Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 19 Oktober 2010

Dan Sebenarnya...Aku...

Tajuk yang di atas dipilih pertama kerana minatkan lagunya. Kedua, kerana agak sesuai dengan apa yang bakal aku repekkan..

Seorang kawan sekerja bertanya tentang setakat mana betulnya cerita yang aku kongsikan dalam blog aku ni.. Mungkin ke aku mereka-reka cerita ?. Aku juge dipersoalkan tentang kewajaran menulis dalam loghat Perak. Turut ditanya ialah tentang sikap aku yang kadang-kadang 'copy' and 'paste' artikel blogger lain.  (Buat pengetahuan korang, hampir 98% pengikut dalam blog ini tidak pernah aku kenal secara 'live'.. Sungguh. Dalam kalangan kawan sekeje, tiada sorang pun yang mempunyai blog... walaupun blog ini asasnya dibina oleh sorang daripada mereka kerana dia menyedari minat aku yang suka menulis.)

Biarlah aku jelaskan... 
Sesungguhnya, aku membesar di sebuah daerah yang daif sekitar  akhir tahun 70-an.. Terlalu banyak peristiwa yang terasa janggal jika dinilai oleh generasi moden. Aku memberikan jaminan bahawa 95% kandungan cerita aku adalah BENAR. Selebihnya adalah sedikit perencah bagi kelancaran cerita. Biasanya, watak yang dipaparkan bukanlah nama sebenar (nama kawan-kawan aku itu benar). Tujuan penyamaran itu adalah untuk menjaga rasa hormat aku kepada mereka biarpun aku tahu bahawa mereka tidak mungkin menjenguk ke blog picisanku ini. Bagi mereka yang membesar pada zaman itu, tentu akan mengakui.. begitulah kami dahulu. 

Ada masanya aku menggabungkan satu dua cerita dalam satu kisah. Tetaplah BENAR. Cuma... sebenarnya peristiwa itu berlaku pada waktu dan tempat yang berbeza. Tujuan aku hanyalah untuk memanjang cerita. Tapi percayalah.. ia BENAR. Lagipun..apalah guna aku mereka-reka cerita padahal, niat aku yang asal adalah untuk merakam sebahagian daripada kisah peribadiku untuk aku persembahkan buat-buat anak-anakku. Biarlah mereka melihat ayah mereka dari 'sisi' yang berbeza...Dan sebenarnya... niat itu terus kekal...

Aku menggunakan loghat Perak kerana aku berbangga untuk dikenali sebagai rakyat Perak yang datang dari salah sebuah kampung di Kuala Kangsar. Justeru menyedari ramai yang 'kepeningan' dengan loghat itu, maka aku sulami dengan cerita yang menggunakan bahasa 'biasa'. Itu sahaja alasannya...Titik !

Tentang 'copy' and 'paste' pula... Secara jelas aku nyatakan bahawa tujuan aku adalah untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi. Bukan aku tidak mampu menghasilkan artikel berbentuk fakta begitu... aku yakin dan pasti aku mampu (alamak..! macam angkuh pulak.. Maaf )... tetapi jika sudah 'ada' dan dinilai menepati 'mahu'ku...mudahnya..'copy' and 'paste' lah. Dan sebenarnya... aku cukup bimbang jika aku terlupa menyatakan sumber artikel itu diambil.. Sungguh..

8 ulasan:

eMMe berkata...

salam yop, ade je yg tak kene deme nih...
senang ckp no body perfect in blog world...ape yg me repek kan ni...isk2~

ape ape pun awok suke lepak blog mike....ni blog mike, suke ati mike la nak kata ape kan...tapi adatlah...ape2 kite buat, mesti ade org tak senang dengan penulisan kite...

Unknown berkata...

menulis la selagi idea melimpah.. Insya ALlah, pasti ada manafaat jika ditulis dgn baik..

shahrilhakime berkata...

CHor....
padanle awok tak paham langsong ape yang mike tulih..... ghupenye mike gune loghat Perak....ceee lain kali gunekan bahasa yang senang awok nak paham.....ishhh...ishhh...ishhh menang caghi naeh le komen awok kali ni ...hehhee

Chor.....
bile menulih ni.....kompem ade yang suke...dan ade yang tak suke dengan penulisan kite....... padan awok senang je....pade yang tak suke....kome caghi le blog lain yang sesuei dengan kome..... senang....

Chor...
selagi terdaye mike tulih lee....bukan hape...ini jugak satu caghe yang baik mike nak nyampei kan isi hati ato memori hidup mike ....macam mike cakap kat ateh header mike tu..... ini juge bakei menjadi catatan untuk anak2 mike nanti......

P/S: mahap terpanjang pulak komen kali ni...

a.samad jaafar berkata...

eMMe.. teman tengoh tehaghu atah sokongan mike nih.. xpe.. kawan teman tu nanye je.. udoh teman jawap pun.. die xde blog pun tp ghajin juge nyenguk ke sini..

Mamamat berkata...

Salam Mad
Teman bukan pengikut mike. Teman juge bukan pengomen tetap mike. Tapi mike tetap mike dan teman pulak suke besantei di sini ..
Mike ade kelainan dan kelainan itu adele kekuatan penulisan mike ..
Teghuihkan...

a.samad jaafar berkata...

Kakyong..Insyaallah.. cadangnye bile dpt menulih dlm 200 ceghite, teman nok print jadikan buku

a.samad jaafar berkata...

D_08 : Teman tawu sesangat mike idok paham.. hambik.. horeit mike.. tp lantok kome laa..

tinuj berkata...

Salam Mad,

Buat le mane yang patut aseikan mike bahagie kume pun bahagie juge. Selagi ade pen keghotaih hidup itu tiade nokhtah kecuali dinokhtahkan oleh yang maha ese.