7 keajaiban setelah menangis


Siapa kata menangis tak ada gunanya ? Menangis dalam tempoh yang lama memang boleh menyebabkan mata merah dan bengkak. Tapi kita juga harus tahu, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata mampu menjadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. 
Dikutip daripada Beliefnet, berikut dinyatakan 7 keajaiban yang kita dapat setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang biasanya membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria secara semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang dikenali sebagai lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam masa 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis akan dapat menurunkan darjah/level depresinya kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan daripada menangis kerana emosi mengandung 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan daripada iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan tersalah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melaui mata.

5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis dapat mengurangi stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang itu membangunkan sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang dapat memberikan dukungan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan  bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasakan demikian. Meskipun kita didera oleh berbagai-bagai masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan yang lega.
Setelah menangis, sistem limpa, otak dan jantung akan menjadi lebih lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Maka, keluarkanlah masalah di  jiwa dengan cara menangis, jangan dipendam kerana kita boleh sahaja menangis semahunya...
Jadi, tidak apa-apa kalau sesekali menangis kan ?.