Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahawa pada anjing terdapat sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.
1. anjing sentiasa lapar dan jarang makan sampai kenyang
menyamai sifat-sifat orang yang soleh
2. tidak mempunyai tempat yang tetap dan berpindah randah mengikut keperluannya
menyamai sifat orang yang bertawakkal kepada Allah
3. tidak tidur pada waktu malam melainkan sedikit sahaja. Anjing sentiasa berjaga-jaga
menyamai sifat orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana munajat kepada Allah
4. jika mati tidak meninggalkan apa-apa yang perlu diwarisi dan tidak pula mewariskan
menyamai sifat-sifat hamba yang zuhud
5. tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan diri sekalipun dipukul atau dimarahi
menyamai tanda-tanda yang dimiliki para murid yang siddiqin yang sedang menuntut ilmu kerana mereka ini tidak akan marah dan tidak merajuk walaupun dipukul dan diuji dengan pelbagai ujian.
6. lebih redha dan suka bertempat di tanah, tidur di atas tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah darpada manusia.
menyamai sifat orang yang tawaduk, merendah diri dan tidak sombong
7. jika tempatnya diambil alih atau diletakkan sesuatu benda lain, anjing akan berpindah ke tempat lain tanpa berasa marah atau berdendam.
menyamai sifat hamba yang redha dengan bahagian yang ditakdirkan untuknya.
8. jika dipukul, dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan, anjing menerimanya
menyamai sifat hamba Allah yang khusyuk
9. jika melihat orang makan, anjing hanya melihat dari jauh, tidak meminta-minta atau mengganggu. Diberi diambilnya, dan jika tidak diberi, anjing akan diam sahaja.
menyamai sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah
10. jika berjalan atau pergi dari tempat asalnya, anjing tidak akan asyik menoleh-noleh ke belakang
menyamai sifat hamba yang tetap pendiriannya..
...... tiba-tiba terasa diri adalah makhluk yang hina...
3 ulasan:
banyak betul sifat2 yang boleh kita jadikan rujukan dan amalan kita...info yang menarik...first time jumpa info cam ni...
sama macam Fiqas..
baru TK tau..
emm..
lebih molek perangai ia dr kita..
terkedu jap..
Salam Yob Samad, tu dia kita tak setawadhuk cam anjing, jgn kita nak bangga dan riak. Yob Mad, boleh singgah sekali-sekala jer ni. Tiket balik memang dah beli return. Ni dah ada kat Laut Hitam balik, Mr T dah gi Iraq semula. Nanti senang2 akak update gak. Bukan tak buleh langsung. Salam kat orang rumoh!
Catat Ulasan