 2008.. Aku bukan lumpuh tetapi aku amat sukar untuk bergerak. Mengangkat tangan pun mampu mengalirkan air mata aku.. terlalu sakit. Mengalihkan kedudukan badan juga terlalu payah lantaran kesakitan yang luar biasa. Otot pada bahagian belakang seumpama papan.. kejang dan tegang.

Rawatan  3 pakar mengesahkan aku berada pada tahap kesihatan yang terbaik. Malah, dianggap terbaik yang jarang mereka temu dalam kalangan klien mereka. Malangnya.. aku sakit dan mereka tahu itu ! Aneh ? Entah.. aku tidak berasakan begitu. Mungkin aku benar-benar sakit, cuma tidak ketahuan punca. Namun selepas aku mulai pulih, yakni hampir 2 tahun berikutnya.. ada sesuatu yang mungkin aneh berlaku dalam hidupku.. Cuba nilai akan beberapa peristiwa yang aku lalui ini..

Peristiwa 1
Abang mengajak aku ke Lata Bunian di suatu kawasan berbukit di Hulu Grik. Dalam perjalanan berkereta, apabila hampir dengan tempat yang dituju, aku seolah-olah melihat ramai yang berdiri di sepanjang jalan. Waktu turun dari kereta, spontan aku mengucapkan salam 'Assalamualaikum'.. Abang aku bertanya kepada siapa salam itu kuberi.. Sungguh ! Ketika itu aku berasa kami disambut. Tapi aku hanya senyum. Tentu dia tidak akan percaya. Waktu menjejakkan kaki ke Lata Bunian... aku seolah-olah melihat bayangan dua wanita sedang mencuci kain sambil anak-anak kecil bermain air... Aku lemparkan senyum kepada mereka...

Peristiwa 2
Kambing ayah terlepas tali. Aku mencari sehingga sampai ke dusun orang kampungku. Di situ ada parit yang merentangi. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi riuh yang menggambarkan kemeriahan. Aku seperti berada di tengah-tengah majlis perkahwinan. Sungguh ! Aku mendengar pinggan mangkuk berlaga seperti sedang dibasuh. Aku mendengar lagu-lagu riang yang didendang dengan ceria. Malangnya, aku tidak jelas akan sebutan dan iramanya. Tapi agak mengasyikkan. Aku dengar kanak-kanak bermain berkejaran. Ibu pula memarahi anaknya yang nakal. Cukup jelas tapi hanya suara dan bunyi-bunyian. Aku berdiri kaku sambil larut dalam kemeriahan itu.

Peristiwa 3[terbaru]
Seorang kawan meminta aku menemani dia untuk ke pejabatnya. Hampir jam 11 malam. Dia mendapat call dari security yang mengatakan lampu dan kipas biliknya terpasang. Jadi, dia harus menutupnya. Hujan rintik-rintik dan terkadang melebat. Sewaktu melangkah naik ke pejabatnya di tingkat dua bangunan, aku terpandang 'seseorang' yang sedang memerhatikan kami. Barangkali 'dia' lelaki berjubah dan agak tinggi. Kutanya pada kawan aku...

" Nazri.. siapa tu..?". Aku berikan isyarat mata.

" Mana..??", dia memicingkan mata.

" Bilik yang ke-3.. hampir dengan longkang tu..". Aku yakin dengan apa yang kulihat.

" Ceh ! Sengaja nak menakutkan aku ye.. hihihi.." 

Aku tiada pilihan selain diam dan cuba untuk turut ketawa. Tapi sewaktu menuruni tangga untuk balik, tiba-tiba dia berbisik, " Mad.. aku berasa sejuk.. bulu roma aku berdiri.. Lajukan sikit langkah tu.. ". Memang 'orang' itu masih ada di situ. Aku gagal untuk melihat wajahnya. Aku tundukkan kepala tanda hormat dan terus berlalu...

*************************

Cukup sekadar 3 peristiwa. Aku yakin.. itu pun cukup sukar untuk kalian percaya. Mungkinkah aku suka berkhayal dan bermimpi ?. Namun aku tetap yakin dengan apa yang kulihat dan kudengar. Pernah aku mengadu kepada ayahku.. Dia hanya diam dan tersenyum.. " Datuk kamu juga dulu begitu..". Itu saja.. ??

Jumaat, 9 Disember 2011

Gerun Teramat !

Waktu kecil dulu, aku punya kawan. Atan namanya. Dia nakal. Maqam nakalnya setakah lebih atas berbanding aku. Siapa yang kurang tahu dia, pasti gerun pada Atan. Kulitnya hitam. Mukanya penuh parut.. Ganas tak? Errr.. tapi itu parut demam campak !

Badan Atan pun besar. Dialah empunya perut yang terbuncit dalam kalangan kami. Kuat tenaga Atan sekuat dia makan masa kenduri/tahlil. Kami takut teramat bila waktunya Atan marah. Kami biasanya akan segera angkat kaki. Cabut. Sebabnya begini...

Atan : Wooiii.. Celake ! Jangan mengkome[korang] buat aku maghoh[marah] boleh tak hahhh..???!!!!..

Kami : Ate.. Ngape pun kalo kamu maghoh?

Atan : Err.. Nanti aku teghoyok[menangis] ! Huhuhu...huuuu... waaaa...waaaa...

Atan benar-benar menangis !. Dan kami pula cabut lari sebab kami tahu.. Atan suka sangat mengadu pada bapaknya yang sangat garang itu..

Khamis, 8 Disember 2011

Ini Kesoh Sedih Tau..!

Kejap tadi ade oghang kabo ke Pak Sahak, abang ipornye yang name Sudin tu udoh sampei hukum.. Meninggei duniye mase suboh tadi. Tepempan juge Pak Sahak nengorkan kabo tu. Ditahan-tahannye betui-betui ayo mate jangan meghecor-ghecor[meleleh] di tengoh Pekan Kaghei tu.. malu tengok di oghang. Tapi sudohnye beghiye-ghiye pulok ngoboknye[tangisnya] Pak Sahak. Idok la oghang heghan pun.. die memang sayang yaamat-amat kat abang ipornye tu.. Errmm.. teghoyok[menangis] je la Pak Sahak uiii..

Sampei je Pak Sahak ke ghumoh.. asei dikabonye ke bini die tentang meninggeinye si Sudin... lalong[menangis dengan suara yang kuat] bininye tu usoh dilabunkan.. King Kong dengorpun bulih menung woo... Siap golek-golek lagi ! Idok la daye Pak Sahak mujuknye.. ate, Pak Sahak pun same naik juge lalongnye kome.. Deme siap lebih kughang, pahtu negok la deme ngulu[ke hulu] ke kampung Sudin - lebih kughang 8 km daghi kampung deme.

Pak Sahak bawok motunye[motor] lelaju. Lebih kughang 15 menit kendian, Pak Sahak ngan bininye udoh pun terpacok di laman ghumoh Sudin. Tapi ghumoh Sudin soh[sunyi] je. Bingung la kedue-due laki bini tu. "Ke mana pulok dibawok mayat abang kite ni kome ?", tanye Pak Sahak pade bininye. Kebetulan lalu la kawan aku dekat-dekat situ.

"Assalamualaikum nok.. Pokcik nok nanye.. Ke mane deme bawok mayat Pokcik Sudin ni ?", jaghi telunjuknye lughuih ngale ke ghumoh Sudin.

"Hahh.. bile pulok Pokcik Sudin meninggei ?", heghan pulok kawan aku tu.

"Aik.. tadi kat Kaghei deme ngabo ke Pokcik, Sudin ni udoh meninggei.. Kamu tak tawu ke ?".

"Laaa.. bukan Pokcik Sudin yang ini.. Yang meninggei tu Pok Sudin Mudin kat baghuh[baruh] nuu.. hihihi..". 

Di situ  jugak kawan aku tu tegelok sakan. Tak patut betui yak.. Tapi Pak Sahak laki bini teghoyok[menangis] lagi.. cume, teghoyok sebabkan ape.. deme je la yang tawu...

SEKIAN..

Rabu, 7 Disember 2011

DIA DIMINTA BERSABAR...

Blogger Queenie said...


Salam adikku samad,


pejabat ugama kat sana apa gunanya?
kalau dah main buku lima, bukan ker ada tanda?
kan dah sempurna undang2 Islam dlm Quran utk wanita yg senasib isterinya?

tingat akak kes laki cincang bini masa subuh Ramadhan dulu, akt Perak jugak kan kalau tak silap?

tu kes, dah byk kali arwah isteri tu "mintak tolong/nyawa org ugama" agar dijauhkan dirinya dari lakinya yg mental, tp gila punya kerja org ugama kat sana, sampai siisteri mati baru puas hatinya...

ni bukan nak cari saper salah saper betul tp akak nak cakap benda betul...please lah org2 ugama...
December 3, 2011 4:24 PM


NOTA : CATATAN INI DIKONGSIKAN ATAS KEBENARAN PIHAK TERBABIT DENGAN TUJUAN MENJADI IKTIBAR KEPADA KITA SEMUA. TERIMA KASIH XXX KERANA SUDI BERCERITA..UNTUK PENGETAHUAN, XXX ADALAH SEORANG MUA'ALAF..

Di atas itu aku paparkan komen seorang kakak blogger yang membaca post aku yang bertajuk, "Aku katakan ITU PINCANG ! MUKTAMAD..". Komen itu adalah luahan ketidakpuasan hatinya terhadap peranan yang dimainkan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah[PAID] dalam menangani masalah rumah tangga yang semakin kerap berlaku pada waktu ini.

Komen itu turut mengingatkan aku pada kes yang pernah berlaku kepada salah seorang saudara terdekat aku juga. Dalam kes saudara aku itu, terbukti PAID berjaya bertindak 'memainkan peranan' dalam  meneruskan penderitaannya. Dia seorang isteri yang malang. Sangat malang..! Maka, harus aku kalungkan ucapan TAHNIAH buat mereka.

Selain 'gantung tak bertali', dia diancam-didera fizikal mental-dihina-dimalukan tanpa henti oleh suaminya. Lalu mengadu dia ke PAID. Dia diminta bersabar. Usaha melepaskan diri dari suami durjana itu sentiasa bertemu pada jalan buntu. Dia seakan-akan dipermainkan. Tiada langsung kesungguhan yang dilakukan oleh pihak PAID dalam usaha membantunya. Dia diminta bersabar.

Pernah dia datang ke PAID dengan kesan cengkaman jari suaminya di pangkal leher.. Dia diminta bersabar. Harus menjalani sesi kaunseling kata mereka. Ya.. dia akur. Yang hadir hanya dia. Kes berpindah pula ke mahkamah. Turun naik tangga mahkamah yang berpuluh kilometer dari rumahnya. Dia tetap akur demi mendapatkan haknya. Dia benar-benar akur. Tapi yang hadir hanya dia. Tunda, tunda dan tunda.. tiada hujungnya. Dia diminta bersabar. Zikir PAID ini melelahkan !

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan melangkau tahun. Dia tetap dengan penderitaannya. Bagi suaminya, mudah sahaja dia dilepaskan asal sanggup sediakan  rm50,000.00 sebagai syarat. Suami peduli apa ? PAID umpama 'syaitan bisu' baginya. Saman ? Tangkap ? PAID tiada gigi !! Undang-undang yang ada bagai dicipta sebagai tongkat bagi lelaki. Dia kemudiannya hilang upaya dan berputus harap. Air mata kering sudah. Kembali berserah sepenuhnya kepada Allah...

Namun mereka akhirnya terpisah jua.. Bukan melalui undang-undang manusia tetapi ketentuan Allah. Khabar yang diterima, suatu pagi, tiba-tiba suaminya terjatuh dari tangga di sebuah rumah kenalannya. Kepala terhempas dengan kuat. Suaminya menghembuskan nafas terakhir sewaktu dikejarkan ke hospital. Walau bagaimanapun, berita kematian itu hanya sampai ke pengetahuan dia pada seminggu yang berikutnya. Berita itu disambut dengan tangis yang cukup mengharukan. Kemudian, hampir sebulan pula baru dapat dikesan letaknya pusara arwah. Yang paling menyentuh hati ialah, kedudukan pusara arwah terpesong dari arah kiblat !

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT JUA HENDAK-NYA.. AL-FATIHAH...