Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Ahad, 3 Oktober 2010

Utopia Impian..

Gambar yang menyentuh hati aku ini, aku peroleh daripada 'wall' facebook seorang rakanku di Terengganu. Gambar  ini memaparkan lautan manusia (Cina Muslim)  di China sedang menunaikan solat sunat aidil fitri di sebuah lebuh raya di negara itu. Tiada sebarang ulasan yg aku beri pada wallnya itu. Barangkali kerana ruang yang terlalu terhad membuatkan aku kurang berminat untuk meninggalkan ulasan di situ.

Aku gunakan frasa 'utopia impian' sebagai tajuk catatan aku ini.  Dari segi bahasa, 'utopia' membawa maksud sebuah negara atau masyarakat atau sistem pemerintahan yang ideal dan sangat sempurna. Dan kerana ideal dan kesempurnaan itu pula akhirnya tidak memungkinkan ia terjadi... Anda bersetuju ?

Pada pandangan aku yang serba kerdil ini, aku yakin bahawa pemberi makna bagi istilah ini dahulunya terlupa akan masyarakat sempurna pada zaman Rasullullah s.a.w. Dia terlupakan zaman Khalifah Ar-Rasyidin berempat  yang agung. Terlupakan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Malah terlupa juga akan hebatnya masyarakat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka zaman Sultan Alauddin Riayat Shah. Andainya dia mengetahui, sudah tentu frasa "  tidak mungkin terjadi"    itu tidak digunakannya.  

Sewaktu kali pertama kali aku melihat foto yang indah itu, hati kecilku berbisik, bilakah ia akan terjadi pula di sini di tanah tumpah darahku ini ?.   Apakah perjuangan menegakkan bangsa memungkinkan impian ku menjadi nyata ?. Atau... aku, engkau dan kita mesti beralih kepada perjuangan menegakkan agama  Allah dengan kadar segera ? Ironinya, aku belum pernah terjumpa walau sepatah katapun bahawa Rasullullah s.a.w dahulunya memperjuangkan bangsa Arab. Tunjukkan padaku.... jika ada.

Namun aku pernah dan selalu terjumpa juga mendengar ayat ini... "   Tegak dan bangunkanlah agama Allah, nescaya Allah akan tegak dan bangunkan kaummu...".  . Ini janji Allah. Allah tidak akan pernah berdusta. Maka, apakah lagi pilihan kita ? Tepuklah dada... tanyalah iman.. Wallah hua'lam...

Apakah yang kalian fikir akan berlaku sekiranya pada hari ini ada pihak yang ingin menganjurkan program seperti ini di negara kita ... ??  Aku punya jawapan. Kalian juga tentu punya jawapan.  Jom kongsi nak ? ....

10 ulasan:

tinuj berkata...

Salam yop,

Tebio belakang tulisan mike kaliini ghone ijo make faham le maksud utopiatu.

ankeljonni berkata...

Ramai tu.... memang ramai...

sharouk berkata...

Nampak sangat Islam akan kembali bangkit makin hampir. Semoga kita tak terlepas sebagai pendokongnya

kelisa_samudera berkata...

kalo ade oghang nak nganjor bende ni kat malaysia rasanye tak jadi ape yop. tapi syaratnye kene pakey baju biru semua, pastu dtg semayang dapat kain pelekat sorang selai. kalo yg menganjornye kaler ijo, ade le yg keluar fatwa haram semayang ateh highway sebab mesejid dah banyok kat malaysia ni.

kalo tak caye tgk le. kekekekke

shahrilhakime berkata...

Insyallah....
hendaknye macam tu le......
bio Islam tertegak di Perak, Malaysia,Asia Tenggara, Dunia semuenye...
dalam betoi le maksud CHor kite kali ni...

a.samad jaafar berkata...

kelisa.. slap2 dikate dideme..sesat.. mnunjuk2...

a.samad jaafar berkata...

sharouk n D-08...
moge sebelum kite tutup mate, dptlah islam dimartabatkan d negaghe kite nih...

a.samad jaafar berkata...

Tinuj : eh...teman idok peghasan pulok hihihi

a.samad jaafar berkata...

En Gorilla : komen mike memang beh..hihihi..mampuih aku !

Unknown berkata...

kalo kat mesia semayang kat hiway.. mau nyer fru dtg nyembor dulu.... kuikuikui... lebih2 lagi kalo bulan yg jd penganjur..