Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 13 Ogos 2012

Imam Mad mahu bikin gempak..

Sejak diberitahu akan mengambil tugas sebagai imam solat sunat Aidil Fitri pada hari raya nanti, Imam Mad gelisah tidak menentu. Ini adalah yang pertama kali. Tahun ini adalah tahun pertama dia sebagai imam di kampung. Tentulah gelisah mencakar-cakar hati tuanya. Begitu pun imam Mad mengambil tanggung jawab itu sebagai satu cabaran buatnya. Imam Mad Boleh ! Bisik Imam Mad mencabar dirinya...

Imam Mad hanyalah imam kampung. Dia bukan lulusan agama dari mana-mana pun. Dilantik atas komitmennya yang istiqamah mendatangi masjid setiap kali azan bergema. Perwatakannya juga warak. Begitu jugalah imam yang lain. Yang muda-muda, yang pandai ilmu agama, pandai hukum-hakam tiada yang berminat menunggu kampung. Yang tua-tua inilah yang ada. Tiada rotan, akar-akar tua pun jadi..

Namun Imam Mad komited. Dia akan buktikan pada jemaah nanti - yang tentunya turut diikuti oleh perantau-perantau yang pulang ke kampung - bahawa Imam Mad boleh. Imam Mad hebat. Imam Mad mahu bikin gempak !.. Ya.. Lalu Imam Mad melakukan sedikit 'home work'. Dia memilih untuk membaca surah yang panjang. Dia menghafal doa yang panjang. Barangkali, yang panjang-panjang itulah piawai kehebatan seorang imam.

Pagi Syawal datang dengan rahmat-Nya..

Imam Mad bersedia. Dia memang sedikit gementar. Namun Imam Mad sudah pasakkan semangat "Yakin Boleh"  dalam diri. Qamat bergema. Imam Mad berdiri di hadapan dengan jubah hitam yang dibeli oleh anaknya..

"Allah.. huakbarr !".. Suasana tenang. Imam Mad membaca doa al-Iftitah dengan tertib. Doa al-Iftitah habis dibaca.

"Bismillah hirahmanirrohim... Alhamdulillah..."

"Subhanallah.. ". Dua suara di belakang lantang menegur. Imam Mad terdiam. "Apa salah aku ni..??", bisik hati Imam Mad. Diulang membaca. Kali ini lebih tertib.

"Bismillah hirahmanirrohimm.. Alhamdulillah hirobbil a'lamin..."

"Subhanallah...". Bertambah lagi suara yang menegur di belakang. Sekali lagi Imam Mad terdiam. Dia mula gelabah. "Apa salah aku ni..!!!", jerit hatinya. Diulang lagi. Kali ini lebih-lebih lagi tertibnya.

"Bismillah hirahmanirrohimm.. Alhamdulillah hirobbil a'lamin..."

"Subhanallahhh..." Lagi !. Imam Mad berpeluh. Imam Mad kebingungan. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya mengadap makmum.

"Ehem..ehemmm.. errr.. tuan-tuan jemaah sekalian... saya rasa, kita batalkanlah sembahyang raya kita ni.. Sekian.. ". Imam Mad terus berjalan menuju ke pintu keluar masjid. Makmum ???? Sendiri agak laa.. huhuhuhu...

Soalan mudah : Apakah kesilapan yang telah dilakukan oleh Imam Mad ?

Nota : Kisah ini agak lucu tetapi benar-benar berlaku di sebuah masjid dalam sebuah kampung yang terletak di Hilir Perak.

Selasa, 7 Ogos 2012

saje aku pose esok haghi...( 5 )

Takat ini aku pose penoh. Mok kate, peghut aku udoh kempih. Mane idok kempih.. aku idok seleghe melantok[makan] mase sahor. Mase bebukok pun banyok minum je.. Bergantang-gantang ayo aku telan. Memalam pulok sebuk main ngan kengkawan. Beghambat[berlari] sane beghambat sini, idok tawu diam. Ate banyok la mentelon[seluar] aku yang udoh longgor. Nok bagi kemaih, aku selalu ambik tali rapia buat tali pinggang. Ikat kemaih-kemaih.. mun kalo idok diikat, alamat lucut sampei ke lutut la jawabnye.

Kate mok, ghaye udoh dekat. Mok udoh mole muat kui[kuih]. Kui pertame mok buat tetiap tawun, tentu la kui putu kacang ijo tu.. Kacang ijo mok tumbuk sepagi suntuk dengan lesong pijok kat bawoh ghumoh. Udoh ditumbuk, mok ayok[ayak] bagi haluih[halus].. Nanti mok ajok keme anok beghanok tolong die acukan kacang ijo tu. Kadang-kadang mok silap adun tepung, gule ngan kacang tu.. kui jadi keghah macam batu. Mok buang.. Mok tumbuk kacang lain.. Mok buat yang baghu. Mok tak nok jamu oghang kui putu kacang yang keghah[keras] macam batu. Mok malu...

Mok buat kui goyang. Kui goyang mok memang sedap. Mok buat juge kui tigham[tiram]- bahulu- kui bakor[bangkit]- semperit ngan lengkong[agar-agar].. Dedulu mane ade kui mazola-cokelat cip-biskut salju-elmon landon- beluberi tat bagai.. Kui main 'tunjuk-tunjuk' kannye ade lagi. Eh.. kui 'tunjuk-tunjuk' ni bile aseinya hah ?

2 haghi sebelum ghaye mok kabo die nok buat dodoi.. Getek[menyampah] bebeno aku nengornye. Buat dodoi kome tawu je la yak.. teghuk yaamat-amat. Ngaco dodoi bukannye mau sejam due.. beghejam-jam ! Sedapnye idok.. Huhh..! Aku yang bebudok pun kene nolong ngaco dodoi tu.. Udoh la pose, panaih[panas] pulok tuh.. Sudohnye.. haghi tu aku mandi idok kurang daghi empat kali, termasuk beghendam[berendam] di sungei Peghok lebih kughang sejam... Sian aku...

Nota: 
> Catatan secara bersiri ini akan aku tutup pada entri seterusnya.. kisah cara aku beraya masa kecil-kecil dulu..
> Cerita pada malam hari pada bulan Ramadan tidak aku sertakan dalam catatan bersiri ini kerana aku pernah menulis secara panjang lebar tentangnya pada Ramadan tahun lepas. Cerita yang amat panjang.. tapi kalau berminat untuk membacanya, sila baca di sini.