Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 21 Februari 2011

Lelaki yang melahirkan 'kembarnya'.. Sanju Bhagat



Inilah kisah paling aneh pernah aku baca.. Apa pula pandangan kalian.. ??



Aneh tapi nyata.. Perut Bhagat terlihat seperti wanita yang hamil sembilan bulan. Buncit dan seperti hampir untuk bersalin. Padahal dia lelaki. Pemuda ini berasal dari kota Nagpur, India. Akhirnya, akibat tidak tahan menderita kesakitan, dia pergi mendapatkan rawatan doktor. Awalnya doktor mengatakan itu adalah tumor, namun setelah dilakukan pembedahan, sesuatu yang menakjubkan keluar dari perut Bhagat, yakni seorang bayi.

“Pada awal pembedahan, banyak cairan yang keluar dan tumpah, tapi kemudian sesuatu yang luar biasa terjadi, perlahan - lahan muncul satu demi satu... bermula dengan munculnya rambut, rahang, dan anggota tubuh,” lapor doktor yang mengetuai pembedahan itu. Bayi yang berada di dalam perutnya itu dipercayai, sebenarnya adalah saudara kembar Bhagat. Bagaimana saudara kembar berada dalam perut saudaranya ?.

Seperti wanita hamil, Bhagat pun ketika masih ‘hamil’ memiliki nafsu makan yang amat kuat. Itu dimaklumi kerana dia makan dua kali ukuran biasa untuk menghidupi saudara kembar di dalam perutnya. Menurut doktor, apa yang dialami oleh Bhagat merupakan keajaiban yang amat luar biasa. Janin bayi kembar terperangkap di dalam perutnya !

Janin yang terperangkap itu pula, mampu terus hidup dan bersifat sebagai parasit. Sekiranya dibiarkan terus membesar, ia akan membunuh si Bhagat. Sebab itulah doktor harus segera mengeluarkan janin parasit itu dari perutnya.

6 ulasan:

toyolkiut berkata...

mmg ajaib kn..
kembarnya hidup pulak tu, lbh dr tempoh ibu hamil dlm perut tu..
tp mana gmbarnye?
nk tngok jg twin tu..

kelisa_samudera berkata...

ade gambor tak mad?

Unknown berkata...

xde ke gambor, bila tarikh kejadian?

cikceriacorner berkata...

a'ah la..ajaib..

subhannaallah..kuasa Allah kan..:)

fiqas berkata...

kuasa tuhan... tak tercapai dek akal kita..

fiqas berkata...

kuasa allah, tak tercapai dek akal kita utk mikirkan nya..