Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Jumaat, 1 Oktober 2010

ANAK...Pengikat Kasih Terbukti

Mohon maaf kepada kaum isteri kerana catatan kali ini mungkin bakal menyinggung naluri halusnya. Namun, berlapang dada lah... kerana aku tidak berniat begitu....
                      ***************************

Lebih kurang 15 tahun yang lalu, saudara aku ini selalu mengeluh dengan ulah isterinya. Dia menjadi seorang pemurung. Dia rapat dengan salah seorang abangku. Maka, kepada abang aku itulah dia mengadu resah dan runsingnya. Kebetulan aku ini pula selalu bersama abang, jadi tentulah aku (meski tanpa mahu aku pun),  menjadi pengikut setia perkembangan dirinya. Aneh juga kerana di mata aku, apa kurangnya isteri yang cantik molek itu. Atau mungkin dia yang tidak kenal makna syukur... ?

Sebaik mengetahui isterinya hamil, dia mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah di bandar. Dia terlalu bersyukur dan gembira apabila isteri kesayangannya itu selamat melahirkan anak kembar perempuan yang sangat comel.  Sepanjang tempoh berpantang itu,  dialah yang menjaga isterinya bagaikan menatang minyak yang penuh. Kata-kata pujian dan kasih sayang tidak pernah lekang di bibirnya. Namun ujian perkahwinan melanda. Si isteri mulai berubah sikap.

Sikap menyantuni suami menyusut. Sejak meahirkan anaknya itu, dia enggan pulang ke kampung kami. Barangkali kerana terbiasa dilayan bagaikan puteri sewaktu berpantangnya dulu, sikap malasnya menjadi-jadi. Saudara aku itu terpaksa menguruskan rumah tangga dan anak-anak meskipun isterinya itu tidak bekerja. Sikap tidak tahu menghormati ibu kepada saudaraku itu ternyata benar-benar menyentuh hatinya. Saudaraku itu juga semakin 'keletihan' dalam menangani beban kerja di pejabat juga beban yang sedia menanti di rumah.  Demi kasih sayang sayang yang masih menebal, dia terus bersabar. Namun, kemurungan jelas terlihat pada wajahnya. 

Kini bisul kesabaran terus membengkak dan bernanah. Hanya menanti satu lagi 'duri' yang bakal meletus segala nanah dan darah.  Waktunya muncul jua akhirnya. Suatu petang ketika pulang dari kerja, saudaraku gagal menahan kesabarannya apabila melihat anaknya yang terkapar kelaparan di ruang tamu rumahnya. Seorang daripadanya menggigil dan bibirnya kebiruan kerana barangkali kelaparan yang amat sangat.  Memanglah dia tidak sempat menyediakan masakan pagi tadi kerana terlewat bangun. Tapi, bukankah isterinya ada di rumah ?

Waktu dia meluru ke bilik, isterinya sedang enak diulit mimpi.  Dia menangis. Dibiarkannya isteri terus melayan mimpi. Dia pulang ke kampung bersama anak kembarnya ketika itu juga. Mereka akhirnya disahkan berpisah dengan talak satu. Dan entah di mana silapnya, hak peliharaan anak jatuh ke tangan isterinya. Meskipun dia terlalu kecewa tetapi dia tetap akur dengan keputusan mahkamah. (Untuk pengetahuan, isterinya berasal daripada keluarga berada. Mungkin itulah yang telah mempengaruhi keputusan mahkamah. Wallahua'lam..)

Tiga tahun berikutnya,  saudara aku itu mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seorang gadis dari Kelantan.  Manakala bekas isterinya terus hidup menjanda. Meskipun tidaklah secantik bekas isterinya dahulu, namun kehidupannya begitu bahagia dan ceria. Mereka dikurniakan 2 orang anak lelaki dan seorang perempuan. Pada hari raya ketiga yang lalu, dia menjemput abang aku ke rumahnya. Aku turut serta dalam ziarah raya itu. Kerana lama tidak berjumpa, maka rancak benarlah kami bercerita. Tapi ada satu berita yang mengejutkan kami...

Dia telah mengambil keputusan untuk 'mengambil' kembali bekas isterinya. Apabila ditanya tentang respon isteri baharunya itu , dia dengan tenang mengatakan bahawa itu adalah idea daripada isterinya juga. Mereka kasihan  akan nasib anak-anak yang bagaikan terbiar tanpa ayahnya. Isteri baharunya itu pun tahu akan dalamnya kasih sayang saudaraku itu terhadap anak-anaknya. Bagaimana pula dengan respon bekas isterinya itu ?..... Bagaikan pucuk dicita.. segala ulam, petai, jering, geduak, kacang botol,blablabla...yang mendatang...!
UIisssssshhh.. ngape aku semakin 'kaku' bile menulih ngan bahase standard nih... !!!



11 ulasan:

eMMe berkata...

En Samad, sedara kawen dua ke?
baik la isteri baharu kasi kawen balik dgn bekas isteri dia...
susah kn nak jumpe wanita mcm tu la ni...mungkin itu yg terbaik utk hidup n masa depan sedara en Samad n familinye...

a.samad jaafar berkata...

setakat ceghite ni ditulis, tiada sebarang berite yg saya terima. Kalo jadi la..lucu jgk kan.. x pasal2 bekas isterinye jadi yg ke2...pada mata kasar semue ini krn anak..hakikatnya, mmg itulah kehendak takdir..

shahrilhakime berkata...

aiiiiikkkkkk...ade sambongan jugak ke ni CHor??? pandei dah mike ye......kalo awok dlm kes yg kat ateh tuuu....awok kawen die balik sempat nak ambik anak2 balik jee.....bini yg tu....lantak die leee

Unknown berkata...

susah yg jumpa isteri yg berhati mulia mcm si isteri kedua tu... semoga berbahagia lah deme sekeluarga.. jgn si isteri dulu amik kesempatan yg bukan2 udoh le...

tp kakyong sungguh x leh terima kalo mak2 yg sampai hati tak reti nak jaga makan pakai anak2 & suami... sbb itu adalah asasnya... kalo malas masak. beli ajer lauk di kedai.. yg penting makan pakai terjaga..

tinuj berkata...

Salam yop,

Usah heghan kawan teman pun ade belaku macamane tu tahun lepaih. Tapi ini masalah kesian tak ape bukan kerane gatei nak kawin banyak. Kalo nak kawain lain ambik petue beghok yang ponah teman ceghite ghitu.

a.samad jaafar berkata...

D_08 : Mike mengingatkan teman ttg citer sedaghe teman tu.. bulih ye ? Kughangkan ganah mike tuh..hihihi..
Kakyong : Selalunye isteri yg berkerjaya yg mcm tu..tp yg ni lain pula.. pelik jugak..takut nok komen lebih2 hihihi..
Tinuj : Teman dendamkan mike..lame jugak sohnye hihihi..ape ceghite baghu ?

Mamamat berkata...

Salam Mad .. kekadang teman sebagai suami buat nohin je pade bini. Nohin yang dibuat2 walaupun tak sampei ati. Tapi kena buat nohin. Kalo idak koje yang niat aseinye nak nolong, last2 jadi kontrak sepanjang hayat .. mungkin Kak Yong boleh komen

a.samad jaafar berkata...

Mamamat : teman setuju sesgt labun mike tu.. itu la silapnye deme.. jgn kite mule..nanti kite aje la yg kene buat.. itu sebab ghamei suami yg bekighe bile nok nolong..takut jadi tugah tetap pulok..

tinuj berkata...

Menkeme: Itulah asam gagham hidup lakibini. Kewujudan Sabo yang di kurniakan oleh tuhan sebenonyelah dapat nyeleseikan satnike masalah.

Unknown berkata...

mamamat mencelah sini plak...

buleh nak nulong bini.. cuma jgn le sampey bini amik kesempatan..

mcm kakyong ni, ade koje yg kita hrp juga suami tolong.. yer le bila time kita tak nyempat nak kejo masa.. cth time magerib.. anak2 nak mandi, kita lagi nak bersiap..

tp jln penyelesaian nyer tetap ade... pkl 6 perambat siap2 anak mandi, jd xdela nak berambat dgn masa.. pkl 7 buat air kopi panas utk ayahnyer..

yg pntg isteri tu kena pandai la urus masa.. tp kakyong kalo part tukang2, part nak panjat2 tukor langsir.. memang mintak tolong suami le.. dia tlg pnjat & sangkut jer.. kita siap2 dah masukkan benda besi tu kat langsir... gitu la, cthnye...

xde le teman minta suami tulong sampey dia plak kena take over koje tu spjg hayat.... huhuuuu....

tp sesekala kalo suami nulong masak tu, memang best jer rasanya.. tp sah2 lepas tu awok juga yg harus ngemah dapur...

a.samad jaafar berkata...

kakyong : moga kakyong terpilih dlm kalangan isteri2 yg solehah...amin