Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 5 Mac 2011

Asal-usul Perkataan Melayu.. ??

Agak lama juga masa yang aku ambil untuk mengesan daripada mana asalnya perkataan 'Melayu' ini. Hampir dua tahun. 'Ketuanan Melayu' banyak lah.. hihihi.. Malangnya, aku yakin bahawa yang selalu terjerit-jerit menyebut ketuanan Melayu itu pun belum tentu tahu dan faham akan apa yang dipekik jeritnya itu. Tanya lah.. 'Beriya-iya benar mendabik dada kononnya ketuanan Melayu harus, malah wajib dijunjung dan dipertahankan tapi pabila kutanya pekerjaannya.. Rupanya seorang pekerja di sebuah syarikat milik berbangsa Cina. Jika begitu, untuk diri dia.. siapakah tuannya ? Sering aku melihat mereka yang kononnya sanggup mempertaruhkan darah demi ketuanan Melayu, enak menghirup kuah mi hailam panas di Restoran Siang Nong... Ahh.. aku jadi bingung !
Aku malas untuk mengulas isu ketuanan Melayu itu. Aku menjunjung tegap 'Ketuanan Islam'.. Bukankah Rasulullah  s.a.w  sendiri, jelas menentang fahaman kebangsaan dan kesukuan ?  Dan, kalau bukan Rasullullah yang wajib diikut, siapa lagi ? Kamel Atartuk ..?? Silakan..
Dahulu... Aku agak kecewa dengan perkataan 'Melayu' itu. Seakan-akan perkataan itu dibentuk daripada kata dasar/adjektif  'layu'.. dan diberikan pula imbuhan 'me..'. Aduh.. mengapa begitu ? Perkataan 'layu' itu sendiri sudah cukup merimaskan. Apabila ditambah 'me..', maka maknanya 'menjadi layu'... Alamak ! Apakah ini bermaksud, kita ini adalah bangsa yang 'layu' dan terus-menerus 'menjadi layu' ? Lalu aku tercari-cari.. Siapakah yang begitu 'bijak' menggelarkan kita ini Bangsa Melayu.. ? Akhirnya, dua hari yang lalu aku ketemu jawapannya.. Ternyata betapa bodohnya aku.. Aku tersilap !
Sumber pertama mengatakan...
"Perkataan Melayu sebenarnya berasal dari bahasa Sanskrit, Malaya atau Malai, yang bermaksud Gunung; dan Gunung itu pula ialah perkataan Melayu moden untuk perkataan purbanya Pnom. Marco Polo (pengembara Itali 1254-1323) merujuk bangsa atau bahasa Melayu sebagai Malaiur.
Catatan pegawai Portugis di Melaka, de Eradia seorang ahli matematik keturunan Melayu pada sekitar 1600, merujuk bahasa di Melaka sebagai Malaio; manakala catatan China sejak abad ke-6 lagi menyebutnya sebagai Mo-lo-yu, Molo-yoou dan Mo-lo-yeu.."
Sumber kedua pula menyebut...
Pada masa dahulu, kawasan-kawasan pantai Tanah Melayu dan Sumatera didiami oleh satu kumpulan manusia yang dipanggil bangsa Jakun. Budaya hidup kumpulan ini tidaklah seperti kaum-kaum lain yang selalunya suka tinggal di kawasan-kawasan pedalaman. Bangsa Jakun jauh lebih maju daripada kaum-kaum yang lain. Mereka tinggal berkampung halaman dan mempunyai ketua. Untuk mencari rezeki, mereka bercucuk tanam dan menjadi nelayan. Mereka mahir membuat serta menggunakan perahu dan sanggup mengembara ke kawasan-kawasan yang jauh.
Pada abad Masehi, orang-orang India yang beragama Hindu menjelajah ke kawasan-kawasan kepulauan Melayu untuk berniaga. Sebilangan daripada mereka tinggal menetap di kawasan-kawasan tersebut. Mereka mendirikan rumahtangga dan hidup bercampur gaul dengan orang-orang tempatan yang berbangsa Jakun. Keluarga-keluarga tersebut kemudiannya melahirkan anak-anak yang membentuk sekumpulan manusia yang baharu, dengan gaya hidup mereka sendiri dan mempunyai identiti tersendiri.
Ahli-ahli kumpulan inilah yang menggelarkan diri mereka sebagai orang Melayu, yang membawa erti ' Orang-orang yang mulia"
*******************
Ohhh.. gitu... Tapi yang mana satu yang betul ? Biarlah.. kerana kedua-dua sumber itu sudah cukup menyenangkan hatiku. Dan mohon kemaafan atas kebodohan dan kesilapan aku yang lalu.. Aku harus membaca dengan lebih banyak selepas ini, kerana orang yang malas membaca dan mencari ilmu bakal mendedahkan diri kepada kebodohan, kejahilan dan kesilapan..
Wallah hu'alam...

17 ulasan:

amalhaj berkata...

ini dah boleh buat tesis nih. aper2 pon teman ngucapkan tahniah ateh kejayaan mike mencaghi makne melayu itu. teghima kasih pade mike nyebabkan teman tahu hel ini dan teman mohon dikongsi bersama.

ckLah @xiiinam berkata...

Kalau dalam bahasa Jawa, 'melayu' bermaksud lari.
Contoh ayat;
Bojoku melayu sengko ngomah!

Terjemahan;
Isteri saya lari dari rumah!

:D

toyolkiut berkata...

TK pun xtau hal2 gini, x pnh ambik cakna pulak..
tima kasih..
sangt menarik info nya..

Kakcik Seroja berkata...

Kakcik baru nak kata macam ckLah kata... :)

ankeljonni berkata...

huhuhu... terima kasih sbb membuka mata aku....

kelisa_samudera berkata...

cuba kamu bukak www.mistisfiles.blogspot.com. mungkin kamu akan jumpa dari masa asalnya melayu. tetapi pecayelah, blog itu sangat berat. aku sendiri tak hajab untuk membacenye.

Admin berkata...

semasa belajar dahulu,melayu berasal dari yunan dan peradapan melayu terawal di kemboja.Tersebarnya bangsa melayu sangat luas,dari hawaii hinga ke madagascar kerana ada persamaan bahasa yang di pakai.

Admin berkata...

susulan koment tadi saya pun rujuk kat googel,selalunya wikipedi tempat rujukan,maka terjumpalah ini:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu

a.samad jaafar berkata...

amalhaj.. mmg tujuan teman sebab nok bekongsi la pun.. tentu je ghamei yg idok tawu kan.. tp kesahihannya idok le teman bulih jamin yeop.. tejumpe dlm due buoh buku yg idok pulok disebut sumbernye..

a.samad jaafar berkata...

cikgu yg dihormati ckLah dan Kakakku kakcik.. hahaha.. mungkin betui juge tu.. sebab, ghamei juge org melyu gemo belaghi..laghi daghi tanggungjawab,laghi daghi keghoje,lagi daghi agama...errr..laghi ikut kekasih ???? hihihi..

a.samad jaafar berkata...

TK yg dihargai.. tujuannya adalah utk berkongsi bersama..

a.samad jaafar berkata...

abg jonni yg best.. selamat membuka mate kihkihkih..

a.samad jaafar berkata...

sahabatku kelisa.. teman idok berjaya mukok blog yg mike cadangkan tu..ada sebut makna 'Melayu' ke ?

a.samad jaafar berkata...

sahabat yg dihormati Joyiman.. saya sudah pun merujuk ke wiki tu.. byk maklumat baru cuma, tidak disebut makna perkataan melayu tu sendiri.. walaubagaimanapun, jika asal bangsa melayu benar2 berasal daripada Yunan, maknanya sumber kedua dlm catatan saya ini boleh kita pertikaikan..t kasih saudara.. komen saudara cukup bermutu dan berilmu..saya kagum dgn saudara..

POHPALEH BURGER berkata...

dari apa yang aku tau, melalui penyelidikan utk assignment yg pernah aku buat mengenai etnik, sumber kedua itu "mungkin tidak tepat/salah". ini kerana, orang2 india yang datang berdagang ke tanah melayu setelah wujudnya 'melayu' kerana perkahwinan campur mereka dengan diperkatakan dengan "orang melayu dan juga orang asli" bukan "orang asli"(jakun salah satu suku kaum asli). salah satu kaum yang terkenal dengan perkahwinan campur india + melayu/asli (kumpulan manusia baharu dgn identiti sendiri) ialah "chetti" (mereka bukanlah golongan peminjam wang seperti yang biasa kita ketahui) manakala kedatangan ajaran dan pengaruh hindu adalah lebih awal dengan kedatangan/penghijrahan sriwijaya.
=sekadar ingin berkongsi, betulkan jika tersalah=

POHPALEH BURGER berkata...

boleh lawati http://aridzwan.t35.com untuk kertas kerja etnik, kaum chetti.. digalakkan untuk upload bagi perkongsian ilmu.. tapi dilarang menyadurkan secara langsung..

Tanpa Nama berkata...

Saudara, 'malai oor' ataupun 'malaiur' adalah perkataan Tamil dan perkataan itu masih digunakan dalam bahasa Tamil hingga sekarang, bermaksud negeri/Negara berbukit/bergunung, merujuk kepada Gunung Jerai di Kedah. Bukan perkataan Sanskrit. malah perkataan Negara juga berasal dari bahasa Sanskrit/Tamil