Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 7 Jun 2011

Kesan Radiasi Komputer..

Kawan aku, doktor  yang aku ceghiter pade n3 aku yang lepaih kate,
"Ce kamu ambik mende ni ...


mende ni pun bulih juge to Mad...

Haaa.. pah tu kamu letok depan sekerin laptop kamu tu..
Kajian saintis di Chine nu kabo.. due mende ni bulih menyerap kesan 
radiasi daripade komputer melebihi 50%..
Jadi, kesan radiasi yang aku labun haghi tu bulih la kabe(cover la tuh..!) sesikit yak..".
Ghope itu lebih kughang labun die. Aku tukang angguk je kome.. hihihi..
kome idok ke ghase nok nerey hahh ?

Cerita tentang radiasi komputer yang aku dapat daripada google :

Bagi mereka yang sering dan seharian menggunakan komputer,  tentunya akan merasa letih dan jemu di depan komputer. Ini disebabkan skrin komputer, cpu atau laptop mengeluarkan radiasi yang menyebabkan mata berair dan mengakibatkan penyakit mata.

Selain bahaya pada mata,  kesan radiasi tersebut juga  dapat menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.
(sumber)

Berikut merupakan beberapa  tips dan cara menghindari dari beberapa bahaya dari pemakaian komputer :

1- Langkah pertama dalam mencegah dan mengurangkan radiasi komputer adalah memakan makanan kaya dengan vitamin A dan C. Ini termasuk makanan seperti epal, tomato, lobak, dan ceri. Vitamin ini dapat membantu mengurangkan kesan berbahaya dari radiasi komputer.

2- Telah diketahui bahawa paparan komputer jenis tertentu memancarkan zat karsinogenik yang sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Sebuah cara untuk mengurangkan ini adalah dengan meletakkan komputer anda berdekatan kipas angin atau pendingin.

3-Jarak untuk anda duduk dan bersantai mestilah anggaran jauh dari hadapan komputer kecuali di belakang komputer

4-Gunakan komputer model baru. Jenis komputer model lama mempunyai radiasi yang banyak dari komputer baru.

5-Gunakan filter komputer yang boleh dibeli di kedai-kedai.

6-Memandangkan radiasi komputer juga boleh memberi kesan kepada kulit anda. Anda juga boleh memakai facial mask untuk menlindungi kulit anda dari rays. Selesai siap anda boleh membasuh kembali kerana bahan electromagnetic partikel mungkin akan melekat di facial mask anda itu.

7-Akhir sekali anda boleh meletakkan tumbuhan yang boleh menyerap radiasi berdekatan komputer/laptop anda untuk mengurangkan komputer radiasi. Contohnya meletakkan pokok kaktus boleh menolong meresap sebahagian radiasi yang x elok.(sumber)
 
Yang ni macam biasa sangat kan ? 
  1. Jarak minimum antara mata dan skrin  komputer adalah 45 cm.
  2. Letakkan keyboard dalam kedudukan  yang tepat,  agar anda tidak  membongkok akibat lama memakai komputer.
  3. Skrin  monitor sebaiknya bertentangan  dengan mata.
  4. Jangan menggunakan lampu tidur atau lampu malap  untuk menyinari ruangan tempat anda bekerja. Gunakan lampu kalimantang  yang dapat menerangi ruangan dengan rata.
  5. Pasanglah filter di depan skrin  monitor untuk mencegah kesan  radiasi.
  6. Sekali sekala , alihkan pandangan anda dari skrin  monitor agar mata anda tidak penat
  7. Jika anda sudah di depan komputer selama satu jam, berehatlah lebih kurang 15 minit  untuk mencegah rasa letih pada tubuh anda.
  8. Letakkan kaki anda sebaik mungkin, dengan meluruskan kaki agar tidak letih. Sekali sekala  berdirilah untuk meluruskan punggung Anda.
  9. Duduklah dalam keadaan  tegak untuk menghindari tulang punggung membengkok.

19 ulasan:

diana berkata...

nampak gaya kena beli kaktus jugak la..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Dik Mad...

gamoknya lemak tekumpoi kakcik ni menjadi2 sebab dek duduk melekap lama sangat depan kompete ni le juga! :)

ckLah berkata...

Dah sihat dah Mad?

jurnal murahan berkata...

masa aku baca rangkap2 bawah tu terus aku ejas2 pungung ikut arahan turutan tu hahaha

eh mat, bukan kamu kene rehat ke sekarang dari sebarang per-komputer-an?

ukhti syikin berkata...

kalau dah buh ayor tuu... pastu ayor tu taleh lah diminum yer encik samad :)

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Kome cakap le ape pun, keme dah mole berghapik dgn komputer sejak zaman 286, 386, 486 sampei le ni. Ni udoh kighe bertahun2! Siap bulih ghepair monitor CRT. Apoh pun x mandang radiasinye. Cume bile nengak gambor x semenggah tibe2 muncui, terpacui keluwor je, baghu le teghase radiasinye!

Fiqas berkata...

gitu ropenya ye.. lps ni beli kaktus le 2-3 pokok, letak tepi pc ni..

dah sihat ke yob?

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualaikum Yob Mad, dah sihat ke Yob? Issyyy kita kalau dah ngadap laptop ni, lupe diri! Sib baik ada peringatan dr entry Yob ni. Terima kasih!

Encik MamaT berkata...

terbaik entry ni... mata aku dah rabun.. silau.. taleh drive malam2... bahaya... huhuu.... nak beli jugak la pokok kaktus.. hehehe...

makdara TERdiva berkata...

nak cari kaktus sekarang jugak! hehe

Azroy Kassim berkata...

Pakai ipad xpe kowt.. Kn? Kn?

Abhamz berkata...

salam, suka info ni...

suha berkata...

adeih yeke?huhu (^_^)

POHPALEH BURGER berkata...

info yg bagus ni.... aku tiap2 hari ngadap komputer... bleh try

D_08 berkata...

Assalamualaikum CHor....
ate degey le pulak oghang tue ni....udah dokter kate rehat daghi gune komputer..... mike langgo pulak...ishhh....degey...degeyyyy....tapi awok macam tak konpiden je tang gune ayo tu....buatnye tumpah ateh komputer....habeh ....

hani@debumelukut berkata...

nak gi beli kaktus lah.

jemarioren berkata...

moga kaktus saya akan hidup mekar pasni. must try

toyolkiut berkata...

pasni TK nk beli komputer skrin cm tv tu, pkai remote control je. biar keyboard ia je ada kt jari ni. br leh kurang radiasi kot..

tp TK suka komen Tajnur tu..

saudara samad skeluarga pe khabar?
dh pulih spenuhnya ke..

ku-cit berkata...

bagusla info ni