Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Ahad, 16 Disember 2012

Siah Gebu

Jadi heboh yaamat-amat. Sume jadi mulut jelabah[celupar]. Sume tetibe jadi ali nujom. Memasing belabun. Ngate itu ngate ini. Aku idok ingat beghape umo[umur] aku mase tu. Ghasenye udoh beso juge kot. Tang itu aku patot puji mok. Mok banyok diam. Mok lebih pade kesian. Bile oghang belabun hei[hal] itu, aku tengok mok diam.

Tapi gitu la.. oghang kite mun kalo dapat ngate oghang.. huiii.. hebat !!. Siah Gebu bunting tak bebapak, kate deme. Idok keme[kami] sangke, Siah Gebu yang baik tu bulih pulok bunting. Laki tak ade.. boipren pun idok peghonoh[pernah] keme nampok. Tut-tut bunting. Bile mase Siah Gebu 'anu'nye ??. Idok bunting ape mun kalo ditengok ke peghut[perut] Siah Gebu. Makin haghi makin beso.. makin haghi makin beso.. Mok Siah Gebu udoh idok tau nok nyakapkan[diceritakan]. Siang malam teghoyoknye[menangis]. Bapaknye pulok makin ilang sabo. Ikut kan labun[cakap] bapaknye tu.. mau dicincangnye si Siah gebu.. Tapi.. sape laki lawan 'anu' Siah Gebu ?..

Pagi tu mok pegi menjenguk ke ghumoh Siah Gebu. Bile balik, aku dengor mok belabun ngan aboh kat dapor. Mok kate Siah Gebu bekughung[berkurung] dalam bilik siang malam. Idok makan idok minum. Udoh masuk 2 haghi. Bile mok pujuk-pujuk, Siah Gebu bukok bilik. Bile mok masuk.. Siah Gebu peluk mok. Siah Gebu teghoyok kekuat. Siah Gebu kabo[beritahu] ke mok.. die idok peghonoh[pernah] 'anu' ngan sesape. Siah Gebu angkat tangan besumpoh.. Siah Gebu ade ngadu peghut die udoh mule sakit. Kengkadang amat-amat sakit. Mok tengok peghut Siah Gebu. Buncit baye bola. Mok pening. Dalam hati mok.. mok tertanye-tanye.. bunting ke idok Sian Gebu tu.. Lain macam buncitnye.. Aku tengok ayo mate mok meleleh.. Mok kesiankan Siah Gebu..

Akhirnye, sabo bapak si Siah Gebu sampei juge ke puncoknye. Die udoh tak tahan nanggung malu. Oghang kampung jahat mulut. Petang itu, sebelum megerib[maghrib].. bapak Siah Gebu mengamuk.  Pintu bilik Siah Gebu diteghajang. Bapak Siah Gebu pakse anoknye tu kabo sape jantan yang buat die jadi bunting. Siah Gebu teghoyok je. Bapak Siah Gebu sentap ghambut Siah Gebu. Idok cukup lagi.. Siah Gebu dipukui betubi-tubi. Siah Gebu meghaung[meraung]. Oghang kampung seko pun idok beghani campor. Memasing takut. Bapak Siah Gebu tendang mane-mane bende yang ade kat dalam ghumoh deme. Bapaknye datang lagi ke Siah Gebu.. penumbuk jantan hinggap ke muke Siah Gebu. Peghutnye ditendang. Siah Gebu pengsan.

Keadaan jadi kelam kabut. Bapak Siah Gebu pun terpempan. Die tetibe meghaung[meraung] manggil name Siah Gebu. Siah Gebu cepat-cepat diangkut ke hospital Kuala Kangsar. Di sane, Siah Gebu dimasuk ke wad kecemasan. Kejap je.. Kendian ambulan bawok pulok die ke Taiping. Di Taiping, Siah Gebu teghuih dibedoh. Daghoh[darah] banyok keluor ikut punggung Siah Gebu. Bile dibedah.. doktor keluorkan ketumbuhan yang beso daghi dalam peghut Siah Gebu. Kate deme yang nengok, ketumbuhan tu kecik sikit daghi buoh betik mude. Dan.. maknenye, Siah Gebu idok bunting !..

"janganlah kamu berburuk sangka.. sesungguhnya, kebanyakan buruk sangka itu adalah dusta dan berdosa.."
Sekian..

Khamis, 6 Disember 2012

Aku.. Mak.. Abah..

Satu haghi.. musim deghoyan.. lepaih asor..
Aku ngan mok duduk juntei kaki kat muke pintu dapor. Mok bancoh kopi pekat dalam gelah[gelas] beso. Keme belabun. Mok potong kuku pakei batu reza[razor blade] tumpui yang mok ambik daghi piso[pisau] cukor aboh. Mok idok gheti[tahu] makei ketik kuku. Susoh.. kate mok. Memang gitu la mok potong kuku sejok mok kecik. 

Aboh tengoh ngelewor[merayau] bawoh pokok deghoyan. Tadi aboh dengor ade deghoyan yang gugup[jatuh]. Aboh pakei kain pelikat kotok-kotok. Aboh ikat kekuat. Aboh gulong sampei pangkei lutut. Aboh pakei baju perok[singlet pagoda]. Die jaghang idok bebaju macam aku.

Mok tengok aboh. Aku tengok aboh. Kate mok, aboh baik. Cume kengkadang mok ghadang[marah] juge ngan aboh. Ate.. aboh pun satu.. selalu juge bengken[garang] idok memasei. Mok kabo ke aku, aboh udoh puaih]puas] idup susoh nok besorkan aku ngan abang-abang. Dulu mok ngan aboh selalu sindior di oghang kampong. Deme getek[menyampah] bile aboh ngan mok tetap juge nok sekolahkan anok-anok.. idok sedor dighi, kate dideme. Idup kaih pagi makan pagi.. nokkkk juge nyekolahkan neanok[anak-anakla tuh..].. Tapi sekaghang nampok la susoh payoh mok aboh bebaloi. Mok aboh udoh bulih bangge ngan anok-anoknye..

Mok tengok aboh lagi. Aku pun tengok aboh lagi. Tetibe keme dengor bunyi ghanting[ranting] patoh. Daun kene timpe. Itu tande deghoyan lughuh[luruh]. Aboh di bawoh pokok..!! 

"Bukk..!!.."

Deghoyan timpe tepat ke bahu aboh. Mok bangkit. Aku melompat bedighi[berdiri]. Muke mok pucat. Keme tengok aboh jatuh telentang. Cepat-cepat aku lompat ke laman. Belum sampei 3 langkoh... aku tengok aboh udoh tegok bedighi. Tangan kanan aboh jinjit deghoyan baye buah nyior. Aboh kibah-kibah[mengibas] bahu die ngan tangan. Aboh jalan lagi. Aboh ceghoye[mencari] deghoyan lagi.. Aku tengok ke mok. Mok nyongin[senyum] pahtu ngekek[ketawa berdekah] suke. Aku garu kepale. Sudohnye, aku pun ngekek same.

"Itu la pulok lebihnye aboh kamu.. Yang tak ade pade kamu..". Mok pun melangkoh ke dapur.. Aku tengok aboh lagi. Due-due beloh tangan aboh ade deghoyan. Dalam ati.. ade kagum aku pade aboh..

ai lab biu la aboh !!! hihihi...

Isnin, 3 Disember 2012

Fred.. Bahagian 2

Fred.. Bahagian 1

5 tahun berlalu ( Januari 2012) :
Ditakdirkan Allah.. aku menjejakkan kaki ke daerah kelahiran Fred. Hendak aku mencarinya aku tidak punya sebarang panduan untuk itu. Dalam hati aku berdoa.. Allah menakdirkan aku ke sini, maka hendaknya biarlah Allah menakdirkan kami kembali bertemu. Aku sebak kerana sentiasa mengingatinya. Bagaimanalah agaknya dia sekarang ?. 

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. Sebuah motosikal buruk parkir betul-betul di hadapan aku. Penunggangnya berdiri kaku memandang ke wajahku. Pabila helmet dibuka.. Fred !. Sukar digambarkan perasaan aku ketika itu. Ada gembira ada sayu. Dia tidak seperti yang aku lepaskan dulu. Pakaiannya amat lusuh. Raut mukanya menggambarkan keperitan hidupnya. Tubuhnya kurus. Kulitnya gelap. Aku simpankan rasa sedih dalam-dalam di hati. Pertemuan itu pun  terlalu singkat. Kami berjanji untuk bertemu lagi malam itu. "Aku belanja kamu..".

Malam itu aku menunggu Fred. Aku berniat untuk memberikan sedikit sumbangan untuknya. Malah aku bercadang untuk mempelawa Fred kembali ke semenanjung. Aku pasti akan membantunya. Ya.. untuk kali ke-2. Dan kali ini aku akan lebih membantu. Tapi Fred tidak muncul. Aku bingung. Fred tidak punya telefon bimbit. Jadi.. bagaimana ?. Aku terus menunggu. Menunggu hingga ke lewat malam. Berbagai-bagai perkara aku fikirkan. Aku cuba bersangka baik. Namun kecewa tetap mendominasi. Esok sebelum tengah hari aku terpaksa pulang.

Pada esok paginya, aku masih menunggu. Aku terlalu mengharap. Sangat mengharap. Aku bimbang  aku tidak berpeluang untuk bertemu Fred lagi. Aku kecewa Fred mungkir janji. Adakah dia sudah tidak punya rasa kasih seorang adik juga sahabat pada aku. Atau, keluarganya menghalang kerana bimbang Fred dipengaruhi untuk menganuti Islam (seperti yang aku tahu - alasan yang menyebabkan Fred kembali 5 tahun yang lalu)?. Kesilapan aku, aku tidak pun bertanya tentang tempat tinggalnya kelmarin. Fred menoreh getah di bukit belakang rumahnya, itu aku tahu. Tapi di mana rumah Fred ?. 

Tepat jam 10 pagi, teksi datang menjemput aku ke air port. Sepanjang jalan aku tercari-cari kelibat Fred. Aku mengharap terus. Seribu kekesalan dan persoalan menghantui. Di mana kamu Fred ?!!...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>:

April 2012 :
Sekali lagi aku ke sini - di daerah Fred. Aku nekad untuk mencarinya. Panduannya ialah kilang papan tempat Fred bekerja 7 tahun dahulu. Tempat di mana aku dan Fred berjumpa untuk pertama kali. Apabila masa terluang, aku terus menuju ke kilang itu dengan kereta yang kusewa. Kilang papan itu tetap begitu. Tiada sebarang perubahan. Aku cuba mencari siapa-siapa yang mungkin mengenali Fred. Syukur. Ramai yang mengenalinya. Kebetulan juga, adik Fred yang berusia 17 tahun turut bekerja di situ. Tanpa berbasa-basi aku bertanyakan Fred.

"Abang.. Ituk(panggil untuk Fred) tak dapat jumpa abang malam tu..". Kemudian, dia diam agak lama sebelum menyambung kata. "Ituk terpaksa hantar abang ipar kami ke Tuaran. Memang dia marah sebab bimbang tak sempat jumpa abang. Hujan lebat malam tu. Kami percaya Ituk bawa motor terlalu laju. Dia ada kata, dia tak mahu abang tertunggu-tunggu.. Ituk.. Ituk kemalangan, bang".

"Ya Allah.. Dia bagaimana ?".

"Dia parah. Keesokan harinya, pagi.. Ituk meninggal". Adik Fred mengalirkan air matanya. Aku pula kaget dan berasa begitu sukar menerima berita itu. Sedayanya aku cuba menahan air mata. Aku memeluk erat tubuh adik Fred. Kenyataan ini terlalu pedih..

"Abang.. Ituk terlalu gembira dapat jumpa abang hari tu. Ituk tak putus-putus sebut nama abang. Kata Ituk, abang adalah satu-satunya manusia yang paling baik yang pernah dia ada..". 

Aku kehilangan suara. Sebaik tubuh kuhenyak ke dalam kereta.. aku menangis semahunya.. FRED, AKU SAYANG KAMU..! MAAFKANLAH AKU....

Ahad, 2 Disember 2012

Fred.. bahagian 1

CATATAN PERIBADI YANG TERTANGGUH SEKIAN LAMA..

Yakin aku bahawa Fred[Fredeley] adalah satu-satunya kawan bukan Melayu bukan Islam yang paling rapat dengan aku. Usia Fred baru 18 tahun. Aku lebih tua. Dipanggilnya aku ini 'abang'. Atas dasar simpati kerana kesusahan hidupnya, aku bawa dia tinggal bersama aku. Di sini aku berazam untuk memberi kehidupan baru buatnya. Aku carikan dia kerja yang sepadan dengan kelulusannya yang setakat tingkatan 4 itu. Agak bertuah kerana dia berjaya mendapat kerja yang upahnya agak lumayan.

Untuk bulan-bulan yang pertama, aku sara makan minumnya. Aku belikan 3 helai baju dan sehelai jeans. Aku mengubah penampilannya. Mujur dia terlalu mendengar kata. Aku baiki motor yang begitu lama tersadai. Aku tidak sanggup melihat dia berbasikal ke tempat kerja. Aku siramkan motivasi agar dia kuat dan gigih merubah hidup. Dalam waktu yang sama aku perkenalkan cara hidup Islam kepadanya. Dia begitu tertarik, namun hidayah itu hak Allah. Waktu hari lahirnya, aku hadiahi Fred sebuah gitar yang menjadi kegemarannya. Juga sebuah telefon bimbit. Aku sediakan kek besar untuknya. Malam itu aku melihat air matanya mengalir. Spontan dia memeluk aku. "Abang.. terima kasih.. Ini kali pertama hari lahir saya disambut..".

Hari demi hari kami semakin rapat. Aku menganggapnya seperti adikku sendiri. Kebetulan juga aku tidak punya adik dalam hidup aku. Fred seorang yang tahu menghargai dan menghormati. Tidak pernah membantah. Tidak pernah berasa hati dengan teguran demi teguran yang terkadang agak kasar aku lemparkan. Barangkali Fred faham. Faham bahawa aku ikhlas terhadap dia.

Selepas 2 tahun, suatu hari dia memberitahu aku bahawa dia perlu pulang ke Sabah. Ibu bapanya sangat mendesak. Dan yang paling mengejutkan, dia mungkin tidak kembali lagi ke sini. Aku terdiam. Aku tidak punya hak untuk menghalang. Lalu, dengan hati yang berat aku terpaksa mengizinkannya. Waktu dia berangkat pulang ke Sabah, dia hanya diam. Aku tahu dia kesedihan..

Bersambung..