Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 3 Disember 2012

Fred.. Bahagian 2

Fred.. Bahagian 1

5 tahun berlalu ( Januari 2012) :
Ditakdirkan Allah.. aku menjejakkan kaki ke daerah kelahiran Fred. Hendak aku mencarinya aku tidak punya sebarang panduan untuk itu. Dalam hati aku berdoa.. Allah menakdirkan aku ke sini, maka hendaknya biarlah Allah menakdirkan kami kembali bertemu. Aku sebak kerana sentiasa mengingatinya. Bagaimanalah agaknya dia sekarang ?. 

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.. Sebuah motosikal buruk parkir betul-betul di hadapan aku. Penunggangnya berdiri kaku memandang ke wajahku. Pabila helmet dibuka.. Fred !. Sukar digambarkan perasaan aku ketika itu. Ada gembira ada sayu. Dia tidak seperti yang aku lepaskan dulu. Pakaiannya amat lusuh. Raut mukanya menggambarkan keperitan hidupnya. Tubuhnya kurus. Kulitnya gelap. Aku simpankan rasa sedih dalam-dalam di hati. Pertemuan itu pun  terlalu singkat. Kami berjanji untuk bertemu lagi malam itu. "Aku belanja kamu..".

Malam itu aku menunggu Fred. Aku berniat untuk memberikan sedikit sumbangan untuknya. Malah aku bercadang untuk mempelawa Fred kembali ke semenanjung. Aku pasti akan membantunya. Ya.. untuk kali ke-2. Dan kali ini aku akan lebih membantu. Tapi Fred tidak muncul. Aku bingung. Fred tidak punya telefon bimbit. Jadi.. bagaimana ?. Aku terus menunggu. Menunggu hingga ke lewat malam. Berbagai-bagai perkara aku fikirkan. Aku cuba bersangka baik. Namun kecewa tetap mendominasi. Esok sebelum tengah hari aku terpaksa pulang.

Pada esok paginya, aku masih menunggu. Aku terlalu mengharap. Sangat mengharap. Aku bimbang  aku tidak berpeluang untuk bertemu Fred lagi. Aku kecewa Fred mungkir janji. Adakah dia sudah tidak punya rasa kasih seorang adik juga sahabat pada aku. Atau, keluarganya menghalang kerana bimbang Fred dipengaruhi untuk menganuti Islam (seperti yang aku tahu - alasan yang menyebabkan Fred kembali 5 tahun yang lalu)?. Kesilapan aku, aku tidak pun bertanya tentang tempat tinggalnya kelmarin. Fred menoreh getah di bukit belakang rumahnya, itu aku tahu. Tapi di mana rumah Fred ?. 

Tepat jam 10 pagi, teksi datang menjemput aku ke air port. Sepanjang jalan aku tercari-cari kelibat Fred. Aku mengharap terus. Seribu kekesalan dan persoalan menghantui. Di mana kamu Fred ?!!...

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>:

April 2012 :
Sekali lagi aku ke sini - di daerah Fred. Aku nekad untuk mencarinya. Panduannya ialah kilang papan tempat Fred bekerja 7 tahun dahulu. Tempat di mana aku dan Fred berjumpa untuk pertama kali. Apabila masa terluang, aku terus menuju ke kilang itu dengan kereta yang kusewa. Kilang papan itu tetap begitu. Tiada sebarang perubahan. Aku cuba mencari siapa-siapa yang mungkin mengenali Fred. Syukur. Ramai yang mengenalinya. Kebetulan juga, adik Fred yang berusia 17 tahun turut bekerja di situ. Tanpa berbasa-basi aku bertanyakan Fred.

"Abang.. Ituk(panggil untuk Fred) tak dapat jumpa abang malam tu..". Kemudian, dia diam agak lama sebelum menyambung kata. "Ituk terpaksa hantar abang ipar kami ke Tuaran. Memang dia marah sebab bimbang tak sempat jumpa abang. Hujan lebat malam tu. Kami percaya Ituk bawa motor terlalu laju. Dia ada kata, dia tak mahu abang tertunggu-tunggu.. Ituk.. Ituk kemalangan, bang".

"Ya Allah.. Dia bagaimana ?".

"Dia parah. Keesokan harinya, pagi.. Ituk meninggal". Adik Fred mengalirkan air matanya. Aku pula kaget dan berasa begitu sukar menerima berita itu. Sedayanya aku cuba menahan air mata. Aku memeluk erat tubuh adik Fred. Kenyataan ini terlalu pedih..

"Abang.. Ituk terlalu gembira dapat jumpa abang hari tu. Ituk tak putus-putus sebut nama abang. Kata Ituk, abang adalah satu-satunya manusia yang paling baik yang pernah dia ada..". 

Aku kehilangan suara. Sebaik tubuh kuhenyak ke dalam kereta.. aku menangis semahunya.. FRED, AKU SAYANG KAMU..! MAAFKANLAH AKU....

14 ulasan:

kongsi apa saja berkata...

nak menitik air mata aku... sedih2.. memang payah untuk bertemu orang begini... hmm..

Kongsi Apa Saja

Kakcik Nur berkata...

Kakcik turut sebak.

Bagaikan drama, begitu akhir kisahnya. :(

atuk berkata...

Assalamualaikum ASJ

ada keinginan Ituk untuk bertaubat...

makchaq berkata...

Sedihnya makchaq baca bahagian 2 ni...
Makcik2 macam makchaq memang harapkan macam cerita2 drama.. happy ending..

missSenget berkata...

lamanya incek mat simpan rasa sedih ni sebelum luahkn kt sini..

T_T

mesti air mata masih mengalir lg..

insan marhaen berkata...

terkesan di hati kecil IM.

Ntah kenapa, malam ini, entri blog yang IM ziarahi mempunyai nilai-nilai peringatan yang tinggi.

Aishah Jahirah berkata...

sedihnya ending dia...

Titisan Hujan berkata...

sob sob sob

eita berkata...

sedih nyer yob...

berusaha fred nak jupe kan..tapi takde rezeki...


berdoa je lah untuk nye

CintaZulaikha berkata...

jgn cakap ni kisah btol...nak nanges nih..

diana berkata...

alahai..sedihnya..
tapi sekurang2 nya sebelum dia pergi kamu dah buat dia gembira..

Jay Ar berkata...

Cerita real ke? Ending yg sungguh sayu....

محمد رازيق berkata...

aku terkesan bro. sedih. real story ke cikmat?

fiqas Rafie berkata...

salam....

sedih... terkesan dihati...