Dua tiga hari ni, kerja agak banyak. Bekerja perlu ada kerja. Bekerja tanpa kerja bikin aku jadi 'letih', bosan, malas dan bingung. Bukan bermaksud aku ini rajin. Tidak. Cuma aku katakan bila waktu bekerja perlulah ada kerja. Kerja dan kesibukan menjadikan aku terasa bermakna, hidup dan 'kuat'. Biasanya bila aku bekerja tanpa kerja, mulalah aku mengganggu kawan. Ini yang buruknya .
Aku paling suka bila aku kelapangan.. kawan-kawan pula ada kerja yang mahu diperbuat. Itulah masa untuk aku menghulurkan tangan membantu mana-mana yang patut. Dan itulah masa, aku berpeluang membalas jasa dan budi kawan-kawan (yang tentu saja pernah aku terima daripada mereka). Membantu kawan suatu kepuasan yang tersendiri. Jika kurang percaya.. cubalah.
Lagipun aku percaya dan yakin... apabila kita permudahkan orang lain, nescaya urusan kita juga akan dipermudahkan oleh Allah. Cuma janganlah pula membantu kerana terlalu mengharapkan ganjaran daripada Allah. Bukan tidak boleh. Boleh.. tentu sahaja boleh. Tapi alangkah manis jika kita membantu itu adalah atas 'tahu' bahawa membantu itu adalah suatu ibadah... wallahhu'alam..
1 ulasan:
betoi tu CHor......
menyenangkan keje oghang lain....
Insyallah dilain mase keje kite pun dipermudahkan....
P/S: Bekerja tanpa kerja tu macam dok sehaghi suntuk kat keghusi...... tapi takde keghoje ke CHor???
Catat Ulasan