Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 12 Disember 2013

Muhasabah


Aku teringin kembali ke zaman kanak-kanakku.. sungguh-sungguh mahu. Keinginan ini timbul setelah aku kecewa dalam banyak perkara yang aku lalui selama ini. Barangkali. Biasan daripada acap kali melakukan ketelanjuran dan kesilapan benar-benar membikin aku lemas. Aku mengangankan tentang bagaimana akan aku perbaiki setiap ketelanjuran dan kesilapan itu. Aku mendambakan kesempurnaan. Justeru, keinginan ini mendesak dan terusan mendesak. Jiwa jadi kacau. 


Semalam aku membicarakan tentang keinginan ini kepada seorang teman. Temanku itu ternyata pendengar yang baik. Dibiarnya aku menghabisi kata. Wajahnya bersahaja. Nun di seberang bangunan, seorang lelaki dewasa barangkali sedang enak diulit mimpi di siar kaki francais KFC. Temanku menuding jari ke arah lelaki itu..

"Mad, agaknya lelaki itu terlalu banyak melakukan ketelanjuran dan kesilapan dalam hidup..kan?", dia tersenyum. "Dan Mad.. apa jaminan yang dapat kamu pegang, bahawa jika kamu diberi peluang untuk kembali ke zaman kanak-kanak kamu itu, dewasa kamu nanti akan menjadi lebih baik daripada hari ini..?. 

Aku terkesima. Lelaki yang terbungkang di siar kaki itu terus kuamati dengan persoalan yang panjang.. Segera aku insafi betapa misteri kehidupan ini sewajibnya kuhurai dengan kunci-kunci keimanan. Kunci ketenangan pula adalah dengan menyuburkan sifat syukur yang sebenar-benarnya.. Dan kau teman.. Terima kasih !

5 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum A Samad

Mohon keampunan drp Nya
Diakan penganpun lagi penyayang

Kakcik berkata...

Semalam kakcik sangat teringat dengan Dik Mad. Alhamdulillah, hari ini Dik Mad muncul.

eita berkata...

kite sama je yob..ingin sangat kembali ke zaman silam...
ingin tebus balik segala kejahatan agar jadi lebih baik...

~SaL IjOu~ berkata...

kita ini pendosa..namun kita sentiasa diberi peluang untk kembali kepada-Nya..walo sejauh mana kita tersasar..selama mana kita terleka..
hebatnya kasih sayang Allah pada kita..lebih hebat dari kasih seorang ibu kepada anaknya...~

~SaL IjOu~ berkata...

Seiring dengan waktu..
dlm byk2 keinginan..
ada ruang yg akan diisi..
oleh teman yg bila berbicara..
penuh dengan hikmah & ilmu~

yg akan mengembalikan kita
kepada realiti..
yg akan kita terus hargai..
yg juga akhirnya akan tetap
bersama kita di syurga nnt~

Apa khabar,sahabat?~