Tidur dan mimpi. Aku ini jarang bermimpi. Realitinya pun begitu. Barangkali tidak banyak yang aku inginkan dalam hidup ini. Hanya mahukan ketenangan-bebas dari segala bentuk hutang.. Itu sahaja. Hidup bukan untuk bermimpi.. Aku pegang itu sungguh-sungguh...
Namun sesekali bermimpi, aku ingati benar.. Segalanya terkadang begitu hidup dan misteri sifatnya. Biarkan kukongsi satu untuk tafsiran kalian.. Boleh kan ?
...... aku berada di tebing anak sungai yang terlalu jernih airnya.. gerak airnya halus dan lembut.. di situ titi kayu kecil merentanginya.. lalu aku ke seberang.. sambil tancap mata tetap pada alir air yang mempersona.. sampai ke seberang.. aku berada pada satu kawasan yang luar biasa luasnya...rumput baldu berwarna kelabu..bagai aspal yang diturap cukup teliti.. kujamahi rumput kelabu.. terasa lembut sutera dan sedikit lembap.. aku sepertinya kebingungan memikirkan tempat yang dijejak.. ini di mana ?.. aku bangun melihat sekeliling.. dari rumput baldu muncul bunga-bunga yang tidak kukenal namanya.. merah-biru-jingga-kekuningan.. semuanya muncul secara perlahan.. aku dikelilingi bunga itu.. aku hanya tenang.. lalu aku pandang jauh ke hadapan.. di hujung sana suatu cahaya putih muncul.. cahaya yang cukup terang, namun tidak pula menyilaukan..bagai lampu limpah yang tersangat besar sifatnya.. yang seakan mengeluarkan suara memujuk aku ke sana.. aku pun melangkah ..
.... saat itulah aku terbangun... ibu sedang menyiapkan juadah untuk kami bersahur...
13 ulasan:
ermmm..apa ye maknanya tu
Indah pemandangan dalam mimpi tu.Ada muzik latar tak?
nak tafsir ni kena buka kitab primbon jowo ni... ataupun kitab tajul muluk.. hahaha..
memandangkan bulan puasa barangkali.. apa yang pasti itu mungkin petanda baik... sebab bulan ramadhan bulan mulia... gguan syaitan pun kurang...
mungkin petanda samad mendapat kebahagiaan barangkali...
delarocha..
t kasih sudi berkunjung ke sini..
err.. hanya mimpi !
ckLah yg dihormati..
t kasih sudi ke sini lagi..
yang indah hanya mimpi..
muzik latar ?? lagu "GILA JuDI" M. Daud Kilau..hihihi..
en mamat yang best!
entahlah mat woo..apa lagi yg kita harapkan dalam hidup yg singkat ini selain mengecap kebahagiaan kan ?
wow...mimpi indah bestnye, walaupun dlm mimpi...dlm novel pun yea gak...malam nih tido nak mimpi indah la! heeee...
kehidupan tidak seindah mimpi
mimpi pun tidak sehebat kehidupan
tak dapat keindahan dlm kehidupan, dpt dlm mimpi indah pun jaaadi lah... hehehe...
huhuhuhu... mimpi yg indh... apa maksudnya eh?
Org yang baik,dapat mimpi baik2 dan indah...
yob, kena rujuk pakar ni.saya bukan pakar mimpi, pakar bermimpi merepek2 mungkin..hehe..apa pun mimpi mainan tidur atau emosi/keadaan minda kita masih tgh brfikir2 kut..kalau org ngandung memng mimpi adlh benda biasa.mimpi bukan2 mmng biasa.yob, saya org karai bkn kg loh,rumah mak dkt dgn pekan karai, sbelah rail ketapi dkt2 ngan jmbtan..hehe
hahaha..haruskah saya mengaku?haha..ada dtg kenduri saya?sy kenai ke idok yob ni ek..kawan abg saya ke ni?rumah yang mana satu?kat loh ek
saya selalu bermimpi..kdg2 mmpi seram yg mengarut2..adeh!
Catat Ulasan