7 keajaiban setelah menangis
Siapa kata menangis tak ada gunanya ? Menangis dalam tempoh yang lama memang boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi kita juga harus tahu, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata mampu menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran.
Dikutip daripada Beliefnet, berikut dinyatakan 7 keajaiban yang kita dapat setelah menangis dan berair mata.
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang biasanya membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang dikenali sebagai lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam masa 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis akan dapat menurunkan darjah/level depresinya kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan daripada menangis kerana emosi mengandung 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan tersalah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melaui mata.
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis dapat mengurangi stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang itu membangunkan sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang dapat memberikan dukungan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasakan demikian. Meskipun kita didera oleh berbagai-bagai masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan yang lega.
Setelah menangis, sistem limpa, otak dan jantung akan menjadi lebih lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Maka, keluarkanlah masalah di jiwa dengan cara menangis, jangan dipendam kerana kita boleh sahaja menangis semahunya...
Jadi, tidak apa-apa kalau sesekali menangis kan ?.
7 ulasan:
Menangeh takpe chor....teghoyak dengamn ngobak je yang tak bagoih.....buat oghang sakit jiwe ....
baguslah menangis camtu ye...?aku menangis bila tengok cite hindustan..kui kui kui...
Kakcik juga telah menangis dengan sesungguhnya hari ini sehingga sakit kepala - tapi tak mengapa, akhirnya kakcik lega sendiri....
org menangis sebab sedih. tak boleh ke kalo kita saja2 nak menangis sebab nak keluarkan racun dari tubuh? huhuu. susah to yobbb.
nangis bile lame tak nangis, sebab2 nye tak pasti kenape, tetibe rasa nak nangis! kalo puas beringke gelak2 je, suke2 sgt! leh jadi nangis kan?
malu bila orang tngok TK menangis..
tp mmg betul, lepas nangis rasa lega sngt..
camtu ek? tak sia sia la ye saya menangis nih? ada rahmat rupanya .. :)
Catat Ulasan