Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Rabu, 7 Disember 2011

DIA DIMINTA BERSABAR...

Blogger Queenie said...


Salam adikku samad,


pejabat ugama kat sana apa gunanya?
kalau dah main buku lima, bukan ker ada tanda?
kan dah sempurna undang2 Islam dlm Quran utk wanita yg senasib isterinya?

tingat akak kes laki cincang bini masa subuh Ramadhan dulu, akt Perak jugak kan kalau tak silap?

tu kes, dah byk kali arwah isteri tu "mintak tolong/nyawa org ugama" agar dijauhkan dirinya dari lakinya yg mental, tp gila punya kerja org ugama kat sana, sampai siisteri mati baru puas hatinya...

ni bukan nak cari saper salah saper betul tp akak nak cakap benda betul...please lah org2 ugama...
December 3, 2011 4:24 PM


NOTA : CATATAN INI DIKONGSIKAN ATAS KEBENARAN PIHAK TERBABIT DENGAN TUJUAN MENJADI IKTIBAR KEPADA KITA SEMUA. TERIMA KASIH XXX KERANA SUDI BERCERITA..UNTUK PENGETAHUAN, XXX ADALAH SEORANG MUA'ALAF..

Di atas itu aku paparkan komen seorang kakak blogger yang membaca post aku yang bertajuk, "Aku katakan ITU PINCANG ! MUKTAMAD..". Komen itu adalah luahan ketidakpuasan hatinya terhadap peranan yang dimainkan oleh pihak Pejabat Agama Islam Daerah[PAID] dalam menangani masalah rumah tangga yang semakin kerap berlaku pada waktu ini.

Komen itu turut mengingatkan aku pada kes yang pernah berlaku kepada salah seorang saudara terdekat aku juga. Dalam kes saudara aku itu, terbukti PAID berjaya bertindak 'memainkan peranan' dalam  meneruskan penderitaannya. Dia seorang isteri yang malang. Sangat malang..! Maka, harus aku kalungkan ucapan TAHNIAH buat mereka.

Selain 'gantung tak bertali', dia diancam-didera fizikal mental-dihina-dimalukan tanpa henti oleh suaminya. Lalu mengadu dia ke PAID. Dia diminta bersabar. Usaha melepaskan diri dari suami durjana itu sentiasa bertemu pada jalan buntu. Dia seakan-akan dipermainkan. Tiada langsung kesungguhan yang dilakukan oleh pihak PAID dalam usaha membantunya. Dia diminta bersabar.

Pernah dia datang ke PAID dengan kesan cengkaman jari suaminya di pangkal leher.. Dia diminta bersabar. Harus menjalani sesi kaunseling kata mereka. Ya.. dia akur. Yang hadir hanya dia. Kes berpindah pula ke mahkamah. Turun naik tangga mahkamah yang berpuluh kilometer dari rumahnya. Dia tetap akur demi mendapatkan haknya. Dia benar-benar akur. Tapi yang hadir hanya dia. Tunda, tunda dan tunda.. tiada hujungnya. Dia diminta bersabar. Zikir PAID ini melelahkan !

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan melangkau tahun. Dia tetap dengan penderitaannya. Bagi suaminya, mudah sahaja dia dilepaskan asal sanggup sediakan  rm50,000.00 sebagai syarat. Suami peduli apa ? PAID umpama 'syaitan bisu' baginya. Saman ? Tangkap ? PAID tiada gigi !! Undang-undang yang ada bagai dicipta sebagai tongkat bagi lelaki. Dia kemudiannya hilang upaya dan berputus harap. Air mata kering sudah. Kembali berserah sepenuhnya kepada Allah...

Namun mereka akhirnya terpisah jua.. Bukan melalui undang-undang manusia tetapi ketentuan Allah. Khabar yang diterima, suatu pagi, tiba-tiba suaminya terjatuh dari tangga di sebuah rumah kenalannya. Kepala terhempas dengan kuat. Suaminya menghembuskan nafas terakhir sewaktu dikejarkan ke hospital. Walau bagaimanapun, berita kematian itu hanya sampai ke pengetahuan dia pada seminggu yang berikutnya. Berita itu disambut dengan tangis yang cukup mengharukan. Kemudian, hampir sebulan pula baru dapat dikesan letaknya pusara arwah. Yang paling menyentuh hati ialah, kedudukan pusara arwah terpesong dari arah kiblat !

SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT JUA HENDAK-NYA.. AL-FATIHAH...

12 ulasan:

Queenie berkata...

Salam adikku Samad...

akak digerakkan hati oleh Allah swt nak bukak blog pagi ni...baca ni pun kelamkabut sebab nak pi ziarah sedara yg dikatakan sedang kritikal di icu, mungkin akak takdr sini 2-3 hari...

akak komen simple dulu ya dik Mad.

1. terimakasih kongsi cerita/tunaikan janji

2. kat Perak ada satu hospital mental/jiwa kan? Mungkin pejabat ugama kat sana dibina smula bersebelahan ngan hosp jiwa tu so lenkali senang pegawainya nak hantar para suami mental ke situ. Jadi para isteri yg siuman tp teraniaya dpt teruskan hidup membesarkan anak-anak dgn tenang dan damai..

3. Alhamdulillah sedara dik Mad dah 'bebas' skrg..

dik Mad, akak kena pi skrg, jumpa lg nanti ya, doakan semuanya selamat ya dik, wassalam

Ayen... berkata...

pejabat agama oh pejabat agama.tp mgkin bkn kat perak je kot,kat tmpat lain pun lebih kurang jgk.tp mgkin bkn pejabat agama je yg begitu,jabatan lain pun lebih kurang jgk kot.kesimpulannya sikap manusia itu sendiri,lagi x kena kat batang idung sendiri mmg x sedar.klu idak xkan org ckp 'dah terangtuk baru nk tengadah' betul x?apa2 pun sama2laa kita ambik iktibar atas apa yg berlaku...

CintaZulaikha berkata...

akhirnya balasan yg diterima setimpal dgn apa yg dah dilakukan...kejam sungguh

Unknown berkata...

Assalamualaikum...
saya tak hairan perkara ini berlaku..sy pernah mengalaminya satu masa dulu...saya telah dijatuhkan talak di luar mahkamah..6,7 kali turun naik mahkamah, terkorban masa, tenaga dan duit..tp masalah tk selesai..akhirnya sy tarik semula tuntutan..redha pada Allah..namun Allah Maha Mendengar..akhirnya mslh sy selesai dgn pertolongan Allah jua.

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum Adikku Samad...

akhirnya selepas mencuba berkali-kali berjaya juga kakcik masuk ke sini.

Allah memeberi balasan dengan cara yang tersendiri...

kelisa_samudera berkata...

mad, kamu ape kabar ? udah sihat ke? lame aku idok bersinggah sini. ntoh le ape yg bizi sangat aku pun idak tawu.

eita berkata...

tak tahu nak komen apa...jadi kita baca je lah..

Misty Melor berkata...

Assalamualaikum encik samad =)

oh ya.. syikin cukup bnyk melihat kes begini...

kadang2 tak faham .. buat report kat polis pun tk blh membantu...

pergi ke pejabat agama .. disuruh kaunseling dan segalanya.. padahal dah patah riuk .. lebam2...

kesian tgok wanita terbabit...


kalau lelaki pon ada..

bini dah selingkuh sama warga asing...

ke pejabat agama.. suami di salahkan hingga isteri berzina ... suruh kaunseling .. duduk sekali balik...

ambil masa yg ckup lama untuk settle...

anak 2 org .. dah besar juga...

last2 anak di culik oleh bekas isteri...

kesian juga

~Sal Ismail~ berkata...

mendengar masalah & penderitaan yg ditanggung insan lain..buat sy rasa insaf..maha suci Allah..dia lebih mengetahui~

amirah berkata...

doa2 orang yg dizalimi memang didengari..insyaAllah

fiqas berkata...

tak tahu apa masalah orang2 dipejabat agama.. apakah mereka berada disitu semata2 kerana gaji?

Cikya berkata...

Innalillah, AstagfirUllah.

CIkMad,

mak saya pernah kerja kat rumah orang tua. kat situ jugak ada penempatan untuk masa dera rumah tangga.

kesian jugak. sebab dah berapa kali mintak tak lepas. fasakh.

kepincangan cikmad,
kadang, orang agama, lagi tahu tang agama, tak telus erti agama.

kita kena sedar, amanah benda terberat. kalau saya kerja jaga tang nikah cerai orang, saya tak sanggup tanggung dosa isteri/suami yg tersiksa kena dera, sampai dia meninggal dunia.

berat amanah tu...
kalau mereka maafkan saya takpa.
hutang dosa, tak kaya pahala nak bayar kat sana...
nauzubIllah.