Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 13 Januari 2011

PERSAHABATAN

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri.


Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.


Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang laksana besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai-bagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa yang dirasanya kurang 'betul'. Bukan membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya akan berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat menuntut usaha pemeliharaan daripada kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita mengharapkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diharapkan oleh sahabatnya.

Tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Setiap orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah waktu terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tidak bisa memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **



sekian..

15 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Sesungguhnya...sahabat yang baik adalah sebahagian daripada rezeki...

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Yop...

sahabat ialah mereka yang membenarkan bila kita berkata benar dan bukan yang sentiasa membenar2kan walaupun kita melakukan kesalahan. :)

eMMe berkata...

Salam Yop,
Salam Jumaat, moga dirahmati Allah sentiasa
Saya sayang sahabat blog saya...
moga persahabatan kekal selamanya..

shahrilhakime berkata...

Salam Chor...
payah ndak dapat sahabat CHor......
ape lagi yang bulih berkongsi susah senang dengan kite.....
dapat kawan ghamei leee.....
dapat pulak jenih yang membelit kawan pulak tuuu....

dwatyKNY berkata...

ler... tayang punggung la palk??? hehehehe

a.samad jaafar berkata...

dwaty...err..adakah aku tersilap ??

a.samad jaafar berkata...

D_08 : mike mcm oghang kecewa je teman tengok.. ngape yeop ?? mun nok kongsi bulih je ngan teman..sungguh ni.. e-mail kat teman.. teman sudi mendengar dan berkongsi..malah teman rasa dihargai..

a.samad jaafar berkata...

eMMe : teman pun..terutamanya mike le hihihi.. tp udoh jaghang betandang..lepaih mentua sakit..isteri teman pulok le ni sakit2..

a.samad jaafar berkata...

w.salam kakakku kakcik..suka ngan ulasan kakcik ta..

a.samad jaafar berkata...

cklah@xiiinam..alhamdulillah..saya dikurniakan rezki dalam hal ni..

eMMe berkata...

yop~sabar dgn ujian dari Allah, kene kuat kan semangat...mE doakan kesihatan keluarga yop Mad...

wahida berkata...

salam, lama x singgah sini, sekali tgk dah tukar cat baru dan langsir baru...merah menyala u...mmg nafas baru...

SINGALAUTMETRO berkata...

yeop...kawan yang baik ialah sahabat yang baik. Dia meminjamkan tangisnya ketika kita berduka.

Admin berkata...

Aku pernah mempunyai kawan sejati semasa di perantauan yang sekarang entah di mana,khabar terakhir masih di USA

fiqas berkata...

sahabat yang baik sentiasa bersedia untuk susah dan senang sahabatnya...