Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Jumaat, 2 Disember 2011

Aku katakan ITU PINCANG ! MUKTAMAD..

Bibirnya itu sedikit pecah. Darah beku kehitaman bukti luka.. luka juga di hatinya. Tulang pipinya jelas kebiruan kesan hentaman buku lima suami yang mengakui dan bersumpah akan membahagia juga melindunginya lewat tiga bulan yang lalu. Buku lima itu kepunyaan seorang kawanku.! Pinggangnya pula turut kesakitan kerana ditolak keras ke dinding batu. Dia duduk tunduk di hadapan aku yang  kebingungan. Aku separuh mati menahan sebak-benci-marah dan malu. Suami apakah ini ?

Dalam malam yang gelap itu, di melarikan diri dan bersembunyi di belakang rumah milik sepasang warga tua kira-kira seratus ela dari rumahnya. Dengar ceritanya, pada hampir sepertiga malam, warga tua itu terdengar akan esak tangisnya.. Disangka hantu..rupanya tangis seorang isteri yang sedang menggigil ketakutan. Dialah yang mahukan aku dipanggil untuk mendapatkan jalan penyelesaian.. Sesungguhnya, aku serba salah... Aku akur akan had-had yang layak untuk aku masuk tangan dalam hal rumah tangga mereka..

Suaminya aku kenal sebagai seorang yang lembut tutur dan tingkahnya. Jarang menentang mataku pabila berbicara. Seakan sedikit menghormati aku. Mengapa pula berubah ganas di hadapan isterinya yang dulu dipuja-puji..? Dan ini adalah kali ke-2 dia membelasah isterinya hanya dalam masa 3 bulan perkahwinan ! Aneh bukan ? Sedang inai di jari pun masih menyala serinya.. 

Seawal jam 8 pagi lagi aku berkunjung ke rumah kawanku itu, dengan alasan meminjam gunting bonsai. Aku berpura-pura tidak mengetahui apa-apa.. Tapi, belum sempat aku bersuara..

"Mad.. bini aku lari.."

"Lari..? Bila..?". Aku gagal memberikan walau sepotong senyum buat dia. Ada rasa marah yang terbuku.

"Semalam.. Kami gaduh semalam. Aku tampar dia.."

"Tampar saja ?", tanyaku dalam terus berpura-pura. 

"Dia melawan.. aku hilang sabar, terlepas juga penumbuk aku.. hihihi..", agak bangga nadanya. 

"Ohh.. kalau begitu, dia bukan lari.. Itu melarikan diri namanya..", sahutku selamba. Wajahnya aku pandang dengan benci. Ternyata dia enggan menentang renung mataku. "Atas kesalahan apa sampai kamu membelasah dia. Ini kali ke-2 bukan ?".

"Dia bergincu ke tempat kerja. Nak kerja ke nak mencari jantan ?. Memang patut dibelasah pun !!..". Dia tidak mengalah. Aku pula semakin sakit menahan gelodak benci. Harus segera beredar ! Sebelum itu sempat juga aku bersuara lantang...

"Aku boleh terima jika kamu melarangnya atas nama agama.. Itu pun bukan dengan cara membelasah isteri kamu. Tegurlah secara baik. Berilah dia masa. Eh! Mengapa dulu tidak kamu cari perempuan berpurdah untuk kamu jadikan isteri..? Dan untuk pengetahuan kamu, isteri kamu sekarang berada di rumah abangnya.. Pergilah kamu menjemputnya.. Itu pun kalau kamu berani..". Aku masuk ke dalam kereta, langsung meninggalkan dia tercegat di laman rumahnya.

** sehingga saat cerita ini aku siapkan, si isteri masih fobia untuk kembali ke pangkuan suaminya. Apa pula pandangan kalian ?

21 ulasan:

~SaL IjOu~ berkata...

ah..teringat cerita di office lama..bukan cerita dibelasah..tp si isteri dilarang pakai cantik2,tidak boleh make up jika mau keluar..tapi si lelaki menggatal dengan perempuan lawa lain di luar..apekah?!

& jika hanya sbb bergincu dibelasah sedemikian rupa..mmg tidak logik akal namanya~

Hanz Newman berkata...

Laki ape bendernye ghope tu, chor?

Harus laki dia tu ada sakit mental. Ni kalau nak dia baik cepat kena lekas bawak pergi jumpa doktor pakar. Jumpa psychiatrist lagi bagus. Takat tahap nasihat kaunseling Phychologist mungkin dah tak lut untuk orang gila macam dia yg suka-2 guna kekerasan dalam menyelesaikan urusan/ konflik rumahtangga.

Abhamz berkata...

salam, bukan main pukul je isteri ni...boleh pukul tapi mesti ikut hukum hakam yg Islam ajarkan...

diana berkata...

apa pun salah isteri bukan keganasan jalan yang sepatutnya..
kalau sebab cemburu isteri cantik ,sebelum kawen patut difikirkan soal tu..bukan selepas kawen..

lelaki macam tu sepatutnya dihantar kursus setiap bulan.

sepatutnya macam tu la kat negara ni..pasangan suami isteri kena pi kursus kawen setiap 3 bulan.bentuk sahsiah diri dan rumahtagga yang menjamin sampai syurga,.

Ayen... berkata...

Dlm hidup berkeluarga ni kena tolak dan ansur.saling paham memahami,tau tanggungjawab masing2,tau dose dan pahala jugak penting.andai tiada,kwn setuju dgn abg samad...MEMANG PINCANG.

penjajah minda berkata...

setahu aku, tiga kali teguran baru boleh angkat tangan.tue pun ada cara.pukul kain basah kat betis kalau tak silap aku.tapi kalau panas baran nie, apa pun boleh.janji puas hati.

kakcik berkata...

Hati kakcik sandat2 sakit dan terluka membaca catatan ini? Ya, kakcik menahan tangis sekarang. Kalau tidak pandai membimbing, tak perlulah menggunakan tangan itu untuk memegang!

eMMe berkata...

yea la, kahwin bukan utk dipukul sepak terajang la! tapi cinta dan kasih sayang dasarnya! geram!

Suara Kalbu berkata...

Salam,

Lelaki yang panas baran dan suka naik tangan kepada wanita tak akan pernah menjadi kebanggaan dan pilihan saya. Sementelah nampaknya dia begitu bangga benar kerana berjaya mengajar si isteri dengan cara begitu.

Dunia. dunia...

cikgupj berkata...

Teman fikir, isteri tu lari kerana tiga sebab, 1. sebab tak puas, 2.sebab dia bagi duit suruh beli barang dapur tapi suami pegi beli nombor ekor 3.Bila isteri tegur kesalahan dia, terus dia bagi penumbuk dan penampar.Sebab suami lembut tulah isteri tak puas...hehe...lagipun lembut tidak bererti tidak ganas.

missSenget berkata...

takut baca entry incek mat kali ni...


rs nak nagis pun ada..

insan_marhaen berkata...

uhhh... isteri IM, usahkan tampar. cubit pun rasanya tak penah!

~SaL IjOu~ berkata...

Bila sy beritahu seorang kwn yg sy amat hargai persahabatan, betul sy maksudkannya~ Malahan jika seorang kwn hargai sy, sy akan hargai dia lebih dari dia hargai saya~ (^^)
Bukankah setiap insan unik dgn caranya tersendiri..usah terlalu merendah diri..& usah terfikir utk berhenti berblog ya~
Stay the way u r!~ =)

p/s: Sy tgh cuti sebulan sebelum dpt keputusan posting awal tahun depan..jd punya byk waktu skrg~ ^^

Aku Dan Teksi berkata...

Ini bukan menegur isteri,ini hanya mengikut nafsu shj.
P/s thniah blog ini PR 3

محمد رازيق berkata...

aku rasa bro, laki mcam ini jenis tak sabar.. panas baran.. ego.. mngkin dia perlu tegur isteri dia dngan cara yang baik, penuh kasih dan sayang. baru isteri lembut.. sifat wanita, lembut..

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Asas perkahwinan dlm Islam adalah kedua2nya mencari yang kesesuai sehingga dapat menegakkan hukum Allah berdasarkan Surah AlBaqarah:230. Matlamat kita hidup didunia ini setelah turun dari alam Ruh agar suami isteri dapat hidup dlm petunjuk Allah SWT sehinggalah kita kembali ke alam akhirat. Sepatutnya sesama isteri kena pakat sesama baik dari segi pekerjaan, memasak, jaga anak dan saknike bendalah sampai jaga org tua!. Surah Albaqarah:232 أَن يَنكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُم بِالْمَعْرُوفِ
Apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). ۗ

Dalam keadaan tiadanya Negara Islam, tidak apa2 keistimewaan dan hak2 melainkan kita kena banyak berhemah dan waspada dlm hidup.
Perempuan ni yob, semakin luasnya mrk berinteraksi dan berkomunikasi maka banyaklah kerenahnya. Org lelaki ni kena banyak2 sabor dgn ragamnya. Sebab itu, org perempuan pingitan senang ngikut arah kita. Andaikata, isteri kita tidak mahu m
Rasulullah shallallahu 'alihi wa sallam bersabda,

لاَ يَجْلِدْ أَحَدُكُمُ امْرَأَتَهُ جَلْدَ الْعَبْدِ ثُمَّ يُجَامِعُهَا فِي آخِرِ الْيَوْمِ

“Janganlah salah seorang dari kamu menguliti (memukul sampai berparut) istrinya sebagaimana memukul seorang hamba kemudian menjimaknya di akhir hari” [HR Al-Bukhari V/1997 no 4908 dan Muslim IV/2191 no 2855 dari hadits Abdullah bin Zam’ah]

Masalah sekarang, kalau asas sudah tak betul, maka hujung2 perkahwinan dah tentu le tak betul. isyy teman ni idok le buleh berlabun panjang2, nanti kene hamput dek org pompuan pulok. Iyole teman beghansor yak! wassalam.

a.samad jaafar berkata...

assalamualaikum saudara Tajnur..
teman bekanan beno mace komen mike..bukan sebaghang oghang mike ni.. betui la mcm labun mike tu, asas kawin deme pun idok betui.. malaih le teman nok nyakapkan..ntoh ape la sudohnye deme tu.. teman pun udoh naik getek dibuatnye..

a.samad jaafar berkata...

t kasih kepada semua yg memberi komen.. idup ni memang aneh dan rencam.. kengkadang kite ikut gile dibuatnye...

Queenie berkata...

Salam adikku samad,

pejabat ugama kat sana apa gunanya?
kalau dah main buku lima, bukan ker ada tanda?
kan dah sempurna undang2 Islam dlm Quran utk wanita yg senasib isterinya?

tingat akak kes laki cincang bini masa subuh Ramadhan dulu, akt Perak jugak kan kalau tak silap?

tu kes, dah byk kali arwah isteri tu "mintak tolong/nyawa org ugama" agar dijauhkan dirinya dari lakinya yg mental, tp gila punya kerja org ugama kat sana, sampai siisteri mati baru puas hatinya...

ni bukan nak cari saper salah saper betul tp akak nak cakap benda betul...please lah org2 ugama...

Encik MamaT berkata...

kadang2 sikap wanita suka mencurah petrol ke dalam minyak memarakkan api.. daripada watak yang lembut bisa bertukar menjadi watak syaitan.. tapi tugas suami mendidik.. ketua kepada keluarga... harus berfikiran waras...

Cikya berkata...

tumpah simpati..

buat saya gerun juga nak menjejak ke alam rumah tangga..
kerna bimbang tiada yang dapat terima diri seadanya...

dan hakikat jabatan agama tak berapa nak 'bela' kisah demikian rupa..

kita nak luah kat sapa cikmad?
selagi Islam liberal masih berleluasa...

keciwa..