Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 25 Januari 2011

Pada Malam Yang Menyaksikan Egoku Mendebu..

Sedih juga cerita ni,teringat cerita dulu pengorbanan ibu ku,yang berjalan kaki sejauh 2batu hanya hendak menghantar bekal makanan.Dulu kami susah,skg.alhamdulilah...mari kita berikan al-fatihah untuk arwah.
Komen seorang sahabat blog En. Joyiman, pemilik blog Aku Dan Teksi...

Demikian ringkas dan bersahaja komennya bagi catatan aku yang bertajuk "Mad..Ade Oghang Kene Langgor ". Benar.. Begitu ringkas. Namun aku mengulangi membacanya berkali-kali. Dan ternyatalah jiwa lelaki ini terlalu lembut dan sensitif. Terasa bagaikan aku dihunjam sejuta sembilu yang meluru tepat ke dada... Aku gementar... 


Ibu... 
Nama yang aku terlupakan semenjak belakangan ini muncul tiba-tiba... Barangkali kerana mentari tidak lagi membakar jiwa, maka embun yang dulunya sering menyejukkan...tidak kuingati lagi.  Alangkah hinanya anakmu ini... alangkah..! Aku berasa berdosa.


Dan kerana komen yang ringkas itu, tadi malam aku menjadi pemenung... Mata pula menghukum dan berlaku kejam padaku. 'Dia' enggan terpejam. Resah kemudiannya menjemput seribu kenangan antara aku dan ibu. Aku menjadi rindu pada ibu.. lalu aku menangis.. Perlahan-lahan aku titip seulas doa. Al-Fatihah yang agung kukirim buat ibu yang kini genap sepuluh tahun meninggalkanku.  Senyum ibu dan air matanya berada di mataku... Ibu ampunkan aku... 


Ibu...
Selamanya, kaulah baiduri hati...tiada yang semanis senyummu... tiada yang lebih tinggi  daripada pengorbananmu... kasihmu mencapai langit.. yang membelai aku sehingga dewasa... juga menjadi manusia.. Apakah mungkin ibu mendengar lirih perih hati anakmu ini... yg sedang merintih...


Ibu...
Aku cukup menginsafi bahawa segala yang aku miliki hari ini adalah berkat ketabahan, kesabaran dan doamu. Malangnya, ibu pergi  saat aku masih merangkak membangun hidup. Dan kalau ibu melihat apa yang kugenggam pada hari ini... pastilah ibu tersenyum dan memeluk anakmu yang satu ini... seperti yang sering ibu lakukan suatu ketika dahulu... Ya Allah... Entah mengapa... tiba-tiba segala ini seakan tidak beerti lagi...


Ibu...
Terima kasih kerana sudi menjengukku lewat tidurku malam tadi... Terima kasih kerana masih sudi memandang dan memberikan senyuman buatku... Doaku akan sentiasa untukmu...

16 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga roh ibu-ibu kita yang telah mendahuli kita ke sana sedang bersemadi dengan amannya di sisi Maha Pencipta. Amin.

eMMe berkata...

Salam Yop, mE tumpang simpati...harap yop tetap tabah mengharungi2 hari2 yg mendatang tanpa ibu, hanya kenangan dengan ibu je yg mampu buat kiter tersenyum...kalo mE tak de mak, cenne mE? mampu ke me setabah yop?

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Samad, Al-Fatihah dan doa utk semua ibu-ibu yg telah pergi. Alhamdulillah Akak masa ada emak.

kelisa_samudera berkata...

semoga semuanya sedang tenang di dalam pengabdian. kadang2 kita bukan terlupa, tapi kita takde masa untuk mengingati.

cikceriacorner berkata...

ibu kite yg terbaik di dunia..sayang ibu..

shahrilhakime berkata...

Chor....
Hmmmm....banyakkan sedekah Al-Fatihah pade arwah chor...... bersabo le...sebabnye setiap yang hidup pasti megahse mati......macam cik eMMe kabo kat ateh ni.......kenangan je tinggei buat kite makenye simpan le kenangan yang ade jadi agar jadi kenagan yang teghindah buat kite....... semoge Roh arwah tenang disane....Amin

Tanpa Nama berkata...

alfatihah buat arwah ibu..semoga rohnya tenang disana dan diletakkan dikalangan roh2 org yg beriman..

touching sungguh N3 kali ni..sob..sob..

wahida berkata...

sesungguhnya jasa ibu mmg x terbalas...
alfatihah utk ibu2 yg berada di sana...

a.samad jaafar berkata...

kakakku kakcik> amin.. semoga dicucuri rahmat buat mereka

a.samad jaafar berkata...

sahabatku eMMe> kehilangan ibu suatu perkara yg terlalu berat utk diterima...teman menjadi orang yg paling lemah

a.samad jaafar berkata...

Kak Halima yg dihormati> andai ibu dihidupkan kembali maka teman menjdi anak yg terbaik utknya..

a.samad jaafar berkata...

Sahabatku kelisa> bila rindu pada arwah ibu, begitulah jadinya teman..cukup sensitif

a.samad jaafar berkata...

wahida> saya sgt cemburu pada mereka yg masih punya ibu di sisi..

a.samad jaafar berkata...

cikceriacorner>jadilah anak yg terbaik selagi mereka masih ada..kelak tiada sesalan dirasa

a.samad jaafar berkata...

sahabatku D_08> kerana itu teman selalu menyebut..kenangan bisa shj membuat aku menangis

a.samad jaafar berkata...

sahabatku MDT> t kasih sebab selalu membuatkan saya tersenyum..