Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Rabu, 27 April 2011

MIMPI

Tidur dan mimpi. Aku ini jarang bermimpi. Realitinya pun begitu. Barangkali  tidak banyak yang aku inginkan dalam hidup ini. Hanya mahukan ketenangan-bebas dari segala bentuk hutang.. Itu sahaja. Hidup bukan untuk bermimpi.. Aku pegang itu sungguh-sungguh...


Namun sesekali bermimpi, aku ingati benar.. Segalanya terkadang begitu hidup dan misteri sifatnya. Biarkan kukongsi satu untuk tafsiran kalian.. Boleh kan ?


...... aku berada di tebing anak sungai yang terlalu jernih airnya.. gerak airnya halus dan lembut.. di situ titi kayu kecil merentanginya.. lalu aku ke seberang.. sambil tancap mata tetap pada alir air yang mempersona.. sampai ke seberang.. aku berada pada satu kawasan yang luar biasa luasnya...rumput baldu berwarna kelabu..bagai aspal yang diturap cukup teliti.. kujamahi rumput kelabu.. terasa lembut sutera dan sedikit lembap.. aku sepertinya kebingungan memikirkan tempat yang dijejak.. ini di mana ?.. aku bangun melihat sekeliling.. dari rumput baldu muncul bunga-bunga yang tidak kukenal namanya.. merah-biru-jingga-kekuningan.. semuanya muncul secara perlahan.. aku dikelilingi bunga itu.. aku hanya tenang.. lalu aku pandang jauh ke hadapan.. di hujung sana suatu cahaya putih muncul.. cahaya yang cukup terang, namun tidak pula menyilaukan..bagai lampu limpah yang tersangat besar sifatnya..  yang seakan mengeluarkan suara memujuk aku ke sana.. aku pun melangkah .. 


.... saat itulah aku terbangun... ibu sedang menyiapkan juadah untuk kami bersahur... 

13 ulasan:

ewanthology berkata...

ermmm..apa ye maknanya tu

ckLah @xiiinam berkata...

Indah pemandangan dalam mimpi tu.Ada muzik latar tak?

Encik MamaT berkata...

nak tafsir ni kena buka kitab primbon jowo ni... ataupun kitab tajul muluk.. hahaha..

memandangkan bulan puasa barangkali.. apa yang pasti itu mungkin petanda baik... sebab bulan ramadhan bulan mulia... gguan syaitan pun kurang...

mungkin petanda samad mendapat kebahagiaan barangkali...

a.samad jaafar berkata...

delarocha..
t kasih sudi berkunjung ke sini..
err.. hanya mimpi !

a.samad jaafar berkata...

ckLah yg dihormati..
t kasih sudi ke sini lagi..

yang indah hanya mimpi..

muzik latar ?? lagu "GILA JuDI" M. Daud Kilau..hihihi..

a.samad jaafar berkata...

en mamat yang best!

entahlah mat woo..apa lagi yg kita harapkan dalam hidup yg singkat ini selain mengecap kebahagiaan kan ?

eMMe berkata...

wow...mimpi indah bestnye, walaupun dlm mimpi...dlm novel pun yea gak...malam nih tido nak mimpi indah la! heeee...

apple hijau berkata...

kehidupan tidak seindah mimpi
mimpi pun tidak sehebat kehidupan

tak dapat keindahan dlm kehidupan, dpt dlm mimpi indah pun jaaadi lah... hehehe...

ankeljonni berkata...

huhuhuhu... mimpi yg indh... apa maksudnya eh?

Cik SHiNJU berkata...

Org yang baik,dapat mimpi baik2 dan indah...

amirah berkata...

yob, kena rujuk pakar ni.saya bukan pakar mimpi, pakar bermimpi merepek2 mungkin..hehe..apa pun mimpi mainan tidur atau emosi/keadaan minda kita masih tgh brfikir2 kut..kalau org ngandung memng mimpi adlh benda biasa.mimpi bukan2 mmng biasa.yob, saya org karai bkn kg loh,rumah mak dkt dgn pekan karai, sbelah rail ketapi dkt2 ngan jmbtan..hehe

amirah berkata...

hahaha..haruskah saya mengaku?haha..ada dtg kenduri saya?sy kenai ke idok yob ni ek..kawan abg saya ke ni?rumah yang mana satu?kat loh ek

Tanpa Nama berkata...

saya selalu bermimpi..kdg2 mmpi seram yg mengarut2..adeh!