Jan 2000 :
Nenek isteri aku meninggal dunia serentak dengan perginya atuk saudara aku yang tercinta. Beza masanya tidak lebih daripada 3 minit, cuma satu di Sabah satu di Perak. Sewaktu aku sedang mengadap atuk saudara yang nazak dan kemudiannya menghembuskan nafas yang terakhir itulah aku menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa di Sabah, nenek isteriku juga meninggal. Alangkah pilunya waktu itu hanya Allah yang mengetahui. Lebih memilukan kerana hajat nenek isteri untuk memeluk Islam tidak kesampaian.
Nenek isteriku itu keberatan untuk memeluk Islam di Sabah demi mengelakkan kekecohan lantaran niatnya itu ditentang keras oleh suaminya. Kesungguhan nenek dibuktikan apabila dia sanggup berpisah dengan suaminya setelah dia memeluk Islam nanti. Kami sudah memaklumkan pejabat agama di sini. Persiapan dibuat. Tiket penerbangan sudah dibeli. Malangnya, 2 hari sebelum berangkat, nenek jatuh sakit. Penyakit barah hidungnya semakin kronik. Dia kemudiannya nazak dan pergi buat selama-lamanya. Majlis pengebumian nenek isteri tidak dapat aku hadiri kerana atuk saudara ini pun seperti atuk aku sendiri. Hanya isteri yang pulang ke Sabah manakala aku pula menguruskan pengebumian atuk saudara aku di sini.

*******************************************************
April 2004 :
Beberapa bulan yang lalu datuk isteriku yang kami panggil Amak, disahkan positif barah paru-paru stage 4. Pengalaman sewaktu menjaga mendiang nenek isteriku dulu mengajari kami betapa kami harus bersedia dengan satu lagi 'kehilangan'. Ini adalah kali kedua kami pulang ke kampung di Tuaran, Sabah sejak Amak sakit. Kepulangan kami sedikit sebanyak menguatkan hatinya. Dia terlalu gembira. Aku dan Amak mempunyai hubungan yang sgt rapat. Meskipun kami berlainan agama, tapi kami sangat saling menghormati. Ada ketikanya dia dikatakan lebih menyayangi aku berbanding anaknya sendiri. Daripada keadaan fizikalnya kami menelah penderitaan yang Amak tanggung akibat penyakit barahnya itu. Namun apalah yang mampu kami lakukan setelah segala usaha bagaikan sia-sia.
Pagi itu sekitar jam 3.15 p.m , aku terbangun dari tidur kerana terasa ingin membuang air kecil. Waktu aku melalui bilik Amak, aku menjenguk ke dalam biliknya. Dia sedang duduk di tepi katil. Dia mengadu sukar melelapkan mata. Aku urut-urut belakangnya perlahan. Amak minta aku tambahkan bantal supaya boleh dia tidur secara duduk. Aku bantu Amak duduk menyandar dengan keadaan seselesa yang dapat. Amak nampak tenang. Dia menyuruh aku tidur...sudah lewat pagi katanya.
Baru sahaja aku terlelap, isteri mengejutkan aku. Amak sesak nafas. Aku berkejar ke bilik Amak. Beberapa orang saudara isteriku mengelilinginya. Amak duduk bangun berkali-kali. Kami kebingungan. Amak seperti dalam kelemasan. ( Rasanya, tidak sesuai diceritakan secara terperinci di sini). Aku teringin mengajarkan kalimah syahadah pada Amak tapi demi menjaga sensitiviti saudara mara Kristian yang ada di situ, terpaksa aku pendamkan.Tubuh Amak tersentak-sentak beberapa kali dan akhirnya terkulai kaku. Pemergian Amak kami terima dengan redha meski pedih terasa juga.
**sudah terlalu panjang catatan ini. Jemu pula nanti membacanya. Sambung nanti yee...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan